padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

Legend of Padil-Do

/ September 25, 2012 /
Antara perkara yang aku fikirkan semasa habis belajar di universiti adalah : adakah aku masih boleh terus menikmati bolasepak bila berkerjaya? Ya, kegemaran aku bermain bolasepak, dan aku sudah menikmatinya semasa di bangku sekolah dan universiti dengan beberapa kenangan indah mengenainya.

19 gol dalam 25 perlawanan termasuk kompetitif dan siri perlawanan persahabatan di UTM meletakkan aku sebagai penyerang yang sering diberi tumpuan. Cewah. Memang, aku masuk bakul angkat sendiri. Tapi walaupun aku tak puji, rekod tu tetap tak boleh di padam.

Di IKM, aku akui agak sukar mencari rentak tambahan pula kena bersaing dengan penyerang sedia ada yang sememangnya lebih berpengalaman. Posisi penyerang bukan lagi tempat yang mudah aku bolot, sebaliknya lebih mengisi barisan sayap sebelah kiri jentera serangan. Pun boleh. Hehehh..

Minggu Aktiviti IKM JB telah di adakan pada 10 - 14 September, dan antara lainnya di isi dengan Perlawanan Persahabatan Antara Wargakerja IKMJB, di mana dua pasukan di bentuk daripada gabungan staf yang berasal dari Utara-Timur menentang Selatan-Tengah.

Sesi Panas Badan Selatan-Tengah

Sesi Regangan Selatan-Tengah

Kesebelasan utama Selatan-Tengah

Sesi Sembang - Sembang Utara-Timur

Kesebelasan Utama Utara-Timur

Suasana Perlawanan

Sokongan dari wargakerja untuk menjayakan perlawanan yang aku atur sangat aku kagumi. 2 3 hari sebelum sepak mula memang banyak yang dah bercakap - cakap mengenainya, dan berusaha mencari strategi ampuh supaya dapat memenangi perlawanan. 

Perlawanan berkesudahan seri 1 - 1. Gol bagi pihak pasukan Utara-Timur telah di jaringkan oleh individu yang digelar Padil-Do!!hahahahah... Gol menerusi sepakan penalti. Aku mengambil keputusan untuk menendang rendah ke mulut gol, tetapi bola meleret ke tengah perlahan menuju ke penjaga gol. Nasib baik kelajuan bola dapat melepasi garisan gol sebelum sempat penjaga gol merebahkan badan.


Berbalik pada persoalan aku di perenggan pertama, aku sudah menemui jawapannya : Ya, aku masih menikmati sukan bolasepak walaupun sudah berkerjaya.

Note | No.9 tetap di hati...

Cara Penjagaan Gigi

/ September 22, 2012 /
Petikan email yang diterima:

Salam. Sy berkenalan dengan blog awk melalui enjin carian, pakcik google. Sejak itu, sy menjadi pembaca senyap dan sy rs beberapa content awk yg sgt membantu. Awk pengjar dan cara olahan awk mmg mudah dan senang faham. Nak tahu sy cari apa masa tu? kepentingan penjagaan gigi. hehehe.. klu boleh awk tulis la lagi artikel santai macam tu. boleh juga awk buatkan cntoh karangan cara penjagaan gigi pulak. :)

Emm, terima kasih pada individu yang menghantar email. Hahahh, dah macam perunding kesihatan pula. Contoh karangan? Emm, aku mengaku aku sedang - sedang je mengarang ni, Bahasa Melayu SPM pun dapat A2 sahaja. Aku menulis dengan skema sebab pembaca aku pelbagai (kot! hahah), jadi semua orang boleh baca dan terima. Contoh karangan.... emm

Senyum dengan gigi yang cantik, :P

Contoh Cadangan Jawapan Karangan Cara Penjagaan Gigi

Sesuatu benda jika dijaga dengan baik dan rapi, anda akan dapat menikmatinya dengan lebih lama dan mengurangkan perbelanjaan anda untuk tujuan penyelenggaraan atau pembaikpulihan. Gigi sebagai contoh, merupakan elemen utama juga dalam tubuh manusia yang patut dijaga dengan baik.


Perkara asas yang perlu anda tahu berkaitan penjagaan gigi adalah apa yang dimaksudkan dengan penjagaan gigi yang baik. Kalau dah tahu asas, baru boleh pergi ke peringkat yang seterusnya. Penjagaan gigi yang baik termasuklah gigi anda bersih dan bebas daripada sebarang kotoran (cebisan makanan), gusi anda berwarna merah jambu dan tidak berdarah semasa memberus atau flos, dan yang terakhir kurang masalah nafas berbau yang konsisten.

