padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

Hobi : Malaysian Coin

/ August 31, 2012 /
Hah.. Minta pembaca jangan bosan sebab entri ini berkait dengan entri sebelumnya, Hobi : Koleksi 2012. Seperti yang pernah aku bagitau, hobi setiap individu mungkin sama atau berbeza dan pastinya ada sebab tertentu untuk individu memilih hobi tersebut.

Bagi entri yang ke - 400 untuk Perjalanan Ini, aku ingin kongsikan satu blog yang aku rasa menyediakan informasi yang bagus tentang syiling Malaysia, dan aku rasa ia juga satu hobi yang unik dan boleh di jadikan panduan bagi penggemar atau pengumpul syiling lama.

Blog Malaysia Coin ni aku pun tak ingat sejak bila aku follow, tapi kebelakangan ini boleh kata kerap juga aku berlayar ke pautan tersebut. Dan aku rasa ada satu lagi blog yang diusahakan oleh pemilik yang sama, lunaticg.

Bagi penggemar atau pengumpul duit syiling lama, atau yang ingin berjinak - jinak dengan hobi ini, bolehlah mengunjungi blog yang aku nyatakan di atas. Aku sendiri bukan lah serius untuk mengumpul duit syiling/ duit kertas Malaysia (dan beberapa duit dari negara lain), tapi ada minat juga untuk dapatkan informasi.

Sumber : malaysiancoin.com

Sampai ada satu masa tu, aku peruntukkan sejumlah masa untuk korek tabung syiling dan perhatikan satu persatu tahun keluaran, tempaan GC pada syiling parlimen dan lain - lain informasi yang aku baca menerusi 2 blog tadi. Hahahh..


Ukiran huruf GC pada belakang duit syiling parlimen tersebut adalah initial untuk Geoffrey Colley, pereka duit syiling pertama Malaysia. Ada orang yang mengatakan bahawa ianya adalah "mint mark" tetapi sebenarnya ia hanyalah initial atau tanda ukiran perekanya.


Aku rasa, setakat ini sahaja. Sempena Hari Kebangsaan ni, aku mengucapkan Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan Malaysia yang ke - 55, dan aku harap bukan sahaja sekadar melaung MERDEKA tetapi boleh menyelusuri setiap maksud dan rahsia merdeka itu sendiri.

Nota : Takde koleksi syiling RM1.. Huhuu,

Hobi : Koleksi 2012

/ August 27, 2012 /
Tinggalkan cerita Dendang Perantau tempoh hari, untuk blog post kali ini aku ingin kongsikan berkenaan Hobi : Koleksi 2012 pula. Jika anda belum berpeluang membaca entri lepas berkaitan hobi aku, bolehlah baca dahulu pautan Die-Cast Model dan Hobi terlebih dahulu. Taknak baca sekarang pun tidak mengapa, esok lusa masih boleh lagi..

Setakat 2011, aku dah menyimpan 38 buah pelbagai skala dan model. Paling besar skala 1:24 dan paling kecil 1:64. Untuk 2011, aku tidak membeli sebarang koleksi model kereta mainan ni, cuma pada Julai aku menang tempat pertama Giveaway Bro Ismail N - BMW X6 (1:24). Ada la teman untuk Mitsubishi Evo VIII kat meja pejabat tu, hehee..



2012, semasa membeli belah untuk persiapan raya, mata aku tertarik pada bahagian permainan (selalunya memang macam ni), dan setelah di timbang tara, aku beli Gundam. Layan robot pulak dah.. Orang lain dok sibuk pilih baju, aku sibuk pilih permainan. 

Robot Pertama

Emm, pertama kali pasang sendiri, separuh hari juga aku siapkan model robot nih. Tapi bukan susah pun, ada arahan dia walaupun tulisan Jepun, still boleh tengok gambar yang tersedia. 

