padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

Kepentingan Menjaga Kesihatan

/ January 31, 2011 /
Selamat Datang Ke padinno

Hujan turun sehari suntuk, dari malam membawa ke pagi, hingga ke malam semula. Pergerakan agak terbatas, namun siapa tahu semua ini ada rahmatNya. Perubahan cuaca yang tidak menentu kadangkala menyebabkan kesihatan terganggu.

Kepentingan Menjaga Kesihatan

Kita selalu mendengar, jagalah 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara, diantaranya kesihatan. Kesihatan ni sangat penting, lebih - lebih lagi kita ni sebagai benda hidup. Kalau kita tidak sihat, banyak perkara akan terbantut, pelajar tidak boleh ke sekolah, pekerja perlu mengambil cuti dan sebagainya.

Cara yang paling mudah ialah datangnya dari diri sendiri. Faktor utama ialah kebersihan diri. Membersihkan diri dengan betul, membasuh tangan, mandi, membasuh pakaian dan menjaga persekitaran supaya sentiasa bersih dapat mengelakkan dari gejala penyakit yang berbahaya.

Selain itu, pengambilan makanan yang seimbang juga penting bagi mengekalkan tahap kesihatan kita. Pengambilan makanan segera yang berlebihan tidak di galakkan, sebaliknya mengambil makanan yang tinggi zatnya dari segi protien, karbohidrat dan vitamin untuk mengekalkan tenaga harian.

piramid makanan
Sumber Gambar : dikja.blogspot.com

Melakukan aktiviti senaman juga merupakan langkah terbaik untuk kesihatan, di samping meningkatkan kecergasan, dapat juga mengeluarkan toksin melalui peluh. Lakukan senaman ringan, di galakkan sekurang - kurangnya 20 - 30 minit sehari. Tidak perlu senaman yang memenatkan, cukup sekadar memanaskan badan.

Lakukan pemeriksaan berkala, untuk memantau atau mengenal pasti tahap kesihatan kita dari masa ke semasa. Jumpalah doktor anda untuk mendapatkan nasihat tambahan supaya kita kekal sihat. Kalau malas nak jumpa doktor, boleh juga gunakan mesin - mesin yang ada di sediakan di tempat - tempat terpilih.

Aku sendiri tak pasti tahap kesihatan aku, bukan takut berjumpa doktor, tapi belum berpeluang. Hehehe.. Nak jumpa Dr Hafidzah, jauh sangat Kuantan tu hehee.. Jadi aku gunakan mesin sahaja. Terbaru, berat aku kini menurun kepada berat ideal, 63.7 kg. Bacaan sebelum ini, (2 Jan) adalah 72.3 kg. :D

Bilangan denyutan jantung adalah 92/minit. Blood pressure 146/81 dan lemak terkumpul adalah 15.7 kg! Wakakakaa banyak gila lemak! Walaupun itu adalah bacaan dari mesin sekurang - kurangnya memberi gambaran apa cerita tentang kesihatan kita.

Apa yang dapat aku simpulkan, menjaga kesihatan diri ini adalah satu amanah yang perlu kita jaga. Kehidupan yang berkualiti bermula dari kesihatan yang baik, dan sekurang - kurangnya kita dapat mengurangkan kos untuk tujuan perubatan. Cegah lebih baik dari mengubati, hehee akhir kata, jagalah kesihatan diri anda!

Terima Kasih ~ Datang Lagi

Aku Marah 3

/ January 27, 2011 /
Selamat Datang Ke padinno.com


Yang di tunggu - tunggu belum tiba. Sedangkan pada peringkat awal beriya - iya benar mempromosi pada aku. Bila aku dah tertarik dan menunjukkan minat, takde pulak bunyi - bunyi promosi lagi, dan senyap begitu sahaja, menunggu untuk aku bersuara semula, barangkali.


Blog entri kali ni aku cuba mengisahkan perihal perkhidmatan terhadap pelanggan. Aku yakin, memang tidak dapat tidak kadang - kadang kita akan menjadi penyedia perkhidmatan, dan kadang - kadang kita jadi pelanggan. Perlukah aku mendefinasikan kedua - dua terma ini? Aku tak rasa ia perlu, umum dah mengetahuinya.


Semakin hari, semakin banyak perkhidmatan yang di sediakan, dan kepelbagaian ini membolehkan pengguna membuat pilihan, berdasarkan kesenangan, kecepatan dan keselesaan. Kalau dulu, kita tengok ramai orang berpusu - pusu ke pejabat pos untuk membuat pelbagai urusan, pembayaran bil, hartanah dan lain - lain.


Banyak urusan yang perlu di tinggalkan kerana terpaksa menempuh kesesakan lalulintas, beratur lama menunggu giliran dan lain - lain hal. Tambah menyedihkan, golongan usia emas juga turut beratur lama, semata - mata tidak mahu hilang giliran. Itu hal dulu. Masakini mungkin gaya hidup sedikit berubah, mana yang mampu boleh menggunakan perkhidmatan jalur lebar, dan semua urusan di hujung jari.


