padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

Balik Kampung

/ August 29, 2011 /
Wahaaa sejak Jumaat aku tidak berada dalam talian, sampai la malam raya ni baru dapat menjengah masuk sebentar. Hee, banyak faktor, dan faktor utama adalah keyword "balik kampung".


Semestinya, ramai orang termasuk aku pulang ke kampung untuk menyambut raya bersama keluarga. Aku bercuti sehari awal dan mula bergerak dari Johor sesudah subuh dan tiba di kampung halaman di Bota, Perak sebelum sembahyang Jumaat.


7 jam perjalanan sesuatu yang mengujakan. Pertama kali memandu sendiri pulang ke kampung, bersendirian dan memakai jentera Honda yang baru di miliki, akhirnya sampai juga kaki di halaman rumah dengan selamat. Tengahari tu dah ngantuk sebenarnya, tapi memandangkan dekat je lagi, aku teruskan perjalanan.


Berehat sehari di rumah, akhirnya kena paksa bota kanan juga buat kerja, huhuu.. Kalau di JB, senang - senang aja aku menyuruh anak buah membuat kerja, tapi di kampung aku jadi kuli.. adeii projek tahun ni -- projek mengecat rumah.. adehh dahla pinggang lenguh, leher pun turut lenguh.


Apa pun esok nak raya dah, so malam ni kita bakar mercun dulu... Berlawan dengan jiran sebelah, penamatnya mercun papan Raya Cina tu, dan mercun 25 das tembakan ke udara.. hahaa.. Setakat ni selamat je semua, takde pulak yang tangan- jari hancur.


Aku rasa, ringkas sahaja entri kali ini. Kalau ada masa, bolehlah cerita Hari Raya Pertama 2011 pulak, hee.. Di kesempatan ini, aku sebagai penulis rasmi blog padinno.com ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin serta Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan untuk Malaysia yang ke-54. Senyum Sokmo!

Cinta Pertama

/ August 24, 2011 /
Kata orang, cinta pertama ni memang susah di cinta pertamalupakan ye tak? Kalau yang berjaya ke jinjang pelamin, memang cun lah, cuma kalau berhenti di pertengahan mungkin kata - kata tu ada benarnya jugak.


Umm, dalam blog ni pun aku asyik menulis perihal kerjaya, pengalaman lalu masa belajar, di rumah, hobi dan lain - lain. Bak kata Diana,


"Aku teringin nak baca cerita tentang Padin yang jalan2 bersama kekasih hati dihujung minggu.. menonton Merong Mahawangsa dan bersantai2 di MCd bersama pujaan hatinya.. baca lagi"


Hari ini aku pecahkan satu rahsia cewahhh.. berkaitan cinta pertama. Kisah yang berlaku masa zaman persekolahan, walaupun digelar cinta monyet, tapi cabang cinta juga kan? Muehehee.. Rasa minat, suka tapi taktau penghujungnya pasal masa tu budak sekolah lagi, apa aset pun takde.


Masa aku di tingkatan dua, ada pelajar perempuan baru berpindah ke sekolah aku. Aku namakan dia F, dan kebetulan, dia di tempatkan di kelas aku. Bila ada budak baru je mesti jadik tumpuan, tambah pulak ada rupa. Keh3.. Aku pun tak ketinggalan mula pasang strategi.


Tapi yelah kan, Form 2. Nak mula langkah pun takde idea. Malu. Segan. Dok pakat usha je tiap hari, sudahnya member baik aku yang dapat takcle dia. Heh, gigit jari la, tapi takpe.. itu rezeki masing - masing. Alah cepat sangat la plak endingnya ya?


Nanti.. heh. Bila dah masuk Form 4, kitorang masih kekal dalam kelas yang sama cuma kawan baik aku tu dah berpindah sekolah. Entah dah jadi rezeki aku pulak ke, kami jadi kawan baik la pulak dan suatu hari tu F ceritakan yang diorang dah takde apa - apa hubungan. Masa tu aku setakat "oo"kan aje.


Dah naik Form5, F masuk kelas lain, lagaknya macam kelas pertama la pasal result final exam gempak. Aku nyaris - nyaris kena turun kelas (final exam aku tak sempat habiskan pasal kena demam campak), tapi disebabkan bukan angkara keputusan exam, aku masih di kekalkan di kelas kedua.


Bila dah kelas lain - lain ni, rasa macam kehilangan pulak. Jarang dapat bersemuka, berbual. Strategi paling ampuh time tu ialah --> mengutus surat je lah hehehh.. Surat pertama yang aku karang, "Boleh kongsikan cemane cara kau study dan dapat result cemerlang".. Hahahh takde idea langsung cemane nak mulakan perbualan dulu.


Bila dah berutus surat tu, feedback pun macam positif je aku pun beranikan diri la, mengaku yang aku pernah suka dia cuma tak sempat nak bagitahu. Mel reply dia ringkas je, "alaa tau dah tapi kenapa sekarang baru bagitau?"... masa tu... walau ayat dia pendek je tapi baca ulang - ulang kali macam surat 30 perenggan!


Di pendekkan cerita, kami sempatlah bercanda-ria sampai la abes SPM. Selepas SPM, apa pulak ceritanya? Ha, kalau nak tahu, lepas SPM takde cerita dah, pasal takde contact number - masa tu boleh kira berapa orang je yang ada handphone..


