padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

Edisi Khas : 2012

/ December 31, 2012 /
Wahaa setelah menghabiskan hampir 2 minggu bercuti di kampung, aku kembali bertugas seperti biasa untuk tahun yang keempat. Walaupun hari ini Isnin, tapi aku rasa macam semangat lebih pulak. Hahahh, rata - rata dalam Facebook dan blog, ramai kenalan siber meletakkan pelbagai status berkenaan hari terakhir 2012, rangkuman 2012, azam untuk 2013 dan lain.

Aku juga, mungkin dari salah seorang blogger yang anda kenal post benda yang sama jugak. Harap jangan bosan lah ye, hehee kalau bosan kunyah la kuaci then sambung baca semula. Kalau bosan jugak, emmm pi ngaji Quran la... lagi bermanfaat.

2012 dalam kenangan. cewah, macam tajuk lagu gitu. Takdelah, secara keseluruhan 2012 ni bagi aku tahun yang biasa - biasa aja. Tak boleh lawan 2009 dan 2011. Ada perkara yang bagus dikenang, ada perkara yang kalau boleh tak nak di kenang. Tetapi, nak taknak ia tetap jadi sejarah hidup aku untuk tahun 2012.

Ke mana arahnya?

Dari segi kerjaya, tiada apa perubahan, aku masih lagi dengan J41 - PLV. Semakin lama aku semakin boleh menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja, dan aku akan sentiasa berusaha untuk menjalankan tanggungjawab aku sehabis baik.

Skop peribadi, masih belum ada rezeki untuk melangsungkan perkahwinan. Jadi dengan sedikit simpanan yang ada, aku telah berjaya membelanjakan diri aku sendiri dengan set kelengkapan rumah dan juga sebijik iPhone, hahahhh...

Bagi blog, statistik jelah yang boleh menceritakan apa yang berlaku di blog ini bagi tahun 2012. Termasuk entri yang sedang anda baca, menjadikan blog entri hanyalah berjumlah  107. Alexa 624,488 (6957 MAS) dan lain - lain aku pun dah tak berapa nak periksa. 

Akhir kata, kalau ada tulisan aku yang tidak menyenangkan anda, aku minta maaf. Dari semasa ke semasa aku akan cuba perbaiki. Sekian.

Cuti Hujung Tahun

/ December 24, 2012 /
Ringkas sahaja untuk blog entri kali ini. Aku sedang bercuti, menghabiskan cuti tahunan tapi tak habis pun, masih ada berbaki 27 hari. Hahaa, 12 aku simpan dalam GCR, 15 lagi bawa ke hadapan maka tahun hadapan aku ada 40 hari cuti.

Cuti di kampung, merehatkan minda kejap, ewahhh.. orang kata kerja mengajar ni relaks dan tidak memenatkan.. emm ikut lah orang nak kata apa. Heh, bagi aku kesempatan pelajar bercuti semester ni merupakan peluang terbaik aku juga untuk bercuti bersama keluarga.



Sebelum aku bercuti dengan tenang, aku menghadiri 2 kursus akhir tahun iaitu Kursus Lancarkan Bahasa Inggeris Anda (Mutiara Rini, JB) dan yang kedua Kursus Latihan Pemantapan dan Pelaksanaan Pengukuhan SPK di Hydro Hotel, Penang.

Di entri akan datang, aku akan cuba menghurai dan berkongsi input yang aku dapat bagi kedua - dua kursus yang aku sebutkan tadi. Umm jadi aku rasa setakat ini sahaja, bagi sesiap yang terus bekerja, selamat bekerja dan sesiapa yang sedang bercuti macam aku, selamat bercuti dan makan lah buah - buahan tempatan, ekekee

Sekian.

Buka Mata Jangan Pejam

/ December 18, 2012 /
Anda pernah membaca karangan autobiografi "Aku seekor Nyamuk"? Jika anda belum membacanya, anda mesti baca karangan tersebut dan jika anda sudah membacanya, bagosss!! Tepuk tangan banyak kali sebagai tanda anda sudah mengenali dan memahami kisah hidup seekor nyamuk.

Heheee kalau dikumpul, dilihat dan disimpulkan komen yang diterima dalam entri karangan aku seekor nyamuk, rata - rata memang tak sukakan kehadiran nyamuk. Nasib kau lah nyamuk....!

Tetapi, adakah anda sedar, di dalam kebencian dan kehinaan terhadap kehadiran nyamuk dalam kehidupan manusia, masih ada golongan yang mencari rezeki langsung dari kehadiran nyamuk ini. Pembuat kelambu, penjual ubat nyamuk malah katak juga dapat tempiasnya.

Sumber : link

Seiring dengan blog entri yang ditulis saudara Tehramuan, Layang - Layang Makan Kelkatu.

