padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

Akhirnya

/ December 30, 2010 /
Selamat Datang Ke padinno.com


Belum terlambat rasanya, dan memang pada waktu ini, aku percaya, rakyat Malaysia sedang meraikan kejayaan pasukan bolasepak Malaysia menjuarai Piala Suzuki 2010, dengan aggregat kemenangan 4 -2 ke atas pasukan bolasepak Indonesia. Sekalung tahniah untuk semua pemain dan pihak yang terlibat atas kejayaan tersebut.


Pastinya kemenangan ini menutup tirai 2010 dengan kegemilangan. Berbaki 2 hari saja lagi, mungkin ada di antara kita masih berkejar - kejar untuk mencapai azam yang belum tertunai, atau mungkin juga ada yang sudah mula memikirkan untuk perancangan bagi tahun 2011.


2010 bagi aku merupakan tahun yang baik juga, sebagai tahun pertama aku di dalam kerjaya. Kalau di imbas, aku memulakan perkhidmatan pada 2 November 2009, tapi aku memulakan pengajaran pada Januari 2010. Pengalaman yang berbeza, dan aku mula merasa seronok dan selesa bekerja macam ni.


padin
Soal azam, aku pun tidak pasti samada aku memasang azam khusus untuk di laksanakan pada tahun 2010, cuma yang pasti aku hanya meletakkan sasaran untuk di sahkan jawatan dalam tempoh 2 tahun. Mungkin tahun depan, dah boleh rasanya.


Bercerita mengenai kerjaya, seperti yang aku nyatakan di awal tadi, aku makin selesa dengan suasana, cara kerja dan komunikasi antara pekerja yang lain. Sikap tolong menolong, hormat dan peka kepada situasi amat jelas di sini, dan aku amat menyukainya. tentang bebanan kerja, memang tidak dapat di elakkan, tapi jika kita tahu teknik untuk mengatasinya, bebanan bukan masalah lagi.


Soal teman hidup, entahlah.. tidak di nafikan, memang ramai kawan - kawan baik dari sekolah rendah, menengah dan universiti dah melangsungkan perkahwinan. Tahun ini sahaja mungkin dalam 30 jemputan. hehe soal jodoh ni, memang unik. Kalau tiada jodoh tu, usaha macamana pun pasti menemui kegagalan, tapi jika jodohnya benar, hari ini berkenalan esok masuk meminang pun boleh..


Jadinya, aku hanya menjelaskan, di sini, aku tiada azam khusus yang perlu aku laksanakan untuk tahun hadapan, mungkin memiliki kereta, bertunang, atau kedua - duanya sekali, hehee.. Tapi tu pun dah hujung tahun 2011 agaknya, duit simpanan pun belum berat lagi keh3.. Ada sesiapa yang nak tolong penuhkan tabung ke?


Oh ya, sebelum terlupa, pasal blog ni, tiada perubahan besar yang aku lakukan. aku mengurangkan 1 blog entri dalam laman utama, menjadikan 2 blog entri sahaja di paparan laman utama, dan aku telah menyusun semula semua pautan blogger ke pages yang lebih spesifik. Dan penggunaan autoslide yang lebih comel dengan penggunaan icon, miahahaaa.. konon comel la sangat..


Untuk entri tahun depan, aku merangkakan 5 topik utama yang akan aku rotate, 3 kali dalam sebulan iaitu, 1. Kerjaya 2. Pendapat/Isu 3. Kenangan 4. Blogging dan 5. tips/petua. Semoga terlaksana, itu pun kalau takde aral melintang. Bertukar ke wordpress? Entahlah, sebarang cadangan?


Ok lah aku rasa sampai di sini saja. Sebelum terlupa, aku ingin mengucapkan Selamat Hari UlangTahun ke 21 buat cikbelog, pada 31 Disember 2010 ini. Semoga ceria selalu.


Terima Kasih ~ Datang Lagi

Entry Terbaik

/ December 26, 2010 /
Selamat Datang Ke padinno.com


Lama sungguh rasanya meninggalkan lapangan ni, bukanlah terasa kekok, mahupun rindu, cuma ada kesempatan rasanya untuk aku mengemaskini dan menambah blog entri untuk tahun 2010 ni. Yelah, berada di kampung ni, bukan boleh harap sangat penggunaan broadband ni hehee..


Baru - baru ini, sahabat kita, Belalang telah memilih aku untuk menyertai Segmen Entry Terbaik kelolaan beliau sendiri. Secara ringkasnya, segmen ini bukanlah suatu peraduan, cuma ia adalah merupakan salah satu pendekatan untuk kita, blogger mengetengahkan blog entry yang di rasakan terbaik, di samping mempromosi blog ke rakan - rakan lain.

segmen entry terbaik
Bagi padinno.com. blog entry yang terbaik aku rasakan adalah "Berwaspadalah".. Dalam blog entri ini, ada sedikit sebanyak menerangkan etika kita dalam menulis blog. Bagi pendapat aku sendiri, dalam apa jua hal pun, mesti ada peraturan, tatasusila dan protokolnya, cuma mungkin berbeza dari tahap serius atau tidak dalam sesuatu perkara.