Masa ambil keputusan SPM, aku cadang nak mintak phone number F, tapi dia datang dengan family daa.. Malas nak cari pasal, aku simpan je la niat tu jauh - jauh, aitt simpan je tau, bukan buang. Kesudahannya, aku pun senyap, F pun senyap...


~Cinta Pertama End~

Formula Blog Entri

/ August 23, 2011 /
Skrin kosong? Aku pasti kadangkala kita ada idea, penulisan bagusinspirasi untuk menulis blog entri, tahu apa yang nak di tulis tapi mungkin terputus di pertengahan dan akan mengambil masa yang panjang untuk di selesaikan serta tidak mustahil ia akan tersimpan di draft sahaja.


Blog entri kali ini, suka untuk aku kongsikan formula biasa yang aku gunakan - ia melalui pengalaman dan pembacaan aku. Ia formula ringkas, dan hanya memerlukan pengetahuan konsep aja. Baik, mari kita lihat.


"Apa [contoh] yang boleh mengajar tentang [subjek]"
"Apa yang kita boleh belajar dari [contoh] tentang sesuatu [subjek]"


Di mana,
  • Subjek - apa point yang kita mahu kongsikan. Jadikan ia lebih spesifik, seperti Kelebihan Tinggal di Asrama berbanding Tinggal di Asrama atau Asrama sahaja.
  • Contoh - Boleh jadi apa saja. Berikan contoh yang paling dekat dengan pembaca supaya maklumat yang ingin disampaikan itu jelas. Contoh blog post dalam blog ni ialah Kualiti Pemikat Pengunjung.

Baik, mari kita lihat beberapa idea yang boleh di jana, dan gunakan formula di atas untuk mengarang blog entri :D


Teh Tarik dan Kopi - Lihat pada situasi perbandingan. Kenapa manusia sering membuat perbandingan? Kenapa perlu ada perbandingan? Anda boleh menghuraikan pendapat anda dan mungkin boleh mengambil pendapat pembaca juga. Contoh Honda Civic Vs Waja Lancer


Peta Minda - Kalau tak keberatan, ambil sekeping nota kecil dan buatlah peta minda, berkenaan subjek dan contoh, supaya blog entri akan lebih kemas dan berstruktur. Contoh Berterus Terang


Lencongan - Sesekali, cuba lari dari konsep pengisian blog anda, dan contoh terbaik adalah Wordless Wednesday :D


Natural - Setuju tak kalau aku kata blogger ni seorang yang prihatin? Ke mana aja kita pergi, kita baca ia akan memberi inspirasi untuk kita menulis blog. Pemerhatian di kedai makan, zoo, pusat membeli belah, dapur dan sebagainya. Anda boleh gunakan formula di atas untuk menghuraikan pemerhatian anda. Contoh Teknologi Mengubah Manusia


Back to Basic - Kita anggapkan setiap hari kita akan menerima pembaca baru. Cerita berulang kali melalui pengolahan berbeza boleh membantu meningkatkan pemahaman. Contoh Apa itu Bounce Rate


Pesanan Ibubapa - Pastinya setiap ibubapa ada cara tersendiri untuk memberi pengajaran pada anak - anaknya. Boleh kongsikan juga cara anda (jika bergelar ibubapa) atau pesanan mak ayah anda. Contoh Masin Kata orang Tua


Kecemerlangan - Kongsikan kecemerlangan anda baik di sekolah, universiti atau di tempat kerja. Boleh jadi motivasi kepada orang lain dan jika tak keberatan sertakan tips dan panduan. Contoh tips Pelajar cemerlang SPM


Upset - Selain bercerita mengenai kejayaan, boleh juga kongsikan apa upset dalam diri anda. Semoga ia boleh menjadi pengajaran dan pengukuhan untuk kita saling memperbaiki. Contoh Gayat!


Idea Menulis Blog - Jalan terakhir, boleh minta pandangan rakan lain untuk mendapatkan idea, atau membaca penulisan/idea blogger lain. Contoh Jom kongsi Idea


Jadi itu sahaja formula aku untuk menulis blog entri setakat ini. Ia langkah yang praktikal dan menjadikan kita lebih peka dengan keadaan sekeliling dan membantu kita menjana idea dalam penulisan. Selamat Mencuba :D

Apa Aktiviti Raya Anda?

/ August 22, 2011 /
Berbaki 8 hari saja lagi, umat Islam akan menyambut kedatangan Syawal. Time macam ni memang sesuai dah memikirkan persediaan dan persiapan menjelang hari raya. Di corong radio pun dah ligat putar lagu raya, di blog? heheh memang ramai yang bercerita hal raya.


Ada yang bercerita tentang satu hari di hari raya, ada yang bercerita kuih raya, lagu raya, baju raya dan macam - macam lagi lah.. Kalau anda nak tahu apa lagi perkara yang berkait dengan raya, boleh semak artikel Tehramuan | Raya Oh Raya


Kalau artikel terdahulu, Teknologi Mengubah Manusia - pengisian yang agak berat dan aku ucapkan banyak - banyak terima kasih pada rakan blogger yang memberikan pendapat dan komen untuk entri tersebut. Kali ini apa kata aku kendurkan semula dengan perkongsian aktiviti raya.

kereta raya
Mungkin aktiviti raya kita sama atau berbeza. Jadi nak tahu juga kan kalau anda pelajar yang masih bersekolah atau belajar di institut pengajian tinggi, anda yang bekerjaya samada bujang atau berkahwin, ataupun ada yang bergelar nenek/datuk boleh kongsikan apa aktiviti anda semasa hari raya.


