padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

Satu Matlamat

/ October 31, 2010 /
Selamat Datang Ke padinno.com


Cuti hujung minggu sememangnya di nanti, baik yang sudah bekeluarga mahupun yang masih bujang. Pelbagai aktiviti boleh di lakukan bersama, supaya perhubungan sesama rakan atau keluarga dapat di eratkan.


Kalau 2 minggu yang lepas, aku menghabiskan cuti di sekitar Kuala Lumpur, minggu kali ini aku menghabiskan cuti di sekitar Johor Bahru sahaja. Mencari sesuatu yang baru, mungkin.


Destinasi pilihan minggu ini ialah Danga City Mall, Johor Bahru. Aku menemani kawan aku untuk mencari aksesori komputer. Biasanya, kalau dah sampai tempat macam ni, memang tak lepaskan peluang untuk bermain bowling. Hehee biarpun tak berbakat dalam sukan ni, tapi OK lah selepas 10 balingan, aku mencatat 121 jatuhan pin ekekee..


Selepas tu, kami bergerak ke satu tempat yang agak menarik. Yup. Tempat memanah. Di sebabkan keinginan tinggi, tambahan pula belum pernah lagi bermain sukan ini, kami bersetuju untuk mengambil 36 anak panah dengan bayaran serendah RM 13. Di tawarkan dengan 60 anak panah dengan hanya RM 20, kami menolak kerana ini adalah percubaan pertama.

padin memanah
Memang agak kekok. Memegang busur seakan janggal. Tapi Alhamdulillah dalam 18 panahan tu, hanya 2 anak panah sahaja yang terkeluar dari bulatan sasaran. Kiranya, boleh tahan. Hehehe.. Cuma, takde satu pun yang memberi mata 10. Kebanyakan 8 dan 7. Biasalah, first time. Kalau tiap - tiap minggu aku berlatih, ada harapan jadi lebih baik tu.

loqman panah
Bercerita mengenai kehidupan, pastinya kita juga ada impian, matlamat atau sasaran yang perlu kita capai. Namun, kadangkala sedikit tersasar dari matlamat kita, dek timbulnya halangan. Jadi, jangan putus asa, teruslah berusaha sehingga kita betul - betul puas hati dan impian kita akan tercapai juga. Tak mustahil kan.


Apa yang penting, kita kena nekad dan berusaha bersungguh - sungguh sebelum kita berserah saja. Kalau tak tercapai juga matlamat tu, emm tukar jelah impian lain. Cuba selaraskan dengan kemampuan sendiri, supaya kelak tidak mengecewakan diri sendiri andai tidak tercapai. Sekian.

Terima Kasih ~ Datang Lagi

Blog Peribadi Lebih Baik?

/ October 29, 2010 /
Selamat Datang Ke padinno.com


Meniti hari - hari yang pasti punya skrip berbeza, menjadikan kehidupan lebih menarik dan mencabar. Samada perkara yang telah di rancang, terjadi spontan atau tanpa di duga, semuanya itu di sebut rencah kehidupan.


Perkara ini, ingin aku kaitkan dalam aktiviti berblogging. Umum mengetahui, pelbagai genre dan niche kita temui. Bagi aku, blog peribadi merupakan antara yang terpopular, selain blog berita, blog tutorial, dan bermacam - macam jenis blog lagi lah.


Bagi blog peribadi, kebebasan sepenuhnya dalam mengarang atau mengekspresikan keadaan semasa membuatkan ia sentiasa menjadi perhatian dan popular. Ia seumpama wartawan yang menulis untuk sebuah syarikat besar, di mana syarikat itu adalah dirinya sendiri.


Tidak ada seorang pun mempunyai jalan cerita hidup, kenangan, kerja, atau kisah percintaan yang sama dengan individu lain. Kalau ada pun, hanya kebetulan. Jadi, ketaksamaan inilah yang menjadikan cerita atau coretan pengarang menjadi unik dan kadangkala penulisannya mendapat sambutan yang luar biasa.
rumput hijau
Keh keh keh gambar takde kena mengena


Ada yang suka berkongsi dengan pembaca tentang kisah cintanya, ada yang suka berkongsi gambar peribadi, ada yang bercerita mengenai kisah lampau, ada yang bercerita mengenai perihal anak - anak... dan bermacam - macam lagi lah.


Jujur, aku lebih suka membaca blog peribadi. Penulisan dan pendapatnya ikhlas. Ketika marah, sedih, gembira, terkejut atau gementar, di ekspresikan dengan penuh keikhlasan. Kepelbagaian inilah pencetus keharmonian.


Bukan apa, baik yang bekerjaya, mahupun yang masih belajar, sekurang - kurangnya perlu ada masa untuk merehatkan minda, keluar dari dunia mereka, cuba menghayati kisah - kisah orang lain, kerana nasib manusia berbeza. Mungkin ada yang merintih, memerlukan bantuan, sokongan, dan tak mustahil juga ada golongan yang hanyut, mendabik dada.


Tidak adil kalau aku hanya mengulas tentang blog peribadi, tapi bagaimana pula dengan blog berita terkini lagi sensasi? Ah, baca pun aku malas, nak ulas, lagi lah malas. Bukan apa, berita yang di karang sama sahaja dengan berita yang aku dengar di TV dan baca di suratkhabar ketika bersarapan.


