padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

Rindu

/ October 30, 2011 /
Hujung minggu macam ni, jarang - jarang aku bangun tidur awal, hahahh.. Kalau tak tegak matahari atas kepala, belum cukup ummph kata orang. Entah bila nak kikis tabiat ni aku pun tak pasti, kalau di kampung memang dah panas telinga di bebel mak dan abah.


Pagi ini, lepas Subuh, perasaan aku tiba - tiba sebak. Aku teringat arwah kakak aku. Aku rindu padanya. Banyak aku berhutang dengan dia. Kali terakhir aku bersama arwah ialah Aidilfitri 2008, dan yang paling aku kesal, aku tak sempat jumpa arwah sejurus bersalin anak ketiga.

bunga dahlia
Di sebabkan terlalu banyak perkara - assignment dan final year projek, aku menangguhkan dulu kehadiran aku untuk menyambut anak saudara yang ketiga tu, tak sangka bila aku ke Penang, aku hanya sempat melihat tubuh tak bernyawa je.


Entahla.. Aku rindu gurauannya. Aku rindu nasihat - nasihatnya. Sebagai kakak sulung, memang banyak perkara yang sudah di laluinya, dan banyak memberi panduan kepada aku.




Di saat ini, anda ada rindukan sesiapa?

Liga Super Asrama 2003

/ October 28, 2011 /
Liga Super Asrama (LSA) bukanlah suatu pertandingan bola sepak yang boleh di perbandingkan dengan Liga Super Malaysia, malah jauh sekali dengan kejohanan bola sepak elit yang lain, termasuk Liga Super Saiya.


Liga asrama (bolasepak) merupakan kejohanan tertua di sekolah aku dulu, di perkenalkan sejak 1994 rasanya, dan telah melalui beberapa proses penambahbaikan sehinggalah tahun 2003, penjenamaan kepada LSA sekaligus menjadikan kejohanan tersebut sebagai sukan elit di sekolah tu. Kiranya acara yang di tunggu setiap tahun.


LSA merupakan projek usahasama Biro Sukan bersama beberapa pelajar yang di lantik. Format pertandingan, setiap pasukan perlu menghantar 15 pemain, termasuk seorang pengurus, bermain 9 sebelah selama 30 minit. Tapi biasanya memang pelajar akan menyertai pasukan mengikut tahun.

Antara kenangan manis aku untuk LSA 2003 ialah, menjadi juara keseluruhan setelah menewaskan pencabar kejuaraan, pasukan Tabligh dengan jaringan 2 - 1 di perlawanan akhir. Tambah mengujakan apabila aku di isytiharkan sebagai pemenang kasut emas dengan 12 jaringan gol.



Masa tu, aku bertugas sebagai wartawan bebas, menyedia dan membuat laporan, tidak kira sebelum perlawanan, taktikal dan strategi, laporan selepas perlawanan dan mengemaskini jadual perlawanan (di buat bersama rakan lain - Izrul Iskandar, Fairuz Fahmi, Izwan Hafifi dan Syukri).


Selepas 8 tahun, usaha untuk mengembalikan nostalgia tersebut telah di suarakan kembali oleh saudara Izrul, dan nyata usaha tersebut memang berjaya menggamit semula memori 2003. Kenangan.. Kenangan.. hahahh


Aku harapkan, ada perlawanan ulangan masa re-union 2013 nanti, hehee.. Masih boleh ke padildo menjaringkan gol?? hehee..

Berotak Lembu

/ October 27, 2011 /
Masuk yang ini, dah 3 kali aku draf, edit dan delete. Draf, edit dan delete! haihh, bila nak siap entri kalau macam ni. Umm, takpe yang ini aku tulis je takde edit - edit dah. hahahh.. Tengok macamana pulak hasilnya.


Aku kurang puas hati bila ada manusia yang di beri anugerah, kira pandai sikitlah berbanding orang lain, edit gambar Stadium Shah Alam (SSA) jadi kandang lembu. Apa salah stadium tuh? Isunya sekarang ni, tiket bola harga mahal - aku faham. Final di SSA, tapi bukan Selangor yang main - aku faham. Rumput dah tak cantik - aku faham. Tapi kenapa jadi kandang lembu?


Tak kisah la siapa pun yang edit gambar tu, boleh jadi orang Selangor sendiri (tapi memang tak mungkin la), tapi kenapa jadi kandang lembu? Kalau buruk sangat stadium tu, roboh kan jelah, tak perlu nak hina macam tu sekali. Kalau nak tunjuk perasaan ke, tak puas hati ke, tak perlu nak buat tu semua. Atau pun orang yang buat tu bukan orang, mungkin dari keluarga lembu?

stadium shah alam
Buruk ke, cantik ke, aku bangga stadium nih.. Takde plak aku nak kutuk stadium negeri lain

Kaji semula, kenapa perlawanan akhir di adakan di Shah Alam? Kenapa tidak diadakan di bukit Jalil? Kenapa tidak di stadium negeri yang lain? Ada jawapan dan fakta sebenar? Yang dok kata, orang FAM ada syer kuat dengan SSA, apa bukti? 30,000 tiket habis di jual, dah menyalak kata tak cukup, nak lagi tiket. Stadium mana yang boleh tampung 60,000, 70,000, 80,000 penyokong, tanpa perlu duduk bersesak - sesak?