Kekal konsisten menjaga gigi dengan baik bukan sahaja menjadikan anda lebih selesa, malah ia boleh menambahkan keyakinan anda untuk bercakap dengan individu lain. Penjagaan harian yang teliti boleh membantu menghenti atau mengurangkan masalah yang mungkin timbul pada gigi dan ia mengurangkan rasa kesakitan dan kos yang tinggi semasa rawatan.

Terdapat pelbagai cara dan kaedah yang boleh dicuba termasuklah memberus gigi anda 2 kali sehari. Sekali sebelum tidur, dan sekali selepas anda bangun tidur. Semasa anda tidur, mulut akan menjadi kering dan bakteria akan bersorak gembira kalau gigi anda tidak diberi perlindungan! Hahah, kalau berus gigi banyak sangat dalam sehari pulak boleh menyebabkan gusi rosak dengan cepat. Jadi, jangan mengada - ngada, berus 2 kali je sehari.

Tips semasa memberus gigi termasuklah memberus secara perlahan, ambil masa (jangan gopoh), gunakan berus yang lembut dan halus. Sebagai contoh, aku menggunakan berus gigi Colgate Slim Soft. Memang lembut dan halus. Bila halus tu, boleh masuk ke celah gigi di mana di situ selalunya cebisan makanan akan berkumpul dan jika dibiarkan akan menjadi karang gigi.

Tukar berus gigi setiap 3 bulan. Kalau rajin, buat flos gigi setiap hari, kalau malas sikit buat seminggu sekali. Kalau malas juga, tak payah fikir pasal cara penjagaan gigi. Hahahh.. Memang tak boleh fokus la nak buat karangan, patutla aku tak pernah dapat A dalam Subjek Penulisan. 

Point yang terakhir aku adalah, anda adalah apa yang anda makan. Maksudnya, gigi anda juga kebal bergantung pada makanan yang anda ambil. Kurangkan pengambilan snek, makanan ringan, kek, gula - gula dan coklat. Bukan tak boleh makan, nanti salahkan aku pulak menyekat kebebasan untuk menikmati makanan. Baca betul - betul, kurangkan... bukan hentikan.

Sebagai penutup, aku tulis benda ini sebagai cadangan jawapan sahaja. Kalau anda pelajar sekolah yang mahu menggunakan point yang ada, anda boleh olah menggunakan kreativiti anda. Kalau aku tulis karangan yang penuh, lebih baik aku je yang masuk dewan peperiksaan. Hehehee.. 

Jadi, bagaimana pula anda menjaga gigi? 

Tingkat Rasa Hormat

/ September 21, 2012 /
Aku belum cukup tua, tapi apa yang aku rasa sikap remaja masakini semakin longgar. Kurang rasa hormat, kurang rasa tanggungjawab, kurang rasa berdikari. Itu belum masuk lagi ceritera akhlak yang kian tipis dengan nilai budaya timur, terutamanya nilai budaya Melayu dan ajaran agama Islam.

Kalau tidak salah aku, awal September lalu, heboh juga perkara berkaitan engineer hina profession guru. Garapan penulis yang seadanya cuba memberitahu untungnya menjadi guru bersama beberapa fakta yang diketengahkan untuk membuka mata betapa senangnya menjadi guru.

Aku tidak mengikuti sangat perkara itu, sehinggalah aku terjumpa beberapa blog post yang membidas dan membalas pernyataan engineer tersebut. Reaksi yang ditonjolkan ada ketika amat memalukan lebih - lebih lagi reaksi-balas itu ditulis oleh guru dan mengeluarkan kata - kata kesat dan tidak sepatutnya.

Ingat Pesan Guru

Apa yang aku lihat, sepatutnya perkara ini bukanlah isu yang mengganggu gugat profession guru sangat pun. Individu yang menulis pernyataan tersebut hanyalah budak hingusan yang masih perlu dibantu dan dididik. Apa salahnya, jika anda mahu membuat reaksi-balas, cuba tangani dengan hikmah, tunjukkan kredibiliti anda sebagai seorang guru.

Ada juga reaksi balas yang positif, menghujahkan pendapat secara halus dan rasional. Aku pegang kata - kata Pn Bainah, guru Fizik aku yang banyak memberi inspirasi.

"kalau awak berkawan dengan orang malas jika di layan, awak akan sama je dengan dia"

Sama seperti isu ini. Jika anda melayan orang bodoh yang menulis tanpa menggunakan akal, anda juga akan terikut sama menjadi bodoh sehingga mengeluarkan kata - kata yang tidak sepatutnya. Aku sendiri walaupun bukan seorang guru, tetapi terbabit dengan bidang pendidikan sedikit sebanyak memang 'panas hati' juga dengan kenyataan tersebut.