Jadi dalam penulisan blog pun, mesti ada etika yang perlu kita ambil tahu dan perlu buat. Kebanyakan dari kita sering mengambil jalan mudah, seperti "blog aku, ikut suka aku lah"..tapi cuba fikirkan semula, jika itu blog anda, dan anda punya suka, kenapa anda canangkan perkara itu kepada global? kenapa tidak catitkan sahaja di dalam diari harian? ngee~


Sekali anda menulis untuk pembaca umum, jadi anda perlu bertanggungjawab di atas apa yang anda tulis dan apa orang lain baca. Mungkin, orang akan mengikut apa yang kita anjurkan atau sebaliknya. Itulah sedikit intipati dalam blog entri tersebut, untuk bacaan penuh, boleh baca di sini.


Tugas seterusnya aku serahkan kepada
1. cikbelog - entri yang aku suka, Entry ini.. hehee
2. gnesop - entri yang aku suka, Entry ini.. hehee


Umm..kepada cikbelog dan gnesop, jangan lupa terjah blog Belalang kalau nak tahu lebih lanjut mengenai segmen Entry terbaik ni hehee.. umm aku rasa setakat ini sahaja lah aku kemaskini blog nih.. oh ya, sebelum terlupa, kepada kawan - kawan...


Kalau anda, anda dan anda rasa header padinno.com menarik, so jangan lupa undi untuk header ini ya di blog 2dayblogger.com ni, hehee.. undian akan berlangsung 26hb hingga 30hb kalau tak salah aku lah.. aku pun tak pasti camne bentuk undiannya, bukan peraduan, cuma untuk memeriahkan lagi arena blogging ni. untuk kita - kita aja, kan? hehee..




Terima Kasih ~ Datang Lagi

padinno @ 2010

/ December 19, 2010 /
Selamat Datang Ke padinno.com


Seperti yang aku rencanakan pada blog entri lepas, kini aku sedang berehat dan menanti waktu untuk pulang ke kampung halaman. Hanya beberapa perkara yang perlu aku selesaikan sebelum bercuti 8 hari sehingga awal tahun depan.


Jadi, di kesempatan ini, sengaja aku mencari ruang untuk menyimpulkan apa yang berlaku pada padinno.com sepanjang tahun 2010. Pada mana - mana yang mengikuti setiap perkembangan dalam padinno.com, aku ucapkan jutaan terima kasih, tak kira yang lama atau baru, sama sahaja.


padinno.com @ 2010


Secara rasminya, blog ini di mula beroperasi pada 1 September 2009, dan bermula dengan padinno.blogspot.com sebelum bertukar domain pada 12 Ogos 2010.


1. 167 Blog entri
Sepanjang 2010, sejumlah 167 blog entri telah di hasilkan, merangkumi pelbagai label, termasuk tips, panduan, info, tag & award, contest, dan lain - lain. Maklumat penuh boleh tengok pada blog archive, ataupun Site Map. Jumlah blog entri paling tinggi dalam sebulan, adalah pada bulan Oktober dengan 19.


2. Page Views
Sehingga artikel ini di tulis, padinno.com telah mencapai 51,417 hits, di mana hits tertinggi adalah pada bulan Julai dengan 11,017 hits. Berikut merupakan sedikit perincian tentang blog entry popular.

3. Follower
Paparan statistik untuk jumlah pengikut padinno.com adalah 574. Aku amat menghargai setiap pembaca padinno.com, tidak kiralah berstatus follower atau pun tidak, selagi info yang aku berikan, berguna kepada pembaca, itu adalah hadiah kepada anda semua.


4. Contest
padinno.com telah mengadakan 2 kali contest, di mana yang pertama tertutup untuk pengopi tegar sahaja manakala yang kedua, adalah Pertandingan Lukisan Wang. padinno.com juga telah menyertai beberapa contest yang di anjurkan blogger lain, antaranya Pertandingan Header Tercantik, Picture of My Life, dan yang terkini Mahsuri dan Lagendanya.


Di kesempatan ini juga, aku ingin merakamkan terima kasih kepada Cikbelog dan Azmi kerana undangan untuk menyertai pertandingan blog terkemas. Ada masa, aku join ya.


Aku rasa cukup setakat ini sahaja untuk kali ini. Banyak perkara yang masih boleh di simpulkan tapi bagi aku cukuplah sekadar imbasan rawak sahaja. Impian untuk tahun depan, menjadikan padinno.com sebagai salah satu bahan bacaan yang bukan saja santai, malah berinfo untuk pembaca, mudah - mudahan.


Terima Kasih ~ Datang Lagi

Tempoh Bertenang

/ December 16, 2010 /
Selamat Datang Ke padinno.com


Masa menginjak seperti biasa. Detik demi detik, jam, hari dan yang pasti kita sudah menghampiri penghujung untuk 2010. Putaran masa tidak pernah sekali pun gagal mengikut peraturannya, melusuri hari demi hari, dengan pengisian yang di tentukan sendiri oleh penghuninya.


