padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

Malapkan Lampu Sebentar

/ March 29, 2012 /
Kopi O Dah Habis.
Malapkan Lampu Sebentar.
Baring.
Berehat.


Malasnya Nak Buat Kopi O Lagi.
Tekak Masih Haus.

Kenali Istilah Hati

/ March 24, 2012 /
Kadangkala, ada perkara yang kita boleh lihat dengan jelas, ada perkara yang terlalu abstrak dan mungkin lebih cerewet untuk di fikirkan. Mudah kata, sesetengah perkara kita boleh pandang ia sebagai suatu yang objektif dan juga boleh jadi terlalu subjektif. Dalam banyak perkara itu, aku cuba selongkarkan satu - HATI.

Secara objektif, hati merupakan salah satu organ yang terbina dalam tubuh badan manusia, menjalankan fungsi termasuk menyimpan glikogen, mensintesis protein plasma, dan menyahtoksik dadah [1]. Namun, organ ini juga sering di kaitkan dengan perkara lain yang lebih subjektif. Hehee, sabar... jangan kerutkan dahi anda.



Kata 'hati' dalam penggunaan seharian (simpulan bahasa) agak luas, dan punya maksud yang berbeza mengikut kesesuaian. 

1. Ada Hati - Berkeinginan; tak kisah la ada hati pada perkara apa pun, contohnya ada hati nak jadi penyanyi, ada hati pada Rozita Che Wan hahahh...

2. Makan Hati - Rasa Tersinggung; lebih kurang macam.. "Aik, sentap???" hahaa.. 

3. Buah Hati - Kekasih; hahaa kenapalah buah hati tu kekasih ye?? Emm...

4. Ikut Hati - Naluri (kot?); umm.. kalau ikutkan hati, nak je kawin lari! Eh, tak payah ikutkan hati sangat, akal yang kawal hati, bukan hati yang kawal akal.

5. Susah Hati, Lembut Hati, Lubuk Hati, Luka Hati, Kunci Hati.... dan lain - lain lagi simpulan bahasa yang berkaitan dengan hati. 

Jika anda perasan,
simpulan bahasa yang menggunakan perkataan hati mesti mengaitkan dengan perasaan manusia. Uniknya, seketul hati boleh melibatkan banyak perasaan.


Ada perasaan marah, ada dendam, sedih, gembira, seronok, takut, cemburu, meluat, teruja, dan pelbagai lagi jenis perasaan. Di sebabkan kepelbagaian inilah, anda boleh lihat sikap manusia itu berubah - ubah, langsung dari perubahan rasa hati individu tersebut. Perubahan ini kadangkala menjadikan ia suatu yang menghiburkan, tetapi adakala amat rumit dan melecehkan.

Bagi aku, rumit dan leceh bila memperkatakan soal hati manusia ni... Kata anda?

Tatkala Pen Di Tangan

/ March 21, 2012 /
Hehee.. sambil memindahkan gambar - gambar dari telefon ke komputer peribadi, tertengok pula 2 imej ni.

Puan Rose Badariah, Taklimat MQA Sesi 1 & 2

Puan Yusnita, Taklimat MQA Sesi 3

Hahaa.. Biasanya kalau ada pen / pensel dan kertas di tangan, mesti ada je imej lain yang muncul. Alasan? Senang nak ingat muka penceramah, wakakaa... Padahal, boring tahap kritikal tu..

Note | Nanti nak tengok nota student, entah - entah ada yang sama spesis macam aku :D

Apa Khabar Sahabat

/ March 15, 2012 /
Dalam meniti hari demi hari, menyelak lembaran - lembaran lama dalam laman ni, boleh membangkitkan nostalgia juga. 2 tahun lebih dalam keluarga blogger, menemukan pelbagai jenis pembaca, yang ada di antaranya menjadi sahabat bukan sahaja di atas talian malah kehidupan realiti.

