padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

Sasaran Utama

/ December 30, 2011 /
Jika berada dalam keadaan apa sekalipun, pasti ada sasaran. Kalau berniaga, ada sasarannya. Jika belajar, ada sasaran. Jika bekerja ada sasaran. Jika berblog juga pasti ada sasaran. Senang kata, hidup ni mesti ada sasaran. Perincian setiap sasaran tu sebenarnya membawa kepada satu sasaran yang besar iaitu mencapai kebahagiaan hidup di dunia - pastinya bekalan untuk akhirat jua.


Jika pemain bola, sasarannya adalah menjaringkan gol lebih daripada bilangan gol pihak lawan, supaya boleh memenangi perlawanan. Jika seri, perlawanan akan di tentukan dengan sepakan penalti. Orang kata, sepakan penalti ini hanya bergantung pada nasib. Ya ke?


Bagi aku, baik penalty taker, atau goal keeper, apa yang penting buat mereka ialah fokus. Tidak di nafikan kelebihan buat penalty taker supaya memperdayakan penjaga gol. Jika lalai, kegagalan menunggu anda. Sama macam kehidupan kita, peluang dan kelebihan di atas bahu kita, samada kita boleh atau tidak memanfaatkan peluang tersebut.


Alhamdulillah, 2 sasaran utama aku untuk 2011 telah tercapai dengan jaya. Bagi 2012, aku juga memasang 2 sasaran utama. Hehee, mendirikan rumahtangga dan memiliki kediaman sendiri. Mungkin salah satu daripadanya, atau mungkin juga kedua - dua sekali. Untuk kerjaya, aku rasa aku masih dalam permulaan dan pemantapan.


Sasaran 2012 anda?

Wahai Teman

/ December 28, 2011 /
Salam. Apa khabar anda di sana? Barangkali ada di kalangan anda yang masih bertugas, ada yang baru memulakan cuti, mungkin ada yang masih bercuti dan mungkin ada yang akan memulakan tugas semula. Walau apa pun keadaan anda, di harapkan semuanya baik - baik sahaja.

Wahai teman,
Hehee.. Tahun 2011 ni aku rasakan tahun yang paling manis buat diri aku rasanya. Yelah,memang pon kita di sarankan agar menjadi yang lebih baik dari yang sebelumnya.. Sebelum ini mungkin aku rasakan 2009 tahun paling manis untuk di kenang, tapi 2011 ada cerita berbeza. Hee..


My EG

Secara rangkuman, cabang kerjaya : Aku di sahkan dalam jawatan pada pertengahan 2011. Lulus Ujian Induksi Umum dan lulus Ujian Perkhidmatan Awam serta mendapat rekomen dari pengawal pusat, Alhamdulillah aku di sahkan jawatan dalam masa 1 tahun 4 bulan sejak mula berkhidmat. Selain itu, menerusi opsyen SBPA, gred jawatan aku bertukar daripada J 41 (Pegawai Latihan Vokasional) kepada DL 1-1 (Pegawai Latihan Kemahiran).

Hee, untuk peribadi....... aku memiliki kereta pertama pada Julai 2011.. Honda Civic EG9. Mungkin ramai yang tak tahu model ni, tapi bagi penggemar kereta terutamanya Honda, pasti kenal sangat Ferio ni kan? Hee, di jadikan cerita, aku balik kampung Aidilfitri tahun ini dengan kereta tanpa memegang lesen D. Heheh, sebenarnya aku ambil lesen kereta sebulan sebelum beli kereta, tup tup tarikh ujian JPJ di lewatkan.. 

Dalam skop peribadi juga, 2011 memahatkan satu lagi kenangan manis. Bagi yang mengikuti Perjalanan Ini, pasti sedikit sebanyak mengetahui kisah Cinta Pertama yang dah masuk Bab Ketiga. Barangkali mungkin ada di antara anda menantikan Bahagian 4?

Skop blog pula, haaa... 2011, ade 155 blog post, kali terkahir aku periksa PR2 dan alexa Ranking dalam lingkungan 250K. Dari pengunjung, di akui memang ada datang dan pergi hee tapi takpelah mungkin sesetengah blog entry relevan untuk mereka dan sesetengah lagi tak membantu kan?