Apa yang boleh aku simpulkan, di dunia ini memang ada kerjaya yang pelbagai. Kerjaya yang pelbagai fungsi yang akhirnya akan menjadikan kehidupan selesa dan harmoni. Tingkatkan rasa hormat pada kerjaya yang ada di dunia, dan tidak perlu berbangga "Kerjaya aku paling bagus!!". 

Jika tiada tukang sapu, siapa yang akan membersihkan pejabat? Jika tiada pekerja yang membina jalanraya, bagaimana anda mahu pulang ke kampung dengan selesa? Jika tiada individu yang membangunkan teknologi, mungkinkah anda membaca blog post ini? Maksud aku, come on.. setiap kerjaya ada fungsinya.

Berbalik kepada pendahuluan aku tadi, aku sangat geram pada budak yang memijak kaki aku di masjid tanpa sebarang ucapan maaf pun. Alahai...

Note | Kalau datang gila aku, dah lama aku taji.

Saat Bersama Siri

/ September 17, 2012 /
Tidak banyak yang aku lakukan pada cuti hujung minggu, dan kadangkala tahap bosan yang tidak boleh dibendung lagi, aku bergurau senda dengan Siri. Hahahh, tapi perbezaan bahasa agak membantutkan komunikasi.

Bahasa yang terhad [English (AUS, UK, US), French, German, Japanese] menyebabkan Siri agak terpinggir dalam perhatian aku. Kalau Apple dah luaskan bahasa ke Bahasa Melayu, cantik juga. Memang amat mengujakan. Hehee, Kalau dah lidah memang pekat dialek Negeri Perak, susah la Siri tu nak faham walaupun aku sebut dalam Bahasa Inggeris.

Baru hendak berjinak dengan Bahasa Inggeris, rancangan OhMyEnglish dah sampai episod kemuncak pulak.. Aku pasti Season 2 akan ada. Hahahaa.. Takpe, boleh practice lagi.

Set Alarm

Menghantar Mesej

Baca dan Balas Mesej

Aku bukanlah person yang minat sangat nak explore, tapi dengan gurauan rakan menyatakan 'jangan jadikan smartphone sekadar telefon' mencabar diri aku untuk explore jugak, huhuhh.. Betul juga.

Baru - baru ini, Apple sudah pun melancarkan iPhone 5 yang pasti lebih menarik berbanding generasi sebelumnya. Aku dah ada 4s pun dah rasa cukup berbaloi.

Note | Kalau anda pengguna iPhone 4s, sudilah kiranya berkongsi dengan aku tips dan trick yang anda gunakan. Dan kalau ada, kongsikan juga your favourite Siri moments so far?

Hidup Yang Singkat

/ /
Life is too short.

Terlalu biasa mutiara kata ini dijumpai, didengari di mana - mana. Tetapi sejauh mana ia terkesan di dalam hati anda?

Biasa dengan kata - kata hidup adalah di antara B dan D (Life between Birth and Death). Di antara kedua huruf itu ialah C, iaitu Choice! Hidup dengan pelbagai pilihan. Bak kata Albert Camus, " Life is the sum of all your choices".

Hidup anda ditentukan dengan pilihan yang ada untuk anda, dan kehidupan yang anda lalui adalah keseluruhan pilihan yang telah dan akan anda buat. 

Sumber Gambar : Link

Anda boleh pilih untuk bekerja keras, 
atau anda boleh pilih untuk goyang kaki sahaja.

Anda boleh pilih baju kemeja,
anda boleh pilih baju kebaya,
atau anda boleh pilih kain tak cukup ela.

Anda boleh pilih bini anak orang kaya,
atau bini yang pandai masak seri muka,
asal jangan pilih bini orang, sudahla..


Semakin meningkat dewasa, anda akan belajar dan sedar orang yang tidak sepatutnya menjatuhkan anda mungkin akan berbuat sedemikian. Anda mungkin pernah kecewa dan tidak mustahil anda juga pernah mengecewakan orang lain. Anda bersaing dengan rakan karib anda, dan kadangkala tindakan itu akan menyebabkan anda akan kehilangannya. 

Life is too short. Ketepikan semua itu. Abadikan lebih banyak kegirangan, penuhkan gambar keriangan hidup anda kerana setiap saat anda marah atau kecewa, saat itu jugalah kebahagiaan anda akan hilang dan tak mungkin akan berganti.