Inilah sikap yang sebenarnya susah nak di kikis. Kalau kekurangan itu bukan dari pihak diri sendiri, tak bagi peluang langsung, selagi boleh di kata, di tekan, kutuk sampai rapat tuh! Kalau takde kena mengena duduk diam je tak boleh ke?

Total Kolesterol

/ October 24, 2011 /
Hahahh, kena masa aku rajin update blog, sehari sekali aku update. Kena time malas, memang berhari - hari la terbiar jawabnya. Takpe, ini bukan rutin wajib kan.. ada idea, ada cerita boleh lah di kongsi dengan pembaca. Hehe.


Bagaimana anda hari ini? Sihat? Hey, anda pasti anda sihat? Heh, sekali sekala kita tengok diri, nampak macam sihat tapi sebenarnya kita tak tahu apa yang berlaku dalam badan kita. Kalau tiada pengawalan, tak berani nak cakap juga sampai bila boleh bertahan. Maklumlah, jantung, paru - paru, hati, darah kita berpeluang guna sekali je, jarang - jarang yang dapat tukar 'aksesori' ni.


Kebelakangan ni, aku sering terdengar iklan di corong radio, situasi si ibu dan anak yang memperihalkan pemeriksaan kolesterol. Lantas, dengan kesedaran daripada iklan tersebut, teringin pula untuk memeriksa kandungan kolesterol dalam darah aku, lagipun aku tak pernah buat pemeriksaan sebelum ni.


Secara ringkas, kolesterol ialah molekul lemak, yang di perlukan oleh tubuh badan sama seperti gizi yang lain termasuk karbohidrat, protien, vitamin dan mineral. Kolesterol di gunakan sebagai sumber tenaga, membina sel baru dan pembentukan hormon. Jadi jangan kata kolesterol ni tiada guna, tapi yang penting : Jangan berlebihan!


Baca Lagi mengenai Kolesterol.

total kolesterol
Sumber Gambar : jantung.klikdokter.com

Berikut merupakan jadual penentuan total kolesterol dalam tubuh :


<5.2 mmol/L ( <200 mg/dL) Desirable Level
5.2 - 6.2 mmol/L (200 - 240 mg/dL) Border Line
>6.2 mmol/L (>240 mg/dL) High Risk


Hasil pemeriksaan, total kolesterol dalam tubuh aku ialah 4.75 mmol/L. Jumlah trigliseride (TG) takde la pulak, nak tahu juga berapa jumlah minyak (lipid) yang terkandung dalam total kolesterol tersebut.


Alang -alang, aku periksa sekali kandungan gula dalam darah. Hasilnya, ialah 5.3. Paras bahaya ialah 8. Tetapi silapnya aku ni, beberapa jam sebelum pemeriksaan, aku dah mengambil sarapan. Mengambil makanan sebelum pemeriksaan sedikit sebanyak mempengaruhi bacaan sebenar. Tapi kandungan gula takpe, cepat naik dan cepat turun, :D


Ujian tekanan darah, bacaan kali ini, 135/85.. berat 68.4 kg, agak jauh beza dengan ujian yang aku buat semasa awal tahun dahulu. Boleh rujuk entri "Kepentingan Menjaga Kesihatan". Emm, dengan bacaan hasil ujian tu, aku masih boleh bernafas lega dan apa yang perlu, aku kawal pemakanan dan mengamalkan gaya hidup sihat secara berterusan.


Jadi, bagaimana tahap kesihatan anda? Jaga kesihatan diri, tingkatkan kualiti diri, dan ingatlah orang yang tersayang :D

Penulisan Keterangan

/ October 23, 2011 /
Penulisan keterangan (descriptive writing) ialah perincian yang memberikan pembaca penerangan yang lebih tepat atau jelas berkenaan dengan perkara yang sedang di terangkan. Bila seseorang atau sesuatu di terangkan, anda sebenarnya "melukis gambar" dalam bentuk perkataan.


