padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

Kehangatan Formula One

/ March 30, 2011 /

Selamat Datang Ke padinno.com


Kehangatan Grand Prix Formula One bagi musim 2011 baru sahaja bermula. Biarpun mengalami beberapa krisis, sukan ini tetap berjalan seperti biasa, dan masih menyajikan siri perlumbaan yang dramatik dan menghiburkan.


Siri pertama musim ini telah berlangsung di Melbourne, Australia dan siri kedua, Litar Antarabangsa Sepang pula akan mengambil giliran. Bagi sesiapa yang berminat untuk turut merasai kehangatan sebenar di litar lumba, bolehlah menempah tiket, serta merancang perjalanan sebaiknya.


Secara jujurnya, aku memang minat dengan pelbagai acara sukan, tidak kira menonton di televisyen, internet, akhbar dan juga majalah. Sama juga dengan sukan permotoran ni. Aku lebih suka menonton secara langsung, berbanding melihat siaran ulangan ataupun sekadar menunggu keputusan.


Sewaktu di bangku sekolah, aku bercita - cita untuk menjadi salah seorang tenaga kerja dalam kem Formula One. Entah apa yang seronoknya, tapi aku sangat teruja, tambahan pula masa tu beberapa anak muda Malaysia terbabit secara langsung dalam krew pasukan Sauber Petronas.


Setiap perkembangan Formula One, termasuk pelumba, peraturan, pasukan bertanding, dan juga litar perlumbaan berada dalam buku nota aku. Tahun 2002 merupakan tahun gemilang pasukan Scuderia Ferrari , aku kira, berdasarkan kejayaan Michael Schumacher memonopoli hampir kesemua perlumbaan dalam musim tersebut.


gtb 599 fiorano

Pertukaran perundangan, di lihat mengurangkan jurang penguasaan jentera berkuasa tinggi dengan jentera pertengahan, dan beberapa tahun selepas itu, Renault telah mendapat kuasa, di terajui oleh Fernando Alonso dan Giancarlo Fisichella sebelum munculnya juara baru, Lewis Hamilton dengan jentera McLaren Mercedes.


Masa itu, memang setiap inci perkembaangan Formula One aku ikuti. Tapi, berbeza dengan hari ini, aku kurang berminat untuk mengetahui secara mendalam. Entah apa sebabnya, mungkin Scuderia Ferrari dah tak mengancam agaknya? Hehee, oh ya.. Terlupa. Aku merupakan die-hard fan pasukan Ferrari, hehee


ferrari f50

Minggu lalu, aku lihat jentera Ferrari seakan - akan tidak dapat memberi saingan kepada jentera McLaren. Felipe Massa terlalu mudah di pintas Jenson Button, dan sukar untuk memberi tekanan selanjutnya. Michael Schumacher juga turut mengecewakan. Adakah Schumacher untuk Ferrari???


Huhuu.. Ini hanya ulasan peribadi sahaja. Bila aku tengok semula Die-Cast Model koleksi aku tu, teringin nak menambah koleksi. Tapi kali ni bukan skala 1:60, tapi 1:18, hahaa.. Dah kerja ni, ada modal lebih sikit, apa salahnya beli model yang lebih menarik. Lagipun ini memang hobi aku sejak umur 7 tahun :D

Nak pinjam??

Terima Kasih ~ Datang Lagi

Berterus Terang

/ March 27, 2011 /

Berterus terang, dalam kata lain, ia berkaitan dengan kejujuran dan kebenaran samada terhadap diri sendiri, orang lain dan mungkin juga persekitaran tentang suatu perlakuan. Berterus terang ini lebih merupakan suatu tanggungjawab ke atas perkara yang kita rahsiakan, samada ia baik atau sebaliknya.

Pelbagai perkara dan keadaan yang kita sendiri rahsiakan, tidak kira apa jua alasan. Ada sebab - sebab tertentu untuk kita merahsiakan beberapa perkara, tetapi sebenarnya ia adalah tanggungjawab kita untuk meleraikannya, samada serta merta atau perlu mengambil masa.

Sebagai manusia, memang banyak perkara yang perlu di beri perhatian, dan sesetengah perkara terpaksa di diamkan, dan individu tersebut pasti mempunyai alasan tertentu kenapa mereka merahsiakannya. Adakah rahsia itu akan menjadi titik hitam dalam kariernya? Adakah rahsia itu memberi kesan kepada kehidupannya?

Persoalan dalam blog entri kali ini menyingkap sikap berterus terang dan mendiamkan diri. Yang mana sepatutnya perlu kita hindari? Adakah sikap berterus terang terlalu bahaya, atau bersikap mendiamkan diri? Apakah keadaan ini akan memberikan kesan yang buruk?


sabar
Aku melihat, perkara ini bukan suatu ketetapan. Dengan kata lain, ada masanya kita perlu berterus terang, dan ada masanya kita perlu merahsiakan sesuatu. Hal ini kerana, ada perkara yang baik untuk kita berterus terang, dan begitu juga sebaliknya.

Semasa di bangku sekolah, ada sahaja alasan yang di berikan sekiranya pelajar tidak menyiapkan tugasan yang di beri. Buku hilang, buku tertinggal di sekolah dan berbagai - bagai alasan lagi. Ada yang berterus terang dan menjawab "Saya malas nak buat Cikgu"??.. Aku rasa zaman itu, nak angkat muka pun tak berani. Zaman sekarang? Hmm.. Cikgu di layan seperti kawan - kawan.