Dalam sela masa tersebut, ramai juga sahabat blogger yang datang dan pergi, silih berganti mewarnakan rentak Perjalanan Ini, sehingga ke hari ini. Ada di antaranya sudah menguburkan laman mereka, ada yang sekali sekala muncul, dan tidak kurang juga ada yang masih bertahan.

Sumber : rembat dari FB Kech, jangan marah naa..

Namun, tenggelam timbul kehadiran mereka pasti ada cerita di sebaliknya. Aku sendiri tidak pasti Perjalanan Ini akan bertahan sampai bila, barangkali sampai suatu ketika aku juga akan mengundurkan diri, sama seperti mereka yang terdahulu.

Setelah sekian lama (tak la lama mana pun), baru - baru ini, aku menerima pengkhabaran gembira, sahabat blogger Cha'on dan Kech telah melangsungkan ikatan pertunangan. Bila teringat detik pertemuan mereka di alam maya, dan seterusnya sehingga kepada hubungan sekarang, aku tersenyum sendiri. Doa aku mudah - mudahan mereka akan kekal bahagia dan bersama ke akhirnya.

Tahniah untuk Cha'on dan Kech. Umm, apa agaknya khabar sahabat lain? Apa khabar anda juga, yang sedang membaca entri ini? Harapnya, anda sihat dan sentiasa dengan khabar yang gembira.

Note | Apa khabar Hana Zaty agaknya ye? 

Ini Bangunan Kita

/ March 13, 2012 /
Minggu 11 dalam Kalendar Akademik IKM/KKTM, menandakan sesi pembelajaran memasuki pertengahan semester, dan pada minggu ini, di gazetkan sebagai Minggu Aktiviti IKM. Berbeza dengan sesi sebelumnya, Minggu Aktiviti Jan-Jun 12 memfokuskan kepada keceriaan bengkel, dengan tema "Sense of Belonging".

Setiap jabatan di arahkan untuk melaksanakan program keceriaan, dan jabatan aku memilih untuk mengecat semula bangunan dan bengkel supaya lebih segar berbanding sebelum ini.


Bak kata orang, "Yang Berat Sama Di Pikul, Yang Ringan Sama Di Jinjing". 


Semua pelajar memberikan komitmen dan kerjasama baik dalam menyempurnakan tugasan mengecat. Aku yakin pasti ada yang mengeluh, tetapi dari sudut lain, pasti ada yang merasa "Ini bangunan kita". 


"Jika pemain bola sepak bangga dengan jersi mereka, kenapa tidak kita bangga dengan bangunan kita?" ujar En Wan Jazlan, Ketua Kursus DTMG sebelum pelajar memulakan tugasan. 


Syabas dan Terima Kasih di atas komitmen anda.

Cabaran Pendamai

/ March 9, 2012 /
Alkisah, di sebuah organisasi yang di tunjangi beberapa jabatan, maka hiduplah pekerja - pekerjanya dengan cara kerja tersendiri mengikut kehendak dan keperluan organisasi. Ada pun begitu, terdapat juga segelintir mereka yang punya sengketa yang tidak di ketahui hujung pangkalnya.


Mohon bercerita, terdapatlah seorang pemuda yang segak tampilnya, lawa senyumnya, teratur baris giginya... erkk tak pasti part gigi tu perlu masuk ke tak, hahahh.. dan tersusun butir katanya. Arakian, senanglah hidupnya di kelilingi pekerja lain barangkali atas ramahnya, gaulannya.


Namun, tidaklah dapat tidak, hubungan sesama pekerja yang bersengketa itu tidak dapat di bendung lagi. Gadis bermata bundar tidak suka pemuda beramah bersama gadis berbibir nipis. Begitu juga sekutu gadis bermata bundar, si gadis berleher jinjang tidak lah menggemari akan gadis berbibir nipis.



"Jangan kamu cuba berbaik dengan Gadis Berbibir Nipis. Perilakunya sombong, seakan meninggi diri dan dia akan mensia - siakan kamu." lontar bicara Gadis Berleher Jinjang kepada Pemuda.