Descriptive Writing


Antara contoh descriptive writing yang baik dalam penulisan ialah :

i. Lihat (Apa yang anda lihat)
- Jalan yang gelap dan kelam
- Air jernih yang berkaca


ii. Sentuhan (Apa yang anda rasa)
- Bahang sinar matahari menembusi kelembutan kulit
- Kesejukan air perigi di awal pagi


iii. Rasa (Rasa yang anda boleh di ingati)
- Kepedasan sambal belacan
- Kemanisan rasa kuih pulut seri muka


iv. Dengar (Apa yang anda dengar)
- Guruh berdentum
- Kuakan pintu membelah kesunyian malam

v. Bau
- Keenakan aroma kopi
- Bau rumput selepas hujan


vi. Penerangan manusia
Apabila membuat keterangan pada manusia, perkara yang perlu di ambil kira ialah detail umum seperti karektor, first impression dan boleh juga hubungan dengan penulis. Kemudian, tambah lagi dengan detail yang lebih spesifik seperti sifat fizikal (warna kulit, jenis rambut etc), kegemaran dan karektor tambahan (mesra, agresif, penyayang).

descriptive writing
Untuk apa aku karang entri ini? Hahahh, supaya apa yang cuba kita terangkan, mencapai maksudnya kepada pembaca. Kalau kita nak bagitahu kampung kita yang indah. Apa yang indah tu? Kalau nak bagitahu makanan di tempat tinggal anda best, macamana best tu?


Justeru, dengan penggunaan descriptive writing yang sesuai, menjadikan penulisan anda lebih menarik dan kalau kena gaya, pembaca pun boleh terasa keindahan kampung anda, kesedapan makanan tersebut (sekadar contoh).


Mari kita cuba??

Nostalgia : Duit Belanja

/ /
Salam, buat semua pembaca tidak kira di mana anda berada, jenama apa gadjet yang anda guna, di harapkan mendapat paparan terbaik untuk membaca lembaran ini. Kategori nostalgia kali ini, aku ingin kongsikan pula pengalaman berkenaan duit belanja.


Di akui, memang sangat berbeza zaman aku kanak - kanak dahulu dengan sekarang, jadi tak boleh nak di bandingkan sangat. Aku cuma membawakkan pengalaman lama sahaja, mana tahu pembaca juga punya pengalaman hampir sama :D


Semasa di sekolah rendah, aku pergi dan balik sekolah menaiki bas. Dari darjah 1 - 3, sekolah agak jauh, dan aku keluar menunggu bas jam 6 pagi, dan bila darjah 4 - 6, sekolah dah dekat, dan keluar menunggu bas jam 7 pagi. Tambang bas pada mulanya 20 sen untuk perjalanan pergi dan 20 sen lagi untuk perjalanan balik.


Untuk belanja harian, abah aku akan meletakkan syiling dalam suatu bekas untuk kami 4 beradik. Masa tu, arwah Yong aku dah masuk asrama. Jumlah yang di tetapkan RM1 sehari, dan baki daripada wang tersebut (40 sen untuk tambang) untuk belanja makan. Tapi aku ni jarang nak makan di sekolah, jadi boleh simpan 60 sen sehari.


Tetapi, bila tambang bas lingkaran terkuncidah naik kepada 30 sen untuk satu hala, jumlah simpanan harian boleh dapat 40 sen je. Simpanan tu aku buat apa? Hahah, duit tu aku simpan untuk beli komik kegemaran aku, Lingkaran Terkunci - masa tu komik keluar 2 minggu sekali. Cuma, kadang - kadang syiling dalam bekas tu tak cukup untuk RM1 seorang, kami ambil secukupnya untuk tambang sahaja.


Kalau tak cukup juga, aku guna la duit yang di simpan tu dulu. Dan setiap penggunaan duit simpanan tu, di catit sebagai "abah hutang aku".. Macam tak logik je abah yang hutang dengan aku sedangkan aku yang guna duit dia, hahah.. Kadang - kadang, aku beli aiskrim Malaysia (10 sen sebatang), driver bas yang jual. Masa tu kemaruk la pasal rumah aku takde peti ais.


Bila mengenangkan masa tu, dengan keadaan sekarang macamanalah agaknya.. Memang tak boleh nak di samakan. Duit belanja aku sendiri yang kawal. Kalau aku hanyut dengan perbelanjaan tanpa kawalan, alamatnya... takde simpanan nanti. Heh, nasib baik abah ada ajar dulu..


"Beli apa yang perlu je, yang lain - lain tu beli lain kali pun takpe.."


Nostalgia anda?

Bab 3 : Di Terima

/ October 20, 2011 /
Angin malam menampar pipi. Aku lihat samar bulan di balik awan, reda suasana kadangkala di ganggu unggas malam, bisa menyentap lamunan. Jauh aku berkhayal. Jauh aku berkarya. Bukan mengasing diri, tetapi menyesuaikan diri cuma.


Biji halus kopi, di sebatikan bersama gula dalam secawan air panas memberikan rasa dan aroma yang tidak terkata. Sempurnanya segelas air, yang memberi kepuasan dan kenikmatan. Alangkah indah hidup ini di caturkan sedemikian rupa? Saling memenuhi dan saling melengkapi...


Ion positif di lengkapi Ion negatif, bulan di pasangkan bersama bintang, siang berganti malam, suka bersama duka, juga... lelaki untuk perempuan.. Hahahh mana idea hilang nih??? adehhh.. Uhmm, sambung fokus semula ya? Hehehee..