Kalau aku, hari raya pertama memang untuk keluarga lah, duduk di rumah dan petang sikit barulah keluar ke rumah saudara. Hari berikutnya barulah ke rumah - rumah terbuka kawan - kawan, sehari mungkin 3 - 4 rumah - kena pergi banyak - banyak pasal cuti pendek aje.. Dan kalau kena gaya, kami akan main futsal di sebelah malam.


Aku rasa itu sahaja. Emm bila nak raya ni, teringat pulak arwah Nadia a.k.a TTT. Blogger yang sentiasa riang gembira (apa yang aku kenal lah) meninggal dunia pada 8 Syawal tahun lalu. Moga rohnya aman di sana :D

Babai.

Teknologi Mengubah Manusia

/ August 20, 2011 /
Perkembangan teknologi semakin pesat. Kalau ketinggalan sedikit memang realitinya dah jauh ke belakang sebenarnya sekarang ni. Belum sempat lagi puas menggunakan teknologi terkini, muncul pula perkara - perkara baru yang lebih menarik.


Dari sudut positif, ia merupakan suatu perubahan yang harus kita nikmati sejajar dengan apa yang kita lalui masa sekarang. Teknologi di cipta untuk memudahkan urusan manusia, dapat menjimatkan masa dan mengelakkan beberapa risiko yang bakal berlaku.


Contoh mudah kita tengok sahaja penggunaan perkhidmatan jalur lebar. Banyak perkara dapat di permudahkan dengan kewujudan sistem dalam talian masakini. Pembayaran bil, pengisian borang atau data, penyampaian maklumat dan lain - lain menjadi mudah dan cepat.


Tidak perlu lagi kita beratur (membuang masa), keluar dengan kenderaan (pencemaran daripada pembebasan karbon dioksida, risiko kemalangan, kesesakan lalulintas, masalah parkir). Hanya menyelesaikan semua urusan di hujung jari di dalam bilik berhawa dingin yang selesa.


Tetapi, setiap perubahan ini juga kita perlu membayar sesuatu yang tinggi. Dari konsep kemanusiaan sosial adalah tampak janggal dan di lihat ia mengurangi sikap manusia untuk lebih mesra, beradab dan saling mengenali - mungkin bukan untuk semua keperluan.


nokia e75
Kewujudan teknologi ini - seperti yang di bincangkan di atas, menjadikan manusia hidup dalam diri dan teknologinya. Kurang pergaulan dengan jiran, atau lebih teruk terhadap isi rumah sendiri. Masing - masing menghadap komputer, smartphone dan komunikasi langsung terlalu terbatas.


Di akui penggunaan smartphone memang menghiburkan. Tetapi apabila terlalu khayal, asyik dan leka dengan aplikasinya, menjadikan orang di sekeliling menjadi buntu. Bayangkan situasi 4 sekawan minum di gerai mamak, di mana 3 di antaranya leka dengan 'permainan peribadi', seorang lagi?


Kalau aku berada di situasi berkenaan, memang aku cari kunci motor, start dan blah je.. Maaf cakap, aku lebih senang tidur berbanding duduk bersendirian seperti situasi di atas. Bukan aku tak mampu memiliki gadjet seperti itu tapi aku merasakan ia bukan keperluan aku. Bak kata orang, bezakan antara keperluan dan kehendak.


Sebagai rumusan, aku menganggap perubahan dan kepesatan pembangunan teknologi ini adalah platform terbaik untuk kita maju, namum kena seimbangkan supaya hidup ni sentiasa ceria tanpa mengurangi sedikit pun sikap dan nilai hidup manusia. Apa komen anda?

Cabaran Blogger : Satu Hari Di Hari Raya

/ August 18, 2011 /
Sempena hari raya yang akan menjelang tiba nanti, pastinya ramai di antara kita sudah memikirkan perkara - perkara berkaitan. Apa pun, persiapan hendaklah selari dengan budget yang ada takut nanti lepas raya termenung lama pulak.


Pastinya bila sebut je raya ni, ada kisah - kisah yang boleh kita ingat dan kenang sepanjang masa. Pengalaman itu boleh dikongsikan samada untuk menjadi teladan, pengajaran ataupun idea kepada yang lain untuk meraikan raya dengan cara yang lebih menarik, mana tahu kan?


Jadi, kalau rakan blogger ingin berkongsi atau membaca kisah satu hari di hari raya, bolehlah melawat Cabaran Blogger | Satu Hari Di Hari Raya, sebab sambutan atau kisah setiap individu adalah unik dan mungkin tidak sama atau sama dengan pengalaman anda.


Kisah raya aku, emm.. aku rasa sama sahaja setiap tahun. Mungkin sama tapi tak serupa, maksud aku kalau waktu kanak - kanak, seronoknya raya boleh mengumpul duit raya, dapat baju raya baru dan boleh bermain dengan sepupu - sepupu yang lain. Bila dah remaja dan awal dewasa ( ada ke istilah ni?),mesti lain sikit rasanya kan.