Kanak - kanak tersenyum riang, di saat menghabiskan cuti sekolah, ada yang mengambil kesempatan untuk berkhatan, dan tak kurang juga yang berkunjung ke desa, menziarah datuk dan nenek dan mungkin bercuti dan melancong bersama keluarga baik dalam dan luar negara.


Kilang - kilang di industri juga ada yang memberhentikan pengoperasian, dengan berbagai tujuan. Pastinya, selenggaraan terhadap mesin, dandang atau apa sahaja yang melibatkan pengoperasian perlu di lakukan supaya kecekapan, keselamatan dan tahap keupayaan sesuatu mesin dapat di tingkatkan.


Melihat dari 2 situasi di atas, keperluan tempoh bertenang amat penting dalam menjaga mutu dan prestasi untuk satu jangka masa akan datang. Sepanjang tahun pelajar telah di dedahkan dengan keperluan akademik, maka sekurang - kurangnya mereka di beri masa untuk relaks, bersantai melakukan aktiviti bersama keluarga dan sahabat handai.


Begitu juga dengan di industri. Pengoperasian dandang yang sememangnya kita tahu, berterusan 24 jam tanpa henti, maka elok kiranya dalam suatu tempoh masa, ia perlu di selenggara, di perbaik supaya pengoperasiannya sentiasa berada di dalam tahap terbaik.


cubaan
Aktiviti Masa Lapang


Aku sendiri juga memerlukan tempoh bertenang. Sesekali keluar dari kepompong kerjaya, rasa seronok juga. Bila tengok balik rekod cuti masih banyak berbaki, elok rasanya aku mengambil cuti panjang, boleh juga mengambil kesempatan cuti bersama keluarga di kampung halaman.


Menyorot blog entri Warnnie, "Hidup seorang blogger part-time seperti aku menuntut banyak tugas lain untuk diselesaikan. Jadi, adakalanya blogger memerlukan tempoh bertenang untuk mengumpul semula tenaga yang ada, mungkin juga untuk mencari idea untuk memberikan perubahan dan "rasa" kepada kandungan blog yang semakin lama semakin menjadi sebahagian daripada hidup seseorang blogger itu."


Selain berehat dari kerja, berehat juga dari berblogging - yang sudah di kira rutin harian. Di kesempatan itu, boleh juga memperbaiki minda untuk mengeluarkan idea - idea yang lebih baik dan berguna untuk pembaca. Memasuki tahun kedua bersama padinno.com, maka perlu bagi aku untuk mengemaskini dan memperbaiki segala kekurangan yang ada.


Aku mengharapkan, segala catitan, pengisian dan info yang ada dalam padinno.com ni, kalau tidak dapat memberi sepenuh penjelasan, sekurang - kurangnya memberi idea untuk kita terus mencabar diri kita menjadi yang terbaik.


Note : Kepada Comeybelako, aku dah dapat tahu kesudahan cerita Lingkaran Terkunci : Bilangan 99. hehehee


Terima Kasih ~ Datang Lagi

Mahsuri Dan Lagendanya

/ December 13, 2010 /
Selamat Datang Ke padinno.com


Siapa Mak Lagenda? Persoalan sebegini bukan lagi menjadi kejutan andai anda sudah mengenali gerangan Mak Lagenda. Tapi sedikit sebanyak, blog entri kali ini akan memberi pengenalan ringkas mengenai individu ini, selain bercerita mengenai lagendanya.


Mak Lagenda merupakan seorang isteri, juga ibu kepada 3 orang anak, pekerja dan yang pastinya seorang blogger. Sikapnya yang mudah mesra dan peramah membuatkan beliau cukup di kenali di dunia blog, dan tak mustahil juga di dunia sebenar.


Lagenda Mahsuri

Kalau zaman dahulunya, popular dengan lagenda Mahsuri di tanah Langkawi, kini fenomena lagenda Mahsuri seakan - akan hidup kembali dengan kemunculan LagendaMahsuri.com. Apa yang cuba di dedahkan dalam blog entri kali ini, adalah berkaitan dengan 2 perkara, iaitu Analisis Teknikal dan analisis penulis sendiri.


lagenda mahsuri


Sehingga artikel ini di tulis, kedudukan global Alexa LagendaMahsuri.com adalah 203,494 dan berkedudukan 1,074 dalam Malaysia. Suatu angka yang kelihatan baik, dan aku percaya akan lebih baik di hari akan datang.


Mengikut perkiraan yang di buat menerusi webtool ini, jumlah saiz adalah 2.05 MB dan 280 request, dan menjadikan Lagendamahsuri.com berkedudukan sederhana. Tapi seperti yang sedia maklum, mengenai dua perkara 1. Kalau kita suka blog tu, tunggu lama pun akan tetap tunggu juga; 2. Seringan mana blog tu, kalau perkhidmatan internet terganggu, jadi lambat juga. Jadi, ini bukan masalah besar.


Cuma, sebagai pandangan peribadi atau sebagai altenatif penambahbaikan, pemilihan dalam meletakkan widget yang bersesuaian sahaja di halaman utama mungkin boleh membantu. Tool lain yang boleh di gunakan untuk menguji prestasi kandungan blog boleh rujuk di sini.