Sudah tiba masa untuk aku memikirkan suri hidup aku. Teman untuk bergurau, teman untuk mengadu, teman untuk berkasih sayang.. Resepi "perjalanan ini" masih belum sempurna tanpa bahan utama. Maka, terbitlah entri selepas Bab 2.


"F, kamu sudi menjadi suri aku??"

holding hand
Hadiah yang aku nantikan di saat ulangtahun kelahiran aku. Menunggu jawapan gadis pertama yang mengusik hati aku 11 tahun lalu. Aku nekad. Aku bersungguh. Aku berdebar. Aku takut. Aku....... taktau nak tulis apa.. hahaa.. Selang 2 minggu,


"Ya.. aku sudi."

Semasa Lah Sangat

/ October 19, 2011 /
Ehemm.. Masih segar lagi dengan cerita di Kuantan, tapi dah melewati hari Rabu ni, bolehlah slow - slow fokus pada alam nyata. Meneruskan kerja dan rutin harian seperti sediakala. Biasalah kerja pengajar ni tak semestinya kerja mengajar je, ada juga kerja lain yang perlu di fikir dan di selesaikan.


Berbalik kepada tajuk yang aku punch kat atas tu, memang sesuai menggambarkan fenomena terkini yang melanda persekitaran dunia atas talian. Semasa lah sangat!!!

katak damai
Banyak perkara yang boleh di kaitkan dengan isu ni, antaranya ialah isu fesyen tudung bagi golongan wanita. Ramai yang sudah memperkatakan isu ini, yeahh aku setuju dan akur peredaran zaman membuatkan kita berada selangkah ke hadapan tapi tidak bermakna ia lesen untuk kita mengubah apa yang sudah di tetapkan.


Kedua, bila ada isu penemuan mayat, pembunuhan bayi dan seangkatannya, masyarakat kita tak habis - habis menayang gambar tersebut, yang jelas penuh aib dan mengerikan. Untuk tujuan apa menyebarkan gambar sedemikian? Tanda prihatin? Come on lah, banyak cara lain yang lebih sesuai kalau benar untuk menunjukkan anda prihatin.


Juga, penyebaran cerita - cerita sensasi, untuk apa? Aku tidak melihat itu sebagai alasan untuk perkembangan semasa. Melainkan perkhabaran yang memberi faedah kepada masyarakat seperti iklan jawatan kosong, peluang pekerjaan, peluang perniagaan atau mungkin juga peluang untuk meningkatkan kualiti diri, itu lebih sesuai. Kalau setakat menceritakan hal rumahtangga si polan berantakan... semasa lah sangat!


Aku bukan nak offense pada siapa -siapa, tapi bagi pembaca yang faham apa yang aku tulis ini, dah memadai untuk kita tidak terlalu terikut - ikut sangat dengan cara orang, bukannya ketinggalan jauh sangat kalau kita tak ikut perkembangan semasa.


Apa kata anda?

Tahniah, Kawan!!

/ October 16, 2011 /
Bagaimana cuti hujung minggu anda pada kali ini? Berkelah bersama keluarga? Atau membeli belah bersama sahabat handai? Atau sekadar menghabiskan masa di atas katil... walau apa pun aktiviti anda, di harapkan anda kekal ceria dan menikmati hari cuti dengan tenang. Kalau yang kena kerja, uhmm takpelah rezeki tu kan.


Hujung minggu lalu, aku bercuti di Kuantan untuk menghadiri majlis perkahwinan kawan aku semasa di universiti. Kesempatan ini juga di manfaatkan untuk pengumpulan semula kawan - kawan lama yang lain, 3 orang dari Shah Alam, 1 dari Terengganu, 1 dari Temerloh,1 dari Kuantan (kalau tak datang memang aku tebas kepala kau hahahaa) dan 2 lagi bersama aku dari Johor Bahru.


Tiada apa yang dapat aku ucapkan selain kalungan Tahniah buat kamu, Abd Rahim Md Tahir!! hahaa.. Moga, ikatan ini sebagai tanda cinta korang berdua dan aku doakan selamat melayari hidup berumahtangga dan bahagia ke akhir hayat.

majlis kahwin Rahim
Hehe, 3 dara pingintan masih solo, ada berani nak cuba? hahaa

gambar rahim kahwin
Aku suka gambar ni Rahim! Suka guling - guling hahahaha

Itu sahaja untuk entri ini. Aku rasa, aku dah mula suka dengan Bandar Kuantan. He He He..