Tak di nafikan, blog begini mempunyai ranking yang baik, popular, mesra dengan enjin carian, tapi bagi aku, di mana nilainya populariti tu kalau hasil penulisan merupakan hasil tangan orang lain? Apa pun, ini hanya pendapat peribadi. Aku tidak menuding pihak tertentu, sebaliknya bercerita tentang umum.


Penulisan yang baik, akan di gemari ramai. Maka, tulis lah sehabis baik. Berwaspada juga dalam menulis, kerana jika kita tidak ada had dalam menulis, mungkin boleh mengaibkan orang lain, menimbulkan pergaduhan, perselisihan faham, di mana perkara itu seharusnya kita elak demi keharmonian dunia blogging ni. Sekian.


Terima Kasih ~ Datang Lagi

Lukisan Wang

/ October 25, 2010 /
Selamat Datang Ke padinno.com


Straight to the point, aku selaku author padinno.com ingin mengadakan pertandingan iaitu Lukis & Menang. So, siapa - siapa yang ingin menang, boleh lah melukis, atau pun siapa - siapa yang nak melukis, mungkin boleh jadi pemenang.


Cara nak menyertainya mudah sahaja. Aku sediakan 2 kategori, yang pertama melukis manusia, dan kategori kedua melukis permandangan. Kedua - dua kategori ni mempunyai nilai hadiah yang berbeza, mengikut kesukaran dalam melukis.


Aku memberi kebebasan untuk melukis, samada menggunakan pensel, pensel warna, pena, crayon, arang batu dan lain - lain yang di pikirkan wajar, dan sebolehnya biarlah asli dari lukisan anda. Kalau nak suruh yang lebih pakar pun boleh, tapi suka aku nyatakan di sini, nikmat mencipta adalah merupakan salah satu perkara dalam Tonggak 12!!


Gambar 1

padin suka hana

Gambar 2

permandangan

Kalau nak melalut, ada je aku nih. OK, tak reti melukis tapi teringin nak hadiah besar? Anda boleh menyemak semula teknik - teknik melukis yang telah aku selongkar di awal bulan Oktober ni, kalau nak lebih tepat pergi godek post archive > October > gottchaaa... Baru aku perasan, huruf awal blog entri aku bulan ni menjadikan PADINNOCOM! Perasan tak?


Ok, jadi bolehlah rujuk teknik - teknik tu. Pemenang akan di tentukan melalui peratus kesamaan lukisan yang paling tinggi. Apa hadiah yang menanti pemenang? emm, bagi kategori melukis manusia, aku pertaruhkan RM 50 untuk tempat pertama, manakala kedua dan ketiga akan mendapat RM 30 dan RM 20 masing - masing. Bagi kategori permandangan, aku pertaruhkan RM30, RM 20 dan RM 10 untuk pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga.


Nanti dulu. Jika pemenang adalah di kalangan Pengopi Tegar, maka aku up dua kali ganda, contohnya pemenang tempat kedua untuk kategori melukis manusia adalah Pengopi, hadiah akan berganda menjadi RM 60! Wau!! Jadi tunggu apa lagi, pergi kedai beli kertas lukisan dan pensel yang tajam, sekarang..


Okeh, semua maklumat aku dah bagitau, so anda boleh mula lukis sekarang. Publish lukisan anda di blog masing - masing dengan tajuk "Lukisan Wang Padinno" tidak melewati tarikh 19 November 2010. Sebagai kenang - kenangan, aku akan sertakan Sijil Padinno yang di tandatangani sendiri oleh author web ini - kepada pemenang sahaja.


Dah siap publish, informkan pada aku beserta permalink, supaya mudah aku nak menilai. Ni arahan standard la kan bagi penganjur pertandingan maya nih. Jadi, tunggu apa lagi. Aku peruntukkan RM400 untuk pertandingan ni, sebagai mengganti janji aku pada Pengopi Tegar sebab perjumpaan Pengopi terpaksa di tunda.


Akhir kata, kalau takde orang nak join pun, aku tak kisah sekurang - kurangnya blog ni terupdate jua, miahahaa..


Terima Kasih ~ Datang Lagi

Cuando Seas Mia

/ October 24, 2010 /
Selamat Datang Ke padinno.com


Cuando seas mia is best defined as "when you would be mine" and only when a man says it to a girl. Aku harap definisi yang di beri oleh Julio N Vogel tu tepat dan mengena dengan apa yang aku nak ceritakan di sini.


Satu masa dulu siaran televisyen tempatan rancak menayangkan telenovela - telenovela terbaik yang datangnya dari Latin, dan tak kurang juga negara serantau seperti Filipina dan Korea. Rangkaian televisyen perdana atau pesaingnya bergilir - gilir menayangkan cerita tersebut.