Aku rasa setakat ini sahaja, jumpa lagi untuk 2012. Adios,

Cuti Rehat Akhir Tahun

/ December 16, 2011 /
Ehemm.. Mulai Sabtu, aku akan bercuti selama 2 minggu, cuti rehat menghabiskan cuti tahunan yang berbaki. Tapi sebelum nak bercuti kena selesaikan beberapa tugas. Biasalah, untuk mengelakkan cuti terganggu hehee..

Tapi, sebenarnya ada juga beberapa perkara yang belum aku selesaikan. Pertama, mengisi sasaran kerja tahunan (SKT) dalam HRMIS. Memang hampeh la application HRMIS ni, slow sangat.. Aku tak tahu la tempat lain, tapi di pusat aku ni memang payah benar nak tembus server.

Keduanya, berkenaan opsyen SBPA. Sampai sekarang belum ada apa - apa taklimat. Aku dah apply cuti, rancang percutian molek - molek, tup - tup taklimat tu akan di buat pada 21 Dec, perghh dah kat kampung tu.. Aku pun tak pasti macamana nak settle tu.


Kalau la Pekeliling tu tulis 100 mukasurat pun, aku rasa peratusan yang kecil je betul - betul faham isi kandungannya. Bilangan lampiran pun tak lengkap, jadi macamana nak minta orang sign sedangkan tidak mendapat maklumat yang tepat dan sahih.

Dan, mulai tahun hadapan, MARA telah mengarahkan semua pusat latihan supaya mendapatkan akreditasi daripada MQA. Maknanya, kena kerja keras la untuk documentation dan segala benda yang di perlukan oleh MQA. Buat masa sekarang, IKMJB telah mendapat pengiktirafan JPA (bagi sesetengah Program la) dan perlu untuk mendapatkan akreditasi MQA pulak.

Uhm, aku rasa setakat ini sahaja. Kepala pun tak berapa betul ni. Memang elok sangat lah aku bercuti.. hehee, ada siapa - siapa nak ikut bercuti? Jom... 

Apa Yang Di Cari?

/ December 13, 2011 /
Emm, sebetulnya aku dah takde idea untuk kemaskini entri terbaru. Maklumlah dah hujung - hujung ni, dalam kepala fikirkan cuti je.. Berehat dan keluar dari kepompong sekejap takde masalah rasanya. Jadi, aku gunakan 6 Ideas for Blog Post untuk membuat kemaskini blog ini.


Bagi pengguna internet, mencari maklumat bukanlah perkara yang sukar masakini kerana semuanya boleh di dapati dengan mudah, mungkin dengan beberapa klik sahaja sudah dapat menemui apa yang di cari, apa yang di mahukan. Apa yang anda mahukan, cuma isi kata kunci (Keywords) di dalam kotak enjin carian, dan... walllaahh... berlambak - lambak keputusannya di page result.


Bagi pembina laman web, blog.... yang tipikal, akan sentiasa alert dengan kehadiran pembacanya. Paling koman pun, mesti ada rasa nak tengok statistik.. berapa jumlah pengunjung sehari, sebulan, popular post, bla.. bla.. hehee, mengaku atau tak, biarkan saja. Diri sendiri yang tahu kan? Hehehh..

statistik blog
Sumber : wowberita.wordpress.com

Bagi aku sendiri kadangkala aku periksa juga perkara biasa orang berblog. Berapa jumlah pengunjung, dari mana pembaca datang, apa yang di cari dalam blog ni, dan termasuk juga perkara teknikal yang tiada formula khusus seperti alexa rank, google PR, bounce rate dan beberapa perkara lagi.


Ya, ada 2 jenis pembaca yang dapat aku kenal pasti. Pertama, regular readers, yang hadir untuk perkembangan kemaskini terbaru.. Aku sangat menghargainya, sebab bukan mudah juga nak menarik pembaca berulang kali ke sini. Kedua, readers yang hadir menerusi enjin carian. Yang buat aku senyum, apa yang mereka cari dan singgah di sini.


Yelah, kalau boleh apa yang di cari dan di baca di sini boleh memberi manfaat dan kebaikan, motivasi... mengikut pandangan aku. Kan tak seronok kalau orang dapat ilmu "petua elak hamil" dalam blog kita, dan di gunakan petua itu untuk berzina? Contoh saja, ya?