Menjadi Yang Teratas

/ October 13, 2011 /
Hahah, banyak perkara juga boleh buat orang geram, berdasarkan komen yang aku terima dalam blog entri "Kategori Geram" sebelum ini. Gambar aku menjerit tu pun boleh buat orang geram, hee tapi mungkin masuk kategori geram yang kedua, :D


Di akhir perenggan, aku berharap dengan keyword yang aku gunakan boleh mendapat tempat yang baik dalam enjin carian, termasuk yang popular, google. Nyata, bila aku periksa menggunakan beberapa kata kunci yang sesuai, blog entri tersebut memang berada dalam kedudukan terbaik dalam SERP. Best juga bila menjadi yang teratas di enjin carian.

menjadi yang teratas di enjin carian

Menjadi Yang Teratas di Enjin Carian


Suka aku kongsikan beberapa tips untuk menjadi yang teratas di enjin carian. Tetapi, saranan aku ini hanya tertakluk untuk beginner, yang dah tip - top dengan SEO practice, mungkin boleh jadikan sebagai bahan ulangkaji sahaja.


SEO merupakan subjek yang kompleks. Tiada formula khusus untuk menguasainya, tetapi ia boleh di optimakan dengan beberapa langkah awal. Penguasaan prinsip asas SEO akan membawa anda pergi lebih jauh, seperti tagline Shell lagaknya :D


Maka, aku simpulkan secara umum, SEO di kategorikan dalam 5 aspek :


1. Keyword Research - Sasaran kata kunci yang biasa di kehendaki pengguna/pembaca. Lakukan sedikit penyelidikan, apa yang di cari pembaca? Info kesihatan? Gadjet? Motivasi? Atau tempat perlancongan..dan lain - lain. Keyword ni boleh jadi kata kunci carian terkini, atau evergreen keyword.


2. Web/blog Mesra Enjin Carian - Banyak tips di luar sana yang menceritakan bagaimana untuk menjadikan web/blog mesra enjin carian. Apa yang penting untuk di beri perhatian, ialah "Be Found - URL betul", "Avoid Flash, Javascript", "HTML Sitemap" dan "Speed - gunakan CSS"


3. On - Page SEO - Ambil perhatian untuk page titles, page heading (penggunaan h1,h2... tag), Meta tag, ALT and attributes text & images.


4. Link Building - Pembinaan pautan, tidak kira internal atau external, boleh memberi reputasi yang baik juga untuk PageRank (PR) dan SEO. Selain itu, penggunaan anchor text yang bersesuaian dengan keyword juga di galakkan berbanding kita meletakkan "KLIK SINI".


5. Analytics - Aku pernah terbaca, sekurang - kurangnya kita letakkan satu tracking code dalam web/blog. Tak perlu pening kepala, masukkan je Google analytic, abes cerita hahahh..

panduan seo
Sumber : ariffshah.com

Seperti yang aku kata di awal tadi, practice sebegini bukanlah menjamin 100% keyword anda menjadi yang teratas dalam enjin carian, tetapi setidak - tidaknya kita dah optimakan web/blog kita.. Selamat mencuba :D


Sumber : Beginner's Guide to SEO Best Practices Part 1 | Part 2 | Part 3

Kategori Geram

/ October 11, 2011 /
Tempoh hari, aku sempat berdiskusi dengan blogger glamour, Cik Tom; antara blogger yang memeriahkan padinno-kopitiam suatu masa dahulu. Perbincangan kami antara lain menyebut perihal blogging dengan situasi yang sering timbul iaitu isu plagiarism.


Aku sekadar melihat keluhannya, dan mengatakan isu itu memang tidak boleh di sekat, dan menganggapnya sebagai suatu rahmat. Ya. Jika ada yang menyalin artikel kita, bermakna penulisan kita di terima atau di anggap menarik, biarlah samada di beri backlink atau tidak.. it doesn't matter.

Kategori Geram


Di hujung bicara, aku sempat juga mengusik dan bertanya, jika dia tahu apa kategori geram? Atau jenis - jenis geram? Dia ingin mendapatkan jawapan aku, dan aku memberi klu, kategori geram ada 2.. iaitu?..... Carilah di laman enjin carian.. Hahahh.. Hasilnya (sehingga entri ini di tulis) tiada entri berkaitan kategori geram.


Kategori Geram Yang Pertama
Perasaan amarah yang boleh menimbulkan tindakan susulan yang ganas atau keterlaluan. Boleh jadi menimbulkan pergaduhan, percakaran atau sekadar menghempaskan barang - barang ke dinding supaya dapat melepaskan rasa geram di hati


Kategori Geram Yang Kedua
Perasaan teruja dengan sesuatu perkara, sebagai contoh geram melihat telatah anak kecil yang comel mula belajar berdiri, geram melihat kucing comel yang tidur di sisi ibunya, atau.. mungkin juga geram melihat perempuan yang memakai seksi dan menggiurkan.. :D

lepas geram
Cuba cari semula keyword "kategori geram" atau "jenis - jenis geram", entah page yang ke berapa agaknya entri yang aku karang ni singgah di enjin carian? :D Hehee saja nak bermain dengan keyword, alang - alang aku pun tengah geram ni line internet macam haramm...