Apa yang di harapkan kepelbagaian perkhidmatan ini membolehkan pelbagai urusan boleh di lakukan dengan mudah. Tapi, kadangkala harapan tinggal harapan je. Bak kata pepatah, indah khabar dari rupa. Di sini, aku ingin berkongsi pendapat aku tentang beberapa perkara yang aku rasa perkhidmatannya belum boleh di klasifikasikan sebagai yang terbaik.


padin marah

Pejabat Pos. Umum, pejabat pos ni memang popular. Pelbagai urusan boleh di lakukan di pejabat pos. Awal bulan Januari, aku ingin memperbaharui insurans dan cukai jalan di pejabat pos, disebabkan masa rehat singkat, maka pejabat pos adalah tempat yang paling hampir. Tetapi, menjadi hampa apabila setelah hampir 1 jam menunggu giliran, insurans tak boleh di perbaharui, abis kouta untuk hari tersebut.


Antara dialog yang aku lepaskan pada pegawai kaunter seperti berikut :

"Macamana kaunter pejabat pos ada 4, tapi 2 je yang bukak? Waktu tengahari ni waktu puncak, orang keluar berehat dan guna kesempatan untuk urusan macam ni, jadi kenapa ada 2 kaunter kosong? Memang lambat lah jadinya!"


Pegawai 1 terdiam. Aku sambung, "Macamana 3 orang yang berbeza ada satu nombor giliran yang sama? Orang yang datang lambat dari saya masih boleh berurusan lagi cepat dari saya? Kalau macam ni, datang pukul 9 pun belum tentu boleh renew!!!"


Pegawai 1 menjawab "Saya buat kerja,mana nak nampak orang tu potong barisan".. "Abes, kenapa buat nombor giliran kalau sesiapa je boleh masuk potong line? @!#$$^&&!!!!! Lain kali saya masuk je sini, saya terus ke kaunter, boleh?!!"


Masa tu orang yang ada dalam pejabat pos tu, semua tertumpu pada aku. Nak pikir malu, ah apa yang nak di malukan, diorang bukan kenal aku. Tiba - tiba, pegawai 2 bersuara, "encik, kalau tak suka, encik boleh pergi tempat lain yang encik rasa selesa, kami tak dapat layan pelanggan macam encik"


"Kalau tak dapat layan pelanggan, tak dapat penuhi urusan pelanggan, jangan buat perkhidmatan lah!Tutup saja pejabat pos nih.." dan aku terus beredar, tiada guna aku berlawan dengan orang yang kurang arif dalam etika perkhidmatan, barangkali.


Bagi aku, pelanggan akan menggunakan perkhidmatan yang ada. Kalau bangunan besar, kakitangan ramai tapi tak boleh nak selesakan pelanggan, baik tutup je. abis cerita. Taklah pelanggan pening kepala. Sebenarnya, mungkin bagi sesetengah pihak, perkara macam ni perkara biasa, tapi bagi aku, memang aku tak suka dan akan berterus terang sahaja pada kaunter.


Ada 2 - 3 insiden yang melibatkan aku dengan penyedia perkhidmatan, tapi cukuplah aku nyatakan dalam blog entri kali ni, perkhidmatan di pejabat pos Bandar Baru UDA Johor Bahru amat mengecewakan. Apa pendapat anda?

Terima Kasih ~ Datang Lagi

Di Hari Perkahwinanmu

/ January 23, 2011 /
Selamat Datang Ke padinno.com


Jika di tanya tentang pengalaman atau kenangan yang tak dapat di lupakan, agak sukar bagi aku untuk menyenaraikannya, kerana terlalu banyak dan pelbagai versi, termasuklah gembira, sedih, sayu dan macam - macam lagi.


Kenangan ini semestinya tidak akan menjadi 2 kali, dan itu membuatkan ia unik dan akan di simpan sepanjang hayat. Kenangan manis ketika bercinta kali pertama, kenangan apabila di tampar di hadapan kelas, kenangan ketika di asrama, dan tidak kira samada pahit atau manis, ia sememangnya akan buat kita tersenyum. Tapi tak pasti jika kenangan di dera atau di culik penjenayah juga boleh buat kita tersenyum.


Baru - baru ini, (tak baru juga sebenarnya), 26 Disember 2010 lalu kawan aku melangsungkan perkahwinannya dengan jejaka pilihan yang berasal dari Kedah. Nurul Harnani nama di beri, di gelar Nani sahaja. Kami belajar di sekolah rendah yang sama pada 1996 - 1998. Semasa di tingkatan 1, aku belajar di asrama, manakala Nani? entah.. huhuu


Sejak itu, langsung tiada berita mengenainya, sampai lah satu masa, aku mendapat kad undangan perkahwinannya, hehee.. Kebetulan, di hari perkahwinannya, aku sedang bercuti di kampung, dan menjadikan ini sebagai satu kesempatan untuk aku berjumpa kawan lama di sekolah rendah dahulu.


Tidak banyak, tapi cukuplah dapat berjumpa semula dengan 8 orang ( 20 kesemuanya). Dan yang pastinya, Nani, si pengantin baru :D Pada mulanya aku tidak dapat mengecam sangat mereka kerana terlalu banyak perubahan. Yelah, perempuan yang dulunya comot sekarang dah makin menawan hehee, yang lelaki semakin segak, dan makin berisi hehee..


harnani kahwin
Bila dah lebih 10 tahun tidak berjumpa, memang banyaklah perkara yang dibualkan. Yelah, masa darjah 6 dulu, mana ada peluang untuk bertukar - tukar nombor telefon. Masing - masing menggunakan surat layang je, nak lebih canggih sikit, upah posmen kih3.. Jadi terputus hubungan, memang banyak perkara miss!