Banyak sebenarnya kes berterus terang ni kalau nak di ceritakan satu persatu, mungkin panjang berjela entri ni. Tapi seeloknya, kalau nak merahsiakan sesuatu perkara, biar sampai orang lain tak boleh korek dah, jangan pula sampai di kesan orang lain. Masa tu, tak berguna lagi nak berterus terang.

Aku bagi contoh yang mudah. Katakan si lelaki sebagai A, dan perempuan B. A mengajak B keluar - (ke mana - mana la), dan B menolak, mengatakan sakit kepala, pening, penat dan ingin menumpukan perhatian pada pelajaran. Alih - alih B dapat di kesan dan berada di pusat membeli belah.. Haitt?? Kenapa tak berterus terang sahaja? Hahaa..

Berdasarkan 2 kes di atas, sebenarnya individu ini telah melakukan 2 kesalahan etika, di mana tidak berlaku jujur dan juga menipu. Hehee, dah macam ajen penyiasatan pulak. Err bukan apa, kalau pun kita sukar untuk menjadi insan terbaik, tapi sekurang - kurangnya kita meminimakan jurang tersebut.

Bagi pembaca, apa perkara yang anda rahsiakan dalam sehari dua ini? Adakah ia keterlaluan untuk di kongsikan? Hahahaa, berterus teranglah...

Tuah Ayam Nampak Di kaki

/ March 23, 2011 /
Selamat Datang Ke padinno.com


Ya, tuah ayam nampak di kaki, tuah aku? Nampak di kasut bola Nike Mercurial Victory hehee.. Masih ingat blog entri aku yang lepas, mengenai hasrat aku ingin membeli kasut bola baru. Ternyata, tuah aku lebih bernasib baik dengan kasut baru.


Pada awalnya memang aku menggunakan Nike Mercurial Velocci, tapi setelah beberapa perlawanan, aku masih buntu untuk menjaringkan gol. Jadi, aku mengambil keputusan untuk membeli kasut baru, dan ternyata Nike Mercurial Victory memang memberi tuah kepada aku.


Sejak menggunakannya, aku sudah kembali menemui sentuhan, dan aku selesa memakainya, haha memang takde kena mengena dengan tuah kasut, tapi sebagai menyedapkan hati je ekekee.. Dalam beberapa siri perlawanan persahabatan, termasuk Sukan Staff IKM/KKTM yang baru sahaja berlangsung, menampakkan sedikit perubahan.


Aku kongsikan beberapa gambar ketika di KKTM Masjid Tanah, Melaka. Layan..

panas badan
sesi panas badan di sebelah pagi...

masuk padang
Nak masuk padang pun boleh tengok kasut lagi..

gold medal
Inilah pingat emas kami!!


Oh ya, sebelum terlupa, aku juga memberikan sedikit sumbangan untuk pasukan DTM Gas, untuk jersi, dan menamakan blog aku sebagai penaja rasmi skuad tersebut. Tema kuning-hitam? Semestinya, identiti padinno.com! Hehee..

jersi padinno

Terima Kasih ~ Datang Lagi

Sukan IKM/KKTM : Bola Sepak Emas

/ March 21, 2011 /
Selamat Datang Ke padinno.com


Temasya Sukan warga kerja IKM/KKTM SeMalaysia 2011 kali ke - 7, yang berlangsung di KKTM Masjid Tanah melabuhkan tirainya pada 21/03/11 dengan keputusan yang penuh warna warni. Juara keseluruhan aku tak pasti kontijen mana, mungkin IKM Beseri ataupun IKM TSYA, tapi yang pasti IKM Johor Bahru membawa pulang 2 pingat emas, dalam 10 acara yang di pertandingkan.


50 warga kerja dari setiap IKM/KKTM membawa cabaran kontinjen masing - masing dalam 10 acara yang di pertandingkan iaitu bola sepak, bola tampar, bola jaring, sepak takraw, tenpin boling, karom, dart, ping - pong, badminton dan petanque.


Kemeriahan memang terasa sejak perasmian pembukaan, sehinggalah di saat akhir pertandingan. Semangat juang kesukanan yang tinggi menunjukkan warga kerja MARA juga boleh bersukan dan tidak tertumpu kepada kemahiran intelektual dan teknikal sahaja.


Pahit manis ketika pertandingan sememangnya akan menjadi kenangan. Aku yang menyertai kali pertama, memang merasakan pengalaman sebegini memang sukar di cari. Tambah manis apabila pasukan bolasepak IKM Johor Bahru berjaya membawa pulang pingat emas yang sekian lama di kuasai IKM TSYA.


johor bahru emas

Bermain di padang yang agak berbatu tidak menghalang semangat kami untuk terus berjuang, dan keperitan bermain di bawah sinaran matahari merupakan cabaran terbesar dalam setiap perlawanan. Mujur, pemain untuk skuad kami tidak mengalami sebarang kecederaan.


