padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

Hanya Tempat KeTiga

/ November 29, 2010 /
Selamat Datang Ke padinno.com


Hari Sabtu tempoh hari, aku bersama rakan staff lain menyertai pertandingan bolasepak 9 sebelah, yang di anjurkan Badan Sukan Pelatih IKM Johor Bahru. Penyertaan boleh kata memuaskan, penglibatan pelajar bagi setiap kursus boleh di banggakan sekalipun ada 3 kursus yang menarik diri.


Perlawanan bermula seawal jam 9 dan berakhir pada jam 2 petang. Setiap perlawanan memakan masa 7 - 1 -7 minit. Pasukan di bahagikan dalam 4 kumpulan, di mana 2 pasukan teratas akan layak ke pusingan suku akhir.


Pasukan staff bermula baik di peringkat kumpulan, dengan menewaskan Pasukan Pembuatan dengan jaringan 1 - 0. Pada perlawanan kedua, pasukan staff sekali lagi mudah menundukkan pasukan DTMG, 2 - 0. Dalam perlawanan ini, aku turut menyumbangkan satu gol.


pasukan bola ikm jb
Tuah si pemakai Nike Mercurial Vapor Victory ni nampak baik apabila berjaya sekali lagi menjaringkan gol pendahuluan di suku akhir, sebelum keputusan perlawanan berakhir dengan kedudukan seri, 2 -2. Pemenang di tentukan menerusi penentuan sepakan penalti.


Bagi aku, pertama kali menggalas tugas untuk mengambil sepakan, berasa amat sukar rasanya. Menjadi penyepak ketiga, rasa gemuruh tu dah berkurangan juga. Tendangan yang di buat rendah ke kanan, dan penjaga gawang meneka dengan tepat, nasib baik bola tu pergi laju dan melangkaui penjaga gol.. Fuhh.. pasukan staff menang 4 - 2.


Di peringkat separuh akhir, mungkin faktor umur dan stamina, pasukan staff terpaksa akur dan tunduk 1 -2 kepada pasukan Maritim (juara kejohanan). Menjelang tengahari, rata - rata pemain pasukan staff seakan meminta nyawa kedua, termasuk aku untuk meneruskan permainan. Atas persetujuan pasukan lawan, penentuan tempat ketiga dan keempat di tentukan menerusi sepakan penalti sahaja.


Akhirnya, pasukan staff berjaya mengenepikan cabaran pasukan Air-cond dengan keputusan 4 - 2. Walaupun berada di tempat ketiga, aku masih berpuas hati kerana setiap perlawanan, aku di turunkan sebagai pemain penyerang utama. Seperti yang aku idamkan dulu, kurang dari setahun aku berjaya menambat hati pengurus untuk menjadi pemain utama pasukan IKM JB.

padinno 9
Kini, hanya satu. Aku berharap akan sentiasa menjaringkan gol pada setiap perlawanan, dan mungkin akan bergelar goal machine, sebaris dengan senior yang ada dalam pasukan. Tiada apa yang dapat menggembirakan aku, bila di beri kepercayaan menyarung jersi no 9, nombor tuah aku selama ini dalam sukan bolasepak.


Apa pun, kerjasama berpasukan amat di hargai. Sebagai organisasi yang bertindak mencapai tujuan dan hasrat yang sama, kerjasama merupakan perkara terpenting. Sama dalam kehidupan, bantu - membantu merupakan amalan murni yang perlu sentiasa kita amalkan.


Terima Kasih ~ Datang Lagi

Kemas Kini Blog

/ November 28, 2010 /
Selamat Datang Ke padinno.com


Bercuti di hujung minggu memang amat di nantikan. Bagi yang dah bekeluarga sendiri, saat ni amat berharga untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Ada yang memilih untuk melancong, membeli belah dan mungkin bersiar - siar.


Cuti kali ni, aku memilih untuk berehat - rehat, maksudnya aku lebihkan sedikit masa untuk berblog ni. Yelah, sekarang musim hujan, jadi mood pun agak kureng nak bersiar - siar. Jadi aku peruntukkan lebih masa untuk menyemak, menilai dan memperbaiki blog aku ni, tak kira la dari segi pengisian, susun atur, dan juga dari segi teknikal.


Bagi aku, sekali sekala (sebulan sekali dah cukup rasanya) kena juga perbaiki lagi segala kandungan yang ada. Mungkin ada sesetengah perkara dah tak relevan dengan keadaan semasa. Aku selalu juga menyemak prestasi, error dan macam - macam lagi la. Dari situ kita boleh perbaiki segala kelemahan yang ada.


Apa yang aku buat, aku akan periksa broken link dalam blog ni. Kalau banyak sangat error, orang pun menyampah kan. Pautan yang kita sediakan memang bertujuan untuk orang lain terjah (bagi yang berminat), tapi kalau dah error je, susah juga. Google pun menyarankan minimakan error dan kalau boleh tiada langsung.


Kedua, aku akan periksa kelajuan blog nih.. Kita kena prihatin, kelajuan khidmat jalur lebar di negara ini masih belum boleh di banggakan, jadi kita kena pilih yang terbaik supaya pembaca/pengunjung tidak menunggu terlalu lama. Setakat yang aku periksa, blog ni hanya memakan masa 3.54 s untuk full page loading.


load speed padinno

Ketiga, aku akan membaca dan terus membaca bagaimana untuk mengoptimakan blog ni dalam enjin carian. Dari segi teknikal mahupun taktikal. Penggunaan keywords yang sesuai boleh membantu, selain kaedah yang di anjurkan oleh google sendiri. Jadi, kepada yang berminat, jangan sesekali berputus asa dan sentiasa belajar.


Keempat, aku akan perbaiki dari segi kandungan. Baik blog entri, mahupun perkara lain, seperti kandungan di dalam pages dan sidebar. Aku memilih untuk tidak meletakkan sebarang statistik dalam ni, ( contohnya : alexa rank, total visitor dll) sebab benda tu ada di tempat yang lain. So, buat apa kita nak letak lagi, in case kalau nak tunjuk Alexa Rank kita no 1, baru aku letak. Google pun tak letak, kan.


Dari semasa ke semasa juga, aku akan teliti dan analisis sendiri juga bentuk penulisan yang macamana orang suka dalam blog ni. Berekperimentasi dalam melakukan perkara tu adalah terbaik. Thomas Edison pun melakukan lebih 6000 ujikaji sebelum terciptanya lampu, yang menerangi dunia kita sekarang ni.


Aku rasa, cukup setakat sini saja. Blog entri yang menceritakan apa yang aku buat bila ada masa lapang sewaktu menghadap blog ni. Kalau pembaca ada kisah masa lapang yang menarik terutamanya ketika membelek blog (bloggers), boleh kongsikan di ruangan komen.