Raya paling istimewa bagi aku, mungkin raya tahun lepas. Entahlah kenapa, tapi dari dulu lagi aku berniat tahun pertama aku beraya sebagai pekerja, aku akan tanggung semua perbelanjaan raya dan Alhamdulillah aku dapat melaksanakannya.


Rasa lega dan seronok bila tengok wajah mak abah ceria dengan persalinan raya yang baru. Agaknya sama la perasaan macam aku dapat baju raya masa kecik dulu hehee.. Dah besar anak bongsu diorang nih! ekekee..

birthday padin
Juga, kebetulan tahun lepas Aidilfitri jatuh pada hari yang sama dengan ulangtahun kelahiran aku, err secara tepatnya 2 Syawal (11 Sept).. Best la jugak dapat SMS dari kawan - kawan dengan ucapan Hari Raya dan UlangTahun serentak. Kira duit raya + hadiah la kan..


Cuma, apa yang aku rasa sampai sekarang masih belum berlaku ialah sesi bersalaman, mohon kemaafan secara formal. Yelah kalau dalam TV, atau mungkin memang amalan keluarga lain ibubapa akan duduk, dan anak - anak beratur bersalaman dan memohon kemaafan.


Keluarga aku, tidak. Hanya bersalaman seperti biasa, dan menghulurkan duit raya dengan ucapan "Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin", hee. Dan, adik beradik aku yang lain akan mencium tangan mak abah.. Aku je yang belum pernah.


Tahun lepas, aku nak cuba buat untuk kali pertama, tapi bila melihat mak aku dah tak dapat nak menahan sebak, mungkin teringat arwah kakak aku, langsung aku mematikan je niat tu. Takut - takut dia lagi sebak dan terharu sebab aku memang tak pernah buat sebelum ni.


Harapnya, tahun ini aku berjaya lakukannya. Bukan aku bersikap ego, bukan aku bersikap derhaka, cuma aku rasa ia bukan kebiasaan. Aku sendiri terasa meremang bila anak buah mencium tangan ketika bersalaman.. Huhuu..


Aik, dah panjang berjela pulak kisah raya ni. Huhuu maaflah, saat memulakan entri ni tadi memang taktahu nak tulis apa, tapi bila dah mula tak sedar dah masuk perenggan ke 12 dah mueheehe..Oklah setakat ini sahaja kisah satu hari di hari raya aku yang dapat aku kongsikan. Terima kasih membaca. Anda pula, bagaimana?

Cara Membuat Header Flash

/ August 16, 2011 /
Header blog umpama muka hadapan bagi sesebuah buku. Kalau penulisnya sudah di kenali, muka hadapan tidaklah begitu penting lagi. Orang akan terus membelinya kerana sudah tahu kualiti di dalamnya. Persoalan sekarang bagaimana menarik minat orang bagi membeli buku baru?


Ilustrasi pemula (header) menarik boleh membantu mendorong minat untuk pelawat memulakan bacaan. Kalau di lihat masakini pelbagai trend dalam penghasilan header, dan di blog ini aku lebih senang menggunakan aplikasi flash.

Teknik Membuat Header Flash

Suka aku menyatakan di sini, pembuatan header ini adalah hasil dari anishaway, manakala idea adalah dari aku sendiri. Aku hanya kongsikan turutan semasa header ini disiapkan.


Idea : Header Semarak Merdeka, bendera berkibar - pertukaran siang dan malam
Action : Perisisan Adobe Family sangat terkenal bagi pelajar rekabentuk grafik, media, animasi dan lain - lain. Syarikat pengiklanan dan penyiaran juga menggunakan perisian (software) tersebut.

Untuk header padinno.com, ia menggunakan software Adobe Flash CS3 dan memilih Action Script 2.0.

cara buat header 1

Idea : scene pertama - pergerakan huruf www.padinno.com, jatuh satu persatu..
Action : Hanya menggunakan pergerakan huruf dan kesan alpha 0%. Motion Tween dan nilai Ease in/out digunakan untuk menggerakkan objek.

cara buat header 2

Idea : scene kedua - Bendera berkibar di kiri, dan gambar KL appear dari kanan ke kiri perlahan - lahan seiring dengan perubahan siang malam..
Action : Kesan alpha 0% pada bendera sehingga penampakan bendera 100%. Sementara gambar pemandangan Kuala Lumpur pudar dari kanan ke kiri dan terus menukar dari waktu siang ke waktu malam dengan menggunakan kesan Adjust Color.

cara buat header 3

Idea : scene ketiga - pengisian teks padinno.com | tema merdeka 2011
Action : Teks www.padinno.com | Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera menggunakan kesan alpha 0% - 100% dan gerakan dari bawah keatas. Sementara gradient warna merah gerakan muncul dari kanan ke kiri.

cara buat header 4

Idea : scene keempat - emm, buat finishing yang di rasakan sesuai.
Action : Kesan pengcahayaan untuk text digunakan dari kesan Line dan Glow kemudian mask. 650 frame dan 25 frs Frame rate digunakan untuk flash header ini. ;)

cara buat header 5

Jadi aku rasa setakat ini sahaja. Kalau ada yang dah mahir menggunakan flash, boleh cuba sendiri dengan idea lain, manakala individu yang zero pasal flash (macam aku la) bolehlah cuba kenal pasti dulu istilah - istilah yang digunakan di atas.