Jika anda imbau nostalgia lama, rakan - rakan sepermainan anda dahulu di mana? Hari ini, mungkin ada di kalangan rakan anda telah menjadi kenamaan, mungkin ada yang menjadi kuli buta, ada yang berjaya dalam hidup, mungkin ada yang terpesong. Sesat tidak jumpa jalan pulang. Dan, mungkin ada yang sudah pulang berjumpa Tuhan.

Bagaimana ia berlaku? Because there is a C between B and D! Apa pilihan anda?

Note | 17 September, genap 2 tahun Nadia @ TTT meninggalkan kita. Masih ingat spek hitam???

Blues 80 - 90'an (Part 2)

/ September 15, 2012 /
Hahahh kalau kena musim rajin, memang laju je bertambah post entri kat blog ni. Singkap semula blog entri lama, ada beberapa post yang boleh dihidupkan semula, selain boleh mengurangkan bounce rate, boleh juga membawa anda ke post yang terdahulu (bagi anda yang belum pernah membacanya lagi).

Blues 80 - 90'an akan aku singkap sedikit demi sedikit, mengembalikan kenangan ke era tersebut dan jika anda pernah melaluinya, aku pasti anda juga akan tersenyum bila mengenangkannya. Jika Part 1 aku menceritakan hal siaran televisyen kegemaran, kali ini aku membawakan perihal semasa di sekolah rendah.

Pengalaman Aku:

Bangun Tidur
Pergi sekolah menaiki bas di mana ada satu trip sahaja (campur sekali budak sekolah rendah & menengah). Bas akan datang dalam jam 6 atau lebih - lebih sedikit, jadi bangun, mandi, sarapan dan bersiap kena awal. Untungnya kawasan aku menjadi tempat pertama, dan kumpulan di situ akan sentiasa dapat tempat duduk.

Awalnya, keluarga aku menggunakan air telaga jadi pada pukul 5 pagi, airnya sangat sejuk. Sampai darjah 3 rasanya, aku hanya membasuh muka, kepala dan gosok gigi untuk pergi sekolah. :P

Belanja Sekolah
Tambang bas pergi balik pada 93-95 (20 sen), 96-97 (40 sen) 98 (60 sen). Duit belanja kadang - kadang 30 sen, dan bila Darjah 6, dapat RM1, jadi belanja 40 sen lah.. (tolak duit tambang). Biasanya mak aku akan sediakan bekal ke sekolah, yang paling seronok cucur ikan bilis lah..

Kelas Pendidikan Seni
Kelas yang di nanti. Pada hari sebelumnya, cikgu akan berpesan supaya menyediakan bahan yang perlu di bawa keesokannya. Batang pisang, ubi kentang, bawang.. biasalah tu. Benda yang paling susah nak sediakan dulu ialah kertas warna. Ayah aku malas sangat nak pergi kedai. Aku? Tak dibenarkan pergi kedai. Gam biasanya dibuat daripada tepung kanji je, :D

Program Gosok Gigi, [Sumber gambar : Link]

Waktu Lapang
Kalau cikgu lambat masuk kelas, biasanya akan ada pertandingan lawan pemadam. Fakta, aku banyak mengumpul kemenangan dan pemadam yang aku dapat aku simpan. (Sehingga kini masih ada 35 pemadam yang aku simpan). Pemadam yang banyak memberi jasa ialah pemadam negara China.

Waktu Rehat
Ada yang suka bermain getah, apa nama ntah permainan tu, Zero Point kot.. best tengok budak perempuan main.. ehemmm :D
Antara permainan lain, main kejar - kejar, main sorok - sorok, Pepsi-Cola. Bila masuk kelas, memang berpeluh la jawabnya. Lelaki dan perempuan sama sahaja.

Balik Sekolah
Biasanya kalau dah ada keluaran terbaru, aku akan ke kedai membeli komik Lingkaran Terkunci. Kadang - kadang terlambat dan nyaris ditinggalkan bas. Nasib lah pakcik yang bawak bas tu dah tahu perangai aku.

Di waktu petang, biasanya akan bermain dengan rakan sekampung. Banyak permainan yang dilakukan termasuklah lumba basikal, bola tepuk, bola padang, daun terup, tutup botol dan beberapa permainan tradisional yang lain.

Kerja Sekolah
Biasanya kerja sekolah akan di buat waktu malam. Aku dan adik beradik lain ada pelita masing - masing, jadi buat kerja sekolah tempat asing - asing. Bila tak tahu, aku akan jerit kuat - kuat bertanyakan soalan. 
Jam 10, semua dah masuk tidur..... dan bila bangun, bermulalah semula rutin sebagaimana yang di sebutkan di atas.