Setiap telenovela ni mempunyai tarikan tersendiri, antaranya memaparkan jalan cerita terbaik, isu yang di perbangkitkan dan tak kurang juga barisan pelakon yang umphhh ~ hahaha. Lepas je menamatkan zaman sekolah, aku banyak menghabiskan masa di rumah, jadi banyak masa aku luangkan untuk mengikuti telenovela terbaik ni.

cuando seas mia
Cuando Seas Mia (CSM) merupakan satu - satunya siri yang aku ikuti dari mula sampai lah ke akhirnya. Tapi ada jugak kadang - kadang miss, pasal cerita ni panjang, di siarkan jam 12.30 - 1.30 pada mulanya tapi bertukar waktu siaran 1.30 - 2.30. Dah masuk matrikulasi, susah la nak tengok, pasal kuliah jam 2 petang.. Sori le En. Shafiee kalau saya banyak kali lambat masuk kelas


CSM seperti telenovela lain menjadikan cinta sebagai persoalan utama, tapi di selang seli kan dengan cabaran dan ranjau dalam perniagaan kopi di Casablanca. Aku mengikuti jalan cerita ni sebab seronok juga dapat mengetahui serba sedikit macamana penghasilan biji kopi yang sedap dan bermutu tinggi. cewahh saja je nak ubah topik.


Secara ringkasnya, CSM mengisahkan percintaan gadis kampung, Teresa Suarez "Paloma" dan pewaris hasienda Casablanca, Diego Sanchez Serrano. Pertemuan yang tidak di rancang, namun bibit percintaan mula timbul antara 2 jiwa ini, sehinggalah mereka terpaksa berpisah.

silvia navarro
Silvia Navarro a.k.a Paloma

Banyak ranjau yang di lalui, semata - mata untuk bersama dengan orang yang di cintai. Sepupu Diego, Fabian Sanchez Serrano berhati busuk, dan ingin merampas harta Diego. Terjadi banyak konflik dalam persaudaraan ini. Lalu mereka memutuskan siapa yan peroleh anak lelaki yang paling awal, berhak mewarisi harta Casablanca.


Bermacam cara, bermacam strategi. Paloma hanya ada satu impian. Kembali bersama Diego. Usaha kerasnya, membuahkan hasil, kerana dia di terima bekerja sebagai orang kuat Fabian, dan ingin di kenali sebagai Elena Olivares. Rancangan hanya semata- mata ingin rapat dengan Diego.


Malang buat Fabian, isterinya Barbara tidak dapat memberikan zuriat kepada Fabian. Hasrat yang mula terpadam di nyalakan semula dengan kehadiran Marcia. Cinta tiga segi antara Fabian, Marcia dan isterinya Barbara benar - benar merumitkan keadaan.


Lain pula halnya dengan kisah Diego. Lantaran sifat tamak dan kelabu mata, Berenice memaksa Diego mengahwininya, dengan melakukan tipu muslihat supaya Diego terperangkap seterusnya mengahwininya. Akhirnya Diego tewas. Tapi, Diego tak cintakan Berenice, dan tidak pernah tidur bersamanya. akibat terlalu inginkan harta, Berenice tidur dengan lelaki lain semata - mata ingin mendapatkan anak lelaki buat keluarga Serrano.


Kalau nak ceritakan satu persatu memang panjang, so aku ringkaskan je, di episod akhir, memang happy ending la, haha.. Diego bahagia bersama Paloma, dan di akhir cerita tu, Diego menanyakan "bila aku boleh memilikimu, Paloma?" dan seraya Paloma berkata "Sekarang".. hee sweet gila ah ding dong..


Kalau nak mengetahui lebih lanjut, bolehlah korang cari sendiri sinopsis cerita ni ye. Aku nak cari CD penuh cerita ni, hahahaha... Kalau tak jumpa, mungkin korang boleh tengok cerita CSM yang lain, macam yang aku tunjuk kat bawah ni, hee.. Ok,adios.

cuando seas mia
Terima Kasih ~ Datang Lagi

Pertandingan Header Tercantik

/ /
Selamat Datang Ke padinno.com


Pertandingan Header Tercantik ini telah di tag oleh Krole. Syarat - syarat pertandingan mudah sahaja, boleh dapatkan informasi lengkap di blog penganjur, alienelliz.


Jumlah pemenang tak pula di nyatakan, tapi hadiah kemenangan adalah berupa kad tambah nilai untuk telefon bimbit anda. Jadi tunggu apa lagi, siapa yang ingin mempertaruhkan header blog untuk pertandingan ini, jangan lupa berkunjung ke blog alienelliz. Selamat Berjaya.


Terima Kasih ~ Datang Lagi

Masinnya Kata - Kata Orang Tua

/ October 23, 2010 /
Selamat Datang Ke padinno.com


Orang Melayu memang kaya dengan peribahasa. Penggunaan peribahasa ini menambahkan lagi kemanisan dalam berbicara, tak kira dalam bentuk pujian, makian atau sindiran halus. "Sekilas ikan di air, sudah tahu jantan betinanya" merupakan salah satu dari peribahasa tersebut.


Maksud peribahasa itu bolehlah merujuk kepada pengalaman seseorang dalam menilai sesuatu perkara. Keputusan atau pandangan di buat melalui pengalaman samada sendiri atau pengalaman orang lain.


Hal ini selalu kita boleh kaitkan dalam kehidupan seharian. Selalunya, dalam institusi kekeluargaan, ibu bapa banyak memainkan peranan dalam membentuk, menasihat atau memberi pendapat tentang anak - anak mereka.


Perkara yang aku selalu nampak, bila mana anak - anak menyuarakan hasrat ingin memilih tempat belajar. Kadang - kadang pendapat ibubapa bercanggah dengan keinginan anak - anak. Aku setuju, kadang - kadang pengetahuan anak - anak lebih advance dari ibubapa, tapi jangan sesekali memperlecehkan pandangan mereka, kerana mereka lebih makan garam dari kita.