Dalam keseronokkan dengan perbualan petang tu, agak terkilan jugak sebab Si Pengantin ni tak mengendahkan kehadiran kami. Tambah malang, dia hanya mengenal 2 - 3 orang je antara kami. Nak bergambar pun tak sempat, asyik dok berkepit je dengan pengantin lelaki, dan bergambar bersama ahli keluarga dan teman Universiti agaknya.


harnani kahwin

Dalam hati, "aku datang dari Johor ni, semata - mata nak tengok kau kahwin!" hehee.. Tapi tak mengapalah, asalkan semua selamat, dah kira ok, setidak - tidaknya aku dapat juga berjumpa kawan lain seperti Zaidil, Safri, Hisyam, Shahir, Intan, Ain Fareha dan Nor. Keh3, giliran korang bila pulak weh?..


Sebelum aku menutup blog entri kali ini, izinkan aku berpantun,


Anak Rusa Nani,
Baru tumbuh ekor,
Apa salah kami?
Sampai tidak tegur?


Terima Kasih ~ Datang Lagi

Coret - Coret Blogger

/ January 21, 2011 /
Selamat Datang Ke padinno.com


Sejak seminggu lalu, aku jarang berada dalam talian, di sebabkan beberapa perkara, dan yang pastinya perkhidmatan internet yang tergendala lebih memburukkan keadaan. Namun, tiada apa yang perlu di risaukan sangat kerana blogging bukanlah perkara utama yang perlu di kejar - kejarkan.


Seperti yang aku nyatakan dalam blog entri terdahulu, aku mengikuti perkhemahan bersama pelajar - pelajar aku di Jasin, Melaka untuk suatu kem kepimpinan bagi Majlis Perwakilan Pelajar yang bakal di lantik untuk sesi Jan - Jun 2011.


Dalam pada aku berjalan - jalan mencari info dan bahan bacaan di blog rakan - rakan, sekarang ini heboh mengatakan tentang pembongkaran besar - besaran isu aktiviti blogwalking palsu dengan menggunakan software automatik. Isu ini bukan baru sebenarnya, cuma mungkin di hangatkan kembali setelah pembongkaran yang di buat oleh Pendekar Berkuda.


Secara ringkasnya, aktiviti mereka ini hanya satu, iaitu mendapatkan trafik ke blog mereka dengan cara yang mudah, cepat dan berkesan. Mereka menggunakan perisian yang membolehkan mereka menerjah masuk ke shoutbox blogger lain tanpa perlu memasuki blog tersebut. Adakah win - win situation?


Bagi mereka yang suka melakukan aktiviti blogwalking - meninggalkan jejak di shoutbox (shoutmix,Cbox dll), perkara ini mungkin sedikit sebanyak menjadikan isu yang boleh di kaitkan dengan kejujuran dan etika.


Aku juga pernah memasang shoutbox di blog aku, tapi di sebabkan aku menyedari lebih awal perkara ini, dan aku membuat keputusan untuk membuang shoutbox di blog ni. Siapa yang tidak kenal nickname Sembang Kosong? Bulan Purnama? dan ramai lagi yang menggunakan helah, meletakkan ayat - ayat manis dan kelakar, untuk menarik pengunjung.


Penggunaan ayat sama yang berulang kali, kadangkala "terlupa" menukar ayat juga menyerlahkan kebodohan! Penggunaan URL-shortcut juga belum mampu mengelabukan mata pembaca. hahaa.. Orang tamak ni memang takkan ke mana - mana. Ah, malas la aku nak ulas panjang - panjang lagi.


Sama halnya juga dengan fenomena plagiat. Memang tak dapat di nafikan, aktiviti ini memang sukar di bendung, tapi jangan lah terlalu bodoh untuk memplagiat atrikel orang lain tanpa sebarang ubahsuai. Sehinggakan gambar, permalink dan kesemua aspek turut di sedut tanpa meninggalkan apa - apa kandungan, hahahaa..


Terdesak mengeluarkan artikel sendiri? Tak perlu buat blog la, hehee.. Tu dah di kira sebagai "orang lain ada blog, kau pun nak ada blog jugak.." Tak tahu nak kategorikan orang macam ni sebagai apa, kasihan! Kalau - kalau nak guna isitilah simbiosis, apa pulangannya kepada perumah?

blogger vs wp

Umm, ketepikan hal blogwalking palsu dan plagiatirisme ni. Cakap banyak pun takde faedah apa - apa, selain boleh di muatkan dalam blog entri je, hehee.. Buat masa sekarang, aku terfikir untuk berpindah ke Wordpress. Dah lama terfikir sebenarnya, tapi aku merasakan aku serius benar nak berpindah ke Wordpress sekarang.


Aku tahu ramai di luar sana yang sangat arif tentang Wordpress, tricks, hacks dan lain - lain. Selama ni pun aku ada juga mengikuti perkembangan mengenai tutorial, trikcs dalam penggunaan Wordpress. Jadi, aku mengharapkan siapa - siapa yang boleh bantu aku untuk tujuan itu, sila angkat tangan! :D


Ada yang boleh bagi cadangan theme mana yang *best? Wakakaa...