Keputusan pertandingan bola sepak, di peringkat kumpulan


IKMJB 1 - 0 KKTML
IKMJB 1 - 1 IKM KK
IKMJB 1 - 0 KKTM MT
IKMJB 2 - 1 IKM SP
IKMJB 3 - 0 IKM B

Separuh akhir, IKMJB menewaskan IKM Lumut 3-2 menerusi penentuan sepakan penalti setelah terikat tanpa jaringan. Pada perlawanan akhir, IKMJB menewaskan IKM TSYA 1 - 0. Dalam perlawanan tu, aku menjaringkan gol ketika menentang IKM KK pada peringkat kumpulan.


Badminton juga menyumbang emas buat kontinjen IKMJB. Skuad badminton juga memecahkan kebuntuan dalam usaha membawa pulang emas ke Johor Bahru. Skuad badminton menewaskan skuad IKM KK ( Kota Kinabalu) dengan 2 - 0. Dengan 2 emas yang di perolehi, semua atlet diberikan cuti SEHARI, horeyy!!


Hahahaaa... aku rasa setakat ni jelah laporan aku kali ini. Aku pun dah ngantuk nih, tak larat nak tulis panjang - panjang. Gambar semasa pertandingan, nanti - nanti aku update. Pihak media belum proses lagi, hehe apa pun kenangan mendapat emas di padang Melaka sangat mengujakan!


Note | Tahniah buat kontinjen IKM JB terutamanya bolasepak dan badminton.

Terima Kasih ~ Datang Lagi

Kepelbagaian Pilihan

/ March 17, 2011 /
Selamat Datang Ke padinno.com


Dalam kehidupan seharian, kita sering inginkan kepelbagaian pilihan, dan pastinya menerusi kepelbagaian itu, kita akan membuat pilihan terbaik. Cuba bayangkan kalau sebuah restoran mempunyai hanya 1 menu sahaja? Bagi aku, walau sesedap mana makanan tu, lama - lama akan berasa bosan juga makanan yang sama kan?


Sama sahaja konsepnya keadaan ini dalam blogosphere. Kepelbagaian bentuk penulisan, kepelbagaian topik yang di pilih, cara penyampaian, teknik pengembangan idea, semua itu merupakan kunci utama kita dalam berblog. Mari kita bincangkan hal yang berkaitan untuk mempelbagaikan blog kita.


penulisan padin
  1. Blog Entri Panjang vs Pendek - Kita tidak perlu terlalu rigid dalam membuat blog entri, dalam erti kata bilangan perenggan, bilangan baris dalam 1 perenggan dan lain - lain. Kadangkala idea yang ringkas sudah cukup untuk menerangkan mesej yang panjang

  2. Pelbagaikan Format - Ada yang menulis dengan kesenian, berterus terang dan kadangkala memerlukan penaakulan. Ini menjadikan ia lebih menarik dan menjadikan pembaca sering tertunggu apa pula selepas ini.
  3. Kembangkan Idea Penulisan - Bagi yang bermasalah untuk mengeluarkan topik baru untuk di ketengahkan, boleh juga mencuba untuk mengembangkan idea sedia ada. Seperti contoh topik kesihatan, boleh kembangkan tentang faedah, kesan, dan kaitan antara kesihatan dan bersukan.
  4. Pengulangan - Seperti apa yang di kata, repetition is the mother of all learning. Pengulangan dan pengembangan idea merupakan gabungan ideal dalam menghasilkan penulisan yang terbaik. Gunakan pendekatan dari sudut berbeza.
  5. Gunakan metafora & simile - Penggunaan metafora yang menarik dan mudah di fahami sebenarnya key point untuk kita menyampaikan mesej kepada pembaca dengan berkesan. Sebagai contoh, aku gunakan menu di restoran sebagai alang ganti kepada kandungan blog entri kita :D

Kata orang, dalam makanan, kena cukup rasa masin, manis, pedas dan lain - lain. Baru lah lengkap rasa makanan. Sama sahaja bila kita bandingkan dalam konsep berblog ni. Apa lagi perkara untuk mempelbagaikan blog kita?


Terima Kasih ~ Datang Lagi

Marah - Sayang atau Benci

/ March 15, 2011 /
Selamat Datang Ke padinno.com

Marah

Anda pernah kena marah atau marahkan sesiapa? Agak-agak mana yang lebih seronok, kita kena marah atau kita marahkan orang? Atau seronok tengok orang marah dan orang kena marah? Hehehe.


Menurut Kamus Dewan, marah bersinonim dengan murka, meradang, memberang, gusar, bengis, bengkeng, berangsang, memberangsang, menyerangsang, jengkel, menyebat, mendidih, menyirap, meredap, merengus, mengamuk, panas hati, sakit hati, terbakar naik geram, naik angin, naik darah, naik hantu, naik minyak, naik palak, naik panas, naik setum, naik seh, hangus hati, hangus dada, tersirap hati, merah telinga, menepuk dada, bermengkal hati, menyangkak hati, jaki, murih, sengiang, mengambek, merampang, mendongkol, palak, meranyuk.


Keledek merah pucuk meranti,
Masak lemak di tengah hari;
Sanak marah saudara benci,
Biarlah hamba membawa diri.