Bagi die-cast model, aku baru order untuk pembelian die - cast Honda Civic EG6 dalam talian. Dah merata cari di kedai mainan tapi susah betul nak jumpa model ini. Sebetulnya, aku nak cari model Honda Civic EG9 tapi memang rare lah model ni. T_T

Honda Civic EG6 : Coming Soon

Honda Civic EG9 : Tak jumpa lagi..

Honda Civic MY EG9

Aku tak ingatlah, rasanya kat Midvalley ada 'syurga' kedai mainan ni, tapi tulah jauh sangat lah pulak. Kalau dekat, mau kopak tiap - tiap bulan. Tu hikmahnya benda alah tu jauh dengan aku, hehee..Sampai bila aku nak berhenti untuk mengumpul koleksi die cast model ni? Entahlah...... hahahaa

Honda Oddysey Absolute 2.4

Ada hobi sama tak?

Dendang Perantau

/ /
Hehee dah seminggu beraya + bercuti, jadi kembali seperti asal.. Menjalankan rutin dan tugas harian seperti sediakala. Pekerja kembali menjalankan tugas, pelajar kembali belajar dan lain - lain rutin lah. Sememangnya kalau nak bercerita pasal raya, sebulan pun belum tentu cukup, kuih habis dahulu cerita masih ada.

Bagi pendapat aku, bab paling seronok hidup merantau ni part balik kampung. Setuju sangat dengan lirik lagu "..perjalanan jauh tak ku rasa, kerna hati ku melonjak sama.." Tahun ini tahun kedua aku balik kampung dengan kereta sendiri - tapi masih kekal memandu berseorangan :D Bila nak balik kampung tu perjalanan jauh dan sesak pun tak terasa sangat. Tapi bila nak ke Johor semula.. aduhaii..

Banyaknya Kereta

Kalau di imbas pengalaman balik kampung beraya ni, banyak juga kenangan suka dukanya. Tapi biasanya yang suka tu biasa - biasa aja, yang duka tulah yang selalu di sebut dan di kenang. Terkenangkan semula, senyum sendiri pun ada.

Setakat ini aku tak pernah lagi miss untuk pulang beraya. Raya Puasa la, Raya Haji masa belajar dulu tak balik pun, cuti pendek sangat, tak berbaloi rasanya nak balik kampung. Macamanalah agaknya yang dapat cuti, tapi takde tiket nak balik kampung.. huhuuu,

Note : Terima kasih Ciktom & Emieysandra untuk kad raya.. :D

Salam Aidilfitri 2012

/ August 20, 2012 /
Di kesempatan ini, aku sebagai pemilik padinno.com ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada pengunjung yang singgah ke laman ini.

Tanda Rumah Sebelum Berjelaga

Semoga anda ceria bersama keluarga, sahabat handai dan sesiapa jua di hari bahagia ini. Makan lemang, makan rendang, makan ketupat jangan lupa makan kuih raya sekali... eh, silap... makan boleh tapi berpada - pada, banyak lagi rumah yang hendak di kunjungi. Takut nanti rumah ke-4 setakat minum air secawan je, kecil hati tuan rumah, ekekee

Raya Pertama di Halaman Rumah

Ringkas sahaja. Kalau ada penulisan aku di dalam blog ini yang ada mengguris hati anda, harap - harap jangan simpan dalam hati. Tiada niat langsung, malah sekadar berkongsi cereka. Hehehh, ok lah... jom sambung makan lemangggg......

Gerakkan Blog Anda

/ August 11, 2012 /
Teringat masa aku mula - mula ligat dengan blog pada pertengahan 2010 dulu. Kemeriahan berblog bukan sahaja melibatkan perkenalan rakan - rakan di blog, malah turut meriah dengan iklan Nuffnang yang muncul pada waktu dan ketikanya sahaja, masa tu bila iklan muncul memang meriah la kotak jerit masing - masing.

Kaedah blogwalking pada waktu tertentu itu memang mendatangkan hasil yang lumayan. Masa tu, aku pasti apa yang blogger tu tulis tak di pandang dah, yang penting 'bergerak ke blog lain untuk menggerakkan blog kita'.. Boleh kata kebanyakan blog ada kotak jerit lah. Senang untuk 'menggerakkan blog'.