*Best : Mudah, ringan, kemas.


Terima Kasih ~ Datang Lagi

Kem Kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar

/ January 18, 2011 /
Selamat Datang Ke padinno.com


Apa yang di sebut sebagai Majlis Perwakilan Pelajar ( MPP)? Majlis ini merupakan sebuah entiti organisasi tersusun yang di iktiraf oleh pentadbiran dan pengurusan sesebuah institusi bagi mewakili keseluruhan suara siswa dan siswi. Hal ini kerana adalah mustahil bagi pihak pentadbiran dapat mendengar semua komen, pendapat dan cadangan dari siswa siswi sesebuah kampus.


Aku tak pernah pun melibatkan diri dalam Majlis ni semasa di UTM dulu. Memang tak pernah ambil tahu pun. Hehee.. Bila masa pilihanraya, undi sahaja pelajar yang kenal dan cantik - cantik, muehehee.. Pecah rahsia pulak. Tapi sekarang, aku baru saja di lantik sebagai AJK dalam MPP. Dalam tempoh setahun ni, aku akan berurusan secara langsung dengan MPP.


MPP di lantik, sebagai satu jalan penghubung antara keseluruhan siswa dan pihak pengurusan. Bagi Sesi baru ini, 25 kouta telah di sediakan untuk di isi oleh siswa siswi yang layak menyandang jawatan sebagai MPP. 16 daripadanya merupakan MPP yg sedia ada manakala bakinya adalah pelantikan baru.


Untuk tujuan itu, pihak pengurusan bersetuju mengadakan kem kepimpinan MPP, menyenaraikan 16 peserta baru, dan hanya akan mengambil 9 daripadanya, atau kurang. Kem ini telah di adakan di Kem Lambaian Danau, Kampung Chinchin, Jasin, Melaka. Seramai 32 peserta termasuk 6 pegawai pengiring menyertai kem ini.


kuliah maghrib
Pelbagai modul kepimpinan dan team-building di terapkan dalam aktiviti yang di jalankan selama 3 hari 2 malam, bertemakan aktiviti lasak, sukan air dan keyakinan diri. Komitmen dan kesungguhan yang tinggi di tunjukkan peserta merupakan petanda positif bagi pihak MPP. Kerjasama, prihatin, peka dan bijak merancang strategi merupakan nilai yang jelas di tonjolkan dalam kem ini.


sarang tiong pasir

Antara aktiviti yang di jalankan ialah Night-Walk, berakit, bertempur dalam lumpur dan Cabaran Merentasi Halangan. Kesemua aktiviti yang di jalankan dapat di selesaikan dengan jayanya, dan sekalipun mereka kepenatan, masih mampu menghabiskan semua tugasan dengan baik. Aku mengharapkan semangat ini dapat diteruskan.


biawak komodo

Pelbagai kerenah dapat di saksikan dalam aktiviti ini, antara yang mencuit hati ialah aktiviti Night-walk. Peserta akan di bawa masuk ke dalam hutan, dan di minta berjalan seorang diri dalam kegelapan malam, sejauh 1 km, untuk pulang semula ke tapak perkhemahan. Bagi siswa, mungkin tidak menjadi masalah, tetapi pada siswi, memang menggelikan hati apabila di sakat dan di jerkah. Aku sendiri agaknya akan terkejut kalau di terjah secara tiba- tiba, muehehe..


memerang

Bagi pegawai pengiring, selain memantau pergerakan dan aktiviti peserta, kami juga berkesempatan untuk melakukan aktiviti sendiri. Antaranya memancing dan berkayak. Apa yang membuatkan isitimewa, kerana ini pengalaman pertama aku berkayak. Mulanya, memang agak kekok, dan mengakibatkan sering ketinggalan, tapi lama - kelamaan aku mula berasa selesa dan berkayak ni sangat mengujakan.


berkayak

Harapan setelah pulang ke IKM ialah semoga MPP yang akan dilantik merupakan MPP yang terbaik, dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik, sekurang - kurangnya menolak persepsi bahawa MPP mendapat kelebihan sedangkan siswa lain di abaikan. Aku menjangkakan kesemua 25 MPP yang bakal dilantik ini tidak mendatangkan banyak masalah, berdasarkan pemerhatian aku semasa mereka melakukan aktiviti di Jasin.


Pernah jadi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) semasa di Institut Pengajian Tinggi (IPT) dulu? Atau ketua pelajar di sekolah? Aku memang tak pernah melibatkan diri dalam perwakilan sebegini, baik di sekolah mahu pun IPT. Jadi tiada sebarang pengalaman yang dapat aku kongsikan. :D


Terima Kasih ~ Datang Lagi

Konsep Sabar

/ January 11, 2011 /

Selamat Datang Ke padinno.com


Kehidupan sebagai manusia memang unik. Bersyukurlah kita di lahirkan ke dunia menjadi manusia, yang mana memang mendahului lain - lain makhlukNya di muka bumi ini. Anugerah akal yang di berikan kepada manusia memang tidak ternilai, maka wajiblah kita menggunakannya dengan sehabis baik.


