padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

Berpindah Ke Kuching

/ February 24, 2013 /
Isu pindah memindah dalam organisasi ni memang kerap di dengar. Pindah tempat bertugas ni boleh jadi atas permintaan pegawai itu sendiri, atau dipindahkan oleh pengurusan tertinggi, atau berpindah kerana naik pangkat. Itu memang biasa dan tidak boleh tidak kena akur bila pekeliling arahan berpindah telah dikeluarkan.

Ketua Program jabatan aku dipindahkan ke tempat baru di IKM Kuching berkuatkuasa 25 Feb ini, dengan memegang jawatan baru iaitu Timbalan Pengarah Hal Ehwal Akademik (TP HEA). Setelah hampir 20 tahun di IKM JB (bermula 1994), En Wan Jazlan Zuhairi kini bertugas di Kuching pula.

Semestinya, pengalaman bekerja di JB terlalu banyak untuk dikongsi. Beliau merupakan antara individu yang bekerja keras untuk membangunkan program Sijil Retikulasi Gas pada awal penubuhan jabatan aku bertugas sekarang, sehinggalah mendapat pusat pentauliahan Jurugegas Gas Kelas 1 (Gas Fitter Class 1) oleh Suruhanjaya Tenaga (ST).

Beliau juga merupakan antara individu yang membangun dan melaksanakan sistem pengurusan kualiti di IKMJB bermula 2002 sehinggalah dipersijilkan ISO 9001:2008 oleh SIRIM pada 2009 (sehingga kini). Kalau dah 20 tahun tu memang banyaklah jasa, sumbangan dan sentimental value, bersesuaian dengan pemilihan Anugerah Pengarah pada majlis Hari Kualiti 2012 lalu.

"Anugerah ini bukanlah sesuatu yang membolehkan saya leka, tetapi sebagai satu tanggungjawab untuk saya terus fokus dalam perkhidmatan dan organisasi..." - Wan Jazlan, 2012


Bagi aku sendiri, beliau memang ada ciri pemimpin yang baik dan berkarisma. Tidak lokek ilmu, sentiasa sedia memberikan cadangan, nasihat dan tunjuk ajar tanpa ada rasa jurang dengan pegawai lain. Sentiasa fokus dengan visi dan misi, berkomunikasi dengan berkesan dan mudah di bawa berbincang.

Apa pun, jika anda pernah memimpin orang lain, pimpinlah dengan baik, kerana jika anda sudah melepaskan jawatan tersebut, anda akan masih kekal dihormati dan disanjung kelak. Setuju atau tidak, aku tak kisah tetapi bagi pendapat aku sendiri, jadilah apa yang anda hendak jadi tetapi hati dan tindakan mesti baik dan ikhlas.

Dendam Kinabalu

/ February 16, 2013 /
Sudah 2 minggu aku kembali dengan tugas, dendamku pada Kinabalu semakin mendalam. Tapi anda jangan salah faham, aku bukan berminat untuk tinggal dan bertugas di sana, dendamku hanyalah untuk mendaki gunung tersebut.. Bercuti di sana bolehlah, kalau bertugas di sana.... err, 1000 kali lebih suka di Johor Bahru.

Seperti yang aku ceritakan pada entri terdahulu, Bercuti Di Kinabalu, aku hanya sampai di starting grid untuk pendakian sahaja. Percutian yang dirancang hanyalah sekadar mendapat jejak di sana. Tetapi bila tiba di sana, lain pula rasa hati, ingin berada di puncak suatu hari nanti.

Tambah mengujakan bila mana aku terjumpa gambaran perjalanan yang dikongsikan Hanis Zalikha

dendam kinabalu

dendam kinabalu

dendam kinabalu

Gggrrrrr....... 

Dalam Kenangan

/ February 13, 2013 /
Aku terkejut, tak sangka dan sedih dengan pemergian sahabat blogger yang dikenali Cha'on (enche' oren) Jumaat lalu (8 Feb 2013).