Tapi, sampai satu masa Nuffnang dah dapat kesan kaedah fraud click tu dan telah memberi amaran besar - besaran. Maka, serentak dengan itu jugaklah merudumnya faedah kotak jerit dan masa tu jugak heboh berkenaan trafik palsu yang di bina semata - mata mengaut keuntungan bagi sebelah pihak saje. Bermacam - macam link yang tak berguna masuk ke kotak jerit.

Sumber : Link

Aku buang kotak jerit dan mula menggerakkan blog dengan kaedah lain. Aku tengok, ramai juga blogger di luar sana yang survive tanpa kotak jerit. Mula - mula memang hancus la, tapi lama - kelamaan dapat jugaklah bertahan dan sesuaikan keadaan.

Boleh kata, dalam lebih kurang 3 tahun berblog ni, memang dah banyak group yang dah jumpa, dan ada yang dah hilang, ada yang masih aktif dan ada yang dah hilang tapi masih berhubung.. ha, lebih kurang macam tu lah... hehee teringat Geng Oren, Empayar Hitam, Padinno Kopitiam.... sekarang? Entahla..

Umm, satu yang boleh aku kongsi, tak rugi berjalan - jalan ke blog orang lain. Di samping kenal kawan sedia ada, kita kenal kawan kenalan kita tu. Di samping kita berjalan, kita gerakkan blog kita juga. Satu hari pergi ke satu atau dua blog baru, ha... amacam? Barulah boleh survive, taklah duduk di kepompong sendiri aje :D

Apa Nasib Kimie?

/ August 7, 2012 /
Jika anda pernah terbaca mengenai Cerpen Pautan : Aku Anak Derhaka, pasti tertanya - tanya apakah nasib seterusnya yang berlaku kepada pendokong watak utama, Kimie (Zulhakimi). Aku sendiri tertanya - tanya apa yang berlaku sesudah beliau tiba di Kuala Lumpur.

Cerpen Pautan : Aku Anak Derhaka ini telah diinspirasikan oleh blogger Sop, Mei 2010 dan sehingga kini, Cerpen ini telah sampai kepada angka Siri 14. Alangkah bestnya kalau projek ini disambung dan dihidupkan semula, sekurang - kurangnya kita tahu apa nasib Kimie, dan mungkin boleh diselitkan pengajaran melalui jalan cerita yang menarik bingkisan dari blogger  sendiri.



Bagi mengetahui lebih lanjut berkenaan projek ini, bolehlah layari Projek Cerpen Berantai : Sop dan untuk membaca semula Siri 1 - Siri 14, boleh rujuk Siri Cerpen Pautan : Aku Anak Derhaka

Ada yang mahu jadi nombor 15? hehehh,

Beli Barang Online

/ August 4, 2012 /
Jika tengok keadaan sekarang, penggunaan internet semakin meluas. Semua perkara telah dimudahkan. Bayar bil  dalam talian, tak perlu lagi berebut mencari parkir, beratur panjang menunggu giliran hanya dengan beberapa klik, urusan anda telah selesai.

Juga, mengikut trending terkini adalah belian/julalan barangan dalam talian. Dah banyak, merata - rata perniagaan dalam talian ni. Banyak faktor yang menjadi daya penarik untuk individu membuat pembelian dalam talian.

Aku, dah banyak juga barangan yang aku beli dalam talian. Mulanya memang 50 - 50, rasa ragu kalau - kalau duit telah dipindahkan tetapi barangan tidak sampai. Seperti apa yang pernah dikeluarkan di akhbar, kes individu yang membeli telefon pintar dengan harga yang agak rendah sedikit, tetapi mengecewakan apabila di tipu dan hanya mendapat berus cat.

Nak beli tu kadang - kadang kena guna otak juga. Ada orang nampak tawaran harga menarik je terus beli tanpa mengkaji - usul periksa penjualnya. Aku setakat ini berpuas hati dengan semua barangan yang aku beli menerusi belian dalam talian dan tiada sebarang masalah.