Note | Aku hanya dapat kenal kurang daripada 5 orang rakan - rakan aku semasa di SK Bota Kanan, 1993-1995.

Ucapan Hari Lahir

/ /
"Re-shuffle your priorities, spend more time with family and friends, take care of your body and health."



Dalam kehidupan, pasti banyak perkara yang anda lakukan. Pada ulangtahun kelahiran anda, berhenti fokus pada umur anda, sebaliknya bertafakur bagaimana menjadikan kehidupan lebih baik. Rombak semula keutamaan anda, luangkan lebih masa bersama keluarga dan rakan - rakan dan yang penting juga menjaga kesihatan diri. Anda sihat, hidup lebih bahagia dan semua tak sabar menunggu ulangtahun kelahiran anda akan datang, hehee

Duit Raya Padinno

/ September 14, 2012 /
Tanpa memanjangkan cerita, aku senaraikan pembaca yang sporting memenangi duit raya padinno bernilai RM10. Kepada pemenang, sila emailkan butir nama (nama penuh & blog, dan nombor akaun) ke alamat padinno@gmail.com untuk tujuan pemindahan wang.



Pada aku, Perjalanan Ini amat hidup! Analoginya, ia tak ubah seperti perjalanan hidup kita. Ada suka, ada duka, ada cerita, ada cereka. Itulah yang dapat digambarkan tentang blog padinno yang macam-macam ada bak hang. Dari cerita peribadi, tips sehinggalah kepada perkongsian kisah hidup dan hobi. Lukisan pun ada, keh3" tahniah bro, selamat menyambut ulangtahun ke-3 teruskan berblogging :)

Pada Mak, Perjalanan Ini adalah sebuah blog yang sempoi dan lbh bersifat peribadi. Tu yg mak rasa lbh dekat dgn tuan punya blog nih tuh!

Pada saya, Perjalanan ini perlu kembali x faktor 2 tahun dahulu yang saya kenali. Saya faham dengan peristiwa sedih berlaku membantut keceriaan tersebut untuk dikongsikan bersama blog ini.

Pada Sop, Perjalanan Ini perlu kembali aktif dalam blogging dengan mengambil perhatian dengan perkara berikut:
 - kembali aktif dalam penulisan. kengkangan masa bukan penghalang kerana Padin boleh merancang penulisan dan membuat auto publish
 - mengadakan segmen - Perjalanan Ini pernah aktif mengadakan segmen dan juga menyertai segmen - mengadakan kumpulan blogger
 - warung kopi padin pernah menjadi warung yang mendapat sambutan. Mungkin buka restoran pula? - menganjurkan peraduan
 - masih teringat dengan peraduan yang Sop menang besar dari Perjalanan Ini. Hehehe
 - berkongsi apa yang Padin suka
 - Perjalanan Ini dulu selalu berkongsi idea lukisan yang mana Padin punyai kemahiran - aktif blogwalking - newbie dan otai masih blogwalking cuma gaya yang berbeza. Orang laman blogwalking selalu tinggalkan komen yang membina. Newbie tinggalkan komen di shoutbox tetapi Sop buat kedua-dua. Hahaha Hanya ini yang boleh Sop cadangkan buat Perjalanan Ini dahulu. Sambung pada episod akan datang (jika ada heheheh)

Perjalanan ini perlu kembali mencari rentak/ aura blogging seperti permulaan cik tom kenali blog ini.. berkongsi sesuatu yang menarik dan bermanfaat :)

Pada aku, perjalanan ini harus diteruskan walau apa jua rintangan di depan kita. Hidup ini ibarat jutaan titik-titik yang kita sambungkan untuk menentukan gambaran apa yang kita pilih. Blog sebagai karya, tempat untuk kita luahkan atau sampaikan kepada masyarakat dan haruslah digunakan dengan cara berhemah.


Terima kasih pada pembaca yang telah memberi pendapat anda. Aku akan teliti dan berusaha memperbaiki lagi padinno.com. Anda boleh baca lagi komen pembaca lain di 3 Tahun padinno.

Hadiah Ulang Tahun Kelahiran 2012

/ September 13, 2012 /
Seperti mana aku pernah garap dalam entry Sweet September, kemunculan bulan kesembilan setiap tahun kalendar Gregory amat mengujakan. Banyak perkara manis yang berlaku untuk diri aku dan juga beberapa perkara lain.