C. Broken Link atau 404 Error
Meminimakan error dalam blog merupakan langkah penting juga untuk blog lebih mudah di index atau lebih mesra enjin carian. Aku pun tak pasti macamana untuk menganalisis 404 error dalam lagendamahsuri.com, cuma mungkin tutorial bagaimana membuang error 404 ini boleh membantu pemilik melakukan analisis sendiri.


D. SEO dan keywords
Jujur, aku pun tak tahu untuk menilai, tapi jangan risau. Di luar sana, bermacam - macam SEO tools yang boleh di gunakan. Mungkin, pemilik boleh mencuba satu persatu dan cuba membandingkan dengan blog lain, dan boleh melakukan analisa sendiri bagi tujuan penambahbaikan.


Cuma, pernyataan umum, lebih kerap kita muncul, lebih mudah untuk di kenali. Penerangannya,lebih kerap kita mengemaskini (menulis) blog entri, lebih mudah untuk enjin carian mengenali kita. Pengulangan kata kunci yang kerap juga boleh membantu menaikkan keywords density.


E. Blog Layout/ Template
Aku merasakan, lagendamahsuri.com berada dalam kelas tersendiri. Persembahan yang kemas, menarik merupakan ciri utama menjadikan blog ini di senangi ramai. Menggunakan tema ungu, jelas mempamerkan ketenangan dan menggamit kemesraan kepada pembaca.


F. Blog Entri
Kekuatan sebenar lagendamahsuri.com bukan terletak pada huruf "ta", tetapi pada pengisian dalam setiap blog entrinya. Penulisan yang ikhlas, sesekali mengikut emosi, membuatkan pembaca merasakan apa yang sebenarnya ingin di kongsi oleh penulis.


Tidak hairan, kenapa aku sukar untuk memilih 3 blog entri terbaik dalam lagendamahsuri.com. Sampai "kejang" laptop aku, dek kerana membuka banyak tab sekaligus hahaaa... semua yang terbaik, tapi 3 antara yang terbaik adalah



G. Rumusan
Seperti yang di perkatakan saudara Gnesop dalam program blog reviewnya, lagendamahsuri.com berada dalam landasan terbaik untuk terus maju. Semangat yang di tonjolkan oleh penulis juga boleh di contohi oleh anak - anak muda yang ingin serius berblog seperti Mak Lagenda.


Sebelum terlupa, lagendamahsuri.com kini sedang hangat dengan Contest Terjah dan Geledah, jadi sesiapa yang ada kelapangan dan ingin mencuba nasib, bolehlah turut serta dalam memeriahkan acara. Segala maklumat berkaitan contest, boleh rujuk di blog lagendamahsuri.com.


Aku pun tak pasti penulisan sebegini boleh di kira menyertai contest, tapi apa yang pasti, aku tergerak untuk melakukan sedikit review berkenaan blog tu, sebab Mak adalah antara blogger awal yang memeriahkan padinno kopitiam suatu masa dahulu. Di harap, Mak berpuas hati dan blog entri ini ikhlas untuk lagendamahsuri.com.


Terima Kasih ~ Datang Lagi

Watak Kartun Kegemaran

/ December 11, 2010 /
Selamat Datang Ke padinno.com


Zaman kanak - kanak memang sukar di lupakan. Tatkala melihat gelagat kanak - kanak masakini, mungkin banyak perbezaan, tapi suasana dan ragam mereka menggamit kenangan masa lalu, yang menjadi memori indah sampai bila - bila. Mungkin lebih terkesan jika pengalaman itu di rakamkan dalam bentuk gambar.


Apa yang aku perhati dan simpulkan secara kasar, pendedahan awal mungkin menjadi panduan dalam penentuan minat dan kemahiran mereka. Samada setuju atau tidak, suka aku menyatakan ini hanya pemerhatian peribadi, dan tidak mengatakan ini adalah fakta.


Melihat beberapa senario, ia berkaitan dengan keadaan semasa dan cara pengendalian pemikiran kanak - kanak itu sendiri. Apa yang aku cuba sampaikan dalam blog entri kali ini, berdasarkan pengalaman aku di waktu kanak - kanak, dan kesannya sehingga kini.


Aku suka membaca komik kungfu Hong Kong (telah di alih bahasa dalam Bahasa Malaysia). Mungkin rakan sebaya masa ini ada yang minat sama, atau tertumpu kepada Doraemon, Mutiara Naga, Ultraman dan lain - lain. Aku pun minat juga, tapi bertukar - tukar la dengan kawan, tak perlu nak buat koleksi untuk kesemua jenis buku.