Akal fikiran yang ada pada manusia membezakan manusia dengan kehidupan lain, seperti alam ini sendiri, sungai, laut, gunung ganang, tumbuh - tumbuhan dan haiwan. Keistimewaan ini perlu di gunakan sepenuhnya dalam menelurusi kehidupan seharian. Kepelbagaian sifat manusia dan perwatakan juga banyak berkait dengan penggunaan akal.


Apa yang cuba di ketengahkan dalam blog entri kali ini, adalah berkaitan konsep sabar. Sabar merupakan salah satu sifat manusia, di mana menahan atau menanggung diri dari perkara yang di sukai nafsu, yang bukan pada tempatnya. Jelasnya, sabar merupakan suatu istilah yang mengandungi banyak makna dan tafsiran.


Sabar merupakan senjata terpenting untuk manusia, lebih - lebih lagi kepada manusia yang sering menghadapi pelbagai ujian. Sifat sabar boleh membawa kejayaan, andai segala permasalahan dan rintangan di adili dan di hadapi dengan pemikiran akal yang matang, tenang dan rasional.

jangan marah

Melalui pembacaan dan kefahaman aku, sabar boleh di kelaskan kepada beberapa jenis, iaitu

  1. Sabar terhadap bala bencana - bersabar terhadap ujian penyakit, kerosakan alam, kelaparan, kefakiran, kehilangan jiwa dan harta benda
  2. Sabar terhadap ketaatan - Nafsu sentiasa akan berlawanan dengan ketaatan, jadi kewarasan akal untuk terus bersabar dan taat kepada pengabdian amat di perlukan
  3. Sabar dalam fisabilillah - menuntut ilmu juga merupakan cabang dalam fisabilillah, jadi jangan sesekali berputus asa
  4. Sabar terhadap nafsu - bersabar dari nafsu yang sentiasa menjadi masalah kepada manusia, nafsu makan, hiburan, amarah dan lain - lain

Aku merumuskan ke empat - empat jenis ini, (mungkin ada yang lain) memerlukan kekuatan minda dan akal fikiran untuk menghadapinya. Akal yang matang, mampu menjadikan manusia lebih rasional dalam membuat tindakan. Kesabaran dalam meniti kepayahan akan menimbulkan rasa manisnya sekiranya berjaya menghadapinya.


Tindakan kurang bijak bagi sesetengah manusia yang tidak menggunakan akal tidak kira dari segi perbuatan atau percakapan, menunjukkan kelemahan dalam konsep bersabar. Lihat saja sikap tidak sabar manusia di pertontonkan di seluruh dunia saban hari. Baik dari segi sukan, politik, malah hiburan juga turut terkena tempiasnya.


Aku sendiri, kadang - kadang hilang sabar mengenai beberapa perkara, tapi aku cuba memotivasikan diri aku sendiri, yang kita hanya manusia biasa, dan bukanlah sempurna sepenuhnya. Aku entri ini, Jangan Marah sebagai motivasi untuk merealisasikan konsep bersabar dalam kehidupan.


Bagi yang ingin membaca ulasan lanjut mengenai Sabar dan Cabang - Cabangnya, bolehlah merujuk kepada artikel yang di sediakan oleh Zikrihusaini di blognya.


Terima Kasih ~ Datang Lagi

Promosi Diri Di Tempat Kerja

/ January 9, 2011 /
Selamat Datang Ke padinno.com


Apa yang anda akan lakukan sekiranya anda berpindah ke tempat baru, tidak kira samada pindah sekolah, mendaftar di universiti atau melapor diri untuk bekerja? Aku merasakan perkara ini amat penting, kerana kita akan berhadapan dengan suasana yang belum pernah kita alami dan jika kita tidak mengambil tindakan utama, mesti akan mengalami sedikit kesukaran.


Teknik penyesuaian diri dan tindakan yang betul mampu menjadikan kita lebih selesa dan tidak tertekan bila berada di tempat baru (lebih - lebih lagi tiada langsung kenalan). Kalau di institut pengajian, pastinya berurusan dengan rakan sebaya, manakala di tempat kerja, akan berurusan dengan rakan sekerja.


Rakan sekerja pula akan di bahagikan dengan beberapa sub-division yang berlainan, jabatan - jabatan, kursus - kursus dan bidang yang berbeza untuk memantapkan organisasi. Kepelbagaian ini membentuk sebuah organisasi yang lebih berkesan, di mana setiap bahagian mempunyai tanggungjawab masing - masing.


Jadi, bagaimana kita ingin menonjolkan diri supaya sekurang - kurangnya setiap kakitangan jabatan mengenali dan menyedari kehadiran kita dalam organisasi? Mungkin setiap orang ada pendekatan sendiri dalam menyesuaikan diri di tempat baru, termasuklah aku.


staf lelaki ikmjb

Aku melihat, ada beberapa pendekatan yang boleh di ambil untuk mempromosi diri di tempat baru. Yang utama, perlu rajin. Rajin di sini, ialah merajinkan diri untuk bertegur sapa dengan rakan kerja yang lain. Jangan pula di kata nanti, budak baru, sombong untuk menegur. Elakkan persepsi sebegini berlaku, untuk kesan jangka panjang.


Kedua, rajin bertanya. Kita di tempat baru, semestinya belum kenal sangat tentang keadaan, suasana, konsep dan lain - lain yang rasa perlu untuk tahu. Komunikasi seperti ini sebenarnya mewujudkan perhubungan yang baik. Ini mengelakkan kita daripada di gelar bodoh-sombong!