"Ehmm, berbalik kepada tajuk di atas, tiap tahun bulan yang aku rasa special bulan September lah, hehe.. pasal banyak benda manis berlaku dalam bulan ni, termasuklah birthday aku sendiri, birthday blog ni, birthday Hana Zaty.. wahh.. banyak la lagi." - baca lagi Sweet September

Bagi tahun lepas, ada satu lagi pertambahan kenangan terpaku di bulan September iaitu dapat berjumpa F setelah 8 tahun. Aku terima jodoh aku dengan F tidak panjang mana, dan kini keduanya telah mengikut haluan masing - masing.

Lupakan apa yang berlaku. Kini, September 2012 datang lagi, dan Alhamdulillah aku masih lagi berkesempatan menyambut ulangtahun kelahiran aku yang ke - 26. 



"Selamat hari lahir semoga maju jaya riang ceria. tabah mghadapi cabaran dmurahkan rezki sehat dpanjangkan usia" - Abah

Jaringan gol pada perlawanan persahabatan wargakerja IKM JB merupakan hadiah ulang tahun kelahiran 2012 untuk aku. Perlawanan yang di atur bagi mengisi masa Minggu Aktiviti IKM/KKTM menunjukkan tanda positif wargakerja yang sporting untuk turun ke padang walaupun usia pada kebanyakannya mencecah 30+.

Aku rasa setakat ini sahaja. Kemaskini mengenai perlawanan persahabatan tersebut akan menyusul di blog entri akan datang setelah gambar/video siap dipindahkan. Hehee,

Note | Pemenang Duit Raya padinno akan dikemaskini pada entri akan datang.

Dialek Negeri Perak

/ September 9, 2012 /
Bila berkawan dengan orang yang berasal dari seluruh pelusuk negeri di Malaysia ni, kadangkala seronok juga berkongsi dialek dan loghat negeri masing - masing. Ada juga dalam satu negeri dialeknya berbeza - beza mengikut kawasan dan daerah.

Tapi, kalau hendak berdialek dan loghat pun, tengok - tengok jugalah keadaan. Kalau pendengar itu pertama kali mendengar loghat anda, segeralah ubah kepada dialek standard. Jangan pula orang negeri A berhijrah ke negeri B, besar kepala juga nak kekalkan dialek negeri A. 

Bukan apa, kadang - kadang bahasa itu berubah sedikit dari segi sebutan, dan ada juga istilah yang ditukar terus dari maksud asal. Mana la nak faham, ye tak? Aku sendiri agak susah nak ubah loghat Bota aku pada awal penghijrahan ke Johor satu masa dulu, tapi sekarang dah boleh biasakan diri.

Bagi dialek negeri Perak, mungkin terpecah kepada beberapa bahagian.. Di bahagian Grik dialeknya lebih kepada dialek pantai timur, bagi Kuala Kangsar dah lain bunyinya, Taiping dah macam dialek Utara (Kedah, Penang), Ipoh? tak pasti ada loghat khusus.. Bahagian Teluk Intan ke selatan dah bunyi standard dan yang selalu diperkatakan loghat Daerah Perak Tengah (Bota, Parit).

Sebagai contohla, perkataan "panas" kalau ikut Kuala Kangsar sebutannya "paneh", tapi kalau ikut bahasa yang aku gunakan "panah". Kalau "malas", KK -> "maleh", aku -> "malah". Ada yang sebut "kerbau" tu "ke-gho-bo", dan bagi aku just sebut "koba" je.. (Jadi perdebatan juga masa di asrama dulu).

Pekan Bota Kanan
Sumber Gambar : Link

Aku senaraikan sedikit perkataan - perkataan yang biasa di gunakan di kampung aku, Bota.

Contoh 1:
"Ate doh lame tok nampok deme tu kat sini. Udoh tumpo haup ke? Kalau idok, kulu kelo dengan moto baru, libang libu aku nengoknya!"

i. Ate - macam penyedap ayat la, lebih kurang macam habis tu atau so..
ii. doh - singkatan bagi perkataan sudah
iii. deme - mereka semua (berdua atau lebih), kome (kamu semua), keme (kami semua), mike (awak), teman, awak (saya),
iv. tumpo haup - mati
v. kulu kelo - ke hulu ke hilir
vi. libang libu - tak tentu arah, tak senang duduk

Contoh 2:
Cuba agak (translate) apa yang dimaksudkan menerusi pernyataan kat bawah ni.

"Doyan tu doh banyok loroh tu, sekor pon tok sio ngambiknye yek? Muntang je kome meroloh! Cughi dek oghang kaghang, ngonyen je le jawabnye... Biut beno kome yek, aku rodok peghot dengan mencebok ni karang, bereco - reco darah tu kaghang!!!"