Terima Kasih ~ Datang Lagi

Rahsia Warna

/ November 26, 2010 /
Selamat Datang Ke padinno.com


Dalam lestari hidup, memang tidak dapat di pisahkan dengan warna. Kepelbagaian warna menjadikan suasana lebih ceria, menarik, bermakna dan menaikkan inspirasi. Andainya dunia ini hanya sewarna, maka susah kita nak meneka bagaimana bentuk tubuh manusia, rekabentuk bangunan KLCC, ataupun membaca blog. [ wakakaka ]


Warna dapat mengubah citarasa, mempengaruhi cara pandang kita akan ruang , menutupi keketidaksempurnaan dan mewujudkan suasana atau kenyamanan yang unik untuk semua orang. Warna adalah cara yang paling pantas dan paling kuat untuk menghadirkan transformasi dan melahirkan perspektif-perspektif baru. Warna adalah salah satu inspirasi paling berharga dunia yang paling mudah didapati. Sumber : Wiki


Pernah aku terbaca, warna ni jugak boleh melambangkan keperibadian. Juga, boleh menimbulkan mood tertentu dan sebagai daya penarik kepada sesuatu perkara yang ingin di promosikan. Contohnya, biru merupakan warna selamat untuk kita hiasi di bilik tidur, suasana yang menyamankan, tapi awas, jangan terlalu lena, takut nanti lewat pergi kerja.


Kalau di ruang legar makan, seeloknya kita penuhi dengan warna terang seperti kuning, oren dan merah. Warna ini dapat menaikkan keghairahan untuk makan. Bahaya juga bagi orang yang sedang berdiet, lalu je kawasan dapur, terus tak jadi nak diet. Bagi pasangan yang mempunyai anak yang lasak, eloklah gunakan warna yang lembut supaya melawan karakternya.


Jelas, warna amat mempengaruhi dalam kehidupan. Tak kira lah, dinding rumah ke, pakaian, warna kereta, atau apa sahaja, kita kena bijak untuk memadankan warna - warna ni. Jangan jadi mangsa fashion pula. Dalam satu baju ada 10 warna. Pemilihan yang bijak amat perlu supaya kita tak di label durjana warna.

warna blog padinno
Warna mana yang menarik?


Sama juga dalam berblog. Pemilihan warna untuk blog kita kena sesuai supaya nampak elegan. Pendapat aku, tak perlu banyak warna sangat pun, dah ok. Bayangkan rumah dah di hias cantik, menggunakan konsep 2 Alam, eh bukan, konsep alam semulajadi, tapi sarat dengan warna - warnnie. Agak menyakitkan mata.


Jadi, rujuklah mana - mana terlebih dahulu, lakukan eksperimen, bertanyalah pendapat rakan - rakan akrab, sebab selalunya mereka akan berkata jujur. Melalui kacamata mereka, sekurang - kurangnya kita akan mendapat ilham dan idea untuk membuat pilihan yang terbaik. Dan kalau mendapatkan pandangan profesional, itu lebih baik.


Aku sempat bertanyakan hal kombinasi warna dalam blog ni, manalah tahu warna kuning ini membuatkan pembaca mudah lapar dan cepat - cepat menekan butang pangkah untuk mengambil makanan, tapi nyata jawapan yang aku terima sedikit sebanyak melegakan aku.


"Blog Padin dah kira selamat. Warna kuning ni memang menyakitkan mata, tapi Padin pandai sebab boleh merehatkan mata pembaca dengan pemilihan warna putih dan hitam sebagai warna latar.." -Anishaway, pelajar Digital Media Design


Jadi, blog korang macamana? Dah tanya pendapat kawan - kawan lain? hee...Itu je rahsia warna yang dapat aku ulas kali ni, kalau aku rajin membaca lagi, mungkin entry ni lagi panjang, hahahaa..


Terima Kasih ~ Datang Lagi

Aroma Secawan Kopi

/ November 24, 2010 /

Selamat Datang Ke padinno.com


Hujan. Tak banyak perkara yang dapat di buat bila hujan turun mencurah, tak mahu berhenti lagaknya. Tambah pula hidup keseorangan, maka pilihan yang terbaik, melelapkan mata je lah.


Malam masih panjang. Aku bancuh secawan kopi. Walaupun banyak kali buat, banyak kali bancuh, atau pergi kedai mana pun, takkan sama rasa bagi setiap cawan kopi yang diminum. Malam ni, termanis sangat lah pulak, tenggelam rasa kopinya.

kopi padinno
Tapi, walaupun rasa tu berbeza, aroma kopi tu akan tetap sama. Bau kopi adalah bau kopi. Aroma yang memang susah nak di lupakan. Aroma yang susah nak di explainkan. Keadaan terbaik bilamana keadaan sekeliling sejuk, berlawan dengan air kopi panas yang masih berasap. Perghhh...


Setiap tegukan tu mengeluarkan cerita atau kenangan lama yang mengasyikkan. Kalau etomyam kata, bau rumput selepas hujan adalah menyegarkan, bagi aku sehirup kopi amat mengasyikkan. Hahahaa.. Mudah je terasa terbuai - buai, melayang - layang dalam dunia indah waktu dulu.


Kata orang, waktu suka semuanya indah. Hehee. Tapi selalunya apa yang aku rasa bila dah takde tu la baru terasa indahnya. Tapi aku yakin, perkara ni memang dah jadi rutin. bukan rutin, lumrah la (malas nak backspace). Ada yang datang, dan akan ada yang pergi. Bila kita rasa memang yakin dah dapat, tapi akhirnya pergi begitu saja. Frust, bukan takdirnya.


Sembang - sembang, gelak, marah, ketawa, cemburu.. Oh, indahnya masa tu. Yang sorang asyik nak marah je, yang sorang lagi asyik cemburu je, tapi tak pasti la pulak kalau - kalau itu lakonan primawara terbaik dunia, hahahaa.. Takpe.. kenangan.

kopi padinno
Errkk.. Hujan semakin reda, usia malam semakin tipis, air kopi pun dah habis! Cerita yang keluar masa menghirup kopi tadi, aku dah terjemahkan dalam post entry kali ini. Kalau nak tahu cerita lain, esok kena buat kopi lagi ni hehee.. Ok, korang pulak, apa cerita di sebalik setiap tegukan air kopi korang???


Note || Rindukan seseorang, hehee..


Terima Kasih ~ Datang Lagi

Peperiksaan Akhir Semester Jul - Dec 2010

/ November 23, 2010 /
Selamat Datang Ke padinno.com


Bermula hari ini, 23 November 2010, peperiksaan akhir semester bagi sesi Julai - Disember, IKM Johor Bahru telah bermula, dan akan berakhir 10 Disember. Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan Selamat Menghadapi peperiksaan kepada semua pelajar terutamanya pelajar - pelajar DTMG.


Kepada pelajar Semester 5, jawab soalan dengan tenang, ingat semua formula yang telah di beri, mudah - mudahan ilmu ini dapat di gunakan sampai bila - bila kelak. Tak lupa juga kepada Semester 4, jawab soalan elok - elok, fikir sebelum menjawab.


Semester 5 - Gas Distribution System, Project Management & Gas Storage & Transportation
Semester 4 - Gas Flow Measurement & Regulating System


Good Luck.

Re-Open Padinno Kopitiam?

