padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

The Art of Oren

/ May 31, 2011 /
Selamat Datang Ke padinno.com


"What attract us the most is ourselves".. begitulah petikan kata - kata Oren, kartunis APO? di dalam profil blognya. Bagi penggemar majalah APO? pastinya sedikit sebanyak mengetahui kehebatan karya - karyanya.


Aku memang sangat teruja dengan hasil lukisannya. Cantik, kemas dan jitu. Lukisan abstraknya sangat mengagumkan. Seni yang sangat halus dan bermakna.


Bagi yang mengikuti Majalah APO?, sehingga kini Bil. 298, karya Sorrow Symphony sedang meletup sekarang ini. Cereka yang mengisahkan antara Jet, Sera, Maya dan beberapa rakan lain. Aku tak sabar untuk menanti sambungan seterusnya.


Melihat pada hasil karya yang di letakkan dalam blognya, the aRt of oRen, gambar - gambar semua cun! Hehee, dan aku rasa Sera akan sama meletup macam Ika shazlina. :D

karikatur m nasir


kartun sera

ekspresi sera
Beberapa gambar yang aku rasa menarik, aku kongsikan di sini. Dan untuk melihat karya yang lain, anda boleh menjengah di blognya, the aRt of oRen.

Sumber Gambar | chlorenology.blogspot.com

Terima Kasih ~ Datang Lagi

4 Tabiat Blogger Yang Perlu Di Elak

/ May 29, 2011 /
Selamat Datang Ke padinno.com


Tabiat adalah perkara yang anda biasa lakukan secara berulang kali. Ada tabiat yang baik, dan sebaliknya. Tabiat ini juga boleh dikelaskan dalam berblog, dan blog entri kali ini aku ingin memfokuskan perkara yang perlu di elak untuk menjadi blogger yang lebih baik.


4 Tabiat Perlu Elak Dalam Blogging


1. Tidak mesra pembaca
Anda akan hilang kredibiliti dan profesionalisme jika tulisan anda penuh dengan kesalahan ejaan dan penggunaan bahasa. Elak dari menggunakan bahasa ringkas. Walaupun bagi anda ia suatu yang sempurna, tetapi anda perlu fikirkan tentang pembaca anda.


2. Tidak membalas komen pembaca
Pembaca adalah pelanggan anda. Jika pembaca meninggalkan komen, ia sebagai suatu tindak balas yang baik dan perlu di beri penghargaan. Setiap komen pembaca samada pendapat, soalan atau apa sahaja menunjukkan komitmen mereka dan jika anda tidak tahu untuk membalasnya, cukup sekadar 'terima kasih'.


3. Periksa statistik/komen 50 kali sehari
Pastinya jika anda serius dalam perkara ini - bilangan pengunjung dan komen, ia tidak bermakna anda perlu memeriksanya dalam setiap 10 minit. Adalah lebih baik masa itu di gunakan untuk perkara yang lebih proaktif seperti mengkaji panduan berblog dan lain - lain. Mungkin 2 kali sehari sudah memadai.


4. Penerbitan entri tidak konsisten
Jadualkan penerbitan blog entri anda dengan baik. Tidak kira hanya 10 blog entri, 20 atau selebihnya, pastikan penjadualan adalah dalam bentuk konsisten. Aku sendiri masih cuba untuk konsisten dalam setiap penerbitan blog entri.


Perkara ini hanya panduan sahaja. Tidak kata anda meninggalkannya ia menjamin kejayaan blog anda. Oh ya, sebelum terlupa, aku ingin menambah satu lagi tabiat bonus yang sering kita lupa dan terlepas pandang.


4 + 1. Tidak memberi kredit sepatutnya
Jika kita mengambil atau menyalin idea/kerja orang lain, elok kiranya kita memberi kredit kepada karya/gambar asal dari mana ia di ambil. Ia adalah cara yang baik untuk membina kredibiliti. Kalaupun tidak memberi pautan kepada idea/gambar asal cukup sekadar anda meletakkan sumbernya. Biasa yang kita lihat, blogger meletakkan sumber gambar dari google, tetapi adakah ia benar?


Dalam membina kredibiliti, bukanlah suatu perkara yang mudah, tapi pastinya ia ada penyelesaian, dan panduan ini boleh di ambil kira dalam mengubah tabiat berblogging anda.