Aku senaraikan sedikit kata kunci biasa yang kerap di cari pelawat, dan statistik untuk beberapa entri tumpuan.


"kepentingan menjaga kesihatan, bersyukur, cara melukis, kasut bola nike, persediaan perkahwinan, kepentingan ilmu pengetahuan, tips cemerlang SPM, kebaikan asrama"



Tajuk ArtikelPage Views
Kepentingan Menjaga Kesihatan6897
Tips Persediaan Kahwin3626
Nike Mercurial Victory Jadi Pilihan2135
Kepentingan Ilmu Pengetahuan1596
Sukan dan Kesihatan951
Cara Melukis Dengan Betul Siri 1889
Objek Pertama522

12 Dec 2011

Tak gempak mana, tapi aku berpuas hati rata- rata pembaca masih alert dengan kesihatan, dan ilmu pengetahuan selain carian lain yang menunjukkan minda pencari maklumat masih positif. Anda pula bagaimana, apa yang di cari?


Note | Dalam entry Nostalgia : Saudara, abang aku yang paling kanan, memakai spek hitam

Nostalgia : Saudara

/ December 10, 2011 /
Terasa pantas masa berlalu, sudah bertemu semula hujung minggu, masa yang amat di nantikan untuk bercuti dan berehat. Ehmm, aku teruja dengan maklum balas pembaca tentang entri sebelum ini, "Tahukah Kamu". Terima kasih kepada yang memberi pandangan, pendapat dan ulasan mengenainya.


Singgah di blog Puan Kutu, melayan karenah anaknya, Si Aiman tu.. (Aiman & Adik), teringat pulak kisah nostalgia masa lalu, bersama saudara dekat aku...adik beradik lah, terutama si abang.. hehee.. Pasti saja setiap ahli ada tanggungjawabnya, sebagai abang, kakak, dan adik. Macam aku ni, bongsu memang kena buli je lah...


Tapi kalau dah namanya kanak - kanak, perkelahian memang dah jadi kewajipan pula rasanya. Ada sahaja perkara yang boleh menimbulkan perselisihan. Dalam keluarga, ada 2 je hero, jadi ke mana - mana pun, minat pun hampir sama.


Dari segi minat, kami memang suka bermain bola. Wakil kampung tu, ekekee.. suka beli jersi bola, suka tengok bola.. memang boleh kata hampir sama je lah, hobi melukis, mengumpul model kereta mainan, suka baca komik Hong Kong, modifikasi basikal...dan banyak lah, tak tersenarai kat sini.

nostalgia
Teka, mana satu abang aku? Heh,

Cuma, kalau macam pasukan kegemaran tu tak sama lah. Aku minat Arsenal, dia Manchester United, aku sokong Selangor, dia Perak.. Aku suka baca Lingkaran Terkunci, dia Jejak Wira. Aku pakai Honda, dia pakai Toyota. Jadi perbezaan macam tu lah kadang - kadang menimbulkan perkelahian, ejek mengejek... haha, budak - budak.


Tapi bila di tingkatan 4, dia masuk asrama, aku darjah 6.. aku jadi sunyi, takde kawan dah, heheh.. So, bila form 1 aku masuk asrama jugak, jadi pe'el tu dah berubah. Sedikit sebanyak dah jadi matang la agaknya, dan sejak tu dah macam dingin pulak. Tapi yang aku tak boleh lupa, dia paling banyak tolong aku masa nak masuk universiti dulu.


Sekarang, walaupun dah ada kehidupan masing - masing, tapi ikatan saudara masih kekal sama macam dulu.. tak pernah berubah, tak pernah berganjak. Saudara itulah darah daging kita, jangan sekali - kali menolak mereka ke tepi walau apa pun yang berlaku. Selamanya, mereka adalah saudara kita. Sekian.

Tahukah Kamu

/ December 8, 2011 /
Tahukah kamu apa yang bakal aku tulis dalam entri kali ini? Tahukah kamu bagaimana aku mendapat idea untuk menulis entri ini? Tahu atau tidak, kena baca lah dulu, baru kamu boleh tahu apa yang kamu mahu tahu.