/ /
Selamat Datang Ke padinno.com


Hari bersilih, bulan berganti. Sedar tak sedar kita dah sampai ke penghujung November, dan tak lama lagi akan beralih ke tahun baru, 2011. Yang sedang hangat di perkatakan sekarang adalah isu bas terbalik, Sukan Asia di China dan tak lupa juga slot hiburan Pertandingan Juara Lagu Muzik - Muzik musim ke 25 dah sampai ke kemuncaknya.


Namun, bukan itu yang menjadi topik utama dalam padinno.com, menyebarkan berita - berita sensasi, sebab semua berita tu boleh di dapati di mana - mana sahaja. di warung - warung, kedai makan, hatta di pejabat sekalipun, dah ramai orang memperkatakan, so aku pasang telinga je.


Kembalinya dari cuti tempoh hari, memang agak liat untuk memulakan kerja. Namun, demi tugas, aku akan cuba yang terbaik juga. Harap anda juga di luar sana tidak mengabaikan segala tugas yang di beri.


Kesempatan ini, aku ingin memberitahu kepada Pengopi sekalian, kopitiam dulu memang dah lama tak beroperasi, di sebabkan masalah apa, aku pun tak pasti. Kini aku berusaha memahami GAGAlive setting dalam bahasa Korea, insyaAllah kalau takde apa - apa masalah, kopitiam akan beroperasi seperti biasa.


Memandangkan blog ni pun takde shoutbox, memang susah nak berbual, apatah lagi untuk rakan - rakan meninggalkan jejak. Tapi bagi aku, lebih baik anda semua tinggalkan komen, sebab, [1] aku akan reply komen korang [2] komen korang akan kekal di situ sampai la Disqus tu jahanam.


komen padinno

Cara macam ni lebih baik, dalam Disqus ni korang boleh berinteraksi secara terus dengan pembaca lain, di dalam thread yang di sediakan. Jadi boleh mewujudkan perbualan banyak hala, penggunaan shoutmix juga amat berkesan untuk aktiviti blogwalking, tapi aku lebih senang untuk meninggalkan jejak di komen kalian.


Buat sementara, sesiapa yang nak lepak kopitiam, bolehlah berkunjung ke alamat ini, kdperak, pilih "chat"dan di situ kita boleh juga berbual seperti kopitiam dulu. Cuma, di situ aku bukanlah tokey dah. hahaa.. Okeylah, aku cadang nak buat pembaharuan dalam susunatur blog ni, mungkin nak tukar colour pink, okey ke mish? hehee..


Sampai di sini saja untuk kali ini, bertemu lagi di lain episod. Ehh, kalau rajin, jom lah singgah di blog gnesop, banyak info di sana, dan hangat sekarang ni dengan "Blog Review". jom terjah. ekekee


Terima Kasih ~ Datang Lagi

Blogku, Rumahku

/ November 21, 2010 /
Selamat Datang Ke padinno.com


Alhamdulillah, Lukisan Wang telah menemui pemenangnya. Harap - harap peserta berpuas hati lah ye. Apa pun setinggi penghargaan sebab aku tau melukis ni bukan kerja yang senang. Ada request nak tengok lukisan aku, hehe ok, ni dia. Berapa markah ya?


lukisan padinno


Baik, ada banyak perkara yang aku nak huraikan dalam artikel ni, harap - harap aku dapat menulis kesemua isi yang ada, dalam rangka penulisan yang pendek. Aku tahu, semakin panjang ia meleret ke bawah, semakin bosan orang nak baca. Statistik orang Malaysia.


Bila Hari Raya (event apa - apa lah), tuan rumah semestinya sibuk dengan aktiviti mengemas rumah, mengenakan langsir, mengecat dinding, susun atur perabot, hiasan dalaman dan pelbagai lagi. Jangan di lupa, juadah dan hidangan juga.


Jadi, untuk apa semua tu? Semestinya, untuk menyambut kehadiran tetamu. Hidangan yang enak, rumah yang cantik, bersih dan kemas, akan menjadi buah mulut orang. Haha kadang - kadang, kalau perkara sebaliknya juga orang akan mengata juga.


Jadi, bila dah jadi bualan orang, (kalau positif la) memungkinkan rumah kita akan di kunjungi lagi oleh tetamu itu, ataupun tetamu lain. Nah. Rumah kamu kini dah jadi lebih ceria, kerana ramai pengunjung yang datang, tidak kira menjamu hidangan, ataupun selesa dengan hiasan dalaman rumah kamu.


Tapi kadangkala berlaku juga rumah dah di hias cantik, juadah enak tersedia, tapi tiada tetamu. Kenapa boleh berlaku? Cuba jawab soalan ini sendiri.. hehe, bagi aku mungkin susunatur tidak kena gaya. Ruang tamu berada di belakang, manakala dapur di hadapan rumah..


Baik, sekarang mari kita lihat perspektif ni dalam konsep berblog. Andaikan blog kita sebuah rumah. Yang mana ruang tamu, yang mana dapur, dan yang mana dinding? Jawapan aku, blog post la juadah yang kita nak hidangkan pada tetamu. Right? Jadi kalau boleh, hidangkan juadah utama terlebih dahulu kepada tetamu.


Then, baru lah kalau kita nak tambah set sofa ke, buaian ke, tempat karaoke ke, atau macam - macam lagi, di sidebar atau footer. Satu lagi perkara yang kita kena faham, konsep loading blog nih, semestinya dari header dan terkahir sekali footer. Jadi, sebagai cadangan aku :


[1] susun perkara yang utama dalam blog kita - bagi aku yang utama blog post la, archive, shoutbox (mungkin), related entry, then baru lah kita isi blog list, dan mungkin pautan - pautan lain

[2] widget yang gunakan script memang berat untuk loading, nak pula third party web. Jadi kalau boleh widget seperti ini kalau nak letak juga dalam blog, pastikan berada di bahagian bawah sidebar, tak pun footer

[3] kena paham kronologi loading process untuk sesebuah blog. Adakah sidebar yang muncul dulu, atau footer, atau entry, anda yang tentukan. Bagi aku, biarlah entry muncul dulu, supaya senang orang nak baca, sambil tunggu widget lain muncul.

[4] Kepantasan. Al - maklum, khidmat jalur lebar di Malaysia masih dalam pembangunan. So, tak semua pengguna mendapat kepantasan seperti yang di harapkan. Jadi sebagai webmaster, kita boleh tolong pengguna, dengan memberikan kepantasan apabila mereka membuka laman blog kita.

[5] Banyak cara untuk meringankan blog, mungkin nanti aku akan tulis dalam artikel lain, tapi untuk asasnya, pastikan total request dalam homepage kita kurang dari 100, macam blog ni, hanya 78 request. Follower tu kalau boleh jangan la letak bawah header, penyumbang utama homepage jadi berat.


Jadi itu lah serba sedikit (banyak juga ni) pandangan aku tentang persepsi "Blog aku, Rumah aku".. Kalau "blog aku, aku punya suka lah", tak perlu pergi canang ke seluruh dunia la, hahaha hanya berkongsi, melalui pendapat peribadi sahaja..


