padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

Rancangan Tergendala

/ April 30, 2012 /
Malang tak datang tunggal. Itu yang dapat aku nukilkan dalam blog entri terakhir bulan ini. Entahlah, bukan sengaja aku menjaja cerita diri, cuma berkongsi apa yang aku lalui. Kita sebagai manusia biasa pasti ada ketidaksempurnaan dan cacat celanya, dan aku anggap ini dugaan dalam merencana hidup.

Aku terpaksa membatalkan perkahwinan aku ke suatu tarikh yang aku sendiri pun tak pasti. Pihak perempuan memutuskan pertunangan, dan keputusan itu aku terima dengan hati terbuka. Aku sendiri tidak pasti apa masalahnya, cuma kalau dia beriya - iya tidak mahu meneruskan perhubungan, aku boleh buat apa?



Dari pihak aku, memang aku sudah memikirkan semasak - masaknya untuk hal ini, tetapi entahlah......... aku sendiri tidak tahu apa yang sebenarnya di fikiran pihak perempuan. Jika merasakan pertunangan suatu perkara yang boleh di ambil ringan, patutlah boleh buat keputusan sesuka hati.

Tinggalkan cerita itu. Rakan karib aku di kampung melangsungkan perkahwinan 29 April, Isnin dan Selasa aku cuti. Ingin sekali aku hadir ke majlis itu, dan bolehlah juga balik kampung melawat ibubapa di sana. Tetapi rancangan ini juga tergendala kerana kereta aku mengalami masalah overheating!

Setibanya di Johor Bahru, malang belum habis. Demam dan selsema datang menyerang........ ..........Sehingga aku menulis entri ini, aku masih belum cergas sepenuhnya.

Note : Berita gembira, aku terpilih mewakili MARA Johor dalam sukan Futsal untuk Sukan MARA, Jun ini.  

Cerekarama A to Z

/ April 25, 2012 /
Aku rasa,
Blog entri kali ini,
Cuba sebolehnya di mulakan
Dengan setiap huruf Roman bagi setiap baris.

Entah kenapa,
Fikiran aku bercampur - campur.
Gangguan emosi?
Hmm, tak mungkin seteruk ini.

Ingin menulis blog entri seperti biasa,
Jari jemari mengetuk papan kekunci
Kongsi kisah, cereka dan pengalaman,
Longlai.... Lesu

Malam makin larut,
Nescafe yang aku bancuh makin menyejuk,
Orang lain mungkin dah tidur,
Pergi mencari mimpi indah dalam lena.


Quit writing blog??
Rasanya belum mahu lagi,
Seronok melihat hasil
Tulisan - tulisan terdahulu.

Usai mendengar Getaran Jiwa,
Video di ulang tanpa jemu.
Walaupun anda tidak berapa percaya,
X-Ray lah dada, belahlah hati.

Yes!!!!! Sampai ke penghujungnya,
Zzzzzz.....

Bekal Untuk Anda

/ April 20, 2012 /
Melihat rakan sekerja membawa bekal makanan di waktu pagi, mengetuk pintu nostalgia aku semasa bersekolah rendah dahulu, setiap hari Mak menyediakan bekal makanan untuk aku waktu rehat di sekolah. Menu yang berbeza setiap hari, kadangkala habis di makan, kadangkala tidak luak pun ada.

Bekal. Menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu di laman sesawangnya, bekal bermaksud 1. persediaan yang di bawa (dalam perjalanan) 2. segala yang mungkin berguna pada masa depan. Jika kita gunakan bahasa biasa yang kita gunakan, memang maksud yang kita faham dan guna pun masih menunjukkan takrif yang sama.

Membawa bekalan makanan ke sekolah atau ke tempat kerja bukanlah suatu yang memalu atau merugikan. Masih boleh menjamahnya di kantin atau tempat yang di sediakan, bersama rakan lain. Jika memandu untuk suatu perjalanan jauh, aku juga akan sediakan bekal - cukup sekadar 2 buku roti dan 2 tin air Nescafe Latte, sehingga aku berhenti rehat untuk menyegarkan badan semula.