Tahukah kamu, walaupun manusia mempunyai sepasang mata untuk tujuan melihat, tetapi tidak boleh melihat wajah sendiri tanpa bantuan cermin atau ilustrasi foto. Kerana manusia, hakikatnya seakan sempurna tetapi masih ada kekurangan. Jangan mendabik dada mengukur diri sudah hebat, sedangkan diri sendiri masih perlu mengharapkan bantuan orang lain.


Tahukah kamu, kenapa Tuhan sembunyikan matahari sebaliknya menurunkan hujan dan halilintar? Kerana Dia ingin memberikan kita pelangi yang indah. Kadangkala kita resah bila sesuatu ujian dan dugaan melanda. Merungut dan mengatakan diri bernasib malang. Tapi sebenarnya kita tak tahu apa yang bakal menanti kita.

rumput hijau
Tahukah kamu, kenapa pelangi muncul selepas hujan dan halilintar, bukan sebelumnya? Sebabnya, aku dah muatkan dalam entri Kemunculan Pelangi. Kisah ini mengingatkan tentang pentingnya pengukuhan persaudaraan sesama manusia. Ibarat pepatah, "bersatu kita teguh bercerai kita roboh". bukan bercerai kahwin lain ya!


Tahukah kamu, ada penulis yang bersengkang mata, mengolah ayat, mencari cerita untuk di muatkan dalam ruangan berita, makan entah ke mana, tidur entah di mana demi sesuap nasi belum kira kena maki hamun dengan bos, tapi ada di antara manusia mengaut keuntungan dengan daya usaha kurang dari 5 minit sahaja.


Akhirnya, tahukah kamu, bahawa aku hanya perlukan kamu membaca entri ini dalam 3 - 5 minit sahaja, tetapi aku mahu kamu menghayatinya selagi ia relevan dalam kehidupan kamu. Tidak percaya? Ayuh, mulakan bacaan semula, dan tengok jam anda, 5 minit, bukan??


Note : Tahukah kamu.......... aku nak tidur dah ni, ekekee

Berkias Dalam Kata

/ December 7, 2011 /
Tuturnya beralas, bahasanya berkias. Itulah madah kata yang sering di ujar masyarakat Melayu, dan masih di gunakan hingga dewasa kini. Kiasan dalam berbicara. Tetapi jangan kita sangka, semua pendengar boleh menerka maksud di sebalik kiasan tersebut.


Biasa dengar, "jangan makan banyak tempat, nanti kahwin banyak". Madah ringkas, yang jika anda selidiki, punya maksud yang tersirat. Dari segi maksud hakiki, mungkin jika makan di banyak tempat, kebarangkalian mengotorkan banyak tempat dengan sisa makanan. Belum kira kuah tertumpah, butir nasi bersepah, dan juga bau belacan yang mengundang lalat.


Atau mungkin juga, bagi yang cuba mengeksploitasi, "wah, baguslah boleh kahwin banyak!" Samada sedar atau tidak, kahwin banyak ini mungkin memberi nikmat, tetapi juga bakal pembawa 'penyakit'. Tiada susah di cari susah, umpama "tiada beban batu di galas". Itu belum kira kapak di atas kepala.

pelempang
Persoalannya, kenapa perlu berkias dalam menyatakan sesuatu maksud atau perkara? Ini kerana, penggunaan bahasa kiasan ini lebih lembut berbanding maksud asal yang tidak di tapis. Kita melarang anak berbuat jahat, jika di tegah semakin melawan, ada lah.. Jadi, cuba main psikologinya, cuba dengan psikologi berbalik.


Persoalan kedua, kenapa perlu berlembut dalam menegaskan sesuatu perkara? Supaya, orang yang mendengarnya juga turut lembut hati. Bahasa kiasan ini biasanya di atur dan di garap menggunakan bahasa yang lembut dan indah.


Persoalan ketiga, kenapa menggunakan bahasa yang lembut dan indah? Mudah! Kerana, bahasa lambang budaya kita. Jika kita mahu orang lain menghormati kita, maka kita perlu bermula dari awal, melambangkan ciri - ciri budaya kita. Keunikan bahasa kita. Keunikan budaya kita.