Terima Kasih ~ Datang Lagi

Keputusan Lukisan Wang

/ November 20, 2010 /
Selamat Datang Ke padinno.com


Pertandingan Lukisan Wang padinno kini sudah berakhir. Dan, penulisan berikutnya merupakan keputusan Lukisan Wang. Terima Kasih kepada yang menyertai Lukisan Wang.


Kategori Muka Manusia



[1] airneslobeng.com - RM 50

lukisan wang padinno  1

Lukisan yang menarik. Dah boleh jadi pelukis ni, ke memang pelukis? hahaa.. Apa pun, memang cun muka model ni, dari segi lorekan, proportion dah superb dah.. Cuma, kalau perhatikan pada bahu kanan, agak janggal sikit, dan bahagian kepala tak cukup bulat.. Hee,









lukisan wang padinno 2

Percubaan yang berani. Melukis karikatur lebih santai, dan apa yang aku tengok, memang menjadi karikatur Hana Zaty nih.. Teknik lorekan juga berjaya, bayang dan proportion boleh di kira tepat juga. Nice.












[3] Tiga pemenang berkongsi hadiah di tempat ketiga

(a) gnesop.com - RM 40 (Pengopi)

lukisan wang padinno 3

Peserta terawal. Tahniah, anda boleh melukis. Subjek yang kelihatan ceria, menjadikan gambar lebih hidup. Mungkin Sop boleh perbaiki lagi dari segi ketepatan ( bahagian kepala) jika ingin melukis potret. Dan teknik lipatan kain juga masih boleh di perbaiki.










(b) suarabawahtanah.com - RM 40 (Pengopi)

lukisan wang padinno 4

Ahah, pertamanya, Belalang mengabadikan Belalang Jr sebagai objek lukisan.. Objek ke subjek ya? huhu.. Percubaan yang baik, mungkin dah lama tinggal pensel. Apa pun, memang menjadi muka Belalang Jr. Kena perbaiki lagi dari segi main line dan shadow..











lukisan wang padinno 5

Teknik yang menarik dan unik aku rasa. Gabungan titik menjadikan garisan yang sempurna. Memang menjadi muka manusia. Cuma boleh perbaiki di bahagian mulut dan mata, mungkin. hehehe tahniah Tun.












Kategori Permandangan



[1] gnesop.com - RM 60 (Pengopi)

lukisan wang padinno 6

Lukisan permandangan ini agak mudah. Jadi ulasan adalah sama bagi kesemua pemenang. Cuma, apa yang perlu di perbaiki, bila melukis datum laut, ia sepatutnya garisan lurus.






[2] mwdah.blogspot.com - RM 40 (Pengopi)


lukisan wang padinno 7
[3] dua pemenang berkongsi hadiah di tempat ke tiga

(a) tomatogurlslife.blogspot.com - RM 20 (Pengopi)


lukisan wang padinno 8


lukisan wang padinno 9


Tahniah kepada semua pemenang. Terima Kasih kerana menjayakan Lukisan Wang Padinno. Kepada pemenang, jangan lupa emailkan maklumat anda - nama dan alamat ke padinno@gmail.com untuk hadiah.


Terima Kasih ~ Datang Lagi

Blog dan Blogger Mesra padinno

/ November 16, 2010 /
Selamat Datang Ke padinno.com


Pertama sekali, aku ingin mengucapkan terima kasih kepada Sop atas lantikan Penghulu Geng Terjah, juga kepada Wanzi, pemilik www.wanda2u.com kerana banner yang macho, dan terakhir Anish (rujuk pengopi tegar), pembina blog header untuk padinno.com, yang menang untuk contest anjuran Ell tempoh hari.


tag2



Kalau di lihat, program blog review yang di jalankan oleh Sop mendapat sambutan hangat. Tahniah buat sahabat, semoga program sebegitu dapat mengeratkan hubungan sesama blogger, di samping dapat meningkatkan prestasi, seperti cadangan - cadangan penambahbaikan yang di utarakan oleh Sop.


Blog post kali ini bukan untuk menyertai mana - mana blog review, cuma aku menulis sebagai menzahirkan penghargaan kepada kawan - kawan yang sentiasa memberi sokongan dan pendapat untuk aku terus menulis, berfikir dan menyampaikan perkongsian kepada rakan - rakan.


Kalau di lihat pada tajuk di atas, memang, aku tak nafikan susah untuk aku senaraikan satu persatu pautan blogger yang mesra dengan padinno.com, atau pemiliknya sendiri. Jadi untuk kali pertama ini, aku mengambil keputusan untuk menyenaraikan hanya 3 blog dan blogger sahaja.


Sop, pemilik www.gnesop.com

analisa padin-gnesop
Blogger - perkenalan aku dengan Sop melalui Projek Cerpen Pautan : Aku Anak Derhaka, yang mana kini memasuki siri ke 10. Kesemua siri ada di sidebar sana. Seorang yang ramah dan kelakar jugak mungkin, walaupun ekspresi muka asyik nampak garang je, ekekee


Blog - Siapa yang tidak kenal dengan blog ini, yang kini hangat dengan Program Blog Review. Kandungan entry yang menarik, di selang selikan dengan berita, perbincangan, tutorial dan tips menjadikan blog ini wajib kunjung. Tidak boleh komen sifu, ekekee..


Kalau di lihat, blog Sop memaparkan 10 entri pada halaman utama, mungkin untuk menyeimbangkan dengan susunan widget di sidebar, menggunakan "Read More Hacks" merupakan perkara terbaik untuk blog post kelihatan seragam dan kemas, selain meningkatkan pageviews.


Dan, meletakkan lain - lain perkara di bahagian footer, menjimatkan masa untuk blog post loading tanpa sebarang masalah (mungkin lewat keluar je, tapi tak kisah sebab di letakkan di bahagian footer).. Jadi dalam 5 bintang, aku boleh katakan blog Sop mendapat 4.5. Tahniah ekekee


Tehr, pemilik www.tehramuan.com

analisa padin-tehr

Blogger - Seorang guru. Melalui penulisan, aku rasa tehr seorang yang tegas, berpendirian dan punya identiti sendiri. Entri akan keluar selepas jam 12 tengah malam ekekee..


Blog - Simple dan kemas. Tidak banyak beza sewaktu menggunakan platform blogger. Ada Borak - Borak Teh, Hidangan Teh, Penggemar Teh, Dulang Teh dan tak lupa juga Pesan Teh. Kalau korang nak tahu apa bendanya tu, berkunjung la ke sana.


Takde masalah dari segi template, cuma sebagai cadangan, apa kata saudara tehr letakkan posisi ads tu kat atas sekali bahagian sidebar.. Yang sekarang ni, berada di bawah sangat, pihak pengiklan pun tak berapa nak perasan, mungkin. Hee..bercakap mengenai ranking Alexa, superb!! Tahniah bro..


Cikbelog, pemilik dunspeakme.blogspot.com

analisa padin-cikbelog

Blogger - Student yang tengah menuntut di Melaka, dan tengah bercuti agaknya (merujuk entri terbaru). Seorang penulis yang betul - betul menunjukkan emosinya (marah, sedih, happy) ketika menulis, ngee~


Blog - sepanjang kenal, ni kali ke empat rasanya cikbelog cuba menyesuaikan blog template dengan keselesaan dirinya. Apa pun, template yang terbaru ni nampak kemas juga, seperti template yang sebelum - sebelumnya.