Tu dia, kena marah sedikit je langsung merajuk dan membawa diri. Tindakan paling mudah. Kenapa tidak mahu berfikir sekejap dan merenung sejenak mengapa orang marahkan kita. Mengapa kita kena marah. Lebih-lebih lagi kalau ibu bapa kita yang marah, semuanya tak lain tak bukan adalah kerana sayang. Mereka bukan marah benci tetapi marah sayang. Mereka tak mahu kita susah. Sebab apa? Sebabnya kalau kita susah, mereka juga yang susah. Mereka sayangkan kita!


padin marah

Tak akan ada ibu bapa yang marah benci pada anak-anak. Jangan sesekali salah tafsir pada suara dan riak wajah mereka. Takkanlah bila mereka marah [sayang] mereka nak senyum sampai ke telinga. Hahaha. Tak logik. Lagi pun kalau mereka marah tu, semestinya kerana teguran biasa mereka kita tak ambil endah. Kita tak ambil peduli. Kita dah buat telinga badak je bila mendengar teguran mereka. Pernah kan buat telinga badak?


memukat ikan di waktu petang,
menahan bubu tiada kedapatan;
Berkerat rotan berpatah arang,
Sakitnya hatiku tiada tertahan.


Marah benci hanya di kalangan sesama kita sahaja. Sesama remaja [orang dewasa juga ada yang begini] bukan antara ibu bapa dan anak-anak. Marah benci boleh membawa kepada tidak bertegur sapa, tidak kunjung mengunjung malah ada yang sanggup membinasakan. Kata peribahasa, marahkan nyamuk kelambu dibakar. Kesudahannya punah segala-gala apabila rumah juga turut terbakar!


Marah puncanya dari hati. Walau pun akibat marah lebih banyak kepada keburukan, ia juga boleh diubah ke arah kebaikan kalau kita mahu. Ya, semuanya terletak pada kita. Kalau kita mahu menjadikan rasa marah itu lebih berguna. Kalau marah ketika berdiri, cubalah duduk. Kalau marah ketika duduk, cubalah berbaring. Kalau marah lagi... dan lagi... cuba ambil wuduk. Insya Allah semuanya akan sejuk.


Akhir kata usahlah marah-marah. Kalau nak marah juga, tulis je dalam kotak komen kat bawah. Hehehe


Tentang Penulis | Tehr dalam usaha meningkatkan nilai dan pengajaran menerusi pantun - pantun yang menarik dan bermakna. Mari belajar menulis pantun.

Terima Kasih ~ Datang Lagi

Kalau Ada Yang Merindu

/ March 14, 2011 /
Selamat Datang Ke padinno.com


Kesinambungan daripada blog entri lepas, nostalgia masa lalu memang sukar di padam.. Berdasarkan komen yang aku terima, apa yang dapat aku simpulkan setiap kenangan itu sebenarnya sentiasa mekar walaupun keadaan telah banyak berubah.


Kenangan seumpama itu menggamit perasaan kerinduan. Rindu permainan masa lalu, rindu kawan - kawan lama, dan rindu suasana lama. Rindu buah hati lama? Ahah, mungkin boleh masuk dalam konteks nostalgia juga hahaa..


Dalam sehari dua ini, tiada apa yang aku buat sangat, selain bercuti dan berehat. Tinggal beberapa hari sahaja lagi aku akan pergi ke Melaka untuk menjayakan Temasya Sukan IKM/KKTM SeMalaysia untuk staff. Latihan kian giat di jalankan dan aku termasuk dalam program itu.


Sasaran untuk bolasepak semestinya yang tertinggi iaitu pingat emas, dan aku berharap aku dapat memberikan aksi terbaik kelak. Latihan yang amat memenatkan tapi aku seronok berada pada keadaan sebegini, dan memastikan aku sentiasa cergas dan dapat mengawal pemakanan juga. Latihan ini juga untuk diri sendiri sebenarnya :D


Mungkin juga, dalam tempoh ini aku tidak dapat berada di atas talian dan menjenguk blog rakan - rakan. Tambahan pula khidmat jalur lebar aku juga dah sampai limit, hohoo akibat dari asyik menonton dan memuat turun video - video menarik bolasepak, dan pastinya menonton kelab Pelita Jaya dan Safee Sali beraksi secara langsung menggunakan internet.


Jadi, kalau tengok pada tajuk kali ni, kalau ada yang merindu.... ehemm.. perasan je kan, hahaa kalau ada yang merindu tentang Perjalanan Ini, semak lah penulisan - penulisan yang lepas :D Mungkin ada perkongsian yang anda semua terlepas baca, dan tak pernah baca hehee


Oklah, aku rasa pendek sahaja kemaskini blog entri kali ini. Jangan kata entri ini sekadar melepaskan batuk di tangga, tetapi cukuplah aku menyatakan saat ini aku sangat rindu pada arwah kakak sulung aku yang masuk tahun kedua pemergiannya.


Apa yang anda rindu saat ini??

Terima Kasih ~ Datang Lagi

Nostalgia Masa Lalu

/ March 12, 2011 /
Selamat Datang Ke padinno.com


Orang kata, mengingatkan kembali masa dulu ada yang menyeronokkan, dan kadangkala langsung tidak mahu di ingat semula. Nostalgia seperti ini memang sukar dipadam sebenarnya, kecuali ada masalah hilang ingatan ataupun dah nyanyuk.