Selamat Mencuba :D

Doodle

/ August 15, 2011 /
Hahah.. Emm setaip hari bermacam je kan blogger, tak kira la pengguna platform blogger, wordpress dan lain - lain mengemaskini laman masing - masing. Ada yang update pasal jurnal harian, menu berbuka, resepi, berita terkini, pendapat dan yang paling hangat sekarang ni doodle.


Setuju atau tidak? Heheh terpulang la kan tapi aku tengok semakin hari semakin ramai blogger yang mencuba untuk melukis 'doodle', mengikut kemahiran masing - masing. Menariknya masing - masing ada karakter sendiri dan tambah menarik apabila mereka bertukar - tukar doodle.


Baik, sebelum tu mari kita tengok apa sebenarnya doodle ni?


A doodle is an unfocused drawing made while a person's attention is otherwise occupied. Doodles are simple drawings that can have concrete representational meaning or may just be abstract shapes. Stereotypical examples of doodling are found in school notebooks, often in the margins, drawn by students daydreaming or losing interest during class. Other common examples of doodling are produced during long telephone conversations if a pen and paper are available.[1]

doodle padin
Mengikut apa yang aku paham, doodle ni berbeza dengan sketching, di mana ia seakan contengan bebas tanpa makna dan hasil yang jelas. Membiarkan tangan melukis dan bergerak dan kadang - kadang kita tak memikirkan realitinya.


Macam yang diterangkan dalam Wiki di atas, keadaan di mana kita hilang fokus time kuliah, atau berbual dalam telefon. Kalau ikutkan keadaan ni, memang banyak je contengan yang aku buat dalam buku nota aku dulu hehee..


Berbalik kepada fenomena blogger sekarang, doodle ni seakan kartun, atau contengan manusia yang di kartunkan, tapi awas! Ia bukan karikatur atau potrait. Doodle ni diterima sebagai salah satu cabang seni dalam kartun. Betul ke? aku agak je keh3..

watizit
Aku belek - belek semula lukisan koleksi peribadi aku terjumpa la satu kartun yang aku ciptakan masa sekolah menengah dulu.. Keh3, kalau ikut penerangan Wiki, gambar ni mungkin tak tepat sebagai doodle tapi.. ha ada tapinya. Karakter ni muncul masa aku doodling dalam kelas Sejarah Peradaban Dunia, tingkatan 4.


Banyak lagi contengan - contengan aku dalam buku nota, tapi tak boleh nak tunjuk la pasal kamera handphone aku ni cikai betul.. Sekadar satu gambar je la. Boleh kan? eee.. Ok aku rasa setakat ini saja, sebelum terlupa gambar kat atas tu tak sempurna lagi tapi aku saja publish awal.

Photobucket

Blogger yang tolong buatkan gambar ni adalah ---- NanaD!! hahah.. kalau berkenan, atau nak mintak tolong ke boleh contact dia lah, blogger lain pun ramai rasanya yang berbakat dalam penghasilan doodle ni, heh.. Sekian saja, babai..

Kemahiran Individu

/ August 13, 2011 /
Kemahiran individu boleh dibahagikan kepada 3, iaitu kemahiran konsepsual, kemahiran kemanusiaan dan kemahiran teknikal. Individu yang memiliki ketiga - tiga kemahiran yang di sebutkan bolehlah kita akui sebagaimana menghampiri kesempurnaan.


Blog entri kali ini, sengaja aku memfokuskan kepada kemahiran teknikal. Pelbagai jenis kemahiran teknikal yang boleh kita lihat, seperti kemahiran bermain bola sepak, kemahiran menjahit, kemahiran mengendalikan mesin serta tidak ketinggalan kemahiran merekabentuk grafik/imej.


Apa yang menarik ingin aku kongsikan, kemahiran individu ini dalam menghasilkan rekabentuk yang menarik dan unik, selalu saja tidak menghampakan aku. Individu yang aku maksudkan ialah Anishaway. Graphic Designer To Be, perhaps.


Hampir setahun aku berkolaborasi dengannya, dan projek terbaru ialah header Semarak Merdeka yang baru sahaja aku gayakan di atas sana. Apa pendapat anda mengenai header tersebut? Bagi aku, ia amat bermakna dan unik.


Anishaway, bagi aku seorang individu yang mahir dalam merekabentuk bukan sahaja imej malah penggunaan flash. Memang aku akui, aku tiada bakat dalam penggunaan software ni, dan semuanya aku serahkan padanya.

buku konvokesyen ikmjb 35
Antara projek yang telah di hasilkan termasuk header rasmi (header kuning bertemakan laut), perwarnaan lukisan dan juga penghasilan muka hadapan Buku Cenderahati Majlis konvokesyen IKMJB kali ke 35 tahun lalu.

padinno


Lihat juga entri Watak Kartun Kegemaran

Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan terima kasih banyak - banyak atas segala pertolongan dan tunjuk ajar (banyak kali belajar tapi asyik lupa je), perkongsian idea dan penghasilan rekabentuk imej yang menarik.


