padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

Bukan Selalu Bernasib Baik

/ November 20, 2012 /
Bukan selalu bernasib baik. Ya. Kadangkala hidup ini dikelilingi tuah, dan pasti ada juga harinya anda akan berasa tidak bernasib baik. Sejauh mana ia mengganggu kehidupan untuk hari seterusnya, ia berbeza dengan takdir yang mendatang. Ia juga bergantung kepada individu bagaimana ia mengawal dan mengatasinya.

Menceritakan pengalaman bukan selalu bernasib baik ini, ia adalah berkenaan penjagaan kereta. Ia sebagai pengangkutan utama selain daripada motosikal untuk pergi ke tempat kerja, bersiar - siar dengan teman di hujung minggu, dan boleh digunakan untuk pulang ke kampung. Hehee biasalah, takkan aku nak tulis semua kegunaan kereta pula kan?

Aku cetek dalam bidang permotoran ni. Tetapi setelah setahun lebih aku memiliki dan menggunakan kereta, sedikit demi sedikit pengalaman mengajar aku berkenaan jentera tersebut. Bukan hanya mengisi petrol dan menghidupkan enjin, tetapi juga ilmu dan pengetahuan berkenaan part atau bahagian - bahagian tertentu dalam kereta.

Menyorot kisah pada November 2011, semasa aku dalam perjalanan ke Kuantan, kereta aku mengalami gegaran yang teruk. Pada aku, bagi pertama kali merasai perkara tersebut ia bukanlah sesuatu yang merisaukan. Tetapi semakin lama, gegaran makin kuat dan aku mengambil keputusan untuk berhenti mencari bengkel membaiki kereta.

Sepanjang jalan daripada Rompin - Pekan, hanya ada sebuah bengkel dan aku bertanyakan hal tersebut. Mekanik memberitahu CV joint pada tayar kanan hadapan telah pecah dan dia tiada alat ganti tersebut. Dalam kerisauan, aku gagahkan juga membawa kereta dengan perlahan sehinggan tiba di Pekan, dan setibanya aku masuk ke bengkel kereta, jammed!

Sedikit berkenaan Constant Velocity (CV) joint,

"A CV joint is packed with a grease and sealed tight by the rubber or plastic boot. A CV joint doesn't need any maintenance and can last very long, as long as the protective CV joint boot is not damaged."


dan cara untuk mengenal pasti sekiranya CV joint anda bermasalah :

Sumber : Link

1. popping or clicking noise when turning
2. A "clunk" when accelerating, decelerating
3. A humming or growling noise
4. A vibration that increases with speed


Pengajaran yang aku boleh dapat daripada masalah tersebut,
1. Jangan langgar lopak air yang jalannya kita tidak tahu samada berlubang atau tidak
2. Jika anda melanggar lubang dengan kadar laju, periksa tayar anda dan juga drive shaft,
3. Jika plastic boot pecah, segera gantikan dengan yang baru.

Setelah siap di baiki, aku meneruskan perjalanan ke Kuantan, dan segala kerisauan aku tadi hilang bila dapat bersiar - siar dengan F. Tamat. hehee

Pertandingan Futsal

/ November 17, 2012 /
Tak sabar rasanya nak tengok Brazil bertemu Sepanyol pada perlawanan akhir Futsal FIFA 2012 di Thailand. Kalau tengok rekod 2 pasukan ni memang ada nama dalam futsal dunia. Tempoh hari aku berkesempatan menonton perlawanan genting antara Argentina dan Brazil di mana Falcao menjadi wira menyelamatkan Brazil dengan menjaringkan gol kemenangan di masa tambahan.

Selasa lepas, cuti, pelajar jabatan aku mengambil kesempatan mengadakan pertandingan futsal antara semester, dan aku menjadi pemain jemputan, sebab staf yang lain dalam jabatan aku sudah berkomitmen lain. 8 pasukan yang mendaftar, dan dibahagikan kepada 2 pasukan, bermain secara liga, dan diteruskan dengan separuh akhir dan perlawanan akhir.

Di peringkat kumpulan, pasukan aku (bersama pelajar Semester 5) menang kesemua perlawanan, dengan keputusan 4 - 1 (Sem. 1Ai), 3 - 1 (Sem. 1Bii) dan 1 - 0 (Sem.2). Dalam perlawanan tersebut, aku menjaringkan 6 gol. (3-2-1). Dengan 9 mata maksimum, pasukan aku layak ke peringkat separuh akhir.