Ketiga, mengikuti setiap perkembangan yang berlaku, baik di jabatan sendiri atau jabatan lain. Sentiasa menghidu peluang untuk kita menyertai sebarang aktiviti bersama rakan sekerja yang lain. Contohnya, Hari Keluarga, perlaksanaan aktiviti, menjadi jawatankuasa pelaksana dan apa sahaja yang melibatkan staf tempat bekerja.


Keempat, bersukan. Sejak dulu, aku merasakan sukan merupakan salah satu cara untuk kita saling mengenali dengan cepat. Aku bermain bola. Jika di fikirkan, bermain bola merupakan satu sukan yang dimainkan secara berpasukan, dan tentunya kerjasama amat penting. Jadi, dengan melibatkan diri dengan sukan, kita akan lebih mudah di kenali juga.


Yang kelima... entahla.. aku rasa empat ni pun dah cukup rasanya teknik untuk memperkenalkan diri di tempat baru. Kalau anda ada teknik lain yang boleh juga di gunakan untuk mempromosi diri, sila kongsikan. Banyak kelebihan yang boleh kita dapat sekiranya organisasi menyedari kehadiran kita.


Terima Kasih ~ Datang Lagi

Tips Persediaan Kahwin

/ January 7, 2011 /

Selamat Datang Ke padinno.com


Definisi Perkahwinan

Perkahwinan mengikut istilah adalah penyatuan atau percampuran. Menurut istilah syara' pula, perkahwinan adalah ijab dan qabul yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang di ucapkan oleh kata - kata yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang di tetapkan Islam [1].

Persediaan Perkahwinan

Dah kahwin? Kalau belum, mari baca beberapa tips persediaan perkahwinan, dan kalau yang dah kahwin dan ingin melangsungkan perkahwinan lagi, apa salahnya membaca juga kan?


Perkahwinan merupakan suatu perkara yang sangat penting, jadi perkahwinan bukan melibatkan persediaan persalinan semasa majlis perkahwinan dan barang hantaran saja, malah ia membabitkan soal persediaan emosi, spiritual, ekonomi dan fizikal. Berikut merupakan sedikit senarai semak, sebagai tanda persediaan perkahwinan.


*di susun bukan mengikut keutamaan


  • Budget Kahwin - Perkara yang boleh di anggap penting. Pasangan yang mahu melangsungkan perkahwinan perlu menyediakan budget kahwin yang mencukupi. Budget kahwin ni termasuklah semua perkara, dari segi hantaran, persalinan, jurusolek, jurugambar, makan, cenderahati kepada tetamu dan lain - lain perkara yang termasuk dalam budget perkahwinan. Lebih penting, perlu juga memastikan ada baki dalam akaun simpanan, takut nanti lepas kahwin, kena puasa berbulan - bulan, hehee
  • Rancang tarikh - penting untuk memilih tarikh bagi merisik, bertunang, bernikah dan berkahwin (pihak perempuan) dan majlis menyambut tetamu (pihak lelaki). Pemilihan tarikh yang sesuai amat penting supaya majlis yang akan berlangsung juga akan menjadi lebih meriah.
  • Kursus Kahwin - Kahwin pun kena pergi kursus. Jangan pula nanti main redah je. Ok, sila pastikan diri telah menghadiri kursus kahwin, yang melayakkan kita kahwin. Kursus macam ni, ada yang liat nak hadiri juga?...
  • Perbincangan - perbincangan ni termasuklah persediaan untuk konsep perkahwinan, adat perkahwinan, menentukan perbelanjaan, kad jemputan, dan juga tempat berbulan madu. Hahah, ini pun masuk dalam persediaan perkahwinan ke? entahlah, ye kot, senang nak merancang kan.. Jadi, lakukan perbincangan dan sebaik - baiknya di persetujui kedua - dua belah pihak.
  • Pengantin - Nak kahwin, mesti lah ada pasangan pengantin kan? Jadi, mungkin ini perkara utama yang perlu di sediakan dalam persediaan perkahwinan. Kalau boleh biarlah pasangan suka sama suka, jangan pula masih ada kahwin paksa-rela, ei ni kahwin betul - betul la, bukan cubaan!
Ha, itu merupakan senarai yang aku fikir perlu di sediakan untuk persediaan perkahwinan. Kalau pembaca di luar sana yang sudah berpengalaman berkahwin satu, dua, tiga atau empat, maksud jelas aku, yang sudah berpengalaman berkahwinlah, ada beberapa cadangan tambahan, aku alu - alukan untuk meninggalkan pendapat anda. Bukan apa, aku boleh jadikan rujukan nanti, hehee..


[1] - H. Idris Ahmad, 1983; jil. 2,54

Terima Kasih ~ Datang Lagi

Kelebihan Blog Review

/ January 5, 2011 /
Selamat Datang Ke padinno.com


Minggu pertama dalam sesi pembelajaran baru ini banyak melibatkan pendaftaran pelajar kanan, pendaftaran subjek dan menyediakan dokumen - dokumen pengajaran yang baru. Kerjasama dari pelajar sendiri banyak memudahkan urusan dan mempercepatkan proses pendaftaran mereka.