Buku yang aku maksudkan ialah bertajuk Lingkaran Terkunci. mengisahkan tentang konflik beberapa nama besar dalam penentuan ketuanan dalam Wilayah Tibet, suatu masa dahulu. Tapi, aku tidak dapat mengikuti sambungan kisah ini kerana koleksi aku hanya sehingga Bilangan 99, di mana Bilangan 100 telah di tukar kepada cerita lain. Pelik? Aku pun pelik.

lukisan lingkaran terkunci
Antara watak kartun yang paling aku gemari, ialah semestinya hero, Si Montok (Wong Ling), seorang remaja yang tabah, berani dan setia dalam meneruskan perjuangan ayahnya, Pendekar Wong. Dan juga, watak penjahat paling kejam yang cool, Pendekar Kebal. Perencanaan cerita ini sangat menarik, menjadikan aku sanggup berlapar di sekolah, demi menyimpan sedikit duit untuk membeli buku ini, yang di terbitkan 2 kali sebulan.

lingkaran terkunci
Karakter pahlawan - pahlawan dalam komik tersebut secara tidak langsung mendorong aku untuk turut serta menjadi pahlawan juga. Kain di ikat di kepala, di lilit di pinggang, dan meminta mak aku untuk menjahitkan persalinan seperti Pendekar Kebal. Sayangnya, tak dapat nak di abadikan dalam bentuk gambar.

lingkaran terkunci

Dan, pernah juga aku meminta abah aku untuk membeli kasut getah, semata - mata mahu seperti Si Montok semasa berumur 7 tahun. Puas mencari, tiada saiz yang sesuai, maka pulang dengan hampa. Apa yang ada, aku belasah je kasut orang tua tu, he he he..


Dan kesannya hingga kini, Tony Wong merupakan inspirasi aku dalam melukis manusia. Lukisannya memang cantik, pergerakan sewaktu berlawan, dan permandangan. Dari masa ke masa, aku menjadikan lukisannya sebagai panduan untuk melukis manusia, dengan pergerakan dan keadaan yang betul dan sempurna.


Secara peribadi, minat melukis di inspirasikan melalui komik ini, dan berkali - kali melakukan percubaan, akhirnya kini aku boleh melukis karakter sendiri tanpa terikut - ikut dengan watak Tony Wong. Nak lawan sifu, memang takde peluang, tapi sekurang - kurangnya, nak bagi yang tersayang senyum, kira bolehlah, hee..


Jadi, apa yang dapat di simpulkan, pendedahan kepada sesuatu perkara, selain dapat mendorong minat, ia juga dapat membentuk kemahiran seseorang.


Note : Wachak, tak dapat nak join bloglarian, berjalan pun semput ni hehee..


Terima Kasih ~ Datang Lagi

Tips Memilih Domain

/ December 8, 2010 /
Selamat Datang Ke padinno.com


Memilih domain yang bersesuaian merupakan salah satu alternatif dalam menarik pengunjung, selain beberapa tips lain yang agak praktikal seperti kaedah blogwalking, exchange link, mendaftar di blog directory dan lain - lain.


Untuk blog entri kali ini, perkongsian mengenai tips pemilihan domain mungkin boleh membantu juga. Jadi kepada individu atau organisasi yang ingin menggunakan domain sendiri, sedikit sebanyak boleh merujuk kepada perkara di bawah.


score domain padinno

1. Ringkas
Sebaiknya, bina domain di bawah 10 huruf. Lebih pendek, lebih baik. Bukan sahaja mudah di ingati, malah mengurangkan kesilapan jika di bandingkan dengan domain yang mempunyai 50 huruf.

Contoh terbaik : google.com, padinno.com
Contoh Janggal : bloginiakuyangpunya.com, mengapamembisusahaja.com, keprihatinanaku.com


2. Nama yang mudah di ingati (memorable name)
Domain yang mudah menjamin pengulangan kunjungan. Walaupun pengunjung suka pada blog kita, tapi kalau sukar untuk mengingati, menyukarkan mereka untuk berkunjung semula, dan menghilangkan sumber trafik anda. Domain unik juga mungkin lebih di ingati

Contoh terbaik : tehramuan.com, padinno.com
Contoh Janggal : 4r4hk1t4BeRbeza.com


3. Elakkan penggunaan simbol dan nombor
Elak dari menggunakan simbol atau nombor dalam memilih domain, kerana tidak membawa sebarang maksud dalam sebarang carian. Merugikan.


4. Gunakan relevan Top-Level-Domain (TLD)
Menggunakan TLD yang bersesuaian boleh membantu, walaupun bukanlah kriteria utama. Dapatkan .com, atau mungkin .net, .org dan .gov. Pautan wikipedia menerangkan berkenaan TLD.


5. Sound brandable?
Jika domain yang di pilih seperti penjenamaan, ia merupakan pilihan yang terbaik. Walaupun buat masa ini seperti bukan apa yang di jangkakan, mana tahu akan datang ia merupakan satu jenama rebutan. Tambah pulak, jarang orang suka pada jenama yang menjengkelkan.


Contoh Terbaik : padinno.com
Contoh Janggal : syurasukashusyi.com


Rujukan Utama : Tips memilih Domain


Hehee.. Kalau tengok, domain untuk padinno.com mendapat Score A. hehee.. detail boleh tengok pautan ini. Jadi kepada sesiapa yang berminat untuk memiliki domain sendiri, bolehlah mengikut tips ini, dan boleh periksa sejauh mana score untuk domain tersebut.