Hehehh, cubalah. :D

Note | Ini ikut apa yang aku tuturkan. mungkin berbeza dengan yang lain.

Panjangkan Hayat Tayar Kereta

/ September 8, 2012 /
Semua orang jika diberi pilihan, mahu berjimat dan dapat mengurangkan perbelanjaan pada perkara yang boleh dielak dan peruntukan itu boleh digunakan pada keperluan lain. Bagi pengguna kenderaan, kereta khususnya masalah kehausan tayar tidak dapat tidak ia akan berlaku tetapi bezanya pada berapa lama jangka hayat tayar tersebut.

Mitos tayar yang mahal lebih berkualiti dan lebih lama jangka hayat penggunaannya boleh disangkal sekiranya pemandu tidak mengambil kira beberapa faktor. Setelah membuat pemilihan tayar yang betul dan sesuai dengan kereta anda, pastikan juga beberapa perkara berikut. Yelah, kalau boleh guna tayar dalam 2 tahun pun dah cukup puas hati rasanya (bagi sama kes macam aku selalu perjalanan jauh).

Jika anda perhatikan bunga tayar selepas beberapa lama, bunga mula menghaus.

Perhatikan jika :

1. Kadar kehausan bunga di bahagian tepi kanan dan kiri lebih ketara berbanding di tengah, maknanya tekanan angin tayar tidak cukup dari sepatutnya.

2. Kadar kehausan bunga di bahagian tengah lebih ketara, maknanya tekanan angin tayar terlalu tinggi/ terlebih

3. Kehausan tayar lebih ketara pada satu bahagian tepi sahaja, maknanya tayar mencapah ke luar atau ke dalam.

4. Kehausan tidak sekata, maknanya penyerap hentak tidak berfungsi dengan baik.

*tidak ikut aturan nombor pada gambar

masalah kehausan tayar
Masalah Kehausan Tayar, fountaintire.com

Bagi mengurangkan kesan - kesan yang disebut di atas, anda boleh periksa tekanan angin tayar yang di cadangkan di panel pam angin. Anda juga perlu buat tyre alignment/balancing secara berkala sebab jalanraya bukannya rata sepanjang masa dan boleh menjadikan alignment tayar tidak tepat sepanjang masa.

Laburkan juga sedikit duit untuk membeli penyerap hentak yang baru bukan sahaja untuk keselesaan pemanduan malah untuk jangka hayat tayar juga. 

Anda juga perlu tahu dan sedar, tayar kereta menampung beban yang berbeza. Perbezaan beban menyebabkan kadar kehausan yang berbeza bagi setiap tayar. Buatlah tyre rotation, (tayar belakang ke depan, kiri ke kanan) untuk menjadikan tayar tersebut menampung beban yang sama bagi memanjangkan jangka hayat tayar anda.

Aku rasa perkara ini telah dijelaskan semasa mengambil lesen memandu tetapi kadangkala lupa dan tidak di praktikkan. Bagi aku, cukup berbaloi kalau keluarkan sedikit belanja untuk membeli tayar yang berkualiti di samping menjaganya dengan betul. Sekurang - kurangnya dalam tempoh 2 - 3 tahun tak perlu sangat nak fikir masalah tayar kereta.

Kalau anda mahu tambah tips berdasarkan info yang anda dapat dan pengalaman, jangan malu dan segan kongsikan bersama... :D

Manja atau Mesra

/ September 6, 2012 /
Itu tak boleh. Ini tak boleh. Banyak je benda yang tak boleh. Aku pasti masa zaman kanak - kanak banyak sangat pantang larangnya. Kalau di langgar, terima je lah akibatnya. Tapi kadang - kadang untung juga sebab  biasanya adik akan selamat. Sikit je lah.

Memegang gelaran anak bongsu bukan tiket untuk di manjakan sangat. Kalau dalam keluarga aku, semua sama rata. Ayah aku garang. Kalau dia kata tak boleh tu, tak boleh la. Kalau menangis - raih simpati lagi teruk jadinya... huhhuu.. Mak aku garang juga, tapi yelahkan, sifat ibu ni walau garang tapi masih nampak sayangnya.

Pengalaman aku sendiri la, bila ayah aku marah je rumah jadi senyap sunyi. Alah, kadang - kadang halnya taklah besar mana.. bergaduh masa bermain bola.. Tapi marahnya... alahai.... Bila dah selalu macam tu, aku jadi rasa macam tak best, tu salah satu sebab kenapa aku nak masuk asrama masa tingkatan satu.