Sebagai cadangan, elok rasanya cikbelog menggunakan 2 column template je, atau kalau nak guna 3, biarlah kedua - dua sidebar berada di sebelah kanan. Ini mengelakkan proses loading yang terlalu lama di bahagian sidebar kiri sebelum post entri muncul.


Juga, cuba seimbangkan kandungan entri pada halaman utama bersama sidebar, mungkin blog anda akan lebih kemas di pandang. Masterlinky tu mungkin sesuai di letakkan bersama award di bahagian footer. Yang lain, aku rasa takde masalah dah.


Ok, aku rasa setakat ni je. 3 blog dan blogger yang menjadi pilihan aku setakat ini. Sebelum tu, mari kita lihat perbandingan ketiga - tiga blog ni bersama padinno.com dalam GTmetrix analisis.

analisa gtmetrix
Ahaks, tak sangka blog ni mendapat 5 lampu hijau hehee.. Ok, jadi penerangan, YSlow Grade - Higher is Better, Page Speed Grade - Higher is Better, Page Load Time - Loower is Better, Page Size - Lower is Better, Request Counts - Lower is Better.


Tapi kalau dari segi Alexa Ranking, ke laut la jawabnya blog kuning nih, miahahaa... Tapi aku akan cuba mengecilkan nilai tu, hehee... oklah, dah panjang sangat ni. Umm, apa yang aku senaraikan kat atas tadi cuma pandangan semata - mata, adios.


Terima Kasih ~ Datang Lagi

Pekerjaanku, Ibadahku

/ November 15, 2010 /
Selamat Datang Ke padinno.com


Alhamdulillah, sempurna sudah Majlis Hari Inovasi, Institut Kemahiran MARA Johor Bahru 2010, yang telah di sempurnakan oleh Tn Hj Rosdi Hj Ismail, Pengarah Kanan (Komersial) MARA.


hari inovasi ikmjb
Bercerita mengenai Hari Inovasi (yang dulunya di sebut Hari Kualiti), memang tidak dapat tidak di kaitkan dengan pekerjaan kita, menilai prestasi dan tahap kualiti output kita kepada diri, organisasi dan masyarakat. Antara input yang dapat aku senaraikan semasa Ceramah Q tadi ialah,


4 syarat pekerjaan kita di terima sebagai ibadah :


[1] Islam - sebagai umat Islam, kita hendaklah percaya yang setiap pekerjaan kita, setiap perlakuan merupakan ibadah, dan segala ibadah di janjikan ganjaran pahala, baik di dunia atau akhirat kelak


[2] Niat - Memperbetulkan niat bekerja. Hindari membuat kerja dalam keadaan terpaksa, ataupun sekadar menunjuk - nunjuk. Ikhlaskan diri, agar kerja yan baik dapat di laksanakan


[3] Kerja yang halal - Matlamat tidak menghalalkan cara. Cari lah sumber rezeki atau pekerjaan yang halal dan mengikut syariat Islam, mudah - mudahan mendapat rahmat dariNya


[4] Bertanggungjawab - melakukan kerja dengan penuh etika, bertanggungjawab dan amanah.


Sekiranya 4 perkara ini kita penuhi, insyaAllah kualiti kerja juga akan menjadi lebih baik. Selain mendapat pengiktirafan, kita juga berpeluang mendapat ganjaran ibadah seperti yang di janjikan. Perlu di ingat, kita membuat kerja bukan untuk mendapat balasan, tetapi kita membuat kerja untuk kita memakmurkan bumi ini.


Kesimpulan dari ceramah tersebut, peningkatan prestasi kerja atau jaminan kualiti kerja bermula dengan hati yang suci dan bersih, serta niat yang baik. Bagi aku, isi penyampaian ceramah tersebut mengingatkan aku juga, bahawa untuk menjadi pekerja yang baik, perlu rajin dan sentiasa berusaha memperbaiki diri dari masa ke semasa.


Harap - harap, isi penting yang sempat aku ambil perhatian tadi (sebelum mata mula mengantuk) dapat kita renungkan dan cuba menjadi yang terbaik di masa akan datang.


Terima Kasih ~ Datang Lagi

Sikap Merendah Diri

/ November 12, 2010 /
Selamat Datang Ke padinno.com


Membina keyakinan diri merupakan suatu perkara yang agak sukar. Pengalaman aku, ketika di minta menjawab soalan, atau memberikan ucapan, atau group presentation, memang gugup. Tidak yakin dengan idea yang ada. Tapi bila dah lepas je, raga lega yang amat sangat. Pheww...


Persepsi kita sering percaya selepas berjaya telah di ulas dalam topik lalu. Maklum balas yang baik, ada yang memberi pendapat positif dan sebaliknya, tapi aku tidak hairan sebab masing - masing punya idea sendiri. Untuk kali ini, aku cuba membawakan satu lagi sikap manusia, sikap merendah diri.


Sikap merendah diri. Perlu atau tidak?


  • Perlu
Aku malas nak ulas panjang, rasa - rasa semua orang tahu sebagai manusia yang berdisiplin, beretika dan bersyukur, sikap merendah diri itu amat penting dalam mengujudkan keharmonian. Itu yang mak ayah kita ajarkan sewaktu kecil dulu. Nilai murni ini melambangkan cara orang timur, yang terkenal dengan sifat santunnya.


Lagipun, tak pernah pulak aku dengar, mak ayah suruh kita berlagak dan sombong dengan kejayaan kita (mungkin ada). Tak kisah la kejayaan dalam apa jua bidang pun. Riak tu perkara yang keji, so jangan sombong dan riak, ya.


  • Tidak Perlu
Kenapa tidak perlu merendah diri, sedangkan kenyataan di atas rasanya dah sempurna dah. Betul. Kita perlu merendah diri, tapi tidak pada semua keadaan. Ala, kalau bagi contoh, mungkin lebih senang nak paham. Mari kita tengok beberapa contoh yang sempat aku fikirkan ni.


Sewaktu menghadiri temuduga untuk jawatan Pegawai Latihan Vokasional (PLV) contohnya. Seperti yang aku pernah bagitau dalam entri Tips Menghadiri Temuduga, keyakinan diri merupakan terpenting. Cuba bayangkan kalau panel bertanya tentang kelebihan anda, dan hanya menjawab "Saya ni taklah pandai mana pun Tuan, belajar pun cukup makan je.." Confirm, terus reject lah jawabnya.

penulisan padin
Kalau tak kaitkan dalam dunia blogging tak sah. huu. Aku tengok ramai je antara kita selalu sangat merendah diri. Sebenarnya, kalau kita nak menyampaikan sesuatu, seperti tips dan panduan, keyakinan tu penting lah. Kita nak jadikan penulisan kita sebagai rujukan kan?