Sumber Gambar : ierazirared.blogspot.com

Dari sudut lain, ia juga di takrifkan sebagai sesuatu yang mungkin berguna untuk masa depan (akan datang). Sebagai pelajar, bekal pelajaran yang di harungi (dalam sesuatu tempoh masa) akan di bawa ke dalam dewan peperiksaan. Jika seorang pekerja, bekal ilmu yang telah di pelajari akan menjadi bekal untuk sukses dalam kerjaya.

Bekal ilmu juga perlu ada sebelum hidup berumahtangga, bekal ilmu untuk mengajar dan mendidik anak - anak, bekal imu untuk menguruskan keluarga... semua itu bukan mudah, dan perlukan bekal yang mencukupi sebelum anda betul - betul boleh menyesuaikan diri dan menghadapi cabaran yang mendatang kelak.

Dalam kepercayaan agama juga, di anjurkan juga semasa di dunia ini kita hendaklah menyediakan bekal sebanyak - banyaknya untuk kehidupan di alam sana. 

Jadi, dalam banyak - banyak isu atau perkara yang di sebut dan di bincangkan di atas sana, berapa banyak bekal yang sudah anda sediakan, untuk kegunaan anda akan datang? Tepuk dada, tanya hati.. :D

Note : Moga entri ini boleh menjadi bekal untuk anda berhujung minggu hehee...

Ubat Tidur

/ April 17, 2012 /
Kebelakangan ini, payah benar rasanya nak tidur. Walaupun tidur tu antara hobi, tapi bila berbaring di katil, mata terkebil - kebil.... Jam berketik, tapi mata.. macam tu jugak lah. Tapi bila dah tidur, payah pulak nak bangun awalnya.... Kalau nak kata kesan peneman setia, tak mungkin la, pasal dulu - dulu takde pulak berkesan sangat.

Sebagai penyelesaian, setelah aku cermin diri, baru aku tahu, aku cukup alergik dengan buku. hahahh.. Baru aku teringat, pernah seorang rakan kerja menyarankan aku membaca buku Kopi O Tanpa Gula.. Dia kata, "bacalah buku tu, best juga. Penulis tu sampaikan mesej kehidupan dengan nada santai, tapi cukup sinis"..

Muka Depan : Kopi O Tanpa Gula

Faktanya, novel semasa Tingkatan 4 dan 5 pun aku tak habiskan pembacaan, inikan pula hendak membeli buku yang aku rasa..... tak best mana pun...Tetapi, aku mengubah fikiran, mana tahu dengan pembacaan buku yang tak best ni, boleh jadi ubat tidur yang aku cari selama ni?

Buku tersebut aku beli melalui online, dan kini berada di tangan aku. Selesai solat Maghrib, aku menyelak satu persatu tulisan pengarang, Abd Jalil Ali, dan... aku rasa macam best juga.. hehee tak selesai jugak masalah aku ni rasanya... 

.......

"Woi, bangunlah!"

Terdengar pekikan housemate aku dari luar bilik. Terjaga dari tidur, aku lihat aku sekarang berada di mukasurat 59... Aik, bila masa pulak dah sampai mukasurat 59 nih? Aku bertanya sendiri dan menggaru kepala yang tak gatal.. Aku lihat jam di handphone, 11.58 P.M.

Aku tersenyum sendiri. "Ubat" ini sangat mujarab, keh3... Terima kasih Aida, perkenalkan aku ubat ni, hee!

Peneman Setia

/ April 14, 2012 /
Hmm.... April ini agak mencabar juga. Banyak perkara yang datang bertalu - talu, tidak sempat selesaikan satu perkara datang lagi perkara lain, lama - lama aku pun tak tahu apa yang patut aku fikir. Sampaikan aku bertanya pada diri sendiri "eh, aku da lunch ke belum ek?".....

Ke tepikan semua itu. Aku sudah berada di Johor semula, setelah tamat mengikuti Kursus Pemasangan NGV yang di sampaikan oleh Skill Trade Development bertempat di CIAST, Shah Alam. Umm, secara keseluruhan, objektif kursus tu tercapai, tapi bagi peribadi, aku dapat 2/5! Dari segi kemudahan penginapan, tip top dapat executive room, tapi bab makan, kureng sikit lah...