Blog entri kali ini, aku cuba membincangkan kelebihan blog review, khusus untuk pembina - pembina blog (dan seumpamanya) mengikut pandangan aku sendiri. Kalau di lihat, dalam fenomena blogging masakini, memang hangat tentang segmen blog review ni.


Kelebihan Blog Review

Aku melihat, bila sesuatu blog telah di selongkar, memang banyak perkara yang boleh di perkatakan. Dari segi analisis teknikal sehinggalah kepada pendapat peribadi penulis, semuanya di telanjangkan untuk tontonan umum, samada penambahbaikan, cadangan, komen, pujian dan lain - lain.


Ini merupakan peluang terbaik untuk pembina blog (disebut blogger) mendapat pandangan serta pendapat blogger yang membuat review. Program seperti ini selain mempromosi blog, boleh juga digunakan untuk menambah bilangan pengunjung.


Secara umum, sudut pandang manusia adalah pelbagai dan subjektif. Ini merupakan peluang untuk kita mendapatkan seberapa banyak pandangan dan pendapat tentang blog yang kita bina. Tidak kira dari segi susunatur blog, pengisian dan juga isi kandungan. Kesemua pendapat dan juga cadangan adalah baik untuk proses penambahbaikan.


Selain itu, boleh juga kita jadikan blog yang di review sebagai rujukan. Jika prestasinya jauh lebih baik berbanding blog sendiri, maka itu merupakan jalan untuk kita menjadikan blog kita juga meningkat dari semasa ke semasa. Perkembangan seperti ini amat menyeronokkan.


Aku sendiri amat suka menerjah blog yang di review. Seronok, dapat melihat pandangan penulis terhadap blog yang di review, dan seronok juga melihat blog yang di review. Aku percaya, dalam komuniti ini, memang ada pelbagai idea untuk berblog, dari segi penulisan, dan susun atur dan kadang - kadang idea itu aku masukkan di dalam blog ini juga, hehee..


Di kesempatan ini juga, aku ingin merebut peluang supaya blog ini juga di review. Ingin juga mendapatkan pandangan blogger lain tentang prestasi dan persembahan blog ini kepada umum, khususnya blogger yang membuat review. Mana tahu, ada beberapa perkara yang perlu aku perbaiki.

blog review nurulchumel

Jadi, secara tidak langsung, blog entri ini juga merupakan permohonan untuk blog ini di review oleh Nurulchumel, hehehee.. Boleh terima tak penyertaan macam ni? hehehee.. Aku terlepas untuk segmen yang di anjurkan Bro gnesop, ciktom dan budak nakal. mudah - mudahan review dari Nurulchumel diperkenankan. ahaks~


Oklah aku rasa setakat ini sahaja yang dapat aku catatkan dalam penulisan kali ini. Pandangan anda pula tentang blog review?


Terima Kasih ~ Datang Lagi

Mari Ke Sekolah

/ January 3, 2011 /
Selamat Datang Ke padinno.com


Minggu ini merupakan minggu pertama persekolahan sesi 2011, baik sekolah rendah, sekolah menengah mahupun institut pengajian tinggi memulakan sesi pembelajaran. Mungkin, pelajar kanan atau pun pengajar sendiri masih dalam mood bercuti dan hanya menyediakan kelengkapan untuk sesi pembelajaran dan pengajaran.


Menarik untuk di kongsikan apabila pelajar tahun satu mendaftar untuk sesi persekolahan pertama. Memang banyak ragam. Bagi yang pernah menghadiri kelas pra-sekolah mungkin tidak mengalami banyak masalah, sudah mengenali rakan sebaya dan mengetahui suasana pembelajaran.


Bagi yang pertama kali, mungkin ibubapa mengalami sedikit kesusahan, di mana anak kecil tidak biasa di tinggalkan, dan ada juga yang mudah selesa dengan keadaan baru. Segala kelengkapan telah di sediakan, dengan pakaian baru, begsekolah, peralatan menulis dan juga buku.


Hari ini juga, merupakan hari pertama anak buah sulung aku mendaftar untuk tahun satu. Keterujaan untuk bersekolah memang jelas dalam fikiran anak kecil ini. Apa tidaknya, ketika bercuti di kampung, puas sangat dia mengatakan dia akan bersekolah dan berharap aku juga akan hadir sama pada hari pertamanya.

darwisya husna

Apa pun, aku menjelaskan, aku tidak dapat berkongsi pengalaman itu kerana aku juga perlu untuk menyambut kehadiran pelajar - pelajar aku sendiri, dan perlu menyelesaikan beberapa tugas untuk sesi baru ini. Namun, kakak aku yang kedua dan ketiga masih dapat bersamanya, sekurang - kurangnya dapat menceriakan anak kecil ini.


Darwisya Husna merupakan anak buah sulung aku, dan kini berusia 7 tahun, dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Tok Kandu, Permatang Pauh, Pulau Pinang. Seperti yang aku pernah jelaskan pada awal blog ini, ibunya telah meninggal dunia pada dia berusia 5 tahun. Mungkin, berlainan dengan kanak - kanak lain yang mendaftar bersama ibu bapa, tapi dia hanya bertemankan ayahnya dan ibu saudaranya.

darwisya husna
Melihat gambar ini, saling tak tumpah dengan arwah ibunya. Malangnya, aku tidak mempunyai simpanan gambar arwah ketika bersekolah di tahun satu. Dengan pesanan ringkas semasa menghubunginya, dia mengatakan "Bila Ucu nak datang sekolah akak (membahasakan dirinya)?".. Pening juga nak mencari jawapan hahaa..