Aku mendoakan segala cita - cita (menyambung pelajaran) dan mendapat kerja yang di idamkan terlaksana kelak. Apa yang penting, sentiasa komited dan yakin dengan kemahiran sendiri untuk terus berjaya. Mahu berkolaborasi dengan Anishaway? Rujuk sendiri dengan tuan badan, :D

Hukum Melukis Gambar

/ August 12, 2011 /

Hukum Melukis Gambar Menurut Islam

  1. Pengenalan Mengenai Lukisan

  2. Hukum Melukis Objek Manusia dan Binatang

  3. Hukum Menggantung/ Mempamer Lukisan

  4. Pendapat Peribadi

  5. Penutup

Pengenalan Mengenai Lukisan

Seluruh para ulama Islam bersepakat bahawa seseorang individu dibenarkan untuk melukis gambar-gambar benda yang merupakan hasil ciptaan manusia itu sendiri seperti melukis gambar rumah, kereta, masjid, komputer dan sebagainya.

Para fuqaha Islam juga telah bersependapat mengatakan bahawa seseorang itu dibenarkan untuk melukis gambar-gambar alam semulajadi seperti gambar tasik dan sebagainya. Tetapi, sekiranya gambar yang di lukis bertujuan untuk aktiviti penyembahan oleh orang bukan Islam, ia menjadi haram kerana ia digunakan untuk tujuan kekufuran.

Hukum Melukis Objek Manusia dan Binatang

3 mazhab utama ( mazhab Al-Imam Abu Hanifah, Al-Imam Al-Syafie dan Al-Imam Ahmad ibnu Hanbal) tidak membenarkan melukis objek manusia dan binatang manakala Al-Imam Malik membenarkan sekalipun makruh.

Bermakna , individu muqallid (individu yang tidak sampai tahap mujtahid) yang melukis objek hidup seperti manusia dan binatang adalah di benarkan, tetapi jika ia dilukis sempurna maka ia adalah makruh.

Hukum Menggantung/ Mempamer Lukisan

Mempamer lukisan alam semulajadi adalah di benarkan. Sekiranya gambar tersebut merupakan objek bernyawa seperti manusia dan binatang, dilukis secara sempurna ia adalah makruh (mengikut Al-Imam Malik). Namun, jika gambar tidak sempurna seperti hanya kepala dan sebahagian badan maka para ulama membenarkan tanpa sebarang hukum makruh.
lukisan

Pendapat Peribadi

Aku sukakan seni terutamanya seni lukisan. Aku juga suka melukis termasuk permandangan alam semulajadi, bahan ciptaan manusia dan juga objek bernyawa seperti manusia dan binatang.

Mengikut apa yang aku paham, ia adalah bergantung pada niat. Kalau kita melukis bukan berniat untuk mencabar kekuasaan Allah, aku rasa takde masalah dan di benarkan untuk melukis. Sebagai koleksi peribadi atau untuk menterjemahkan apa yang kita rasa dalam bentuk lukisan.

Menggantung gambar juga seperti di dinding di benarkan asalkan gambar tu bukan tujuan untuk pemujaan, kemuliaan dan lain - lain tindakan yang boleh menyebabkan kekufuran.

Penutup

Jadi ia bukan halangan untuk kita berkarya, dan selagi kita masih dengan niat yang tidak terpesong, insyaAllah ia boleh menghindarkan diri daripada dosa.


Rujukan | Hukum Melukis Gambar Menurut Pandangan Islam

Jangan Mendabik Dada

/ August 9, 2011 /
Dah lama rasanya blog ini tidak menulis hal - hal yang berkaitan sikap manusia. Ya, walaupun aku bukan di kalangan yang terbaik untuk membincangkan hal sedemikian, tapi sebagai manusia menjadi tanggungjawab aku dalam memperingati dan saling memperbaiki.


Blog entri kali ini cuba memfokuskan tentang keadaan di mana segelintir individu yang sering mengeluh dengan apa yang di lalui dahulu dan kehidupan sebenar sekarang. Antara lontaran isi hati yang selalu di perkatakan ialah "tak payah belajar teruk - teruk, nanti dah kerja tak guna sesen pun apa yang kau belajar".


Bagi manusia yang ingin berfikir, dan sentiasa rasional, ia tidak akan sekali - kali melontarkan pernyataan tersebut. Ilmu pengetahuan sangat penting, bukan hanya untuk diguna pakai sebulan, setahun malah selamanya anda bergelar manusia.


Anda perlu bezakan pembelajaran formal dan informal. Adakah anda belajar berdiri dan memulakan langkahan pertama dalam kelas formal? Adakah anda belajar mengenai sejarah itu merugikan? Tanya diri anda, sekiranya anda gagal untuk mengenal huruf, gagal mengira, adakah anda berada pada kedudukan anda sekarang?


Ia bermula dari perkara asas! Jika anda pandai bercakap, menulis dan mengira hari ini, ia bermula dari perkara asas. Adakah anda fikir semasa mengeja A,B,C suatu ketika dahulu tidak berguna dalam kehidupan mendatang? Pasti tidak, bukan? Dari huruf itulah anda boleh menulis dan membaca, dari huruf itu juga anda mencari rezeki dan tidak mudah di perbodohkan.

lpg bulk tank storage
Berbalik kepada pernyataan di atas, adakah anda rasa rugi untuk belajar sedangkan ia berbeza dengan apa yang anda kerjakan sekarang? Bagi aku, jawapannya "tidak"! Aku berasa bertuah kerana tidak semua individu berpeluang belajar apa yang kita belajar. Sebagai contoh, ada di kalangan anda yang belajar mengenai Gas Storage & Transportation System?