Tapi kalau perenggan pertama dah tulis "maaf la yer, aku pun tak pasti tips ni berkesan" atau "aku bukanlah hebat sangat nak bercerita pasal tips menarik trafik ke blog", apa yang berlaku sebenarnya? Anda merosakkan diri anda sendiri. Merosakkan dari segi persepsi pembaca, dan merosakkan keinginan pelawat untuk datang bertandang lagi membaca penulisan anda.


Seperti yang aku pernah cakap, pembaca kita bukan hanya teman blogger, tapi mungkin juga readers di luar sana yang inginkan maklumat. Tapi apa yang mereka rasa bila tips yang ingin di kongsikan, tetapi penulis sendiri tidak percaya tahap keboleharapan tips tersebut.


Lagi satu, fenomena yang selamanya aku tidak setuju - blogger picisan vs blogger otai. Apa takrif blogger otai? blogger picisan? Bagi aku, blogger otai ni lebih kurang umur blogger tu dah masuk 50 atau 60 tahun, wakakaa... betul ke muehehee.. OK. Sebagai blogger, kita sama rata. Takde istilah otai, picisan, budak hingusan, blog tepi jalan, yang aku tahu, sebagai webmaster, kita berada satu tahap yang lebih berbanding orang yang tiada blog.


Ah, makin di layan, makin panjang dan merapu entri nih. Apa yang dapat aku simpulkan, berpada - pada dalam kita mengamalkan sikap merendah diri. Kalau nak baca pengolahan yang lebih baik, boleh baca artikel etomyam nih, memang terbaik!! Sekian.


Terima Kasih ~ Datang Lagi

Percaya Sebelum Berjaya

/ November 10, 2010 /
Selamat Datang Ke padinno.com


Susahnya nak mulakan sesuatu blog entry. Adakala idea bercampur - campur, dan adakala idea langsung tak keluar. Termenung sambil menghirup kopi pekat yang masih berasap, menekan - nekan bebutang papan kekunci, cuba untuk menggabungkan huruf demi huruf, dengan penuh harap menghasilkan madah yang bermakna.


Kadangkala ia lancar seperti air, tapi ada masa tersekat seperti di rintang oleh bebanan yang kasar. Tidak percaya. Kurang yakin, kata - kata yang di garap tidak di terima, atau tersasar jauh dari idea asal. Sampai di sini, sekurang - kurangnya aku dah menulis 2 perenggan, yang mengandungi 84 patah perkataan.


Nah, kenapa kita sering tidak percaya sebelum berjaya? Sebaliknya, kita hanya percaya setelah kita berjaya melakukannya. Memetik dari artikel Eyman Hykal,


"..jelas sekali, sikap percaya setelah berjaya, sudah kita lalui berkali-kali dalam kehidupan. Apabila kita melalui pola ini secara berkali-kali, mengapa tidak kita ubah pola pemikiran untuk cuba percaya sebelum berjaya?.." baca lagi


Aku setuju sangat apa yang di perjelaskan oleh saudara Eyman. Kita selalunya percaya kehebatan diri setelah perkara itu kita lakukan. Kenapa tidak kita percaya sebelum ia terjadi.


Sebagai contoh la, aku sendiri tidak yakin blog header aku di atas sana boleh terpilih sebagai "Header Tercantik" semasa aku menyertai peraduan yang di anjurkan oleh alienelliz. Tapi, bila di umumkan sebagai pemenang, baru aku percaya. Kurang keyakinan betul, huhu..



Secara jujur, pada awalnya, aku rasa memang tiada harapan untuk menang. Masih ramai lagi yang aku tengok, lebih cantik dan kemas, sampailah di hari pengumuman, blog header aku di pilih sebagai yang tercantik, hee terima kasih Ell (dan juri lain). Ekekee..


Jadi, setelah membaca artikel saudara Eyman, dan di tambah motivasi kemenangan dari Ell, aku rasa aku patut ubah cara pemikiran aku. Ubah supaya cuba percaya sebelum berjaya. Eh, bukan aku sorang je tau, korang pun kena ubah jugak. Hehee..


Bukan apa, entry ini di tulis sebagai menaikkan semangat korang untuk join "Lukisan Wang" yang hampir tamat ni. Dengan hadiah kemenangan yang agak lumayan juga, RM400, kenapa tidak korang semua percaya sebelum berjaya?


Rasionalnya aku mengadakan "Lukisan Wang" ini bukan sekadar sertai peraduan, tapi cuba untuk membangkitkan semangat menghadapi cabaran, belajar perkara baru, dan mencungkil bakat anda yang mungkin anda tidak sedari. Hehee dari awal tadi takde idea, tapi ni dah panjang meleret dah aku tulis. You see? sikap percaya setelah berjaya masih menebal dalam diri aku, huu..


Oklah, setakat ini sahaja. Kepada yang dah menyertai "Lukisan Wang", aku ucapkan terima kasih. Kepada yang belum join, jom join. Hahaha.. Aku teringat suatu petikan, "Kalau semalam kita gagal mengimbangkan basikal, hari ini masih gagal, adakah hari esok juga kita akan gagal?"


Terima Kasih ~ Datang Lagi

Dewasakah Kita

/ November 9, 2010 /
Selamat Datang Ke padinno.com


Semakin hari kita semakin dewasa. Itu hipotesis yang biasa kita temui. Samada ia benar atau tidak, berbalik kepada kita yang mencorakkan garis kehidupan.


Kedewasaan ini rumit. Dari segi pemikiran, cara percakapan, pemakaian atau pun etika pergaulan sosial, melambangkan keperibadian. Samada relevan atau tidak, bergantung kepada keadaan semasa dan penerimaan masyarakat sekeliling.


Kalau dulu, sewaktu kecil, kita hanya fikirkan keseronokan. Tanpa perlu risau bagaimana untuk meneruskan kelangsungan hidup. Bila masa makan, kita makan. Bila masa tidur, kita tidur. Dan bila masa untuk belajar, kita belajar. Semuanya telah tersedia rapi.



Anak kecil tidak mengetahui betapa jerihnya si ayah membanting tulang, mencari rezeki demi sesuap nasi, atau pun seteguk air coca cola.. wahahaa.. demand nak air coke pulak. Anak kecil tidak menyedari ibunya berjaga malam, dek risaukan kesihatan anak yang kadangkala demam, lapar, meragam dan bermacam hal lagi.


Kedewasaan mematangkan kita. Berubah untuk menjadi insan yang lebih peka, lebih sensitif dengan nilai kehidupan. Aku tak nafikan, zaman dah berubah, dan akan sentiasa berubah, menjadikan kehidupan lebih selesa, tapi adakah nilai hidup juga perlu berubah?


Semangat kejiranan hampir luntur. Pergaulan bebas, gaya hidup alaf baru kononnya. Tetapi adakah kita sedar, sebenarnya kita merosakkan perubahan tersebut. Pemikiran kembali ke belakang. Cara berpakaian kembali ke belakang. Sikap serta adab juga kembali ke belakang.


Adakah kita bergerak maju, andai semua perkara yang di sebut bergerak ke belakang? Kemajuan demi kemajuan telah di cipta, tetapi kita sendiri telah cuba merosakkan. Tengok sahaja anak muda masakini berpakaian seperti tidak cukup kain, malah kebebasan bergaul mengakibatkan kadar jenayah dan masalah sosial sentiasa di perdebatkan di dada akhbar mahupun media yang lain.