Permainan diteruskan, dan di peringkat separuh akhir, pasukan aku menang 3 - 0 dengan Sem. 1Ai. Dalam perlawanan itu, aku tidak dapat menjaringkan gol, tidak kisah asalkan beroleh kemenangan. Pada perlawanan akhir, pasukan aku kalah dengan jaringan 1 - 3 dengan Sem 1Bi. Masa ini, tenaga dah berkurangan sangat.

Aku berpuas hati walaupun kalah. Pada usia 26, berhadapan dengan pelajar yang rata - rata berumur 18 - 21 tahun, memang amat memeritkan. Mereka sangat aktif, bertenaga, bersemangat dan aku tidak bersungguh sebagaimana mereka bermain kerana hadiah yang ditawarkan hanyalah hamper sahaja.

Kata Semangat The Reborn

Aku lega kerana mereka mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi, tidak bergaduh dan segera settle down sekiranya berlaku pergelutan yang tegang. Kalau ada yang bergaduh, pening kepala juga.

The Reborn (UTM)

Teringat pada zaman aku belajar dahulu, memang banyak pertandingan futsal yang dianjurkan dan banyak kali juga sampai ke peringkat akhir, tetapi dalam beberapa siri perlawanan akhir, hanya sekali sahaja meraih gelaran juara. Aku rasa badi itu terus bersama aku dalam beberapa siri perlawanan futsal yang aku sertai.

Hadiah kemenangan

Apapun, satu rekod untuk aku semasa di UTM, 50 gol untuk 16 pertandingan futsal, merupakan kenangan manis aku dalam sukan ini. :D

Life Journey : Kartunis Sireh

/ November 11, 2012 /
Jika anda pernah membaca atau menyelak lembaran lama dalam Perjalanan Ini, suka aku nyatakan aku minat juga dengan komik ringan, Majalah Apo?. Setiap keluaran aku akan beli, sehingga sekarang isu terbaru adalah Bil. 333. Aku suka karya - karya, jalan cerita dan humor yang dihasilkan.

Antara karya yang aku layan hasil usaha Kartunis Sireh dalam ruangan Life Journey. Karya yang mengisahkan perihal realiti kehidupan, dihidupkan dalam bentuk komik dan mesej - mesejnya jelas untuk pembaca yang suka dengan karya ringan yang punya mesej.

Cover Majalah Apo? Isu 331 : Sumber 

Dalam Apo? Bil. 333, Sireh mengisahkan isu Syukur, seperti blog entri aku yang terdahulu tetapi diolah menggunakan situasi yang berbeza.

"Pernah tak korang berasa cemburu melihat kelebihan orang lain... dan berharap agar korang juga dapat memiliki kesenangan, kelebihan atau kehidupan yang sama atau lebih dari mereka. Kita selalu cemburu melihat kelebihan nasib orang lain hingga selalu terlepas pandang tuah kehidupan yang kita miliki.. betul tak?" - Kartunis Sireh, Majalah Apo? isu 333.

Itu antara bingkisan yang cuba disampaikan kartunis tersebut, dan ada betulnya. 

Dialog Dalam Hati 1:
Pekerja : Bestnya jadik bos, masuk keje lambat pun takde sapa berani sound..
Bos : Bestnya jadi pekerja tak payah penat - penat fikir hutang kompeni...

Dialog Dalam Hati 2:
Manusia : bestnya jadik haiwan, tak payah pikir hal dunia
Haiwan : Bestnya jadik manusia.. tak yah takut kena sembelih

Banyak lagi dialog dan situasi yang dilukis oleh kartunis tersebut, tapi mesejnya tetap sama. Persoalan di akhir entri ini, adakah anda juga pernah berfikir seperti 2 contoh dialog di atas? Bagi aku, syukurlah apa yang kita ada dan jangan minta bukan - bukan di luar kemampuan sendiri. 

Panjatkan Syukur

/ November 8, 2012 /
Alhamdulillah, dapat lagi peluang, ruang dan masa untuk menulis dalam blog ni. Menulis dan menjaga blog sebagai kerja waktu lapang. Ada idea, ada pendapat tapi kalau tiada masa yang sesuai, terbengkalai juga. Rehat sebentar pun tak jadi masalah sebenarnya.