Terima Kasih ~ Datang Lagi

Penstrukturan Minda

/ May 28, 2011 /
Apa khabar anda hari ini? Sudahkah anda tersenyum, atau masih di selubungi dengan keresahan lampau? Apa yang aku harapkan, agar anda ceria dengan apa sahaja yang anda lakukan.

Seperti hari - hari biasa, aku meluangkan masa untuk membaca, menyingkap dan cuba menyelami perkara lain yang kawan - kawan kita (blogger) lalui. Ada yang memberikan pendapat mereka, memberi panduan dan tidak kurang juga membantu kita mengenali mereka.

Antara blog entri dan ulasan yang menarik perhatian aku minggu ini adalah kisah menjaga tepi kain orang yang dinukilkan oleh Pn. Diana, dalam entrinya Ambil Tahu Untuk Apa? Secara kebetulan beberapa hari yang lalu aku telah memperdebatkan hal ini dengan rakan sekerja aku.

Kalau di perihalkan, jelas sikap menjaga tepi kain orang ini adalah suatu perkara yang tidak perlu di lakukan, tambah pula jika ia di gunakan untuk memperlekeh, mempersenda atau apa sahaja yang menjengkelkan di mata orang lain.


photo manipulation

Tetapi, bagi aku ia bukanlah mentah - mentah di katakan sebagai sikap keji kerana menjaga tepi kain orang ini ada juga faedah dan manfaatnya. Dari sudut pandang positif, ia adalah lebih kepada tanggungjawab sosial, yakni tanggungjawab kita kepada ahli keluarga, tanggungjawab kepada jiran, kepada rakan dan juga kepada komuniti.

Kalau kita tidak mengendahkan orang lain, ibarat seperti katak bawah tempurung, tidak tahu hal sebenar. Si A telah meninggal dunia, Si B telah melangsungkan perkahwinan, Si C telah di naikkan pangkat. Tidak mustahil orang lain tidak akan mengendahkan kita kelak, andai sakit-demam dan sebagainya.

Jadi, aku merasakan penstrukturan minda perlu supaya ia sesuai dengan keadaan - keadaan tertentu. Manusia istimewa kerana diberikan anugerah akal, yang mana kita boleh berfikir tentang baik buruknya sesuatu perkara. Anda bagaimana? Suka menjaga tepi kain orang? Atau menjaga dalam kain orang? miahaahaa...

Pembangunan Sahsiah

/ May 25, 2011 /
Selamat Datang Ke padinno.com


Sifat peribadi dalam konteks mengenal diri amat kompleks. Ingin mencapai prestasi terbaik merupakan suatu perkara yang perlu di bangunkan dalam diri sendiri, dan bukan dari desakan pihak lain. Kesedaran perlu datang dengan sendiri, dan jika perlu di bantu ia adalah pada tahap minima.


Kepentingan pembangunan sahsiah diri bukan sahaja baik untuk peribadi diri, malah juga persepsi masyarakat sekeliling. Softskill ini boleh di bina, di bangunkan dan ia merupakan kelebihan dalam apa jua tujuan.


Sebagai contoh terdekat, calon temuduga selain mempunyai kemahiran dalam bidang kerja yang di pohon, mereka juga perlu ada softskill dan sikap yang terpuji. Elemen pengurusan masa, disiplin, komunikasi, berdikari dan keyakinan diri turut diambilkira.


Kebanyakan dari kita masih belum sedar apakah kepentingan sebenar elemen - elemen ini dan bila ia akan digunakan. Mengambil mudah dan memandang enteng tentang hal - hal sebegini boleh mengundang permasalahan kelak.


Justeru, pembangunan sikap dan sahsiah ini perlu di bentuk sejak dari awal supaya ia sebati dengan diri kita. Individu yang sedar akan hal ini, akan cuba memperbaiki sedaya upaya supaya menjadikan diri mempunyai kelebihan berbanding yang lain.

kenal diri
Sumber : funzu.com

Jika dilihat, dalam program pembelajaran semua aspek dan elemen ini telah diserapkan, samada kita sedar atau tidak. Disiplin dalam menjaga masa, pengurusan diri serta berkomunikasi dengan baik merupakan elemen terpenting dalam pembangunan diri.