Terima Kasih ~ Datang Lagi

Bicara Tentang Blogwalking

/ December 6, 2010 /
Selamat Datang Ke padinno.com


Masih segar dengan persembahan Natrah yang memukau, namum fokus kepada kerjaya tidak juga di lupakan. Sesekali menenangkan diri dengan aktiviti yang berbeza, apa salahnya. Kalau berpeluang lagi di masa akan datang, rasa berminat juga untuk menonton persembahan lain.


Blog entri kali ini, aku cuba membawakan perbincangan, atau molek lagi di sebut bual bicara santai tentang blogwalking. Umum, blogwalking sangat popular di kalangan blogger atau penulis persendirian untuk mempromosi dan menggerakkan blog. Tujuan promosi mungkin berbeza, mengikut agenda penulis atau pembina blog yang berkenaan.


Kalau di lihat, blogwalking ini merupakan sesi serampang dua mata, di mana di samping menggerakkan blog melalui promosi yang berterusan ke blog - blog lain, dapat juga menambah kenalan selain menjana bilangan pengunjung yang bersesuaian untuk tujuan pendapatan sampingan.


Tidak di nafikan, blogwalking merupakan cara terpantas untuk mempromosi blog. Bagi pendatang baru (blogger baru), kaedah blogwalking dapat membantu memperkenalkan blog mereka dalam masa pantas. Tidak hairan, blog yang berusia 4 bulan (sekadar contoh) mampu menyaingi statistik blog yang sudah lama, jika, usaha blogwalking berterusan dari hari ke hari.


award
Dari sudut positif, blogwalking amat bagus untuk menjana jumlah pengunjung yang ramai, memperkenalkan blog, selain mempromosi atau mencanangkan apa sahaja yang di tulis oleh penulis. Maaf la, skema betul ayat ni,huu.. Tapi....


Masih banyak juga persoalan yang boleh timbul. Tak kisah jika anda, anda dan anda juga tidak bersetuju, tapi melalui pendapat peribadi aku, sampai bila perlu berblogwalking? Juga, adakah pelawat dari blogwalking ini sekadar membalas kunjungan, dan mungkin terlepas info berguna dalam blog yang di lawatinya?


Ada di antaranya memang hebat dalam sesi blogwalking, di mana - mana ada meninggalkan jejak, tapi apa yang di promosikan? Sedangkan blog entri jarang di kemaskini, dan juga kurang mendapat sambutan dalam mendapatkan tindak balas seperti komen, cadangan dan lain - lain.


Tidak. Aku menulis entri ini bukan untuk menafikan hak seorang blogger, cuma berbincang dan memberi pendapat. Sebab apa, banyak kali juga aku terbaca "kalau tak blogwalking, trafik ciput je la"..(dan seumpamanya). Apa kata, kita ubah pemikiran, dan mencuba "bagaimana untuk maintainkan trafik kalau aku tak blogwalking ya?"


Aku juga belum mahir dalam mengendalikan kes macam ni, masih tercari - cari, masih dalam proses belajar, cuma apa yang aku boleh kongsikan, jangan sombong dan malas. Itu sahaja. Jangan malas, eh tak boleh tulis macam ni sebenarnya. Rajinkanlah diri untuk membaca posting orang lain, dan rajinkan juga untuk meninggalkan komen, cadangan, pendapat atau lain - lain.


Tipulah kan kalau posting korang, di komen, tapi korang tak suka. Hahaha.. Aku sendiri teruja kalau aku tulis berjela - jela, skema, masih ada yang sudi baca dan tinggalkan komen, suarakan pendapat. Jadi dari situ ada hubungan dua hala, dan mungkin dari situ korang akan mendapat loyal reader(s).


Nak tulis panjang, ada yang nak baca lagi ke, hehee.. Takpelah, cukup la setakat ni je. Kalau ada yang rasa nak luahkan pendapat, setuju atau tak setuju, bolehlah kita bincangkan di ruangan komen. Itu sebab aku suka pakai disqus, sebab senang nak berbincang banyak hala, hee silakan.


Terima Kasih ~ Datang Lagi

Natrah

/ December 5, 2010 /
Selamat Datang Ke padinno.com


Pengalaman kali pertama menjejakkan kaki ke dalam Panggung Sari, Istana Budaya amat mengujakan. Kalau sebelum ini hanya mendengar dan membaca petikan dari akhbar dan majalah, kini aku menyaksikan sendiri kehebatan panggung seni ini.


4 Disember, bersamaan hari Sabtu, aku bersama 25 pelajar IKM Johor Bahru, beserta 9 lagi tenaga pengajar yang lain mengikuti program menonton teater Natrah : Musim Kedua, Istana Budaya, Kuala Lumpur. Kumpulan kami di beri promosi dengan separuh harga, dan kami memilih harga yang paling rendah, bersamaan RM15.


Kedudukan kami dalam dewan tidaklah teruk sangat. Berada di barisan pertengahan, dan mendapat sudut pandang yang baik untuk keseluruhan persembahan. 2 jam persembahan, nyata tidak membosankan, malah sangat mengujakan. Persembahan yang di selang selikan dengan tarian dan nyanyian benar - benar membawa penonton hanyut dalam Natrah.