Mengimbas semula, di hari pertama aku menjejakkan kaki di Universiti, abah secara berseloroh mengatakan, "kursus yang kamu ambil ni bagus, tapi aku rasa kerja yang sesuai untuk kamu adalah pensyarah.." aku hanya mengangguk.


5 tahun dah berlalu, ternyata kata - kata itu menunjukkan kebenarannya. Kini, aku bekerja sebagai seorang pensyarah, dan aku selesa dengan keadaan aku sekarang. Benar. Masinnya kata - kata orang tua.


Mereka lebih mengenali kita. Sikap. Kegemaran. Kesemuanya. Mak aku pernah cakap, "kalau ikan goreng ni di letakkan seorang seekor, aku boleh tahu yang mana satu kau punya, Padin.." haha.. memang la boleh teka, pasal aku tak makan ikan, ekekee ~ joking ~


Kesimpulannya, kalau ada apa - apa yang berlaku, mintalah pendapat orang tua kita. Mereka sangat berpengalaman. Jangan lah membelakangi mereka dalam membuat keputusan. Tapi janganlah kalau masalah di tempat kerja pun korang gi tanya diorang.. haha, berkerut dahi pulak nanti diorang nak jawab. Mana yang sakit jantung tu, nanti terus "gol" pulak.


Note || Yong, aku dah penuhi janji aku dulu. Aku dah dapat kerja yang baik. Tapi, Yong tak sempat berkongsi kejayaan aku ni.. Mudah - mudahan Yong aman di sana...


Terima Kasih ~ Datang Lagi

Merah Kuning Itu Selangor

/ October 21, 2010 /
Selamat Datang Ke padinno.com


Merah Kuning Itu Selangor. Jatuh bangun Pasukan bola sepak Selangor, tak meruntuhkan semangat aku untuk terus bersama pasukan kesayangan ni. Kekalahan pada Kelantan pada saingan suku akhir Piala Malaysia tempoh hari memang agak mengecewakan, tapi itu adat permainan.


Apa pun, aku puji sebab setiap kali Selangor turun, Selangor akan menjanjikan persembahan terbaik. Tengok saja pada sejarah bolasepak negara, reputasi Selangor setakat ini memang boleh di banggakan.


Sejak aku mengikuti bola sepak negara, bermula 1992, memang pasukan inilah yang mewarnai liga bola sepak tempatan. Pemain - pemain yang tidak asing lagi seperti Azman Adnan, Anuar Abu Bakar, Zainal Abidin Hassan, dan ramai lagi memang menjadi tunjang kemahsyuran Selangor.

pasukan selangor
Tahun bersilih, musim berganti, pasukan Selangor kekal menjadi pasukan pilihan untuk setiap tahun. Skuad yang di barisi pemain - pemain yang berkebolehan, serta disiplin yang tinggi menjadikan Selangor sebuah pasukan yang berpakej lengkap.


Kehadiran Mohd Safee Sali, bergandingan dengan Mohd amri Yahyah, serta beberapa pemain lain di lihat kekuatan utama bagi Selangor dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Paling manis, Selangor berjaya menjadi pasukan pertama dalam liga tempatan menjuarai treble pada 2005, di mana kesemua perlawanan akhir, aku sempat melihat kejayaan itu di stadium.


Apa pun, adat permainan. Ada menang, dan ada kalah. Menang bukan kerana lawan terlalu lemah, kalah juga bukan kerana pasukan lawan terlalu hebat, tapi yang lebih tepat, pasukan yang paling kurang melakukan kesilapan akan menjadi pemenang.

penyokong selangor
Jadi, ramai juga yang bertanya, kenapa aku memilih untuk menyokong pasukan Selangor, sedangkan aku tinggal di Perak. Jawapan aku, mudah. Aku di lahirkan di Selangor, dan dek darah ku tumpah di bumi Selangor, aku cenderung untuk memilih Selangor.


Maju Selangor........................................


Terima Kasih ~ Datang Lagi

Melukis Kerangka Manusia

/ October 19, 2010 /
Selamat Datang Ke padinno.com


Bahagian muka manusia merupakan elemen terpenting untuk menjadikan lukisan itu mirip kepada individu sebenar. Kemahiran melukis muka memudahkan kita untuk melukis seluruh individu yang hendak kita terjemahkan dalam lukisan.


Cara melukis muka manusia telah di perjelaskan dalam siri sebelum ini, maka untuk kali ini, mari kita sambung dengan pelajaran tentang bahagian tubuh manusia, serta pergerakan normal, bagi menjadikan lukisan kita lengkap dan sempurna.