Minggu lepas, aku baru sahaja menamatkan bengkel pembangunan sahsiah untuk pelajar IKM/KKTM di Kulim, Kedah. Elemen - elemen yang penting telah diserapkan dalam silibus pembelajaran dan perkara tersebut akan dinilai bagi menentukan prestasi semasa pelajar.


Apa yang di harapkan melalui bengkel tersebut, pelajar yang telah tamat pengajian akan menggunakan kemahiran yang ada tidak kira dari segi kemahiran teknikal atau kemahiran kemanusiaan dalam menjalankan tugas atau kerja kelak.


Pengalaman akan mengajar kita untuk memperbaiki diri kita yang dahulu. Akhir kata, bangunkan sahsiah diri, agar kita berada setapak di hadapan berbanding orang lain. Komen anda?

Terima Kasih ~ Datang Lagi

Senyum

/ May 23, 2011 /
Selamat Datang Ke padinno.com


Apa yang menceriakan anda hari ini? Menerima ciuman pertama pasangan anda di waktu pagi? Atau menerima khidmat pesanan ringkas dari si dia? Atau gaji anda telah diterima untuk bulan ini? Walau apa pun perihal yang menceriakan anda, dengan harapan ia membuat anda tersenyum.


Ramai orang telah memperkatakan kehebatan senyuman ini. Faedah dan kelebihan tersenyum memang memberi manfaat kepada diri untuk lebih positif, malah juga menceriakan orang sekeliling.


Pun begitu, perlakuan ini sebenarnya boleh mengundang pelbagai persepsi. Ada yang senyum sendiri mengenangkan peristiwa lalu, ada juga yang senyum untuk memotivasikan diri dan tidak kurang juga ada yang melontarkan senyuman untuk tujuan memikat :D


Antara kelebihan senyum adalah mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi, lantas menjadikan seseorang itu berasa lebih selesa dengan diri sendiri. Senyum boleh mengundang ketawa, dan seterusnya mampu meredakan ketegangan dan kerunsingan. Mungkin juga, senyum mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau memulakan sebuah ikatan.

senyuman elsa pataky
Aku, tak pandai senyum. Hehee.. Diana paling pandai senyum barangkali :D Kalau anda memiliki lesung pipit, rajin - rajinlah senyum ya! Itu kelebihan untuk anda bertambah manis dalam senyuman.


Senyuman yang menarik adalah senyuman yang lahir dari hati. Faktanya,kita hanya menggunakan 17 otot muka untuk senyum berbanding 43 otot ketika mengerutkan dahi. Maka, anda senyumlah.. :D

Terima Kasih ~ Datang Lagi

Jauhi Sifat Dengki

/ May 20, 2011 /
Dalam kita mengharungi hidup hari demi hari, pelbagai ragam dan sikap manusia dapat kita kenalpasti, samada jauh atau hampir dengan diri malah mungkin ada dalam diri kita. Bercerita mengenai kepelbagaian, memang tidak boleh lari dari aspek kehidupan sendiri, seperti hidup mewah, tamak, berjaya, tersisih dan lain - lain.

Perbezaan kehidupan manusia ini sebenarnya boleh menimbulkan sifat iri hati dan hasad dengki pada manusia. Hasad dengki merupakan penyakit hati yang merbahaya, melahirkan rasa sakit hati dalam dirinya apabila melihat orang lain mendapat kesenangan atau kemuliaan, sebaliknya berharap agar kesenangan atau kemuliaan itu hilang daripada orang lain.

Hasad dengki tidak mengenal pertalian keluarga, tidak mengenal sahabat dan rakan kerja. Keluarga yang rapat menjadi renggang, sahabat yang akrab menjadi musuh, rakan sekerja menjadi tidak sehaluan, semua ini adalah perasaan hasad dengki.

Sifat ini akan membawa kebinasaan sekiranya ia dibiar bersarang dalam hati manusia. Hasad dengki akan memacu sifat mazmumah yang lain seperti sifat meninggi diri (sombong), membangga diri, merasa tidak puas hati yang akibatnya akan menimbulkan permusuhan dan persengketaan.

Agama Islam sendiri melarang keras umatnya bersifat dengki kerana sifat dengki itu boleh memakan dirinya sendiri serta mendatangkan kesan yang buruk. Kebiasaannya orang yang bersifat dengki jiwanya tidak akan tenteram, apatah lagi apabila melihat orang yang didengkinya itu semakin bertambah-tambah senang.