Bukan apa, beli online ni boleh penjimatan juga. Kalau benda tu ada di Selangor, takkan la aku terhegeh - hegeh ke Selangor, bayar RM70 dan pulang semula ke Johor Bahru. Lebih baik aku bayar duit pos dalam RM7 - 8. Macam tu la lebih kurang perkiraan yang aku buat. Lagipun aku ni bukan rajin sangat berjalan - jalan nih.


Antara barangan yang aku pernah beli ialah jersi Selangor (RM70), jersi TM Malaysia (RM70), Belt-Suspender (RM50), Buku "Kopi O Kurang Gula" (RM13) dan ada beberapa item lagi. Kebanyakannya bawah RM100. Kalau tak sampai pun, taklah telan air liur sangat. Kalau harga dah mahal, baik pergi kedai dan beli dengan tangan sendiri.

Hmm, apa kata anda tentang belian dalam talian?

Lambat Matang

/ August 3, 2012 /
Aku berkhidmat dalam sektor pendidikan yang memang majoritinya Melayu. Tetapi dalam pengamatan dengan mata kepala aku sendiri, aku berasa sedikit sedih dengan sikap dan fokus mereka. Tidak di nafikan, umur purata adalah 18 - 22 tahun, belum matang tetapi aku rasa inilah waktu kritikal untuk menentukan masa depan remaja ini.

Aku akui, cabang kemahiran yang disediakan oleh IKM tidaklah se-gah institut yang menawarkan pengajian akademik tetapi bidang kemahiran juga seiring dalam menjadi pelopor pembangunan negara. Kalau semua nak jadi bos, siapa nak jadi pekerja? Bidang kemahiran juga tidak kurang menyumbang kepada pergerakan industri negara dengan pengeluaran tenaga kerja mahir dan berkualiti.

Maaf cakap, rata - rata pengambilan pelajar ke IKM berdasarkan keputusan SPM yang cukup - cukup makan, (berdasarkan beberapa kriteria), tetapi fokus IKM menjadikan pelajar yang 'ketinggalan' ini masih boleh terus berjaya sepatutnya memberi peluang kedua untuk mereka memperbetulkan kelalaian lalu.



Tapi, di sebabkan lambat matang, tidak mengubah sikap dan tidak fokus dengan apa yang ada di hadapan mereka, menjadikan ia seperti mencurah air ke daun keladi. Pelajar - pelajar ini diberikan kemudahan pengajian percuma, kediaman percuma di tambah pula dengan bayaran makan percuma. Tetapi, kemudahan seperti itu menjadikan mereka lebih manja dan selesa.

Disiplin adalah dalam keadaan sederhana. Disiplin dalam pembelajaran, disiplin tatacara kelakuan, gaya hidup seolah - olah menggambarkan mereka hanya budak hingusan yang perlu di beri perhatian, perlu di beri tunjuk ajar A - Z. Ada juga segelintir yang seolah mencabar pengurusan dan bertindak seperti orang hebat.

Tambah memilukan, ada pelajar yang tidak berpuasa di bulan Ramadhan. Taktahu lagi nak cakap apa. Cukup sifat. Cukup sihat. Tetapi rupanya sekadar luaran. Menjaga pelajar dalam tempoh umur sebegini memang perlukan kesabaran tinggi, lebih tinggi daripada menguruskan budak sekolah rendah.

Entahlah. Kalau tengok niat murni MARA membantu bumiputera seakan tidak memberi apa - apa makna kepada anak remaja ini yang.... tidak mahu berubah. Aku sendiri mahu lihat pelajar aku matang dalam pengalamannya di IKM, tetapi aku kena terima hakikat perkara umpama itu bukan perkara yang boleh di gapai dengan mudah.

Archives

 
Lifestyle BlogsReal Time Web Analytics
Copyright © 2009-2017 padinrose - Tips, Hobi dan Motivasi, All rights reserved | Disclaimer | Sitemap