Aku tertarik dengan kata - kata "pengalaman mendewasakan kita". Adakah ia benar - benar mendewasakan kita? Renungkan,


Terima Kasih ~ Datang Lagi

Raih Pelawat Dengan Penulisan

/ November 7, 2010 /
Selamat Datang Ke padinno.com


Pertambahan bilangan penulis, dalam erti kata mudah, blogger di Malaysia masakini menunjukkan perkembangan positif, menarik minat untuk menulis, membaca dan belajar (satu perkara yang mungkin menjadi masalah bagi sesetengah orang).


Kalaulah guru yang mengajar kita subjek Penulisan dahulu terbaca penulisan kita, adakah kita mahu dia tersenyum, atau menyorokkan muka di sebalik bantal tanda malu? Secara sedar, sengaja atau tidak, bentuk penyampaian dan penulisan kita sedikit sebanyak mencerminkan diri kita sendiri juga.


Pun begitu, bukanlah keperibadian yang ingin aku ketengahkan, cuma sekadar berkongsi bagaimana ingin meraih pelawat, atau pembaca supaya membaca penulisan kita. Sebelum bergerak lebih jauh, ingin aku tegaskan, ini hanya pendapat peribadi, maka ketidak-sehaluan pendapat mungkin timbul.


Kalau penulis menulis blog hanya untuk tujuan impression, tingkatkan pageviews, dan mengejar duit, aku rasa, ia takkan ke mana. Tapi, terpulanglah, tafsiran untuk kejayaan sesuatu blog itu adalah perkara subjektif, dan sukar untuk menggunakan satu definisi yang tepat.


Baik. Secara umum, kita menulis untuk orang lain membaca, mengambil intipati atau menjadikan teladan berdasarkan cerita yang kita garap. Tetapi, bagaimana kaedah yang berkesan untuk meraih pembaca? Okey, di sini aku sertakan serba sedikit mengikut pandangan aku.

penulisan padin
  • Tajuk Menarik
Tajuk mestilah unik dan menarik, seolah - olah memanggil pelawat membaca isi kandungannya. Apa yang aku lihat dan perhatikan, tajuk yang gerenti meletup adalah berkaitan earning, tips jana trafik, gosip, dan tak ketinggalan, tajuk berunsur lucah.


Jangan anggap aku mengajar supaya kita menulis entri yang tersebut di atas setiap hari, tapi apa yang aku cuba terangkan, kita kena faham dan tangkap minat pembaca. Nanti blog kita di cop sebagai blog tips jana trafik pula, tak pun blog tunjuk data pengiklan je..~sighhhh


  • Penulisan Bersahaja
Kadang - kadang, bila terlalu serius menulis pun, orang meluat nak baca. Juga, menulis ala kadar, seakan kita mempermainkan bahasa kita, yang perlu kita jaga. Jadi, lebih mudah aku katakan, guna bahasa yang bersahaja, tidak terlalu berat, dan tidak juga terlalu keanak - anakan.


Sebab, kita menulis, kita tidak tahu siapa dan golongan mana yang membaca. Mungkin, golongan dewasa agak sukar menerima gaya bahasa remaja, dan begitulah sebaliknya. Adalah lebih baik kita bersederhana dalam setiap perkara.


  • Intipati dan Pengajaran
Ini aku pun tak pasti samada perlu atau tidak, tapi bagi aku, setiap penulisan biarlah sekurang - kurangnya ada intipati yang boleh di gunakan sebagai pengajaran kelak. Contohnya, kita menulis tentang tips menghadiri temuduga, kalau boleh terapkan juga perkara yang salah kita lakukan, agar orang lain yang membaca akan berhati - hati supaya tidak melakukan kesalahan sama.


Nah, di samping memberi pengajaran, orang akan ingat penulisan kita sampai bila - bila, dan mungkin akan memberitahu rakan lain yang akan menghadiri temuduga. Itulah yang di katakan perkongsian.


  • Gambar
Kalau entri kita terlalu panjang, molek benar kalau kita sertakan gambar. Sekurang - kurangnya dapat merehatkan otak pembaca sekejap. Letakkan gambar yang berkaitan, atau mungkin gambar lain yang di rasakan sesuai, seperti gambar lucu, gambar permandangan atau gambar perempuan idaman, miahahaa melampau dah tu kan.


Aku rasa 4 elemen yang aku nyatakan di atas, sedikit sebanyak dapat membantu meraih pelawat menerusi gaya penulisan. Tak perlu popular, tak perlu 24 jam dalam talian, semata - mata meraih impression yang tinggi untuk meningkatkan pendapatan blog, kalau kita tahu apa sebenarnya yang kita cari.


Aku harap penerangan aku jelas. Sekurang - kurangnya, membantu mana yang boleh. Kadang - kadang kasihan, blogger yang punya beribu follower, beribu pelawat dalam sehari, tapi masih terkial - kial mencari kepuasan berblog. Padinno.com hanya menerima purata 60 pelawat sehari, tapi aku merasa puas. Kenapa? Jawapannya, ada dalam entri ini.


Terima Kasih ~ Datang Lagi

Salah Siapa?

/ November 5, 2010 /
Selamat Datang Ke padinno.com


Dewasa ini, tak di nafikan memang banyak lagu yang di mainkan di corong - corong radio, stesen televisyen dan pelbagai media lagi yang wujud kini. Selain sebagai menghibur, lagu ini juga kadangkala memberi pengajaran yang mana kita mungkin terlepas pandang.


Seperti yang kita maklum, lagu ini juga sebuah cerita. Cerita yang cuba di sampaikan melalui penambahan irama, intonasi serta gaya tubuh, supaya orang lebih menghayati dan mengingati apa cerita yang hendak di sampaikan.


Aku di sini, bukan untuk mengajar tentang membuat lagu, jauh sekali untuk mempersembahkan karya aku. Hadirnya dalam blog entri kali ini adalah untuk mengulas sebuah lagu yang aku rasa memang hampir dengan kehidupan kita.


Pernah dengar lagu “Berita Kepada Kawan” dendangan Ebiet G Ade? Ya, sebuah lagu lama, tapi aku rasa lagu ini akan terus hidup, mekar malah sentiasa menjadi siulan jika kita benar – benar menghayatinya.


Melalui kaca mata aku sendiri, “Berita Kepada Kawan” menceritakan tentang seorang pengembara yang melalui sebuah kawasan yang gersang. Terlihat anak – anak kecil yang kemurungan, menceritakan ibubapanya telah terkorban sewaktu tanahnya di landa bencana. Antara bait lagu yang menarik,


“barangkali di sana ada jawabnya, mengapa di tanahku terjadi bencana, mungkin Tuhan mulai bosan, melihat tingkah kita ,yang selalu salah dan bangga dengan dosa2, atau alam mulai enggan bersahabat dengan kita, cuba kita bertanya pada rumput yang bergoyang”


Apa yang cuba aku highlightkan, seringkali kita mengeluh atau gusar dengan setiap perkara yang tidak menjadi kebiasaan atau tidak seperti yang kita harapkan. Selalu cuba untuk menyalahkan atau meletakkan kesalahan pada orang lain, tetapi tidak pula untuk mencari punca itu di dalam diri sendiri.