Mixer System for Electronic Fuel Injection Engine

Baik.

Teman setia ni selalu je di kaitkan dengan individu yang sentiasa ada dengan kita. Alah, bosanlah... cuba berkarya atas material yang lain pulak... Bukan apa, kita sering menganggap individu itu teman setia, tapi percayalah, selagi ada hati, selagi itulah ia bukan mutakhir... dan apa sahaja boleh berlaku sekelip mata. Kalau layan rock kapak, mesti familiar dengan lagu "Sekelip Mata Kau Berubah - Lestari".

Untuk menjadi pengisian dalam blog entri kali ini, aku kongsikan beberapa teman setia aku lah... Makna kata, kalau "teman setia" ini tiada, rasa macam...... aisehhhh.. ha, lebih kurang macam tu lah ye.... Yang pertama sekali, handphone. Perghhh, aku tak boleh bayang apa rasa kalau sekarang ni takde handphone.

Teman lain yang aku rasakan isitimewa, termasuklah laptop - tempat aku mengarang blog entri padinno.com, perkhidmatan jalur lebar, motor dan MyEG9!... Hahahaa aku tak pasti lah "mereka" ini setia atau tidak, tapi aku akan gunakan sampai noktah yang terakhir... Kalau dah sampai hujung nyawa pun aku masih guna, maknanya memang teman yang setialah tu, teman sampai hujung nyawa!

Kalau dah tak boleh berfungsi dengan baik, mungkin aku akan gantikan dengan yang baru. Masa tu, kalau nak keluar autobiografi "Aku sebuah Laptop Tua" ke, "Ada Yang Baru, Yang Lama Di Tinggalkan" ke, boleh je layan. hehee...

Nescafe Kopi Latte peneman di bilik, CIAST

Tetapi, ada satu lagi peneman aku yang paling setia.

Aku bukan penulis masyhur, bukan juga pelukis handalan. Cuma minat untuk menulis dan melukis memerlukan aku ilham yang kreatif, juga kritis untuk terus berkarya. Tahun - tahun kebelakangan ini, sentiasa ada di sisi segelas air Nescafe......konon boleh bagi ilham la kan bila minum Nescafe. Tapi, memang ya. Memandu, memulakan hari, memulakan melukis, menulis... semua itu di temani Nescafe.

Jadi,
apa peneman paling setia anda?? :D

Minda Kronik

/ April 11, 2012 /

Sekian, Terima Kasih!

Pasangan Yang Membahagiakan

/ April 6, 2012 /
Wahai sahabat,


Apa lagi pasangan teh tarik ini?

Cenderahati Abstrak

/ April 4, 2012 /
Cenderahati di takrifkan sebagai sesuatu yang di berikan kepada orang lain sebagai tanda ingatan. Tidak kira lah atas apa jua alasan  dan bentuk cenderahati di beri, sebagai penerima, ia adalah suatu yang istimewa dan sewajarnya di hargai.

Sebenarnya, aku terbitkan entri Malapkan Lampu Sebentar, secara kiasannya ingin menyebut bahawa aku mahu berundur seketika dalam blogging, tapi seperti apa yang aku tulis, "Tekak Masih Haus" - masih terasa ingin menulis lagi.

Dalam kekusutan hari - hari yang aku lalui kini, aku telah menerima Cenderahati Abstrak daripada seorang sahabat kerja.


Dua lakaran ini seolah memberi aku suatu penjelasan. Penjelasan tentang hubungkait ia dengan kehidupan. Sebagai penggemar lukisan, aku begitu teruja dengan cenderahati abstrak ini. KLASIK.

Apa cenderahati paling berharga dalam hidup anda?

Facebook Pages

 
Lifestyle BlogsReal Time Web Analytics
Copyright © 2009-2017 padinrose - Tips, Hobi dan Motivasi, All rights reserved | Disclaimer | Sitemap