Secara ringkasnya, Natrah mengisahkan Huberdina Maria Hertogh, gadis keturunan Belanda yang di serahkan ibunya, Adelaine kepada Che Aminah untuk dipelihara tanpa pengetahuan bapanya, Sarjan Adrianus Petrus Hertogh kerana telah di tawan tentera Jepun. Maria telah di beri nama Natrah, dan hidup dalam suasana dan pendidikan Islam.


Sarjan Hertogh di bebaskan selepas pengeboman Hiroshima dan Nagasaki, dan pulang ke Jawa untuk mencari anaknya, Maria. Natrah di jumpai oleh Arthur Locke, Penasihat British di Terengganu sewaktu pertunjukan senaman di padang Sekolah Perempuan Melayu Chukai. Natrah di bawa oleh Che Aminah ke Singapura atas perancangan dan muslihat Sarjan Hertogh.


natrah
Bersama Author Locke

Berlaku perebutan hak penjagaan Natrah di antara Che Aminah dan ibu bap kandungnya. Konflik agama dan isu penjagaan yang telah menyebabkan rusuhan di Singapura. Akhirnya pihak mahkamah memutuskan Natrah milik ibu bapa kandungnya. Persoalan timbul di akhir persembahan di mana saat Natrah menghembuskan nafas terakhir, tidak di ketahui samada dia masih dalam Islam atau sebaliknya.


Aku tak dapat mengulas lanjut mengenai keseluruhan cerita kerana aku pun tak tahu sangat kisah ni. Mungkin untuk lebih pemahaman, aku perlu melakukan pembacaan lain. Yang jelas, bagi aku yang kali pertama menonton teater, persembahan Natrah amat mengujakan.


Terima Kasih ~ Datang Lagi

Kualiti Pemikat Pengunjung

/ December 3, 2010 /
Selamat Datang Ke padinno.com


Seringkali kita dengar bual bicara baik di kedai kopi, pusat membeli belah, dan tidak kurang juga di beranda rumah, mereka membicarakan tentang kualiti. Kualiti sehelai baju, sepasang kasut, atau rancangan di televisyen. Masing - masing punya idea sendiri menyatakan sejauh mana berkualitinya barangan atau perkhidmatan tersebut.


Apakah definisi kualiti? Menurut MS ISO 9000, definisi kualiti ialah keseluruhan ciri - ciri sesuatu entiti (produk atau perkhidmatan) yang dapat memenuhi kehendak pelanggan yang di nyatakan dan yang tersirat.


Jelas, di nyatakan melalui definisi tersebut bahawa produk atau perkhidmatan yang berkualiti adalah yang mana dapat memenuhi kehendak pelanggan. Itu yang menjadikan ia lebih menarik. Perbezaan kehendak dan citarasa pelanggan yang pelbagai menyediakan laluan mudah bagi sesebuah organisasi/penyedia perkhidmatan untuk lebih maju dan mencapai sasaran kualiti.


Penyediaan produk atau perkhidmatan yang bermutu selain teknik penjenamaan di lihat mampu mewujudkan situasi menang - menang (win - win situation). Contoh yang hampir dengan kita, penjualan produk makanan. Penjenamaan seperti KFC, Pizza Hut (sekadar contoh) sama padan dengan kualiti makanan yang di sediakan.


thumbs up

"Sedap hingga menjilat jari" seperti sebati dengan penggemar KFC, terutama kanak - kanak. Produk tersebut sedap sehinggakan baki yang berada di jari juga turut di jilat. Itu menandakan promosi serta kualiti produk yang di sediakan adalah setara. Jika kita lihat, pernahkah pengunjung berkurangan di tempat - tempat seperti ini?


Bagaimana pula dengan kedai kecil di tepi jalan yang turut menyediakan produk makanan? Adakah perlu mengiklankan atau menjenamakan produknya, yang kadang - kadang laku dan kadangkala tidak? Jawapan aku, mudah. Perbaiki kualiti.


Bagi aku, kalau makanan, rasa adalah yang paling utama. Tentang harga dan kuantiti, itu perkara kedua. Konsepnya mudah, jika makanan sedap, dalam erti kata berkualiti, pengunjung akan datang, datang dan datang lagi. Seperti kata orang, mulut manusia ni tak dapat di tutup. Mungkin, dari sudut positif, mereka akan menceritakan kesedapan makanan tersebut pada rakan lain, secara tidak langsung mempromosikan produk tersebut.


Apa yang aku cuba kaitkan kualiti dengan blog entri kali ini, ada suatu kedai makan kecil di tepi jalan, bersebelahan stesen minyak Petronas, di Bandar Baru UDA, Johor Bahru. Pada awalnya, aku perhatikan kedai tu memang agak tersorok, dan kurang pengunjung. Tetapi dari hari ke hari, aku tengok makin ramai pengunjungnya.


Pohon kayu reput yang di jadikan tempat duduk pelanggan kini dah bertukar kepada kerusi dan meja yang lebih baik. 2 biji khemah di sediakan untuk pelanggan yang makan di situ. Selain menyediakan Nasi Ambang, peniaga tersebut menyediakan cendol. Kombinasi yang menarik aku rasa. Kini, aku rasa makcik tu dah berjaya.