Aku juga berasa macam tu. Sesetengah perkara aku tak mahu ingat langsung, dan kebanyakkannya kenangan tu terlalu manis untuk di kenang. Dalam minggu ini, sambil aku menjelajah blog rakan - rakan, mata aku tertarik dengan suatu cerita biasa tapi punya makna yang luar biasa.




Siapa tidak pernah bermain belon air sabun? Aku tak pasti kalau ada yang tidak berpeluang untuk bermain permainan ini, tapi sememangnya ia permainan ringkas yang amat menghiburkan. Ya. Waktu kanak - kanak, semua perkara boleh dikatakan seronok dan menghiburkan.


Mandi hujan, berbasikal keliling kampung, berperang. Semua itu menyeronokkan. Itu belum di tambah dengan permainan tradisional konda - kondi, teng - teng, baling kasut dan pelbagai lagi bentuk permainan. Nak kembali ke permainan lama ni? Huh, mungkin mereka lebih mengenali Need For Speed Underground, Counter Strike ataupun Football Manager.


Apa pun, ia bukanlah sesuatu yang salah, malah ia sebenarnya menunjukkan perkembangan yang baik seiring dengan kemajuan yang kita capai masakini. Jangan pula nanti di katakan ketinggalan zaman, atau pun masih di takuk lama. Panas telinga juga mendengarnya kan.


nostalgia
Sumber Gambar : thepluginsite.com/gallery

Suatu perkara yang aku rasa memang dah takde masa sekarang, Siaran Langsung Keputusan Bola Sepak Liga Malaysia di radio. Aku tak pasti sebab aku pun dah lama tak buka radio waktu malam. Kalau dulu, setiap perlawanan liga, setelah berita jam 10 di Radio 1 Kuala Lumpur, juruhebah akan membuka ruangan khas untuk menyiarkan siaran langsung keputusan perlawanan.


Juruhebah akan membuat panggilan dan mendapatkan maklumat dari setiap venue pertandingan dan mengemaskini keputusan semasa sehingga wisel penamat. Masa tu memang mendebarkan. Selalunya, 8.45 malam aku akan buka Radio Shah Alam untuk mendengar siaran langsung, dan pukul 10 baru beralih ke Radio 1 Kuala Lumpur.


Heh, kalau nak di singkap memori lama, memang tak habis. Sekadar melonggarkan fikiran, tambah pula sekarang ni aku agak sibuk dengan kerja hakiki, dan asyik penat setelah melakukan latihan, apa salahnya bersantai dengan nostalgia masa lalu :D Apa nostalgia anda?

Terima Kasih ~ Datang Lagi

Fokus Dalam Komunikasi

/ March 10, 2011 /
Selamat Datang Ke padinno.com


Gangguan dalam komunikasi sering berlaku dalam kehidupan seharian kita. Gangguan ini sebenarnya halangan terbesar dalam kita menyampai dan memproses maklumat. Kegagalan dalam sistem komunikasi ini menyebabkan banyak perkara akan tergendala dan kadangkala merumitkan.


Jika kita lihat, senario ini berlaku di mana sahaja dan boleh berlaku dalam apa jua cara. Salah faham ketika bermain bola sepak, ketika menyampaikan arahan kepada pekerja dan perbualan menerusi telefon adalah contoh terbaik bagi menerangkan hal di atas.


Salah satu punca kegagalan komunikasi ini ialah tidak fokus atau hilang tumpuan. Sebagai contoh, ketika perbualan menerusi telefon, jika tidak fokus dan asyik membuat kerja lain, perbualan akan menjadi hambar dan tidak berkesan. Juga, ketika bermain di padang, kegagalan untuk fokus dengan isyarat rakan sepasukan akan merugikan peluang.


Antara kepentingan tumpuan dalam komunikasi ini ialah dapat mengurangkan risiko kegagalan, dan dapat mengelakkan keadaan menjadi bertambah rumit. Sekiranya pekerja tidak fokus dan hilang tumpuan semasa menerima arahan, kemungkinan besar kerja tidak dapat di lakukan dengan sempurna dan boleh jadi mengundang kecelakaan.


Selain itu, fokus juga boleh mewujudkan komunikasi berkesan. Seperti yang di nyatakan dalam blog entri lalu, komunikasi berkesan dalam organisasi dapat melahirkan suasana kerja yang harmoni dan berkualiti. Keadaan sebegini memberi kesan positif baik kepada produktiviti dan juga individu.

komunikasi berkesan

Justeru, dalam apa jua bentuk komunikasi, kita perlu fokus dan memberi sepenuh tumpuan supaya kita tidak akan melakukan kesilapan. Baik di pejabat, sekolah, padang mahupun di ruangan sosial - internet, telefon kita perlu mengamalkan konsep komunikasi berkesan.


Aku juga kadang - kadang berasa geram kalau pelajar tidak melakukan apa yang di suruh, seolah - olah tiada arahan yang di keluarkan sebelumnya. Adakah tidak faham, atau sengaja tidak mahu mengendahkannya. Sebagai contoh, Ujian 1 akan bermula jam 2 petang, dan akan mengambil masa 1 jam sahaja. Tapi malangnya, pelajar pertama yang hadir jam 2.25 petang.