Jadi kalau ada di antara kita mempunyai sifat ini, maka segeralah mengubatinya. Bersyukur dengan apa yang ada, dan tidak membanding - bandingkan diri dengan orang lain dah cukup rasanya untuk kita mengelak sifat dengki.

kemunculan pelangi
Warna yang sentiasa iri hati dan meninggi diri akhirnya bersatu dan menjadi pelangi yang indah

Saya sendiri dalam proses mengenal diri, dan merasakan sifat ini memang tidak perlu kalau kita ingin berjaya. Iri hati melihat kesenangan orang lain, sedangkan apa yang perlu adalah mendoakan semoga kesenangannya berpanjangan.

Jadi saya rasa setakat ini sahaja tazkirah pagi Jumaat ni, mudah - mudahan kita semua mendapat berkat darinya. Okey, pelajar - pelajar sekalian, kamu semua boleh bersurai dan masuk kelas masing - masing....

....Tazkirah ringkas daripada En Fadzil Noor semasa perbarisan pagi sebelum pelajar memulakan pelajaran...

Teristimewa

/ May 16, 2011 /
Selamat Datang Ke padinno.com


Ilmu adalah suatu perkara yang perlu kita miliki. Kepentingan memiliki ilmu pengetahuan bukan sahaja memberi faedah kepada diri sendiri, bahkan memberi manfaat kepada orang lain seperti komuniti, masyarakat dan negara.




Pelbagai sumber untuk mendapatkan ilmu. Adakala dalam bentuk formal, dan tidak kurang juga dalam bentuk bukan formal. Umumnya, formal di mana kita mendapatkan ilmu melalui kelas, kursus, seminar dan seumpamanya. Manakala bukan formal melalui pengalaman sendiri, pengalaman orang lain, melalui penceritaan teladan dan sebagainya.


Sempena Sambutan Hari Guru ke-40 pada 16 Mei 2011, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua Guru yang pernah mengajar aku, SK Bota Kanan (93-95), SK Seri Iskandar (96-98), SMKA Sultan Azlan Shah (99-03), KM Pulau Pinang (04-05) dan UTM Skudai (05-09).


kenangan di lempang waktu sekolah
Kenangan Di Lempang

Tidak lupa kepada individu yang pernah mengajar aku, tidak kira formal dan bukan formal, aku mengucapkan Selamat Hari Guru juga di hari istimewa ini untuk untuk anda.


Aku tidak pasti samada hadith, perbualan atau penceritaan, tetapi aku pernah terdengar kata - kata "Jika orang itu mengajarkan kamu walau satu huruf, wajib untuk kamu menghormatinya kerana dia adalah gurumu dan lebih berilmu daripada kamu".


Kalau di lihat, kemerosotan akhlak remaja masakini amat membimbangkan, terutama remaja di bangku sekolah dan ada di kalangan mereka yang tidak hormatkan guru mereka sendiri. Perkara ini amat menyedihkan.


Aku amat berterima kasih kepada semua Guru kerana usaha mereka sedikit sebanyak memberi panduan kepada aku untuk menjadi manusia yang berguna, baik untuk diri sendiri, komuniti, masyarakat dan negara, Amiin.

Terima Kasih ~ Datang Lagi

Kemunculan Pelangi

/ May 14, 2011 /
Akhir bulan lalu, sempat juga aku kongsikan tentang kisah pelangi, yang hadir selepas hujan memberi kita kemanisan. Tapi kali ini, suka untuk aku aku kongsikan kemunculan pelangi yang kita anggap indah itu.

Kisah ini telah di ceritakan semula kepada aku semasa di Tingkatan 3, kelas Pendidikan Seni. En Halim Basri menceritakan kisah tersebut sebelum meminta kami menghasilkan pelangi.

Awalnya, warna - warna ini sering sahaja bertengkar kerana merasakan masing - masing mempunyai kelebihan sendiri untuk di minati dan di sukai.