Aku juga merupakan seorang pelanggannya. Dalam seminggu, boleh kata 2 atau 3 hari akan makan tengahari di situ. Di sebabkan pelanggan yang kian bertambah, aku akan keluar awal, sekitar 12:30 tengah hari untuk mengelakkan menunggu terlalu lama. Apa yang boleh aku simpulkan, kualiti sesuatu produk atau perkhidmatan merupakan kunci untuk menarik pengunjung.


Note : Boleh aplikasikan juga dalam berblogging nih


Terima Kasih ~ Datang Lagi

6 Cara Elak Mengantuk

/ December 1, 2010 /

Selamat Datang Ke padinno.com

Masalah mengantuk ni memang biasa di alami manusia. Mengantuk di tempat kerja, sewaktu menghadiri kuliah dan tak kurang juga ketika mendengar ceramah. Apa punca - punca mengantuk ni? Kalau di ikutkan, banyak faktor yang boleh menyumbang kepada gejala yang kurang sihat ni.

Mungkin bosan mendengar kuliah, atau keadaan sekeliling yang menjadi mangkin untuk berasa mengantuk. Tambahan pula, kalau orang itu berjaga malam, atau lebih mudah dikatakan tidak cukup rehat. Dari segi sains, mengantuk ni berpunca dari kurangnya oksigen masuk ke dalam otak.

Semasa belajar dulu, aku di kategorikan manusia yang jenis cepat mengantuk juga. Kelas baru sahaja melangkaui beberapa minit, mata dah berat je. Tambah pula sekarang keadaan kerja yang agak selesa, ruang pejabat yang dingin, aman dan tenang menjadikan mata lebih mudah untuk tertidur.

Pelbagai cara boleh di lakukan untuk mengatasi masalah ini. Di sini, aku kongsikan cara aku untuk menghilangkan rasa mengantuk, baik sewaktu di dalam dewan kuliah/kelas atau pun semasa bekerja.



6 Cara Elak Mengantuk
  • Lakukan pergerakan ringkas
Pergerakan yang ringkas kadang - kadang boleh menghilangkan rasa mengantuk. Mematahkan jari, menggelengkan kepala, dan meminta rakan di sebelah untuk mengurut juga boleh membantu. Tapi kalau pergerakan sebegini masih gagal melawan rasa tersebut, mungkin boleh guna cara kedua;

  • Lakukan pergerakan tak ringkas
Kalau ringkas tak jalan, boleh gunakan kaedah pergerakan tak ringkas, hahaa.. contohnya, keluar dari dewan kuliah/ruang pejabat. Berjalan dengan laju, berlari atau pun menunggang motorsikal, dan pergilah ke bilik air untuk mencuci muka, atau kalau nak lagi hebat, pergi ke kantin - minum ekekee

  • Rehat kan minda
Kadangkala kalau kelas teori selama 2 jam, otak pun jadi tepu dan menjadi faktor untuk mengantuk. Jadi, untuk merehatkan minda, apa kata anda melukis/ melakar/ menconteng buku nota. Ini kaedah yang aku gunakan sewaktu kelas teori dulu. Kalau tengok semula nota - nota lama, setiap helaian mesti ada kartun, permandangan atau gambar - gambar yang aku sendiri tak tahu objeknya.

  • Merokok sambil mendengar radio
Kalau di tempat kerja, keadaan yang sunyi sepi juga boleh mendorong rasa mengantuk. Jadi, bagi yang merokok, mungkin dengan kaedah ini boleh membantu. Pasangkan lagu secara santai, dan ajuklah lagu tersebut. Kalau pasang kuat - kuat, tunggu je la kasut hinggap di telinga atau pipi, mujur kalau sipi - sipi.

  • Berbual
Berbual dengan rakan sebelah, dapat mengelakkan kita berasa bosan dan mengantuk. Tapi jangan sampai mulut bekerja, tapi tangan terhenti. Mungkin boleh bercerita tentang sesuatu yang menyeronokkan. Bagi lelaki, kalau berbual tentang kereta, perempuan dan kahwin, pastinya menyegarkan. [ mungkin].

  • Tidur je lah..
Kalau semua langkah di atas masih belum berjaya melawan rasa mengantuk, aku cadangkan korang tidur je lah. tidur dalam 5 - 10 minit. Bila terjaga, pasti anda akan berasa segar semula. Tapi jangan sampai berjam - jam tidur. Itu bukan kategori mengantuk, itu kategori "nak berhenti kerja" tu


Ok la, aku rasa itu je cara - cara aku untuk menghilangkan rasa mengantuk. Entahlah, mungkin gaya hidup dah berubah, aku rasa cepat betul rasa mengantuk sekarang ni. Kalau tiada kuliah, aku banyak menghabiskan masa di pejabat, dan bila mula mengantuk, aku tidur je. Terlajak juga sejam dua hehe.. Adios


Terima Kasih ~ Datang Lagi

Archives

Facebook Pages

 
Lifestyle BlogsReal Time Web Analytics
Copyright © 2009-2017 padinrose - Tips, Hobi dan Motivasi, All rights reserved | Disclaimer | Sitemap