Bagi aku, arahan yang mudah untuk di fahami. Ujian akan bermula jam 2, dan akan tamat jam 3. Jika anda gagal datang pada masa yang di tetapkan, tiada istilah kejam kalau anda tidak dapat menyelesaikan semua soalan, kerana masalah itu datang dari anda. Walaupun aku masih mempunyai toleransi, tapi dalam hal - hal begini, bukan masa yang sesuai untuk memikirkan definisi toleransi.


Berbalik kepada perbincangan di atas, beri tumpuan dalam menerima arahan atau maklumat amat penting, dan ia dapat mengelakkan diri dari pelbagai masalah. Cabaran dalam mewujudkan komunikasi berkesan boleh di atasi sekiranya kita tahu apa yang perlu di lakukan. Apa kata anda? :D

Terima Kasih ~ Datang Lagi

Kemerosotan Akhlak Remaja

/ March 8, 2011 /
Selamat Datang Ke padinno.com


Dimana Silapnya?

Dewasa ini, sering saja kita perhatikan, baik di dada akhbar, laman sesawang dan juga media penyiaran, masalah kemerosotan akhlak remaja dalam keadaan membimbangkan. Pelbagai salah laku di laporkan dan kadangkala menjadi suatu fenomena pula di kalangan remaja.


Umum mengetahui, remaja merupakan pewaris kepimpinan yang ada sekarang, dan jika masalah ini berterusan kita boleh meramalkan apa yang akan berlaku kelak. Kita tidak mahu perkara ini berlarutan dan seperti perumpamaan bila kudis mula merebak, ia akan berlaku pantas dan kesannya amat menakutkan.


Dari pandangan kacamata aku sendiri, remaja masakini hanya mementingkan hiburan. Yeah, bukan semua tapi peningkatan jumlah remaja yang bermasalah dari hari ke hari adalah dalam keadaan membimbangkan. Justeru, perkara ini perlu di beri perhatian serius dan perlu bermula dari akar umbi.


Di kawasan rumah sewa aku ini, aku lihat segelintir remaja asyik bermain permainan video di cybercafe, yang mana masih beruniform sekolah, dan menghabiskan masa berjam - jam lamanya, dan kadangkala aku melihat mereka merokok di tempat awam tanpa menyedari uniform yang di pakainya.


Aku pasti, ini suatu perkara yang berat untuk kita bincangkan, tapi aku hanya mengeluarkan pandangan dan pendapat aku. Keadaan remaja yang meliar masakini di cetuskan dengan garapan minda kemodenan. Juga, ejekan dan cabaran rakan sebaya, meningkatkan semangat untuk menerima cabaran, dan jika tersilap langkah, pasti akan membawa padah.


Banyak kita lihat, jenayah lumba haram, judi, bergaduh, ragut dan lain - lain kebanyakannya di kalangan remaja. Jadi, apa pandangan anda tentang masa depan negara sekiranya jumlah remaja bermasalah ini meningkat?


aktiviti berfaedah

Oleh itu, jika kita sayangkan remaja kita, kita bantulah mereka. Kaji di mana silapnya. Aku melihat, perkara ini bukan sahaja di pertanggungjawabkan kepada institusi keluarga sahaja, malah semua pihak juga. Pihak sekolah, rakan sebaya, dan mungkin teman - teman istimewa mampu mengubah golongan sebegini untuk berubah.


Mereka perlukan sokongan. Rancakkan aktiviti yang sihat untuk mereka, sesuai dengan konsep remaja. Biasanya masalah disiplin pelajar di sekolah atau IPT berpunca dari tekanan. Jadi untuk melegakan tekanan, jika tidak di bimbing mereka akan bertindak di luar jangkaan. Harap - harap pelajar aku tiada masalah tekanan. :D


Aku sedar, tulisan aku ini tak akan sampai ke mana - mana, tapi cukup untuk menjadikan motivasi aku sendiri, sebagai remaja juga (wakakakaa) supaya lebih berdisiplin, dan kurang melakukan aktiviti yang tidak sihat.


Siapa kata berblog tiada faedah? haha sekurang - kurangnya, mereka kurang untuk aktiviti luar sebab masa banyak di habiskan untuk blogwalking, membaca info, bersembang dan mencari idea untuk menulis blog. Perkembangan yang baik kan? Sekurang - kurangnya, tidaklah terlalu banyak masa di buangkan di pusat hiburan, Mamak dan sebagainya.


Apa kata anda?

Terima Kasih ~ Datang Lagi

Jom Berkenalan Dengan Erza

/ March 6, 2011 /
Selamat Datang Ke padinno.com


Tiada idea untuk kemaskini blog entri terbaru? Ahah, memang suatu yang agak sukar kalau blogger tiada idea. Aku sendiri sekarang ketandusan idea untuk artikel - artikel terbaru. Memanglah apa sahaja yang di sekeliling kita boleh di jadikan bahan, tapi ulasan dan perkembangan idea tu bukan sekelip mata saja.


Sambil - sambil membelek entri lama, aku terjumpa satu entri yang menceritakan tentang idea untuk menulis blog. Ahah, aku sendiri ada membuat tips, tapi kenapa tidak menggunakannya? Heh, agaknya memang macam tu. Orang sekarang ni mengarah je pandai, tapi diri sendiri?? Umm, malas nak panjangkan cerita.