Menurut bacaan di FB,

"... Kembali ke rahmatullah pd Jumaat 8/2/2013 di usia 26 thn dlm kebakaran kilang tmpt beliau bertugas di Klang Selangor. Jenazah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Hulu Langat pd pg 9hb Feb 2013..."


Walaupun hanya rakan menyapa di blog dan Facebook, tetapi terasa juga. Antara blogger terawal yang aku kenal dan wujudnya ruang sembang diblognya merapatkan hubungan dan disitu lah belajar hal blog juga. Perkenalan dengan isterinya juga bermula di ruang sembang tersebut. Baru 2 bulan mendirikan rumahtangga, tetapi Allah lebih mengetahui.

Apapun, yang pergi tetap pergi. Aku pasti kalau pun blog ini juga akan berkubur suatu hari nanti, ia akan tetap tersimpan dalam kenangan.

Al-Fatihah

Cuti di Kinabalu

/ February 2, 2013 /
Sejak menonton cerita Hatiku Di Kinabalu, terdetik pulak rasa nak menjejak kaki di gunung tersebut. Walaupun pengalaman yang akan aku kongsikan bukanlah cerita pendakian gunung tersebut, tetapi aku masih lagi menyimpan angan - angan untuk menjejak kaki di puncak Kinabalu.

Aku bercuti di Kota Kinabalu 4 hari 3 malam bersama 2 rakan lain, menginap di kuarters staff IKM Kota Kinabalu. Hahah jimat sikit hal penginapan, dan kereta pinjam pada kawan yang juga berada di sana. Percutian ni tak ambil pakej mana - mana, lebih kurang percutian redah sajalah..

karambunai

Bersantai sekejap di Karambunai

Bangun di awal pagi mengharapkan pemandangan yang menarik tentang Gunung Kinabalu, tetapi tidak menyebelahi sebab awan tebal menutupi keseluruhan pemandangan gunung. Sepanjang perjalanan ke Kinabalu Park, kadang - kadang dapat terlihat kelibat sang gunung menyorok di balik awan.

gunung kinabalu menyorok

Tiba di Kinabalu Park, teruja melihat beberapa peserta bersedia untuk mendaki. Difahamkan, sesiapa yang ingin mendaki perlu mendaftar awal dan sedikit bayaran. Kalau dari Semenanjung, lebih kurang RM6++. Aku teringin untuk mendaki gunung tersebut tetapi perlu bersedia dari segi kewangan dan juga stamina. Keh keh keh..

kaki gunung kinabalu

kaki gunung kinabalu

Menyambung perjalanan ke Mesilau Nature Centre, seterusnya Poring Hot Spring dan berkesempatan juga singgah di Luanti.

mesilau nature centre

mesilau nature centre

Poring Hot Spring, tempat kolam air panas dan terdapat trek pendek untuk pendakian serta perlu meniti jambatan gantung yang mempunyai 5 sambungan kesemuanya. Walaupun gayat, tapi aku berjaya meneruskan perjalanan sampai ke akhirnya.

poring hot spring

jambatan gantung poring

Sebelum pulang, singgah di Luanti, tempat "fish massage", boleh pilih samada untuk celupkan kaki atau untuk satu badan. Aku? hanya ambil gambar dari atas sahaja sebab aku tak boleh terima 'kemesraan' ikan di situ, ekekee...

luanti "fish massage"

Cuma dalam perjalanan tersebut, tertinggal satu kawasan di namakan ladang lembu di Kundasang, difahamkan keadaannya seperti ladang lembu di New Zealand. hahahh takpe kalau ada rezeki aku akan sampai ke sana lagi.

Setakat ini sahaja untuk kali ini, hari kedua aku di Kota Kinabalu....
 
Lifestyle BlogsReal Time Web Analytics
Copyright © 2009-2017 padinrose - Tips, Hobi dan Motivasi, All rights reserved | Disclaimer | Sitemap