  • Lengan
Keadaan bahagian atas dan bawah lengan boleh di gambarkan seperti 2 buah silinder yang berbeza saiz, di ubahsuai dan di gabungkan bersama, membentuk lengan yang sempurna. seperti yang di tunjukkan dalam rajah, penyesuaian silinder itu amat penting supaya keadaan lengan adalah tulen ( tidak janggal)

lengan manusia

  • Kaki
Sebagaiman melukis lengan, kaki juga di lukis berdasarkan pengubahsuaian 2 buah silinder, di mana kali ini lebih panjang berbanding lengan. Pendekatan yang sama sewaktu melakar lengan turut di aplikasikan dalam proses melakar bentuk kaki.

kaki manusia

  • Typical Human Body
Proses biasa dalam melakar bahagian badan manusia, ialah dengan membahagikan tubuh manusia kepada 8 bahagian ( 7 bagi orang Asia). Pembahagian ini boleh di jelaskan melalui rajah di bawah.

kerangka manusia

Setiap posisi, postur atau perilaku manusia dapat di lukis/di lakar dengan mudah jika sudah mahir dalam melakukan pembahagian ini. Ini dapat mengelakkan kejanggalan pada lukisan yang di bina. Jadi, dalam pembinaan pergerakan, gunakan pembahagian ini untuk mementukan posisi setiap anggota tubuh manusia supaya ia kelihatan sempurna.


Maka, sempurnalah teknik - teknik asas untuk melukis, objek mahupun manusia. Latihan yang berulang kali, serta minat yang tinggi dapat membantu anda menjadi pelukis yang baik. Sekurang - kurangnya, lukisan ini bolehlah di jadikan pemberian kepada yang tersayang, atau sesiapa sahaja, dan menjadikan ia sesuatu yang bernilai, jika anda rasakan begitu.


Selamat mencuba. Selamat maju jaya.


Terima Kasih ~ Datang Lagi

Pesanan Buat Dr Hafidzah

/ October 16, 2010 /
Selamat Datang Ke padinno.com


"May The Angels Protect You, May the Sadness Forget You, May Goodness Surround You and May Allah Always Bless You"


Happy Birthday, Dr Hafidzah









Terima Kasih ~ Datang Lagi

Aku PLV : Temuduga

/ October 13, 2010 /
Selamat Datang Ke padinno.com


Alhamdulillah, hampir genap setahun aku berkhidmat dengan MARA, banyak perkara yang aku pelajari, tak kira samada perkara hakiki ataupun perkara sampingan. Kerjasama, panduan dan tunjuk ajar rakan sejawat banyak membantu dan mereka tak pernah lokek membimbing aku.


Secara ringkas, aku simpulkan semula, mula berkhidmat pada 2 November 2009, di salah sebuah Institut Kemahiran MARA, memegang jawatan Pegawai Latihan Vokasional, (PLV) dan di tempatkan di Jabatan Diploma Mekanikal Teknologi Gas.


Blog entri kali ini, aku ingin mengimbas pengalaman sewaktu di temuduga, mudah - mudahan pengalaman ini dapat memberi informasi, kalau pun tak banyak, mungkin boleh juga menjadi panduan untuk menghadiri temuduga, khususnya sebagai PLV.


Terdapat dua sesi dalam proses temuduga ini, iaitu proses soal jawab bersama panel, dan di sebelah petang, sesi amali. Dalam sesi soal jawab, aku rasa mungkin mana - mana temuduga akan menjalani proses biasa, iaitu bercerita tentang latar belakang termasuklah latar akademik, dan mungkin pengalaman bekerja sebelum ini (jika ada).


Seterusnya, aku di tanya samada adakah bersedia dan berminat sekiranya di terima. Tugas yang merangkumi pengajaran subjek teori dan amali boleh juga di katakan perkara yang agak penting, maka persediaan dan minat amat perlu.


Selain itu, aku juga di beri peluang untuk cuba menggayakan sebagai seorang pengajar. 5 minit aku rasakan amat lama sebenarnya, tapi dengan pendedahan semasa di Universiti, (presentation, public-speaking), aku dapat menjayakan sesi pengajaran tu dengan baik.. (aku rasa la, huu)..


Di sesi petang, atau lebih tepat sesi amali, aku perlu menyelesaikan 2 tugasan, di mana produk/hasil tugasan tu akan di nilai oleh panel. Tugasan berkaitan dengan subjek yang akan di ajar, mungkin. Tugasan pertama, aku di kehendaki melakukan sambungan paip (pipe jointing) dengan menggunakan kaedah bebenang (thread).

pipe thread ratchet
Sumber Gambar : www.drillspot.com

Tugasan membentuk bebenang pada paip di lakukan secara manual, maka.... agak berpeluh juga la masa tu hehee.. Mujur, hanya paip bersaiz 3/4 inci.. Kalau 2 inci, mau pengsan jawabnya malam tu hehee.. Manakala tugasan kedua, aku di kehendaki menyambung 2 flat plate menggunakan kaedah kimpalan, SMAW dalam 1 G position.


Aku kurang yakin dalam bab kimpal ni, tangan agak menggeletar, dan hasilnya, aku sendiri kurang berpuas hati, sebab kumai (bead) yang terbentuk taklah sempurna, tapi aku rasa aku dah cuba yang terbaik.


Aku rasa itu je pengalaman yang aku nak kongsikan semasa di temuduga untuk jawatan PLV. Mungkin, lain orang lain cara penilaian, tapi apa yang penting untuk kita, mana - mana temuduga pun, persediaan amat penting. Ambillah sedikit masa untuk mengkaji dan memahami tentang pekerjaan yang kita mohon tu, dan mungkin juga mengetahui tentang maklumat organisasi.


Terima Kasih ~ Datang Lagi

DISQUS Punca Blog Berat?