Seperti lirik lagu di atas, adakah kita tidak terfikir kenapa masakini bermacam penyakit baru muncul, seperti HINI, SARS, selsema burung (sekadar contoh), di mana telah mengorbankan berjuta – juta nyawa? Jawapan aku, mudah saja. Mungkin Tuhan sudah bosan dengan sikap kita yang tidak pandai menghargai, bersyukur malah berterima kasih dengan segala nikmat yang telah di limpahkan.


Mari kita lihat perkara yang lebih hampir dengan diri. Seringkali kita juga merungut, keputusan peperiksaan tidak seperti apa yang hendak di hajatkan. Menyalahkan pengajar, membuat soalan yang susah, tidak memberi sepenuh nota, tapi cuba tanya pada diri, sedalam mana usaha kita untuk berjaya? Sedalam mana minat kita dalam mempelajari sesuatu perkara?


Contoh lebih jelas, penyakit. Tidak dapat tidak, sebagai manusia yang lemah, tidak dapat lari dari penyakit seperti sakit jantung, barah, kencing manis, darah tinggi dan lain – lain penyakit serius. Tetapi adakah kita terfikir, semua itu datang dari diri sendiri? Pemakanan, gaya hidup itu semua boleh menyumbang juga.


Haha, kalau nak ulas lagi, memang panjang jadinya. Aku rasa cukup setakat ini sahaja, 2 – 3 contoh yang aku beri dah cukup untuk kita sama – sama renung dan fikir.

Terima Kasih ~ Datang Lagi

Undangan Perkahwinan

/ November 4, 2010 /
Selamat Datang Ke padinno.com


Perkahwinan merupakan penyatuan antara 2 jiwa di antara lelaki dan perempuan, mengikut syarat - syarat tertentu yang telah di tetapkan oleh syara'. Aku nak ulas lebih pun, tak pandai mana, yelah bahagian yang membabitkan agama ni kena study betul - betul baru boleh tulis.


Orang - orang selalu bercakap, bila sampai seru, adalah tu. Cuma cepat atau lambat je. Sesiapa pun mesti teringin untuk berkahwin. Hidup bersama orang yang di cintai, di sayangi, bukan hanya sehari dua, tetapi untuk sepanjang hayat, mudah - mudahan.


Namun, kehidupan berumahtangga ni bukanlah seindah yang di sangkakan. Kerana, kita terpaksa mengambil kira pendapat pasangan juga. Berselisih faham tu perkara biasa, tapi janganlah sampai serius, dan kalau boleh elakkan dari awal. Berbincang, bertolak ansur dan cuba mencari penyelesaian terbaik merupakan langkah yang perlu untuk mengelakkan kehancuran rumahtangga.


Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada missXYZ, bakal pengantin baru (6 November 2010) - tak pasti lepas kahwin guna nickname apa pulak, aku doakan MissXYZ dan Aiman berbahagia hendaknya sampai ke akhir hayat. Selamat mengharungi dunia baru, dunia rumahtangga.


Dukacita juga aku nak maklumkan pada MissXYZ, aku tak dapat menghadiri undangan perkahwinan atas sebab - sebab yang tak dapat nak di elakkan. Kita merancang, Tuhan juga merancang. Sebaik - baik rancangan, adalah dariNya. Aku minta maaf, dan sekali lagi, sebagai tanda persahabatan, aku ucapkan sekalung tahniah buat anda berdua.


Terima Kasih ~ Datang Lagi

Prestasi Terbaik

/ November 2, 2010 /
Selamat Datang Ke padinno.com


Penilaian merupakan satu parameter atau kayu ukur bagi menentukan prestasi sesuatu perkara. Penilaian boleh di buat dalam pelbagai cara dan tindakan, sesuai dengan perkara yang hendak di nilai.


Sebagai contoh, pelajar akan menghadapi ujian penilaian di akhir tahun/semester supaya dapat mengenal pasti prestasi pelajar tersebut, samada dari kefahaman, kemahiran menganalisis dan menyelesaikan masalah.


Contoh lain yang boleh kita tengok, apabila menjalankan sesuatu projek, kita perlu menilai sejauh mana keberkesanan perancangan, perlaksanaan dan pengawasan, supaya hasil kerja atau produk yang kita buat tidak menghadapi masalah dan jaminan kualiti yang tinggi.


Aku cuba mengaitkan kaedah penilaian prestasi ini dalam kehidupan seharian, dan juga mengenai berblog ini. Memasuki bulan November, bolehlah di katakan genap setahun aku memegang jawatan sebagai Pegawai Latihan Vokasional. Jadi, dalam setahun ini banyak perkara yang boleh di nilai.


Aku suka membuat penilaian, supaya mudah aku mengenalpasti, memperbaiki segala kecacatan atau kelemahan diri aku. Dah setahun bekerja, bukan lagi masa untuk aku merasa selesa, sebaliknya cuba untuk mempertingkatkan prestasi kerja aku, bukan saja untuk diri aku sendiri malah memberi manfaat kepada organisasi.


Prestasi terbaik adalah perkara subjektif. Namun, untuk mencapai prestasi ni, banyak perkara yang perlu di ambil kira. Pengorbanan. Kesetiaan. Kesungguhan. Komitmen. Aku rasa ini elemen yang perlu aku siap-sediakan terlebih dulu bagi mencapai prestasi terbaik.


Begitu juga dengan berblog ini, banyak perkara yang perlu di titikberatkan. Ada yang merasakan sudah selesa dengan kedudukan dan populariti, ada yang sentiasa berusaha, ada yang melalui jalan singkat untuk berjaya, semuanya berharapan mencapai prestasi terbaik.


Bagi aku sendiri, kedua - dua cabang ini, kerjaya dan berblog mempunyai konsep yang sama. Jika kita gigih berusaha, sentiasa memberi komitmen, dan sedia dengan perkara baru, tak mustahil kita juga akan mengecapi prestasi terbaik. Kita jangan terlalu mudah berpuas hati dengan setiap perkara, kerana semakin hari sebenarnya kita makin ketinggalan jika kita tidak berusaha memperbaharuinya.


Prestasi padinno.com dalam Alexa Traffic Rank, setakat ini yang paling tinggi adalah 1,206 -MY (7 Oktober 2010) dan yang terkini adalah seperti paparan berikut. Aku akan cuba untuk menjadikan nombor itu lebih kecil, supaya aku mudah mengingatnya hahahaa..

alexa rank
Sedikit persoalan kecil, adakah padinno.com sudah mencapai prestasi terbaik? Bagaimana komen anda?


Terima Kasih ~ Datang Lagi

Archives

Facebook Pages

 
Lifestyle BlogsReal Time Web Analytics
Copyright © 2009-2017 padinrose - Tips, Hobi dan Motivasi, All rights reserved | Disclaimer | Sitemap