Kisah kali ini aku cuba rungkaikan sedikit persoalan bersyukur dan redha. Besar. Suatu perkara yang besar bila berbicara hal syukur dan redha ni, tapi suka aku tegaskan, kita cakap hal - hal kecil sahaja, cukuplah. Seringkali ada di kalangan kenalan aku, dan mungkin juga anda (sebenarnya termasuk aku), mengeluh bila ditimpa kesusahan sebaik sahaja mendapat sesuatu ganjaran.

Tak paham?

Sumber : Link

Contohnya, "handphone ni macam tau - tau je aku baru dapat bonus, time ni la kau meragam! Baru cadang nak melancong....".... lebih kurang macam situasi itulah yang aku cuba maksudkan dengan ayat di atas.

Pendekkan cerita, kita ni selalu je lupa, dan bagi orang biasa macam aku ni, mengeluh tu lagi cepat berbanding bersyukur. Sepatutnya, ucapkan syukur banyak - banyak sebab masalah datang setelah penyelesaiannya tersedia lebih awal. Cuba handphone rosak sebelum dapat bonus? Biru lah muka jawabnya..

Moral of the story? Emm, belajarlah sentiasa bersyukur dan redha atas segala ketentuan. Sentiasa percaya Tuhan tidak akan menduga manusia melebihi kemampuannya. Tetapi kalau sengaja mencari penyakit, sendiri mau ingat la, ye tak? Fikirkan.

Nota : [Ketahui Amalan Orang Murah Rezeki]

Pengaruh Iklan

/ November 4, 2012 /
Iklan, dengan kata lainnya usaha memperkenal, memberitahu dan mempromosi sesuatu kepada umum. Iklan sudah menjadi sebahagian dalam kehidupan masyarakat. Hari ini boleh kata di mana sahaja iklan boleh dilihat seperti akhbar, poster, banner, papan iklan gergasi, radio dan juga laman sesawang. Fenomena ini menggambarkan hari ini iklan sangat berpengaruh dalam kehidupan manusia.

Tetapi, tidak dapat tidak pengaruh iklan ini bukan sahaja membawa kepada perkara positif, malah ia juga boleh berlaku sebaliknya. Dalam keadaan ini, tindakan rasional masyarakat menilai sejauh mana keberkesanan iklan tersebut dan memilih samada ia berguna atau tidak.

Iklan yang pelbagai ini sebenarnya memberikan pilihan kepada pengguna. Daya penarik pada iklan mampu membuka mata masyarakat bahawa terdapat banyak pilihan di luar sana bergantung kepada kualiti, keberkesanan produk, atau beberapa kriteria yang diperlukan pengguna. 

Selain itu, kewujudan iklan juga turut mewujudkan persaingan antara produk. Jika anda bandingkan antara 2 produk yang baru, anda pasti akan melihat segala "kelebihan & kekurangan" produk tersebut melalui iklan yang tersedia. Produk yang anda beli adalah merupakan kejayaan pengaruh iklan tersebut.

Promosi blog melalui jersi bola sepak

Seperti yang aku tulis di awal perenggan tadi, pengaruh negatif iklan tidak boleh diketepikan juga. Kadangkala iklan tersebut sering memaparkan imej, tulisan dan daya tarikan yang keterlaluan. Menggunakan model wanita seksi untuk melariskan produk kesihatan yang kadangkala tiada kaitan pun. Ini bolehlah aku katakan sebagai ekploitasi manusia untuk manusia.

Iklan juga mampu mempengaruhi masyarakat untuk membeli barangan yang sebenarnya mereka tidak perlukan. Sikap ini merupakan suatu pembaziran dan masyarakat perlu tahu menilai samada ia adalah keperluan atau kehendak semata - mata.

Aku akui, ada juga terpengaruh dengan iklan di televisyen, di blog, di papan iklan gergasi dan kadangkala memang aku sendiri geleng kepala dan bercakap dalam hati, "pengaruh iklan....." huhuhhh... Antara pengaruh iklan yang terbesar memerangkap aku ialah.......... Belt Suspender... Aku pun tak pasti bila aku hendak pakai benda alah ni...


Kesimpulannya, pengaruh iklan terhadap masyarakat sama sekali tidak dapat dinafikan. Tetapi, ia bergantung kepada rasional pengguna samada terpengaruh atau tidak, perlu atau tidak untuk membeli sesuatu produk berdasarkan iklan yang dilihat. 

Komen anda?
 
Lifestyle BlogsReal Time Web Analytics
Copyright © 2009-2017 padinrose - Tips, Hobi dan Motivasi, All rights reserved | Disclaimer | Sitemap