  • Hijau - "Aku adalah warna kehidupan, warna harapan. Aku di pilih untuk mewarnai rerumputan, pohon dan dedaun. Lihatlah kehijauan bumi ini"
  • Biru - "Adakah kamu tidak melihat langit dan samudera yang terbentang luas? Air nadi kehidupan, manakala langit menjanjikan kedamaian"
  • Kuning - "Aku membawa kepada kehangatan dan kebahagiaan. Ku hiaskan bintang dengan warnaku agar kalian dapat tersenyum gembira"
  • Jingga - "Aku warna kesihatan dan keindahan. Terbit dan tenggelamnya matahari merupakan keindahan yang tidak boleh kamu fikirkan"
  • Merah - "Aku warna pemimpin. Aku adalah darah kehidupan. Aku juga adalah warna hasrat dan keinginan cinta"
  • Ungu - "Aku adalah warna kekuasaan dan ulung. Pemimpin memilih ungu tanda kebijaksanaan"
  • Indigo - "Walaupun aku warna diam, tapi tanpa aku, kalian semua tiada bermakna. Aku menyempurnakan kalian"
Masing - masing mempertahankan kehebatan diri. Perdebatan di teruskan, sehinggalah suatu masa sinar halilintar mencelah mereka. Guruh berantakan. Hujan turun tanpa belas kasihan. Semua warna berasa gusar dan duduk berhampiran keran ketakutan.

kemunculan pelangi
sumber : mystery.bf-1.com

Seraya, Hujan berkata, "Kalian sering bertengkar dan ingin mendominasi yang lain. Tetapi tidakkah kamu sedar, setiap dari kamu itu punya kelebihan dan jika di saksamakan, ia akan menjadi kekuatan terulung? Ayuh, pimpin tangan rakanmu mendekati aku"

"Mulai sekarang, setiap kali Hujan tiba, masing - masing antara kamu berpegang tangan melintangi langit sebagai tanda peringatan kamu dapat hidup bersama dalam kedamaian." Kemunculan pelangi adalah tanda harapan.

Jadi, dalam hidup kita ini, setiap kali hujan turun dan saat pelangi memunculkan diri, ingatlah bahawa kita hidup perlu untuk menghargai orang lain dan eratkan genggaman silaturrahim kerana kita semua ada keunikan dan kelebihan berbeza. Mudah - mudahan kita dapat membentuk masa depan yang sempurna.

Tell Me Why, Why, Why!

/ May 12, 2011 /
Selamat Datang Ke padinno.com


Entah mengapa dan di mana silapnya, namun aku masih belum bangkit lagi. Puas aku cuba, puas aku pujuk tetapi entah kenapa suasana hati (mood la tu) ini masih belum pulih.


Mencuba pelbagai cara, pelbagai motivasi tapi ia masih samar. Tidak secara keseluruhan hidup aku begitu terganggu, tetapi bilamana ada yang menegur perubahan aku, sedikit sebanyak memaksa aku untuk mengaku yang aku dalam masalah sekarang.


Ciktom, rakan blogger aku yang paling rapat, menyatakan blog entri aku sejak akhir ini seakan 'hilang aura' dan bukan seperti apa yang pernah aku tulis sebelumnya. Tiada isi. Tiada cerita dan tiada nilai.


Seorang lagi kenalan mengatakan, 'jika earning dari pengiklanan itu pun belum cukup untuk menjadi motivasi, aku taktahu macamana nak kembalikan mood kamu'..Aku bingung. Entah kenapa keghairahan itu seakan berakhir.


Friends, could you mind telling me, why?

Terima Kasih ~ Datang Lagi

Motivasi Diri

/ May 10, 2011 /
Seringkali, kita di ajarkan, bilamana saat sebelum memejamkan mata, di anjurkan kepada kita untuk melakukan beberapa perkara. Antaranya membaca ayat - ayat suci, membaca doa tidur dan mungkin proses muhasabah diri.

Biar tak lama, mungkin beberapa ketika cuma, kita hendaklah merenung kembali apa yang telah kita lakukan sehari ini. Adakah ia baik dari sebelumnya, atau sebaliknya. Proses ini adalah untuk mengenal diri kita sendiri, di samping boleh mengelakkan kita hanyut.

Rahsia Sedekah


Dalam masa singkat itu juga, kita boleh memikirkan apa pula yang bakal terjadi esok. Apa motivasi untuk kita meneruskan hari esok? Diri kita sebenarnya sentiasa memerlukan motivasi. Motivasi supaya mendorong kita menjadi lebih aktif, bertenaga, berkeyakinan dalam menyelesaikan tugasan harian, contohnya.