Pemuda tenang. Cabaran menjadi pendamai bukanlah perkara yang mudah. Pemuda tidak berkata ya, tidak juga berkata tidak. Sebolehnya mahu mencari di mana titik sengketa, mudah - mudahan pekerja - pekerja itu berdamai. 


"Aku tidak suka kamu berbaik dengan Si Jinjang dan Si Bundar. Pilihlah aku, atau mereka berdua." Gadis Berbibir Nipis mencadang cereka. Akhirnya Pemuda bersuara.


"Mungkin ada kekeliruan. Sengketa kalian terbit angkara salah faham. Cuba kamu sisihkan egois, nipiskan cemburu, muliakan minda.. Jika kalian sedar, niatku cuma mahu kalian duduk semeja. Mudah - mudahan kita semua beroleh bahagia"....


Malangnya, hasrat Pemuda mendamaikan pekerja itu tidak berjaya. Puas mencari jalan dan sebaik ikhtiar supaya mahukan mereka berdamai dan lontarkan sengketa yang ada, tetapi sia - sia.


Wahai pembaca yang budiman, sudikah anda membantu Pemuda mencari ikhtiar, menyelesaikan sengketa antara Regu Mata Bundar - Leher Jinjang dan Gadis Berbibir Nipis?? 

Waktu Rehat Mereka

/ March 5, 2012 /
Sambil menunggu giliran untuk mengambil wudhu' di surau, aku lihat 2 perempuan usia emas menjamah makan tengahari mungkin, di wakaf berhampiran pejabat kerja. Selesai solat, aku lihat mereka sudah memulakan tugas kembali, mencakar dedaun gugur, membersih longkang dan memungut sampah.


Seraya, hati aku bergetus, "ini sepatutnya waktu rehat mereka".



Entahlah.. mungkin aku baru balik kampung, dan teringat Mak di sana. Tak sanggup aku lihat dia di usia emas masih mencari rezeki sendiri untuk menyuap nasi. Bagi aku, tanggungjawab mereka sudah selesai, dan sebagai anak yang di besarkan, sampai masa untuk kita benarkan mereka berehat.


Wahai kawan, ini waktu rehat mereka.

Jati Diri

/ March 3, 2012 /
Kursus pertama yang aku ikuti bagi 2012 ini ialah Kursus Pemantapan Jati Diri, anjuran Institut Latihan Kecemerlangan MARA (ILKM) Jawi, bergandingan dengan Roza Nature Adventure & Enterprise. Tempat kursus ini di Pulau Pinang, dan dengan peluang yang ada sempat juga aku singgah di Bota.


Kursus 3 hari 2 malam ni, salah satu kursus untuk meningkatkan personal skill, yelah.. mungkin sudah melaluinya untuk beberapa kali, tetapi bak kata Jurulatih, En Rosli Siron, "Walaupun kita dah melaluinya, apa salah kita cuba mantapkan semula.. kita renew semula pelajaran kita yang terdahulu.."


Antara aktiviti yang ada semasa kursus tersebut:

1. Sesi pembentangan kumpulan (logo, nyanyian, sorakan)


2. Ceramah


3. Senaman Aerobik


4. Ujian Umur Fisiologi


5. Abseiling


6. Night Orienteering


7. Permainan komunikasi



Bagi aku, keseluruhan aktiviti best la, Instructor pun best, kelakar... tapi aku pun tak percaya aku boleh lakukan abseiling, sedangkan aku ni memang bukan penggemar tempat tinggi. huhhh...Serius, bila aktiviti macam ni, part ceramah la paling ........ZZZzzzzz... hah? Dah habis? ekekee....

Archives

Facebook Pages

 
Lifestyle BlogsReal Time Web Analytics
Copyright © 2009-2017 padinrose - Tips, Hobi dan Motivasi, All rights reserved | Disclaimer | Sitemap