Aku mengambil keputusan untuk memilih item ke lapan, iaitu menghebahkan web/blog lain. Aku pun pernah menghasilkan artikel berkenaan kelebihan web/blog review. Jadi nak review blog siapa ya? Umm...


Aku memilih blog zaerrzone : peace.loves.hapinness milik Erza Fareeha Sabri. Wah nama penuh tu. Kalau di tanya kenapa aku memilih blog ni, emm pemilihan secara rawak je, dan blog terakhir yang aku buka sebelum aku berniat nak buat entry ni, ialah blog Erza :D


Nak bercerita mengenai blog review, secara jujurnya aku tak begitu pandai untuk membuat pemilihan analisis. Mungkin cukup sekadar aku mengabadikan blog entri ke tiga bulan Mac ni berkaitan penghebahan berkenaan blog Erza hehee..


erza fareeha

Jika dilihat dalam arkib blog, zaerrzone bermula pada March 2010 (dah setahun ni), dan entry pertama adalah berkenaan puisi rasanya, Tentang Cinta. Melihatkan entry tersebut, dan perkaitan mengenai tajuk peace.loves.happiness, tidak dapat di pastikan samada Erza sedang bahagia dalam cintanya atau mencari cinta yang bahagia.


Jumlah follower pula, amat memberansangkan, blog Erza mempunyai 1131 pengikut. Tahniah aku ucapkan kerana jumlah itu merupakan suatu yang besar maknanya, dan aku berharap Erza akan meneruskan usaha untuk terus berjaya dalam blogging, tambahan pula penulis aktif mengemaskini blog dan rajin melakukan promosi.


Pendapat aku mengenai blog ini, dari segi persembahan, sangat menarik. Kemas. Ringan. Dan mungkin perlu sedikit perubahan pada padanan warna, kerana pemilihan warna yang sesuai juga amat penting. Menyelesakan pembaca dengan warna blog yang sesuai boleh membina mood pembaca.


Ahah, jadi itu sahaja yang dapat aku ulas mengenai blog Erza. Blog bersifat peribadi, dan amat sesuai untuk bersantai membaca entry - entry yang di hasilkan. Semoga Erza terus berjaya. Sedikit mengenai penulis, Erza merupakan pelajar Industrial Chemistry di UPM. Jadi sesiapa yang berminat untuk berkenalan, boleh tanya sendiri empunya badan hehe :D


Pendapat anda mengenai blog Erza?

Terima Kasih ~ Datang Lagi

7 Langkah Untuk Berjaya

/ March 4, 2011 /
Selamat Datang Ke padinno.com


Aku memulakan blog entri kali ini dengan mengatakan berblog ini sesuatu yang menarik dan hebat, jika dan hanya jika anda betul - betul bersemangat mengenai topik yang ingin anda ketengahkan. Jika anda boleh menulis artikel yang baik untuk lapangan anda, tidak mustahil anda sedang membangunkan nama anda dalam niche tertentu.


Sekiranya mahu blog sebagai medium untuk menjana pedapatan sampingan, dan mungkin utama, aku boleh cakapkan ia adalah tidak mustahil tetapi ia bukanlah suatu perkara mudah seperti yang di sangka dan ia tidak akan berlaku semalaman.


Perkongsian Aku Mengenai Pembelajaran Blog



Pada asasnya, aku tidak mengetahui langsung perihal berblog. Aku menghabiskan setengah tahun juga dengan horrible theme, berjam - jam bermain dengan coding, menulis berpuluh - puluh blog entri tanpa tujuan sebelum aku dapat memahami erti apa yang blog perlu ada, dan apa yang perlu di tulis.


Melihat semula blog entri aku yang terdahulu, aku sendiri tak boleh bayangkan bagaimana orang membaca apa yang aku perkatakan dalam penulisan. Err, aku rasa penulisan sama je dulu-sekarang, mungkin level naik dari darjah satu dah naik darjah dua je, ahah! Jadi di sini aku kongsikan beberapa perkara yang penting untuk berjaya kelak.

penulisan padin
Pelaburan
Perkara pertama yang akan di lihat oleh pengunjung baru adalah rekabentuk blog. Pemilihan template yang sesuai, ringkas dan menarik mampu mengajak semula untuk datang kali kedua dan seterusnya. Jadi laburkan sedikit masa untuk memahami konsep rekabentuk blog yang menarik dan ringkas.


Arah Tuju Khas
Blog anda memerlukan tujuan yang khusus. Adakah untuk berniaga? Berceloteh? Resepi makanan? apa sahaja, tapi pastikan arah tuju yang jelas. Setiap artikel yang diterbitkan perlu berkaitan dengan arah tuju anda, dan ia membina jalan mudah untuk anda berkembang dalam niche anda. Ia di ibaratkan seperti menaiki sampan tanpa pendayung, tetap akan bergerak tapi ke mana arah tujunya? Jadi tetapkan sasaran anda.


Artikel Berstruktur
Pastikan anda telah membuat format sendiri untuk blog entri anda, format dari segi pemilihan tulisan, saiz tulisan, perenggan, senarai nombor, gambar dan lain - lain. Kepelbagaian format ini hendaklah di susun secara seragam dan menjadikan blog entri anda lebih teratur dan kemas.