Aku sendiri percaya motivasi ini sangat penting sebagai pendorong semangat dalam melakukan apa jua perkara, samada tindakan, pemikiran dan langkah mengatasi bagi sesuatu permasalahan yang timbul.

idolaku sebatang pokok
Sumber : blog.mohdisa.com

Sambil berkelana mencari bahan bacaan, aku berhenti pada suatu kata. Jadikan pokok sebagai idolamu. Menarik, dan bila aku habiskan bacaan, ia sememangnya memberi impak yang baik untuk menjadi motivasi kepada kehidupan.


Motivasi terbaik untuk aku minggu ini adalah, aku LULUS dengan jaya dalam Peperiksaan Jabatan Perkhidmatan Awam PLV J41. Syukur berjaya dengan cubaan pertama. :D Makin hampir dengan proses pengesahan jawatan.

Sedikit persoalan, apa perlunya motivasi dalam hidup anda?

Selamat Hari Ibu, Mak

/ May 8, 2011 /
Selamat Datang Ke padinno.com


Di kesempatan ini, ingin aku merakamkan ucapan Selamat Hari Ibu buat mak. Dan juga kepada ibu - ibu di seluruh dunia juga, aku mengucapkan selamat Hari Ibu..


selamat hari ibu
Gambar : 1993

Walau apa pun sebutan atau panggilan, ia orang yang sama, yang membawa kita lahir ke dunia ini. :D
Terima Kasih ~ Datang Lagi

52 Hari Mencari Cinta

/ /
Selamat Datang Ke padinno.com


Gemersik irama lagu dendangan Allahyarham P Ramlee, susunan atur kata yang indah menghanyutkan aku malam ini. Baris kata yang di garap rapi, alunan suara merdu semakin menenggelamkan fikiran aku, membawa masuk ke dalam cereka 52 Hari Mencari Cinta.


Segalanya bermula dengan pandang pertama. Sungguhpun begitu,aku hanya memulakan langkah setelah hampir 4 bulan dia berada di situ. Permulaan dengan gurau canda di gerai pisang goreng, ia seakan membuka laluan untuk hari berikutnya.


Pertemuan demi pertemuan di atur. Mencari peluang untuk meluah rasa. Mencari peluang untuk hubungan pemula. Hari terus beredar. Nyala rasa semakin membara. Pertemuan singkat yang di rencana memberi ruang untuk aku berbual bicara.


Malangnya langit itu tidak sentiasa cerah. Perhubungan yang aku harapkan kukuh terbina sebenarnya hanya mampu berdiri 52 hari sahaja. Satu persatu masalah muncul. Menghancur-musnahkan harapan aku yang bertatih berdiri. Hubungan itu cuma sementara.


Walau apa jua alasan, dan apa jua tindakan, aku tetap perlu menerimanya. Biarpun itu bukan pengakhir yang aku angankan, tetapi ia keputusan yang perlu aku telan. Kata orang, kalau mahu apa saja di turutkan tetapi jika tidak, perkara seronok pun boleh jadi menjengkelkan.


Apa pun, kenangan dalam 52 Hari Mencari Cinta ini akan menjadi cereka yang sangat indah untuk aku simpan. Sekurang - kurangnya menjadikan aku lebih berhati - hati untuk hari kemudian.


toyota corolla ke 30
Sumber Gambar : tuningfever.fr

Itulah cereka aku dalam usaha mencari kereta pertama dalam hidup aku. Tak sangka banyak pula masalah yang muncul, T_T Kah3 alah takkan korang tak pernah buat karangan autobiografi. Alah, macam "Aku Sebatang Pen", "Aku Seekor Lalat".. eh, apa nak cerita tentang seekor lalat ek? :D


Note : Agak - agak title ni boleh buat tajuk filem tak? Ngeh3~

Terima Kasih ~ Datang Lagi

Sementara Cuma

/ May 7, 2011 /
Selamat Datang Ke padinno.com


Kehidupan berjalan seperti biasa. Ayam masih berkokok di waktu pagi mengejutkan si ibu barangkali, aneka kereta bersimpang siur di jaringan bebatuan, lestari manusia mencari rezeki, sesuap nasi untuk meneruskan kehidupan andai ada hari esok untuknya.


Bumi tidak pernah sekali gagal menuruti paksinya. Hari bersilih, musim berganti. Anak kecil membesar menjadi remaja, remaja semakin matang menuju dewasa. Namun, semua ini sementara cuma, itu janjiNya.