Tetapi, jika dengan cara berkias ini, masih ada golongan penerima yang tidak faham, tidak jelas, sengaja tidak faham, maka di saat itu, anda harus..... harus bertindak lebih agresif, dan boleh juga mengungkap sebagai "kamu ni tak reti bahasa ke?".. "Apa hal bengap sangat kamu ni?" dan beberapa perkataan lain yang di fikirkan wajar.


Justeru, selagi boleh jagalah tutur kata, gunakan bahasa kiasan yang tidak keterlaluan untuk menegur sebarang kesilapan, agar komunikasi yang lebih harmoni akan terjalin. Biar tak kacak, tapi adab kena mahu jaga. Dapat?

Noktah Penghujung?

/ December 6, 2011 /
Sesuatu yang bermula pasti berakhir. Persoalannya, bagaimana ia bermula dan bagaimana pula ia berakhir? Adakah kita mahu ia berkahir dengan kejayaan, atau sebaliknya? Apakah kenangan terindah sewaktu kita berada di dalamnya?


Tidak kira apa jua yang kita lakukan. Hidup di akhiri dengan kematian. Itulah contoh yang paling dekat aku fikir semasa mengetuk papan kekunci ini. Jadi semasa hidup apa yang sudah anda lakukan? Adakah anda mahu mengakhiri hidup dengan penuh dosa dan kejahilan? Adakah anda mahu pengakhiran anda sesuatu yang mengaibkan? Anda yang menentukan.


Berbalik dengan perkara yang aku sebut di awal tadi, sesuatu yang ingin aku kongsikan berkenaan perjalanan kehidupan aku, ialah berkenaan kegemaran aku iaitu bermain bola. Chop! Kerjaya aku bukan pemain bolasepak profesional, tetapi aku memilih sukan ini sebagai alat bantu untuk aku mengekalkan kecergasan, hubungan sosial dengan rakan dan mengisi masa lapang.


Aku mula bermain bola di awal umur 5 tahun, dan sehingga kini, aku masih menendang, berlari, menggelecek, menjaring gol dan menikmati bola sepak. Di sekolah rendah, sekolah menengah sehinggalah di matrikulasi, universiti dan di tempat kerja pun aku masih memilih sukan ini. Walaupun datang dari background yang berbeza tapi bolasepak tidak membezakan semua itu.

padin botak main bola
Bolasepak adalah sukan berpasukan, sukan yang menitikberatkan kerjasama, strategi, kepatuhan, disiplin dan juga kemahiran. Jadi jangan kata "orang bodoh ramai - ramai kejar satu bola"..Bolasepak juga merupakan asas perpaduan [?].


Rekod peribadi aku yang dikira, (yang pastinya akan aku kenang), menjadi penjaring terbanyak Liga Super Asrama 2003 hahaah..dengan 12 gol dalam 7 perlawanan, di UTM menjaringkan 19 gol dalam 25 perlawanan (termasuk perlawanan persahabatan dan sukan antara kolej), 52 gol dalam 16 tournament futsal dan di tempat kerja...... makin kureng lah..


12 perlawanan awal tanpa sebarang gol, dan setelah membeli kasut baru, 8 gol dalam 13perlawanan. Paling mengujakan, aku berjaya menjaringkan satu gol penting ketika kontinjen bolasepak IKMJB memenangi emas di Sukan IKM/KKTM di Masjid Tanah, Mac lalu.

nike mercurial victory
Aku akui, sekarang ni nak main full-time memang tak dapatlah, cepat sangat keletihan. Umur muda lagi tapi keletihan macam orang umur 40. Kadang - kadang malu dan cemburu juga yang berumur masih boleh bertahan. Apa pun, aku rasa 2 3 tahun lagi memang dah sampai penghujung kot aku main bola.


Sekurang - kurangnya ada kenangan manis walaupun terpaksa keluarkan duit yang banyak untuk jersi, kasut.. hehee, kalau anda yang baca ni rasa aku show-off dengan entri ini, YA memang aku show-off, hahahh.. Sekian,

6 Ideas Blog Post

/ December 4, 2011 /
Normal, penulis blog yang aktif akan terus menerus mengemaskini blog entri terbaru dalam sela masa yang tertentu. Bagi blog peribadi, ia lebih mudah di urus dari segi penghasilan entri (tidak termasuk samada menarik atau tidak). Banyak perkara yang boleh di muatkan, tanpa perlu memikirkan kategori - kategori yang khusus.