Bina Senarai Pautan
Aku melihat, konsep membina senarai pautan semakin menjadi kegemaran masakini dan ini merupakan peluang terbaik untuk mempromosikan blog anda. Membina senarai pautan umpama membina silaturrahim jaringan manusia.


Rujuk Artikel Blogger yang Berjaya
Tiada cara yang lebih baik dari merujuk kepada yang berjaya. Pengalaman, tips, panduan mereka amat berguna bagi kita yang sedang berkembang. Jangan malu untuk bertanya, dapatkan pandangan dan tunjuk ajar. Ambil masa untuk mempelajari teknik menulis dan penyampaian mereka.


Beri Nilai dan Pengajaran
Perkara penting yang aku perhatikan, anda perlu untuk memberi perhatian kepada pembangunan nilai dan pengajaran dalam penulisan anda. Samada membuat pembaca ketawa, atau membantu mereka dalam kehidupan, atau mungkin informasi mengenai blog, asalkan memberi nilai, percayalah mereka akan menjadi pembaca setia anda.


Penulis Tamu
Jika anda mahu pendedahan yang berterusan, anda juga boleh menggunakan peluang sebagai penulis tamu. Hasilkan artikel yang berkualiti, dan cuba - cuba untuk dapatkan slot di ruangan blogger lain, mana tahu rezeki anda ada di situ juga :D Aku melihat kempen seperti ini sedang berkembang dan ini merupakan peluang yang baik untuk di rebut.


Aku rasa, 7 perkara ini dah cukup untuk kita mengorak langkah setapak ke hadapan lagi. Mungkin ada perkara besar yang lain, yang perlu kita titikberatkan, tapi apapun, berpegang pada asasnya, yang lain, akan datang dengan sendiri. Usaha yang berterusan merupakan faktor terpenting dalam menentukan sesebuah kejayaan.


Terima Kasih ~ Datang Lagi

4 Cara Elak Perut Buncit

/ March 2, 2011 /

Selamat Datang Ke padinno.com


Memiliki perut yang baik dan mantap merupakan dambaan setiap individu, tidak kira atas dasar apa sekalipun. Kalau ahli sukan, bentuk badan yang sesuai menjadikan prestasi juga dalam keadaan maksima manakala untuk orang kebanyakkan, bentuk badan yang menarik merupakan aset untuk diri sendiri.


Aku cemburu melihat gambar sendiri (3 - 4 tahun lepas), boleh kata bentuk badan menarik juga, tapi kini tak ubah seperti belon yang semakin mengembang. Aku pun tidak pasti apa yang menyebabkan perkara ini berlaku, kerana aku masih mengamalkan sukan dan senaman yang berterusan.


Tapi setelah melakukan pembacaan, kajian dan bual bicara dengan beberapa individu, apa yang aku dapat kenalpasti, bersukan sahaja tidak menjamin untuk tahap kesihatan dan rupa bentuk tubuh badan yang optimum. Ia perlu di seimbangkan dengan diet serta gaya hidup yang teratur dan berkualiti.

elak perut buncit


4 Cara Untuk Elak Perut Buncit



Selain bersenam dan bersukan, beberapa alternatif yang perlu kita lakukan untuk menghindari gejala perut membuncit (kalau mengandung, jangan cuba untuk mengecilkannya ya!)
  • Makan Perlahan - lahan - Makan terlalu laju mengakibatkan udara terkandas di dalam makanan dan menyebabkan gas terkumpul dan menggelembungkan perut. Kunyah makanan dengan sempurna
  • Banyakkan minum air - Air akan mencairkan konsentrasi (kepekatan) sodium/garam dalam badan, seterusnya meningkatkan jumlah air yang keluar dari tubuh badan
  • Kurangkan pengambilan garam - Garam yang berlebihan menyebabkan pertambahan kepekatan dalam badan, dan menyukarkan cairan untuk keluar dari tubuh badan dan mengakibatkan buncit! Hahaha
  • Pengambilan serat - Makan makanan yang mengandungi serat yang tinggi seperti buah - buahan i.e epal, pear dan lain - lain

Seperti yang pernah aku terangkan dalam blog entri terdahulu mengenai sukan dan kesihatan, ia sememangnya perlu di ambil perhatian. Kesihatan adalah amanah dan kita perlu menjaganya untuk menjalani kehidupan yang berkualiti.


Alhamdulillah, aku terpilih untuk mewakili IKMJB dalam Sukan Staf IKMJB SeMalaysia bagi acara bolasepak dan bowling. Tapi bila melihatkan perut yang buncit ni, memang rasa masalah dan down pulak. Walaupun aku yang paling muda, tapi aku juga orang yang paling lembab! haihh..


Dalam tempoh beberapa hari lagi ni, aku akan cuba untuk meningkatkan kecergasan. Kalau perut buncit pun kecergasan maksima, takde masalah rasanya. Tapi tu angan - angan je agaknya, dah tak mampu dah rasanya. Apa pun, untuk kontinjen IKMJB, aku berjanji akan buat sehabis baik.




Terima Kasih ~ Datang Lagi

Archives

Facebook Pages

 
Lifestyle BlogsReal Time Web Analytics
Copyright © 2009-2017 padinrose - Tips, Hobi dan Motivasi, All rights reserved | Disclaimer | Sitemap