/ October 11, 2010 /
Selamat Datang Ke padinno.com


Seringkali terdengar dan terbaca tentang isu mengguna pakai DISQUS atau intensedebate dalam laman web/blog menjadi punca blog menjadi berat. Adakah ada asasnya isu itu di perbangkitkan? Mari sama - sama kita berbincang mengenai topik ini.


DISQUS atau sistem komen lain merupakan third party web, yang kita pautkan bersama dalam blog. Semestinya, definisi third party adalah pihak yang tiada kena mengena, dalam kes biasa yang di perdebatkan, bila meletakkan fungsi ini dalam platform blogspot.


Kalau nak ikutkan, berapa banyak kita meletakkan third party web dalam blog kita? Shoutmix, misalnya, juga merupakan third party web. Jam. Live-traffic. Followers. Bermacam - macam lagi la web, yang kita 'tumpangkan' bersama dalam blog. Sedar atau tidak, penggunaan web ini juga menjadikan blog akan menjadi lembab.


Jadi, wajarkah semata - mata penggunaan DISQUS, menjadi faktor utama blog menjadi berat? Aku rasa, tidak! Sebab, melalui pemerhatian aku, penggunaan sistem komen ini tidaklah mengambil masa yang terlalu lama untuk muncul.


Sudah tentu, kalau blog ringan macamana pun, tapi perkhidmatan internet bukan di tahap terbaik, tak membantu juga. Apa yang penting, pemahaman tentang konfigurasi blog tu sendiri sekurang - kurangnya dapat membantu bagi yang menghadapi masalah connection service.


Kalau anda seorang yang serius dalam berblogging, anda tentu mahu memikirkan tentang perkara yang aku nak tunjuk nih. Ya!! Uji blog anda. Pepatah "kelajuan membunuh" memang tepat, tapi dalam istilah mencari informasi, "kelajuan" amatlah penting. Bayangkan anda di beri masa 2 hari sebelum di temuduga, di manakah tempat terbaik untuk membuat rujukan?


Yup!! Laman web. Pantas. Tapi, alangkah rugi jika informasi yang anda cuba kongsikan gagal di akses gara - gara blog/web yang berat. Pikirkan.. hehe.. macam kelakar je rasa aku buat blog entri serius ni ekekee..


Ok lah, dalam erti kata lain, kalau korang tak nak orang lain jemu datang mencari informasi di blog korang, cuba titikberatkan struktur blog. Memanglah, terlalu ringkas pun tak berapa menarik juga kan, cuma kita perlu tahu kedudukan setiap widget yang kita nak letak tu.. Jadi, korang boleh cuba analisis menggunakan laman web yang aku senaraikan di bawah nih.



Dengan analisis ni, kita boleh tahu, widget yang mana paling lama untuk loading, dan yang mana paling cepat. Bagi blog padinno.com ni, aku dah kenal pasti yang mana satu. Yup. Logo Selangor tu.. Berdasarkan turutan blog ni, sidebar adalah yang terakhir sekali maka aku letakkan logo tu di bawah sekali.


Tengok, di penghujung cerita, takde kena mengena pun pasal DISQUS kan? Jadi aku rasa itu bukan sebab utama blog jadi berat. Hehe, pada yang rajin komen tu, terima kasih.. Walaupun aku sendiri kadang - kadang tak nampak ruangan komen tu hehehe..


*aku rasa 30:38 s tu dah di kira paling cepat lah tu.. komen anda?


Terima Kasih ~ Datang Lagi

Ingin Kelihatan Kemas Dengan AutoSlide

/ October 10, 2010 /
Selamat Datang Ke padinno.com


Inginkan laman anda kelihatan kemas? Ya, inilah jawapannya. Wahh dah macam iklan MLM pula. Takdelah, aku cuma ingin berkongsi cara - cara menjadikan laman anda kelihatan kemas, walaupun widget berderet - deret ke bawah. Gunakan fungsi autoslide di sidebar anda, dan mungkin persembahan laman anda akan lebih kemas.


Apa yang di katakan autoslide? Ehemm nak terang lebih lanjut pun, tak perlu rasanya. Korang boleh tengok sendiri di bahagian sidebar padinno.com ni. Kalau anda rasa smart, sila like, dan kalau biasa aja, sila senyum ye. hehe


Caranya mudah saja. Ikuti langkah berikut. Penting, sebelum melakukan apa - apa perubahan, download full template dulu, sebagai langkah berjaga - jaga andai tutorial ini gagal berfungsi dengan dengan baik, seperti yang di harapkan.


Login > Design > Edit HTML >Expand Widget


Cari code </head> , tambahkan code ini di atasnya.


<style type="text/css">
.texthidden {display:inline}
.shown {display:block}
</style>


<script type="text/javascript">
document.write('<style>.texthidden {display:none} </style>');
</script>


<script type="text/Javascript">
function expandcollapse (postid) {
whichpost = document.getElementById(postid);
if (whichpost.className=="shown") {
whichpost.className="texthidden";
}
else {
whichpost.className="shown";
}
}
</script>


Kemudian, cari code h2 { .... }, tambahkan code baru selepas tanda }


h4 {
background: #ffff00;
color: #666666;
margin-left: -1px;
margin-right: -1px;
margin-top: 0px;
margin-bottom: 1px;
padding-left: 10px;
padding-bottom: 5px;
padding-top: 5px;
border: 2px solid #996666;
font-size: 11px;
}


SAVE template anda!! haha


Ok, sekarang cara - cara nak masukkan di sidebar


ADD A GADGET > HTML > paste je code nih..