Tetapi kadangkala ada juga penulis yang kehabisan idea. Menulis blog ini umpama menyediakan makanan juga. Jika hari - hari di hidangkan ayam goreng, lama - lama boleh jadi jemu dan muak juga. Apa kata sesekali cuba ubah menu lain umpamanya lauk daging, sotong, udang dan kalau nak lebih umphhh masak lobster.


Masih boleh juga kalau kegemarannya ayam goreng, tetapi pelbagaikan resepinya, seperti ayam berlada, ayam masam manis, ayam pahit, ayam kunyit, ayam merah.. dan kalau - kalau ada tambahan, boleh cuba resepi ayam malas. Dapa idea ini?

pendapat padin
Di sini, aku senaraikan beberapa idea yang boleh di gunakan untuk resepi baru dalam blog. Hanya idea, bukan paksaan.

  1. Top 10 Lists - Apa - apa senarai yang anda rasa menarik, boleh jadi pemilihan anda sendiri ataupun dari mana - mana sumber.
  2. Awards - Cipta satu awards yang ringkas, dan minta rakan blogger/pembaca memberi bantuan dalam membuat undian. Seringkas - ringkasnya.
  3. Statistics - Bina statistik ringkas; apa sahaja mungkin berkenaan trafik blog, earning dll
  4. How-Tos & tutorials - Memberi tunjuk ajar kepada pembaca; boleh jadi kraftangan, petua, memakai tudung, origami
  5. Best Book - Buku yang anda baca tidak semestinya di baca orang lain. Kenapa tidak di kongsikan dengan pembaca.
  6. Best of? - Hehehe.. , buatlah rangkuman berkenaan apa sahaja yang anda fikirkan. Blog Masakan Terbaik 2011 versi Padin ialah.... Yatiememories. (contoh sahaja)

Idea ini boleh di gunakan untuk setahun sekali, atau sebulan sekali. Selamat mencuba, :D

GESS Alumni Dinner

/ December 3, 2011 /
Pejam celik dah masuk bulan 12 untuk 2011 ni, bulan terkahir untuk setiap tahun. Biasanya yang seronok budak sekolah la pasal cuti sekolah, tak seronok kalau kena giliran berkhatan, dan mungkin ada yang mengambil kesempatan untuk melangsungkan majlis pertunangan, majlis perkahwinan dan lain - lain majlis yang difikirkan perlu.


Bagi aku sendiri, bulan ini agak sibuk dengan menanda kertas jawapan peperiksaan akhir semester. Masa yang di beri agak singkat juga, maka kena habiskan juga menanda sebelum keputusan tersebut di bawa ke mesyuarat senat peringkat pusat dan ibu pejabat. Lepas tu, baru boleh mohon cuti, :D


Cuti tahunan masih banyak berbaki, dah di campur tolak dengan baki bawa ke depan dan GCR, aku masih boleh cuti 2 minggu lagi bulan ni, wohaa! Setakat ni, aku memang jarang - jarang ambil cuti, belum ada kegunaan mendesak.

gess alumni dinner
Oh ya, sebelum terlupa 2 Dec, aku menghadiri GESS Alumni Dinner, anjuran GESS UTM (Gas Engineering Student Society) di Banquet HEMA Hall, UTM Johor. Kebetulan aku free, dan dekat je lokasinya, boleh lah datang hehee.. Tak ramai pun alumni yang datang, tapi kira OK lah boleh duduk dan berjumpa semula.


Gempak - gempak juga position kerja diorang, hehee rata - rata as an engineer lah, tapi aku? hahaha.. PLV pun, jadilah :D. Bila sebut je PLV, junior masing - masing menggaru kepala yang tak gatal. Hahah, takpe. Kalau aku dulu pun, tak pernah tahu pun ada jawatan PLV, ngee~


Ok, itu sahaja kemaskini ringkas untuk posting pertama bulan ini. Selamat berhujung minggu. Jaga diri, hiasi peribadi, taraa..

Facebook Pages

 
Lifestyle BlogsReal Time Web Analytics
Copyright © 2009-2017 padinrose - Tips, Hobi dan Motivasi, All rights reserved | Disclaimer | Sitemap