Seharusnya kita menghargai apa yang kita belajar, kerana itu adalah asasnya. Pokok yang besar ditampung kekuatan akarnya, bangunan yang teguh berdiri kerana asasnya. Manusia hebat kerana pengetahuannya.


Oleh itu, jangan kamu sekali - kali mendabik dada, dan meminggirkan apa yang pernah kamu pelajari. Kalau bukan hari ini, mana tahu esok lusa kamu memerlukan ilmu itu dan jika kamu mengabaikannya, jangan pula berasa menyesal di kemudian hari.


Apa yang dapat aku simpulkan, ilmu pengetahuan ini sangat luas dan nescaya sekalipun kamu telah mengelilingi dunia 7 kali, ia masih belum dapat meneroka segala ilmu. Untuk itu, hargailah apa yang kamu ada, dan jangan sekali - kali memperlecehkannya. Apa kata anda?

4 Tips Meninggalkan Komen

/ August 6, 2011 /
Ehem.. sedar tak sedar dah hampir seminggu berpuasa, dan tak lama lagi rayalah pulak, hee.. Takpe cerita pasal puasa dan raya kita simpan dulu, so blog entri kali ini aku nak kongsikan tips yang agak baik untuk di praktis semasa meninggalkan komen di blog.


Selari dengan description blog, "perjalanan ini mengisahkan tips, panduan, cereka, perkongsian perjalanan hidup berdasarkan pengalaman aku sendiri" makanya aku kongsikan tips mengikut pengalaman aku dan melalui sedikit pembacaan.


Asasnya, komen adalah suatu jenis tindakbalas yang penting buat blogger untuk berinteraksi samada sesama blogger dan juga enjin carian. Penting untuk blogger sebab boleh menyatakan pendapat, pertanyaan dan juga perkongsian - mengikut kesesuaian artikel.


Juga, pautan yang ada amat berguna untuk enjin carian. Ia seolah memberitahu enjin carian bahawa pautan anda penting (idea di mana semakin banyak pautan anda muncul dan dirujuk, ia boleh menambah kualiti pautan i.e PR). Kempen bagi membina backlink memang pelbagai cara, dan yang paling mudah adalah meninggalkan komen.

penulisan padin

4 Tips Meninggalkan Komen



1. Baca keseluruhan artikel
Artikel yang panjang kadangkala memang membosankan, tapi laburlah sedikit masa untuk menghabiskannya. Membaca tajuk, perenggan pertama dan terakhir bukan langkah yang bijak sebaliknya anda harus tahu apa yang di sampaikan untuk keseluruhan artikel (mungkin boleh grab point utama kalau dah malas sangat). Komen tanpa berkaitan artikel menunjukkan siapa anda.. Jeng jeng jeng..


2. Menjadi yang terawal
Biasanya satu - satu artikel akan bertahan dalam tempoh masa yang agak panjang dan memberi peluang untuk dibaca sepanjang tempoh tersebut dan di indeks enjin carian. Matematik mudah jika 50 pelawat membaca artikel tersebut, sekurang - kurangnya 50 orang juga akan sedar kewujudan anda, dan jika kena gaya - mesti ada yang akan melawat anda juga. Trafik mudah, bukan?


3. Respon komentar lain
Respon komentar lain juga merupakan salah satu cara untuk berkomunikasi dan membina hubungan sesama blogger. Menggunakan sistem komen-boleh-reply amat berguna dalam kes ni, dalam default blogger pon boleh buat "reply to commnet" kan.. Aku lebih suka penggunaan Disqus.


4. Suarakan komen anda
Maksud jelas untuk perihal 4 adalah : komen lah sejujurnya mengikut pandapat, pertanyaan anda. Suarakan komen dengan cara yang bernas, jujur, dan tidak terlalu offense (jika ada), kerana ia boleh membina kredibiliti anda. Owner sendiri pun tidak menghiraukan anda jika hanya meletakkan ayat seperti "nice!, very informative, thanx.."


Jadi, aku rasa setakat itu sahaja. Aku rasa dengan cara ini sedikit sebanyak masih boleh menyumbang sesuatu pada blog aku ni. Any comment??

Pendaftaran Universiti

/ August 3, 2011 /
Semasa aku bercuti di Sri Mersing Resort tempoh hari, memang tak lepas untuk membicarakan semula kenangan - kenangan masa belajar dan tak lupa juga kenangan di awal pendaftaran pelajar baru ke universiti.


Aku pasti pelajar - pelajar baru yang di tawarkan mendaftar tidak lama lagi akan berasa sangat teruja saat pertama kali menjejakkan kaki di universiti. Tiada apa yang perlu di hairankan, aku sendiri berpengalaman demikian dan sangat teruja di hari pendaftaran.

kenangan tahun 1
Mengimbas pengalaman itu, aku menerima surat tawaran seminggu sebelum hari pendaftaran. Banyak perkara yang perlu di selesaikan dalam tempoh tersebut supaya proses di hari pendaftaran berjalan lancar. Individu yang banyak membantu aku ketika itu tidak lain abang aku sendiri.


Yuran agak mahal untuk permulaan sesi, lebih kurang RM1,900 dan nasib baik PTPTN memberikan wang pendahuluan RM1,500 dan aku mendapat bantuan BaitulMal negeri Perak sebanyak RM500. Soal yuran, dah selesai! Hehee..