<ul><a href="javascript:void(0);" onclick="expandcollapse('keyword')"> <h4>[+/-] Web Blog</h4></a></ul>

<ul class="texthidden" id="keyword">

<li><a href="http://link.com">Link 1</a></li>

</ul>


PERINGATAN : korang boleh tukar sendiri warna background, saiz tulisan, size border dan macam - macam saiz lagi lah, mengikut citarasa masing - masing.


Code di sidebar, perkara terpenting, perkataan "keywords" tu adalah sama. Boleh tukar ikut sukahati juga, contohnya "code 1", "special" dan... pikirlah sendiri.. tulis je apa - apa, yang penting kena sama. Ok, selamat mencuba. Semoga laman kita semakin kemas, tersusun dan tidak terlalu serabut walaupun kita mahu meletakkan banyak widget atau pun bloglist.


Terima Kasih ~ Datang Lagi

Nasib Aku Berbeza

/ October 9, 2010 /
Selamat Datang Ke padinno.com


How do I say goodbye to all the thing that I've said and have done,
How do I say goodbye to all the thing that have been messing my mind..

Some might say that I kill the revolution,
but we still have the lads to carry out the tradition


Sekarang ni dah masuk seminggu aku tinggal bersendirian. Banyak ruang masa untuk aku mengenal diri aku sendiri. Mencari sesuatu yang dah hilang. Mungkin ada, tapi terlalu jauh.


berubah
Apa yang dah berubah? Seharian aku memikirkan, merenung, mengimbas, tapi aku masih buntu mencari jawapan sebenar. Mungkin samar - samar. Perkara tu di sebutkan kawan baik aku masa di Universiti, dan mungkin betul juga apa yang di perkatakan sebab dia memang arif tindak tanduk perilaku aku waktu dulu.


Ya, aku setuju, aku dah semakin jauh dengan kawan - kawan Universiti dulu. Kawan - kawan yang sentiasa menyokong, memberi semangat dan sentiasa bersama aku. Ada yang kata, kalau dulu pantang ajak keluar bersosial, mesti aku yang siap no 1. Ada yang kata, kalau dulu ajak minum-tengok bola, aku jugak yang akan duduk paling depan.


boroi
Tapi sekarang, aku yang paling berat sekali memberi persetujuan. Yang paling akhir bersiap, dan mungkin menolak ajakan tu. Aku lebih gemar menghabiskan masa berjam - jam di hadapan komputer, berbanding keluar minum yang hanya mungkin kurang dari sejam.


Sebenarnya, aku malu dan segan dengan korang. Nasib aku berbeza. Dalam tempoh setahun bekerja, aku rasa aku yang masih jauh ketinggalan. Bukan masa sekarang je, dari dulu lagi pun aku sering je ketinggalan. Bayangkan, tatkala semua orang dah ada kenderaan (motor) sendiri, aku je yang masih menumpang. Dan dah memasuki tahun ketiga baru ada lesen motor dan memiliki motor sendiri.


Sekarang, dah setahun bekerjaya, masing - masing dah fokus, dan ada kedengaran berlumba - lumba membeli kereta.. ahhh.. tekanan!!! Aku ketinggalan lagi.. Aku masih belum punya apa - apa. Masih jauh. Pasal berubah tu, aku tak setuju. aku tak berubah apa - apa. Aku masih lagi Padin yang dulu, sama macam 2 - 3 tahun lalu.

gembira
Masih lagi minat bersukan. Masih lagi suka berkaraoke. Masih lagi suka berhibur di panggung wayang. Masih aktif bermain bowling. Masih belum jemu mengunjungi kopitiam. Masih berselera dengan makanan seafood, walaupun agak memilih. Dan yang pasti, masih gemar lagi bercerita perihal gadis cantik, ahaks!!!


Percayalah, susah aku nak lupakan kenangan tu.. Kenangan abadi. Aku tak mahu ikut istilah kawan datang dan pergi tu. Aku nak biar ia kekal. Tapi kalau siapa yang dah tak mahu berkawan tu, go ahead. Berambus. Jangan kau simpan satu pun kenangan tu... Sekian


Terima Kasih ~ Datang Lagi

Nak Melukis Manusia

/ October 8, 2010 /
Selamat Datang Ke padinno.com


Biasanya, kita akan berasa sukar untuk melukis manusia, terutamanya bahagian muka. Mungkin, ketaksamaan imej lukisan menyebabkan perkara ini berlaku. Sebenarnya, orang yang boleh melukis pun belum tentu dapat menyempurnakan rupa paras manusia sebenar. Ini bukan disebabkan kesukaran melukis, tapi kesukaran dalam melukis kesamaan, atau lebih mudah di sebut mirip.

Melukis rupa manusia tanpa merujuk kepada mana - mana individu adalah lebih mudah, tapi mula merasa kesukaran jika di minta untuk melukis mengikut individu sebenar. Aku tak cakap tak boleh sama, cuma sukar prosesnya.

Pandangan aku, siapa yang pandai menggabungkan elemen seperti proportion, perspektif, teknik bayang dan kontur, mungkin mampu menghasilkan lukisan yang baik. Aku sendiri masih terkial - kial dalam penguasaan elemen - elemen ini.