Apa pun, aku berharap Husna akan dapat belajar dengan baik di sekolah, selesa dan mudah mencari kenalan baru kerana aku di maklumkan rata- rata rakan sebayanya adalah rakan baru. Hehee.. Dah besar dah budak ni, masa kecil dulu selalu juga aku "smackdown" dia, miahahaa..


Terkenang masa aku mendaftar tahun satu dulu, hari kedua dan seterusnya, sehingga 2 minggu, aku tidak ke sekolah, kerana aku merasakan sekolah ini tidak seronok, dan cikgu garang - garang. Tambah pula, aku malas bangun awal pagi, menunggu bas sekolah yang datang jam 6 pagi. Setelah di marah oleh mak dan kakak, akhirnya aku bersetuju untuk meneruskan persekolahan.


Kenangan - kenangan seperti ini memang susah untuk di lupa. Apa pun, aku senyum sendiri juga, apa akan jadi kalau aku tetap berdegil tidak mahu meneruskan persekolahan, hehee.. Bagi adik - adik, ingatlah satu perkara. Menuntut ilmu itu tiada ruginya, malah orang dan agama kita sendiri memandang tinggi pada orang yang berilmu.


Pengalaman anda?


Terima Kasih ~ Datang Lagi

Berubah Untuk Kekal Relevan

/ January 1, 2011 /

Selamat Datang Ke padinno.com


Selamat Tahun Baru 2011. Dunia menyambut 2011 dengan kegembiraan. Pelbagai agenda mungkin telah di rancang untuk pengisian 2011, samada individu atau organisasi (di sebut organisasi). Perancangan ini pastinya di buat untuk program penambahbaikan atau pembangunan organisasi itu sendiri.


Persoalan yang sering bermain di fikiran, apabila tahun menginjak ke usia baru, pastinya penyediaan rancangan atau rangka-kerja juga akan di buat. Ia merupakan fokus untuk organisasi menetapkan had sasaran, pencapaian dan pembangunan.


Pembangunan ini memerlukan perubahan. Perubahan dari segi sikap, cara kerja, pemikiran, teknik promosi dan apa sahaja, amat penting sebenarnya untuk kekal relevan. Bagi organisasi yang telah lama membangun ( 20 tahun lalu), adakah akan kekal relevan dengan pembangunan masakini, dari segi promosi, produk, perkhidmatan? Umum mengetahui, perkembangan pesat dunia global memungkinkan organisasi lama akan berkubur jika tidak melakukan pembaharuan.


maggi padinno
Contoh yang hampir dengan kita, Maggi. Siapa yang tidak tahu Maggi? Samada perasan, sedar atau tidak, kita selalu menyebut mahu makan Maggi, mahu beli Maggi. Sedangkan Maggi itu hanyalah salah satu jenama bagi produk mee segera. Itu menunjukkan pengaruh promosi, keunikan dan organisasi ini sentiasa relevan.


Kalau di lihat di kedai - kedai atau pasaraya, perlambakan jenama mee segera boleh di dapati, tapi kenapa kita asyik menyebut Maggi? Sama keadaan seperti racun serangga Ridsect, pencuci anti -klorin Clorox, ubat gigi Colgate dan lain - lain. Sebenarnya, mereka telah melakukan pelbagai perubahan, penjenamaan dan promosi yang berterusan untuk terus kekal relevan dan menjadi pilihan pengguna.


Sama halnya dengan individu. Kita perlu berubah untuk kekal relevan. Jika umur telah menginjak angka 20, kita perlu berkelakuan seperti berumur 20, dan tinggalkan umur 19 tahun anda..dan begitulah seterusnya. Jika anda sudah bersuami, atau beristeri, gambarkanlah seperti anda sudah memilikinya. Jika sudah mempunyai anak, jangan pula diri masih seperti keanak anakan lagi.


Jika kita sudah bekerjaya, tinggalkan cara kita yang biasa kita lakukan di masa belajar. Aku pun masih berusaha untuk menukar gaya hidup kepada seorang yang sudah bekerjaya, tapi tu lah, masih dalam peringkat pengubahsuaian. Bukan apa, untuk kekal relevan! hahaa..


Sedikit menyentuh hal blog, kita juga perlu lakukan perubahan untuk kekal relevan. Adakah selamanya kita mahu menyalin artikel orang lain untuk di tampal di blog sendiri? Adakah selamanya kita perlu untuk membanding - bandingkan kredibiliti seorang blogger? ..dan lain - lain. Penjenamaan, promosi dan keunikan dapat membantu.


Bagi blog ini, mungkin tiada perubahan besar, dan sampai satu masa bila aku sendiri menganggap blog ini sudah tidak relevan, baru aku akan lakukan perubahan. Komen anda?


Terima Kasih ~ Datang Lagi

Archives

Facebook Pages

 
Lifestyle BlogsReal Time Web Analytics
Copyright © 2009-2017 padinrose - Tips, Hobi dan Motivasi, All rights reserved | Disclaimer | Sitemap