Sinopsis

/ October 9, 2011 /
Si Montok memerangi Pendekar Kebal kerana kejahatan dan kezalimannya yang menyebabkan kedua ibubapa mati di tangan manusia yang tidak berperikemanusiaan itu. Kehidupan Si Montok sentiasa dalam bahaya, sejak di ketahui bahawa Si Montok merupakan Budak Keramat yang menjadi kepercayaan masyarakat Tibet.


Menyorot sejarah hidupnya, ibu Si Montok mati ketika melahirkannya, dan pada waktu yang sama Pendekar Kebal berjaya mengalahkan dan menawan ayah Si Montok iaitu Pendekar Wong. Si Montok di besarkan oleh Lama India, seorang pahlawan yang menyamar sebagai neneknya demi kepentingan agamanya untuk menjaga Budak Keramat tersebut di sebuah perkampungan.

sinopsis lingkaran terkunci
Dalam pergelutan mencari Budak Keramat tersebut, Lama India mati dalam pertempuran dengan Algojo Iblis. Chek Fai, bapa saudara Si Montok dalam usaha menyelamatkan Lama tetapi telah di salahertikan oleh Si Montok yang ketika itu baru berusia 7 tahun. Si Montok menyimpan hasrat untuk membalas dendam terhadap pembunuhnya, Chek Fai.


Akhirnya, Si Montok diterima sebagai ahli Kumpulan Qing, yang di terajui Pendekar Kebal. Dia dilantik sebagai Tuan Muda, sekaligus menyebabkan Sang Batin dan 7 Rahib Bersaudara yang lain iri hati dengan kelebihan dan kepercayaan yang di berikan oleh Pendekar Kebal. Si Montok telah di latih dengan baik dan menjadi pendekar yang hebat.


Ketika berpeluang membalas dendam terhadap Chek Fai, Si Montok dikejutkan dengan pembuktian bahawa Lama yang di sangkanya nenek sewaktu kecil adalah seorang lelaki yang menyamar. Ketika itu barulah dia percaya kata - kata Chek Fai bahawa dalang kepada semua perkara ini ialah Pendekar Kebal.

sinopsis lingkaran terkunci
Pergelutan yang berterusan, dan Si Montok berjaya mengembalikan memori ayahnya, Pendekar Wong. Mereka berganding bahu cuba menewaskan Pendekar Kebal. Pendekar Wong kemudiannya membunuh diri kerana begitu kecewa setelah mengetahui tangannya telah banyak membunuh insan tidak berdosa sepanjang dirinya di tawan.


Sungguhpun Pendekar Kebal tewas, tetapi dia tidak mati. Dia melarikan diri ke Amerika, dan meluaskan pengaruhnya di sana. Khabar itu diterima oleh Si Montok, dan dia meneruskan pengembaraannya di Amerika sehinggalah bertemu dan berjaya menewaskan Pendekar Kebal.


"Ucu!!! Macam tipu je cerita ni, Ucu cerita pendek je, tapi buku ni ada 99 episod.. "


Aisehh, dah namanya sinopsis, memang la pendek je ceritanya... Wakakaa.. Anak saudara aku berumur 7 tahun, menemui koleksi buku Lingkaran Terkunci yang aku kumpul masa dulu. Suruh baca sendiri dia malas, suruh aku bercerita, camtu jelah ceritanya :D

Cermin Diri

/ October 7, 2011 /
Anak kambing berkata pada ibunya, "Mummy ni macam kambinglah! Takut air.." Seraya kedengaran suara rintihan si anak meminta tolong setelah di karate ibunya dengan jurus terhebat, "Tendangan Tanpa Bayang Peringkat ke-7"

cermin diri
Sumber Gambar : sunnahfollower.blogspot.com

Benar. Dalam dunia ini masih ada yang berkelakuan seperti situasi di atas. 3 perkara yang boleh diambil pengajaran ialah,


1. Cermin Diri Sendiri
Apabila kita ingin bercakap mengenai diri orang, pandang dulu diri kita. Kenal diri kita terlebih dahulu, jangan sampai apa yang kita ujarkan seolah - olah kita berhadapan dengan cermin.


2. Kawal Diri
Setiap manusia berbeza termasuklah perilaku dan sikapnya. Ada yang boleh menerima gurau senda, teguran, nasihat dan ada yang tidak boleh. Jangan terlalu cepat melenting bilamana ada individu yang memperihalkan diri anda, seeloknya siasat dan fikirkan jalan penyelesaian.


3. Kenal Diri
Kita manusia yang di anugerahkan akal, supaya boleh berfikir dan bertindak secara rasional. Jangan sampai perilaku kita lebih teruk berbanding binatang.


Cukuplah tazkirah ringkas untuk pagi Jumaat ini, mudah - mudahan kita dapat sentiasa saling memperingati. Amiin.