Pertama kali datang ke Johor, memang tak tahu apa - apa. Sampai sahaja di terminal Larkin, terus sahaja mencari rumah tumpangan yang murah dan berdekatan dengan UTM. Kami bermalam di Hotel Kelana, Sri Putri dan makan malam di Loqman Tomyam - tempat makan favourite aku.


Semasa pendaftaran, aku di arahkan menukar kemeja putih sedangkan dalam buku panduan pendaftaran hanya menyatakan berpakaian kemeja dan tidak di nyatakan warna putih atau sebaliknya. Satu kerja pulak nak tukar pakaian, adehh..


Selepas beberapa proses pendaftaran termasuk yuran, daftar asrama, kad matrik, dan rekod kesihatan, aku bergerak ke kolej kediaman. Risau juga kalau - kalau room-mate tak sekepala.. Haha.. First time aku tengok dia masuk bilik, aku dapat agak "alah budak ni 2 x 5 je dengan aku hahah"


Jam 2 petang, bermulalah Minggu Haluan Siswa (Orientasi) selama seminggu, dan di situlah bermulanya kehidupan sebagai seorang mahasiswa universiti! Hahah, seingat aku, antara program yang aku ikut masa minggu tu permohonan pinjaman PTPTN, pendaftaran kelas semester pertama dan malam Gala..

annual dinner GESS
err Abang Fasi, bukan aku taknak datang program MHS, tapi kolej dengan dewan tu jauuhhhhh...patah kaki nanti. muehehee.. Sehinggalah aku habis belajar, ponteng kelas tu ibarat isi dengan kuku memang tak dapat di pisahkan dan orang yang selalu ponteng dengan aku tu, room-mate lerr, :D


Umm, aku rasa itu jelah sedikit sebanyak pengalaman masa aku mendaftar di UTM. Anda nak berkongsi pengalaman?

Bercuti Di Sri Mersing Resort

/ August 2, 2011 /
Malam tadi aku sempat berbual dengan Hana Zaty, dan mengorek sikit perkembangan terkini dia. Pelajar bidang perubatan yang baru sahaja menamatkan pengajian di Bandung, Indonesia dan kini menyambung pelajaran di HUKM (agaknya). Aktiviti harian yang padat, dan masa yang tak menentu menjadikan gadis ni "busy" dalam kehidupannya.

sri mersing resort
Oh ya, berkenaan aktiviti,23 Julai lepas, aku dan 8 kawan lain bercuti di Sri Mersing Resort, Air Papan. Pada asalnya percutian ni konon - konon reunion pertama untuk GESS 05/09 selepas 2 tahun, tapi sambutan tak seperti yang di harapkan. Apa pun, percutian tetap di jalankan.

mandi pantai
Perjalanan ke Mersing dengan 3 kereta, dan tiba jam 2 petang. Kami turun ke pantai jam 4 dan naik semula jam 6, kerana hujan lebat secara tiba - tiba. Sambil menyaksikan perlawanan Malaysia vs Singapura, proses membakar ayam dan daging di lakukan bergilir - gilir.

bakar ayam dan daging
Aktiviti di sana hanya memang sekadar bercuti, bersembang, bergurau dan berseloroh dengan kawan - kawan. Kalau secawan teh tarik ni, memang tak cukup lah kalau nak bercerita hal masing - masing.. Apa pun rata - rata semua dah ada kerja yang stabil dan dalam tempoh terdekat salah seorang dari kami akan melangsungkan perkahwinan.

secawan teh tarik
Dalam tempoh 5 tahun dari sekarang, apa pulak perubahan yang akan jadi? Heh, itu yang best bila dapat bersama semula ni. Di samping menjaja perkembangan terkini sekali sekala mengimbas kenangan lama memang membuatkan tak kering gusi.


Apa pun, percutian ini berjaya juga di laksanakan dan dapat juga mengumpul 1/3 dari jumlah keseluruhan budak GESS 05/09 (27 orang je total hahah).. Yang tak dapat nak hadir tu mungkin jauh, cuti takde atau tak dapat pelepasan hahah.. Akan datang, Langkawi? maybe..


Terima kasih Abd Rahim yang menjadi ketua dalam menjayakan percutian ini. Lain kali buat lagi, aku datang bayar je hehee.. Itu pun kalau Zulaikha ada la, hahaha.. End.

Salam Ramadhan

/ August 1, 2011 /
Update ringkas sahaja. Blog entri pertama bulan Ogos ini, aku muatkan dengan sedikit ucapan..

banner puasa
[Ambil banner lama je, hee]

Assalamualaikum.. Bersyukur kita kepada Tuhan, kerana masih di berikan nikmat Iman dan Islam, diberikan kesempatan menghirup udara segar, nikmat kesihatan dan ruang untuk kita menjalani rutin harian dan beribadah kepadaNya.


Di kesempatan ini, aku bagi pihak padinno.com ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada pembaca yang beragama Islam, dan tak lupa bulan ini juga kita akan meraikan Kemerdekaan Malaysia yang ke 54.


Diharapkan kita dapat menjalani ibadah puasa dengan penuh kesyukuran dan dapat menjalankan tugas harian seperti biasa. Akhir kata, jangan lupa berpuasa :D

Archives

 
Lifestyle BlogsReal Time Web Analytics
Copyright © 2009-2017 padinrose - Tips, Hobi dan Motivasi, All rights reserved | Disclaimer | Sitemap