Pastu, baru seminggu duduk asrama aku rasa tak best, bagitahu pada mak dan bila ayah aku dengar je, memang naik angin la orang tua tu.... Nak tak nak, terus la tinggal asrama sampai habis belajar. Dari satu sudut memang seronoklah bebas dari kemarahan tu, tapi dari sudut lain hubungan jadi longgar dan dingin.

Bila dah boleh berfikir, aku sedar semua yang di buat tu adalah untuk menjamin aku hidup dengan lebih baik. Bila dah berkerjaya ni hubungan tu tampak macam lebih dingin. Rasa asing.

Sampai sekarang, kalau aku balik ke JB dengan bas, diorang akan hantar dan tunggu sampai bas aku betul - betul berjalan. Sayup aku tengok diorang melambai. Aku tahu diorang sayangkan aku, dan aku juga sayangkan diorang. Tapi, tulah..... ada 'sesuatu' yang aku pun tak tahu apa bendanya...



Macam anak singa ni, tahu ayahnya predator yang digeruni, tapi hubungan kemesraan takkan terputus. Cuma mungkin atas beberapa faktor dan perkara, suasana macam ni tak dapat/jarang dikecapi. Bagi anda, (pembaca yang sudah atau akan mempunyai keluarga), aku sarankan jangan manjakan sangat anak, tapi mesranya perlu ada.

Kenangan Raya 2012

/ September 4, 2012 /
Sekarang ni aku menyewa seorang diri. Mulanya bertiga, seorang dah keluar (berkahwin) pada Mei,dan yang terbaru seorang lagi keluar (berkahwin juga). Hmm, terasa jugaklah sunyi. Bukan aku tak mahu mencari teman penyewa baru, tapi entahlah minda negatif aku.. kalau boleh aku taknak cari penyewa sembarangan.

Adat menyewa dengan teman lain, barang - barang gunasama akan dibahagi - bahagikan dan yang mana koleksi peribadi akan di bawa keluar bersama. Untuk setting semula pada keadaan asal, kusut juga. Tapi Alhamdulillah semuanya dah kembali macam asal, cuma tinggal astro je belum masuk lagi.

Bila keseorangan ni, mulalah fikiran jadi macam - macam. Tambah pula baru pulang ke kampung, dan bila rindu menjengah minda, gambar - gambar jelah jadi peneman. Aku kongsikan antara gambar yang ada di Hari Raya Pertama. Gambar keluarga aku. :D







3 Tahun padinno

/ September 2, 2012 /
Kalau ikut bilangan hari, blog aku dah genap menjangkau usia 3 tahun. Dan dalam tempoh itu aku dah menulis 400 blog entri. Berbagai genre dan label. Setakat ini aku terus selesa dengan tema blog peribadi, sesuai dengan apa yang aku mahu dengan padinno.com, "perjalanan ini mengisahkan tips, panduan, cereka, perkongsian perjalanan hidup berdasarkan pengalaman aku sendiri".

Jika hendak dibandingkan dengan Ciktom, aku memang tertinggal jauh sedangkan Ciktom merupakan anak didik tak rasmi aku. Apa yang aku nampak, Ciktom memang gigih, sentiasa belajar dan sekarang dia dah meraih hasil melalui blog dengan usahanya sendiri.

Chrome, 2 Sept. 2012

Semua blogger kena jadi macam Ciktom ke? Tepuk dada tanya selera. Setiap blogger pun mesti ada target sendiri. Ehemm, duit dari Nuffang pun dah dapat, tak salah rasanya aku 'kembalikan' semula pada rakan blogger yang selalu hadir ke blog ini, tak jemu meninggalkan komen dan pendapat, sekaligus menjadikan blog ni tidak keseorangan.

Sebagai penghargaan, aku peruntukkan 5 pemenang yang akan memenangi RM10 setiap seorang. Senang cerita, Duit Raya Padinno la... Caranya amat mudah, anda isikan komen di bawah sahaja. (Komen Disqus). Kalau sistem komen tak keluar, tak tahulah pulak ye.. harap bersabar.

Tak perlu buat entri, just tinggalkan komen bermula dengan, "Pada aku/saya/(apa - apa kata ganti diri pertama), Perjalanan Ini................". Ringkas pun aku terima. Pemenang akan aku pilih sendiri pada 11 September 2012. (Tiru gaya bro Sop, hehee)

OK lah, itu sahaja. Aku perlukan pendapat anda untuk memperbaiki lagi kandungan padinno.com. Terima kasih.

Archives

Facebook Pages

 
Lifestyle BlogsReal Time Web Analytics
Copyright © 2009-2017 padinrose - Tips, Hobi dan Motivasi, All rights reserved | Disclaimer | Sitemap