"Kadang-kadang kita merungut bila banyak kelekatu masuk ke rumah dan berterabur di atas lantai. Nasib tak baik jatuh pula ke dalam makanan yang terhidang. Kita menjadi lupa bahawa kejadian kelekatu adalah untuk menjadi rezeki kepada makhluk yang lain pula." Baca Lagi

Melalui pendapat peribadi, 
aku kata "setiap kejadian, ataupun setiap yang ada di alam semesta ini pasti ada rahsia disebaliknya, kalau kita tahu 1, mungkin ada 999 lagi yang kita tidak tahu. Memang nyamuk menyusahkan, tetapi janganlah merungut. Pukul dan bunuh sahajalah, bukan kena masuk penjara pun kalau bunuh nyamuk."

Mesti Baca

/ December 13, 2012 /
Hidup aku kosong. Sesekali terdengar anak muda bersiul menyanyikan lagu Kosong, aku menjadi semakin pilu. Seolah mengiya dan mempersenda kehidupan aku yang sememangnya kosong, tiada tujuan yang jelas dan hanya menanti dan terus menanti perkara yang aku sendiri tidak pasti.

Aku lahir dan membesar di tempat yang serba kekurangan. Dinding yang tiada bertepi, bumbung yang tiada beratap, usang. Apatah lagi kelengkapan yang perlu ada untuk meneruskan kelansungan hidup. Walaupun begitu, aku berjaya untuk survive, sehari demi hari dan sehingga bila? aku pun tidak pasti.

Aku makhluk yang lemah. Sering dibenci oleh persekitaran. Kata - kata maki, caci, hinaan sudah lali menerjah ke rongga telinga aku. Salahkah aku untuk berkelana demi meneruskan hidup? Salahkah aku untuk mengecapi bahagia?

Hari - hari yang aku lalui penuh dengan kegusaran, ketakutan, kegelapan... Aku tidak berasa malu untuk berada di segenap penjuru dunia samada dilimpahi kemewahan atau sederhana atau yang lebih teruk darinya, tetapi nyata kehadiran aku seolah tidak diterima manusia sejagat.

Hidup aku sukar. Adakala ia menguntungkan, adakala ia merugikan. Jarang dapat untung, dan kalau tidak bernasib baik, aku akan mati begitu sahaja. Manusia tidak akan hairan dan peduli sekalipun tanpa kehadiran aku.

Sumber : Link

Begitulah. Begitulah sukarnya hidup sebagai anak yang ditinggalkan. Begitu sukar untuk aku nyatakan di sini, kerana aku hanyalah seekor nyamuk. ekekekekekeekekekeke.......

Masak dan Makan

/ December 9, 2012 /
Anda suka masak ke suka makan? Jawapan aku sendiri, aku suka makan je. Masak tu sesekali angin bertiup bolehla belasah masak nasi goreng ke, roti celup telur ataupun murtabak megi. Ekekee, makanan orang bujang je.

Bagi individu yang jarang memasak tu, kemungkinan ada 2 perkara, 
    i. Tahu memasak, tetapi malas
    ii. Tidak tahu memasak dan malas

Kategori yang kedua tu teruk sangat dah tu, kalau lelaki errr kira boleh terimalah kan, kalau perempuan... Berubahlah, hehee...

Bagi yang tak tahu memasak, jangan risau. Dunia belum kiamat untuk anda. Banyak cara untuk anda belajar memasak, yang paling hampir dengan anda ialah ibu anda. Mintalah khidmat nasihat dan tunjuk ajar, sediakan hidangan untuk keluarga dan sekiranya ayah anda menunjukkan tanda bagus, anda boleh tidur dengan mengukir senyuman.

Sumber : YatieMemories

Sekiranya anda sudah kehilangan ibubapa, jangan juga risau. Anda boleh pergi ke kelas memasak. Kos tinggi? Anda beli lah buku - buku resepi, dan kalau nak senang lagi, klik - klik internet dan boleh jumpa pelbagai website/blog masakan ni.

Antara blog masakan yang aku suka tengok dan ikut perkembangannya ada 2,
             i. Kak Yatie - Sinar Kehidupanku
             ii Kak Ita - Masam Manis

Sumber : Azlita@masam manis

Kejayaan mereka? hehehh, anda boleh rujuk sendiri jika anda mahu tahu, sebab aku pon dah lupa mana satu pautannya sebab entry mereka memang banyak.. Gambar - gambar makanan di blog tu memang perghhhhh la... rasa nak gigit je screen laptop. Kedua - duanya tinggal di Johor Bahru, tengoklah kalau ada rezeki, waktu dan ketika aku nak berjumpa dan aku nak request masakan yang sedap - sedap, hahah...

Jadi, bagaimana dengan anda? Sekali lagi aku tanya, suka masak dan makan, atau makan je macam aku... hehee

Selesai Sudah

/ December 8, 2012 /
7 Disember, maka selesailah sudah tanggungjawab untuk mengisi markah pelajar ke dalam sistem pemarkahan bagi Sesi Jul - Dis 2012. Yang belum selesai adalah Senat peringkat pusat dan ibu pejabat minggu hadapan. Lega rasanya.