6 Tips Mengoptima Rekabentuk Blog

/ October 5, 2011 /
Tidak terkira banyaknya jumlah laman web di dunia ni, dan mungkin seratus atau seribu laman web di bina dalam sehari. Antara persoalan yang sering berlegar ialah 'apa elemen yang perlu untuk laman web yang bagus'. Apa yang menyebabkan rating pengunjung tinggi, dan sebaliknya?


Bagi webmaster yang serius, membina laman web/blog bukan sekadar menulis dan menyiarkannya, tetapi harus juga memikirkan bagaimana ia boleh di guna oleh pembaca di luar sana. Seringkali ia seakan diari peribadi, tetapi hakikatnya mahukan pembaca luar mengetahui dan berkongsi rasa dengan penulis (kalau tak, tak perlu la bayar bil broadband, menaip, muatnaik gambar dan lain - lain).


Jadi dalam artikel ini, aku menyenaraikan beberapa langkah yang boleh di ambil kira dalam usaha menjadikan web/blog anda kelihatan profesional, mesra pembaca dan mudah di akses. Notis dari penulis, ini hanya pandangan peribadi aku jadi tidak semesti betul, dan begitu juga sebaliknya.

6 Tips Mengoptima Rekabentuk Blog

1. Fokus pada elemen utama
Di akui, terdapat beberapa elemen yang menarik boleh kita gunakan dalam rekabentuk blog. Aku sendiri menggunakan banyak widget tambahan suatu masa dahulu dan lama - lama aku merasakan ia tidaklah terlalu berguna untuk pembaca, jadi aku mengambil keputusan untuk fokus pada elemen utama blog sahaja

Ex : Blog Archive, Recent Post, Popular Post

Widget seperti jam, 3rd party statistik, share button dan widget seumpamanya.. err bagi aku tak perlulah kot. Widget seperti ini akan menambahkan bilangan request, yang memberi kesan kepada saiz blog anda dan yang pasti kelajuan akses.


2. Kandungan Berstruktur
Content is King. Jika kandungan web/blog anda menarik, ia adalah bonus. Menarik di sini adalah subjektif dan ia boleh jadi kepada pengisian, struktur entri dan juga pengolahan. Strukturkan kandungan entri anda dengan penggunaan H1 tag, underline, bold, table, paragraph, bullet dan numbering supaya ia kelihatan kemas dan sekaligus mampu menarik mood pembaca.


3. Elakkan Pop-Up/Captcha/Complex Form/Too Many Ads
Siapa pun akan sukakan elemen 'suprise' tapi bukan cara terbaik di lakukan di blog anda. Senang cakap, item di atas ni sangat merimaskan. Dan, kalau dah terlalu banyak iklan pun, boleh jadi macam gambar kat bawah ni ekekee..

tips mengoptima rekabentuk blog
Sumber gambar : www.hongkiat.com

4. Navigation
Bina navigasi yang mudah untuk pengguna. Gunakan teks dan hyperlink untuk tujuan navigasi. Elak dari meletakkan dead link, broken link sebab ia akan menyusahkan pembaca. Klik pada pautan, tapi notis keluar : 404 Error. Tak ke buang masa namanya tu??


5. Hayati "Value of Whitespace"
Dalam merekabentuk, jangan abaikan nilai whitespace. Pada blog design aku yang terdahulu aku menggunakan hitam sebagai warna blog, dan artikel 'The Value of Whitespace' inilah yang membuatkan aku bertukar selera. :D


6. Ambil Kisah Teguran
Yeah, ini boleh jadi tips jugak, hahaa.. kena ambil kisah teguran orang lain, kena tahu apa yang orang suka dan tidak pada web/blog anda. Kalau anda rasa, "ini blog aku so aku punya sukalah", lebih baik anda gunakan masa untuk blog itu kepada aktiviti yang lebih berfaedah. Hahah!


Nota Kaki : Apa tips lain yang boleh anda kongsikan dalam usaha mengoptima rekabentuk blog?

4 Kategori Manusia

/ October 4, 2011 /
2 bulan lepas, aku menghadiri kursus dalaman, Kursus Ceria Bersama Rakan Sekerja. Kursus yang berlangsung selama sehari, melibatkan separuh dari keseluruhan wargakerja IKMJB. Objektif utama kursus tersebut tidak lain tidak bukan untuk menjadikan suasana kerja yang lebih positif dan mewujudkan kerjasama yang baik di kalangan wargakerja.