Sekiranya kita mengambil beberapa perkara yang lebih jelas untuk di bincangkan, aku lebih senang untuk berbicara hal hati dan perasaan. Ya. Ia suatu perkara unik yang perlu kita syukuri. Dengan hati yang satu, ia boleh menjadi pelbagai keadaan.


gambar katak

Perasaan kasih sayang, rindu, dendam, cemburu, marah dan lain lain lagi merupakan suatu rasa unik yang kita boleh rasa. Ia hadir sementara cuma. Ada orang, dalam masa singkat sahaja boleh mendapatkan rasa kasih dan sayang, ada orang yang memerlukan masa yang lama. Tapi, awas! Ia boleh berlaku sebaliknya dalam sekelip mata.


Tidak dapat tidak, kita tidak boleh menghalangnya dari berlaku. Ia hanya melibatkan tentang cepat atau lambat sahaja. Sebagai Umat Islam, kita wajib percaya Qiamat itu benar, cuma entah bila ia akan berlaku. Dunia ini sementara sahaja. Siang akan bertukar malam. Pagi akan beredar ke petang.


Begitu halnya dengan perasaan manusia. Kalau semalam kita bersukaria, boleh jadi hari ini hari yang mendukacitakan. Jikalau semalam hari yang terindah, boleh jadi hari ini hari yang menyeksakan. Ya! Anda setuju ia sementara cuma?


Terima Kasih ~ Datang Lagi

Temuduga : Penampilan

/ May 3, 2011 /

Pernah seorang kenalan, datang menyapa aku dan bertanyakan tentang perihal semasa di temuduga. Umumnya, hal - hal seperti persediaan sebelum, perkara yang perlu di bawa semasa temuduga dan tak lupa juga penampilan semasa di temuduga.

Secara ringkas, proses temuduga amat penting untuk kita memberi gambaran awal tentang keupayaan, atitud, potensi dan juga dedikasi kita sekiranya diterima bekerja kelak. Jadi, beberapa perkara utama perlu kita ambil perhatian supaya kita boleh menang dalam peringkat pertama.

Persediaan amat penting. Pengetahuan bidang kerja yang di pohon, bersesesuaian dengan bidang yang di pelajari dan kesediaan mempelajari perkara baru merupakan suatu langkah awal .



Pun begitu, kita masih tidak boleh mengetepikan hal penampilan semasa menghadiri temuduga. Etika pemakaian yang betul dan bersesuaian setidak - tidaknya menampakkan kita profesional dalam tindakan kita. Berikut merupakan cadangan aku mengenai tatacara pemakaian ketika menghadiri temuduga.

Memakai kemeja berlengan panjang, dan pastikan ia berbutang sempurna sehingga ke lengan. Jika tiada, kenakan cufflink, supaya penampilan kita sentiasa kemas dan rapi. Persalinan sebegini menampakkan anda lebih profesional dan elegan.


cufflink
Sumber Gambar : lunadeapril.xanga.com

Pemilihan warna yang tepat juga boleh membantu. Gunakan warna yang lembut seperti biru, kuning dan jika mahu selamat, gunakan sahaja warna putih. Elakkan memilih warna terang seperti merah, oren dan juga baju bercorak belang atau berkotak - sukar untuk mencari padanan tali leher.

Dan jika semuanya sudah OK, jangan biarkan baju anda berkedut. Gosok jangan tak gosok! Keh3.. Aa, seperkara lagi yang boleh menjadi perhatian, penampilan wajah. Bersihkan muka, sisir rambut dengan rapi, gunakan minyak rambut dan kemaskan misai dan janggut - jika ada. Tampilkan senyuman yang manis, untuk mengelakkan perasaan gementar.

Aku rasa setakat ini sahaja, mungkin ada lagi tambahan yang boleh di lakukan supaya kita lebih yakin semasa menghadiri temuduga. Kalau perempuan, aku rasa lebih kurang sama je, dan yang penting, elakkan dari memakai perhiasan dan tidak terlalu menjolok mata. :D

Archives

 
Lifestyle BlogsReal Time Web Analytics
Copyright © 2009-2017 padinrose - Tips, Hobi dan Motivasi, All rights reserved | Disclaimer | Sitemap