Pelajar sudah mula bercuti, dan kalau semuanya beres, aku juga akan mengambil cuti pada 2 minggu terakhir. Cuti masih berbaki 30 hari lagi, dan aku bercadang untuk mengambil cuti, menyimpan di GCR dan bawa ke hadapan juga. Tahun ketiga aku berkhidmat, masih sama aku belum benar - benar memerlukan cuti rehat yang panjang.


Bagi semester ini juga, pelajar yang berada di bawah seliaan aku (sebagai penasihat akademik/mentor) sudah menamatkan sesi pelajaran dan akan menjalani latihan industri pada semester hadapan sebelum boleh dianugerahkan dengan Diploma.

Jauh di sudut hati, aku merasakan masa 5 semester berlalu dengan pantas, dan aku masih ingat hari pertama mereka menjejak kaki di IKM sehinggalah mereka melangkah keluar. Mereka belum menamatkan pengajian secara rasmi tetapi bilamana mereka menjalani latihan industri, bermakna produk ini sedang diuji untuk menjadi profesional suatu hari nanti.

Majlis makan malam untuk pelajar semester akhir telah diatur oleh pelajar sendiri, dan apa yang aku boleh katakan..... marvelous!! heheeh, makanan memang banyak, ikan dan makanan laut lah terutamanya, tetapi aku adalah spesis yang tidak memakan makanan laut, maka hidangan ayam golek adalah khas untuk aku.








Aku mengharapkan pengalaman 2 tahun setengah di IKM memberi sedikit impak kepada percaturan hidup mereka di hari yang mendatang.

Jemput makan! Hahahh..

4 Sikap Positif Dalam Kerjaya

/ December 6, 2012 /
Sambil - sambil aku mengemas bilik, aku terjumpa keratan nota yang aku salin semasa di UTM dahulu berkenaan dengan sikap positif dalam membina kerjaya yang baik. Layannnnnn...

1. Fikirkan Boleh
"Jika kau fikirkan kau boleh, kau hampir boleh melakukan..." Simple, bukan? Anda adalah apa yang anda fikirkan. Biasalah, manusia tidak boleh lari dari melakukan kesilapan dan menemui kegagalan tetapi jangan pernah untuk putus asa dan mengalah, sebaliknya menjadikan kegagalan sebagai kunci kejayaan.

2. Jangan Berhenti Mencari Peluang
Peluang tidak datang bergolek. Jika itu yang anda fikir, ubah minda anda sekarang, dan sentiasalah mencari peluang untuk memajukan potensi diri dan sentiasa berkembang. Jika anda hanya menunggu keajaiban, mungkin ia akan mengambil masa yang lama atau boleh jadi ia hanya sia - sia

3. Miliki Jaringan Kemanusiaan
Anda perlu faham pentingnya jaringan kemanusiaan, baik di dalam atau pun di luar pejabat. Sentiasalah bergaul dengan masyarakat (lebih - lebih lagi rakan sekerja), ajak minum petang, borak santai dan kembangkan jaringan hubungan profesional.

4. Cuba Yang Baru
Adalah lebih baik lagi sekiranya anda tidak terikat dengan latarbelakang pendidikan anda sahaja di tempat kerja. Anda juga perlu tahu selok belok pengurusan dokumen, pengurusan manusia, pengurusan masa dan lain - lain yang wajar. Anda sendiri bertanggunjawab memajukan diri anda.

Stand Above The Crowd!

Sebab anda baca ke empat - empat point yang aku huraikan di atas, maka dengan senang hati aku menambah satu lagi bonus Sikap positif ke-5 bagi membina kerjaya yang cemerlang.

5. Buat Yang Terbaik
Aku sentiasa ingat pesan kata - kata, "Jangan buat bodoh, tapi buat yang TERBAIK.".. Apa sahaja pekerjaan yang anda lakukan, buat dengan sepenuh hati. Perlihatkan kemampuan anda, jika tidak berjaya untuk memenangi hati orang atasan pun, cukup sekadar dapat memuaskan hati sendiri dengan hasil kerja yang terbaik.

Sekian. :D

Futsal : Final

/ December 1, 2012 /
Aku pernah bagitau dalam entri terdahulu, Pertandingan Futsal Antara Pelajar (Gas) telah dijalankan dan pasukan aku kalah di perlawanan akhir. Disebabkan gambar - gambar baru diterima, jadi kali ini aku sertakan beberapa gambar yang melibatkan perlawanan akhir tersebut.














Tamat.... :D
 
Lifestyle BlogsReal Time Web Analytics
Copyright © 2009-2017 padinrose - Tips, Hobi dan Motivasi, All rights reserved | Disclaimer | Sitemap