Antara pengisian yang dapat aku takcle semasa kursus tersebut ialah, untuk mewujudkan suasana kerja yang harmoni, perkara utama yang perlu kita ambil perhatian ialah mengenali rakan sekerja kita. Erti kata lain, dapat memahami jenis dan kategori mereka, justeru memudahkan kita dalam penyesuaian kerjasama kelak.
honda eg with me

4 Kategori Pekerja

  1. Analytical - Individu ini sering mengkaji sebelum membuat sebarang keputusan, dan ia sangat tegas dengan keputusannya. Ini menjadikan tindakan mereka jarang berlaku kesilapan. Tetapi, mereka ini selalunya di label sebagai degil, suka mencari kesalahan dan menjemukan.
  2. Controller - Terjemahan dari segi bahasa sudah cukup untuk menceritakan individu bersifat Controller. Biasanya mereka mempunyai kemahuan yang tinggi, sangat cermat dan berstruktur, berazam untuk menang, prihatin pada masa dan disebabkan itu, mereka ini terlalu cerewet, gemar mengkritik dan terlalu berkira.
  3. Facilitator - Individu kategori ini dilihat lebih mudah mesra, mudah simpati, suka menolong, sensitif dan berhati - hati. Sikap negatif bagi kategori ini pula ialah sering membuang masa, terlalu lurus dan tiada matlamat yang jelas.
  4. Promoter - Mereka ini sangat bertenaga, kreatif, bergaya, banyak idea dan gemar bergaul. Tidak hairan kebanyakan individu bersifat Promoter amat gemar bercakap tetapi kelemahannya ialah lambat dalam tindakan susulan. Bak kata orang, cakap je pandai, suruh buat? haha ini aku tambah sendiri..

Jadi inilah sedikit sebanyak input yang aku perolehi dalam kursus tersebut. Nak senaraikan semua, err sampai bulan November pun tak habis lagi nanti hehee.. Kesimpulannya, kalau kita dah boleh agak rakan sekerja kita jenis yang macamana, pandai - pandai la adjust supaya senang untuk kita bekerjasama dengan diorang.


Pssssttt.. Sebenarnya ada questionnaire, dan setelah di timbang-tara, aku jatuh ke dalam kategori Facilitator.. hahaa.. Agak - agak, anda masuk kategori mana??..

Biarkan Ia Berlalu

/ October 3, 2011 /
Masa terus berketik, tanpa belas kasihan meninggalkan kita dengan kehidupan semalam dan memahat ia sebagai sejarah. Samada ia manis untuk di kenang, atau sebaliknya sedikit pun ia takkan kembali melainkan sejarah itu boleh mengajar kita untuk kehidupan mendatang.


Biarkan ia berlalu. Biarkan sejarah itu pergi dan apa yang kita perlukan, ialah bagaimana untuk kita menghadapi hari esok. Ada yang hidup dalam kekelaman masa lalu, di himpit kisah silam. Mungkin kisah silam itu benar - benar merumitkan dan menyebabkan sukar untuk diri membebaskan diri.


Bagi individu yang optimis, setiap kegagalan, kesilapan dan kekhilafan dulu dijadikan sebagai kayu pengukur sejauh mana ia mengajar dan membentuk diri masa sekarang. Mereka perlu membebaskan diri supaya tidak lagi di belenggu dengan halangan masa lampau.


Anda tidak boleh terusrumput hijau damai menerus menghukum diri, takut akan perubahan. Misalnya, kegagalan dalam cinta pertama tidak bermakna anda perlu untuk menutup pintu kebahagiaan diri sendiri dan orang lain juga. Sebaiknya, kegagalan itu menjadi pendorong untuk lebih berhati - hati dalam perhubungan seterusnya.


Juga, permusuhan masa lalu - perselisihan,percakaran, pergaduhan yang menimbulkan rasa dendam. Negatif. Sangat negatif. Aku akui memang ketika marah, selalunya tindakan akan melebihi akal fikiran, tetapi setelah melampaui masa, ia akan mematangkan kita dan di saat itu, biarkan perkara lama itu berlalu.


Aku tak pasti cara kita sama atau berbeza, tetapi bagi aku banyak perkara yang aku dah lupakan, aku benamkan kisah silam jauh - jauh, dan aku merasa diri aku bebas. Ia termasuklah mana - mana individu yang pernah menjadi duri dalam daging aku dahulu.


Pastinya diri ini juga pernah di cerca, di cemburui, di dendami , tidak di senangi dan mungkin menimbulkan masalah pada individu lain. Sekalipun aku tidak pernah meminta maaf secara terbuka, tetapi aku mengharap dan berdoa agar mereka semua memaafkan aku. Pasti ada beza tingkahlaku ketika berumur belasan tahun, awal remaja dan aku mengaku aku pun bukan budak baik, hahah..


Apa yang aku cuba garapkan dalam madah entri kali ini, ialah bebaskan diri anda. Bebaskan beban anda dan biarkan ia berlalu pergi. Jadilah seorang individu yang sedia memaafkan kesalahan orang lain, dan begitulah sebaliknya. Harmonikan diri anda dengan kehidupan berkualiti, jauh dari sifat dendam dan prasangka negatif terhadap orang lain. :D

Archives

Facebook Pages

 
Lifestyle BlogsReal Time Web Analytics
Copyright © 2009-2017 padinrose - Tips, Hobi dan Motivasi, All rights reserved | Disclaimer | Sitemap