Melukis muka manusia, bolehlah di pecahkan kepada 3 kategori utama, iaitu profile, straight-on dan three-quarters. Apakah yang di maksudkan dengan ketiga- tiga kategori ni? Profile ialah apabila muka (subjek) melihat ke kiri atau kanan, di mana hanya sebelah sahaja bahagian muka yang akan kelihatan.


profile
Gambar straight-on

Straight-on pula apabila subjek memandang ke hadapan, di mana penggunaan simetri dalam membentuk subjek adalah perkara terpenting. Gagal mematuhi konsep simetri, akan menjadikan lukisan seperti pelik, janggal dan kurang tepat. Three-quarters pula merupakan gabungan antara profile dan straight-on.


Profile dan three quarters


Berikut merupakan beberapa contoh, bagi mengilustrasikan keterangan di atas.



Aku sendiri masih gagal untuk melukis subjek muka, yang bertepatan dengan individu sebenar. Anda boleh nilaikan lukisan aku dalam entri ini. Cuma, yang hampir - hampir tepat, mungkin, dengan penghasilan lukisan ini, dan lakaran ini boleh juga di sebut sebagai karikatur, dan bukan sebagai potret.

Aku rasa setakat ini sahaja teknik untuk mula melukis muka manusia. Aku akan teruskan nanti dengan teknik dan cara untuk melukis bahagian badan manusia, serta pergerakan - pergerakan normal manusia. Tu pun kalau ada masa lah.

Terima Kasih ~ Datang Lagi

Objek Pertama

/ October 6, 2010 /
Selamat Datang Ke padinno.com


Dalam artikel sebelum ini, aku ada menyatakan tentang beberapa asas dalam membentuk sebuah lukisan yang sempurna. Aku nak lengkapkan siri ni, jadi kemungkinan artikel aku berkisar tentang lukisan je untuk seminggu ni.


Jadi, apa tunggu lagi. Mari melukis.


Memilih objek pertama adalah penting dalam memulakan lukisan. Bagi yang baru berjinak - jinak, bolehla mencuba dengan melakukan garisan demi garisan. Pilih objek yang mudah, contohnya sebiji bola. Adakah bulatan yang sempurna terhasil? Lakukan beberapa kali sehingga berjaya.


Berjaya membuat lakaran bola, bolehlah bergerak kepada lukisan yang agak berbeza, contohnya buah epal, kelapa ataupun tomato. Jadi, mudah kan? Pergerakan tangan yang lembut menjadikan buah atau objek itu kelihatan sempurna dan realistik.


Latihan yang berterusan membolehkan kita lebih yakin untuk bergerak setapak lagi. Mari lihat gambar di bawah.




A : Pengukuran amat penting. Pasu merupakan objek yang bersimetri. Jadi, bolehlah merangka keadaan pasu tersebut seperti yang di tunjukkan dalam rajah.


B : Bentukkan seperti objek asal. Cuba selaraskan lebar dan lengkungan yang sama di kedua - dua bahagian. Lebih banyak garisan, lebih baik pelarasan yang akan terhasil.


C : Untuk menghidupkan keadaan objek, kita boleh lah menambah latar seperti lantai, dan juga bucu dinding.


D : Kemasan terakhir. Bolehlah kita menambah sedikit corak pada pasu, dan beberapa helaian daun serta bunga. Nah, siap sebuah pasu bunga yang di letakkan di penjuru bilik!


Kalau dah lebih berkeyakinan, kita boleh teruskan langkah dengan melukis sebuah permandangan. di sini aku sertakan contoh yang paling ringkas untuk korang cuba fahami.


tasik

tasik


tasik
Aku rasa cukup 2 contoh ini dulu, untuk siri yang akan datang, aku akan perihalkan tentang melukis figure manusia. Ini mungkin part yang agak rumit, tapi bagi aku, dengan latihan dan minat yang berterusan, aku yakin korang boleh berjaya, sekurang - kurangnya melukis muka sendiri.


Ok, selamat berjaya. Daa..


Terima Kasih ~ Datang Lagi

Cara Melukis Dengan Betul Siri 1

/ October 5, 2010 /
Cehh tajuk je gempak, padahal aku sendiri pun tak tahu melukis dengan betul, Cuma bolehlah di katakan cara melukis dengan betul versi padinno. Versi orang lain, mungkin lain cara dan tekniknya.


Ok, di sini aku cuba sampaikan teknik yang paling ringkas dan mudah, bermula dari awal, sampai la korang boleh melukis sebuah lukisan.. haha apa dah ayat ni. Tapi sebelum tu, kita kena la tau apa asas – asas dalam melukis nih.

contoh lukisan
Yang pertama, mesti lah ada bahan untuk melukis. Sekurang kurangnya pensel yang tajam, sebuah pemadam dan beberapa helaian kertas kosong, warna putih lagi baik. Kalau nak hasil yang lebih memuaskan, bolehlah menyediakan beberapa set pensel yang berlainan ketajaman, ketebalan dan kalau nak yang lebih power, bolehlah beli set pen memang khas untuk melukis.

Sekarang, mari kita berkenalan pula dengan beberapa perkara yang agak penting juga dalam kita memperihalkan sesuatu lukisan.

  • Garisan (line)
  • Garisan merupakan elemen terpenting dalam sebuah lukisan. Dalam erti kata lain, garisan adalah nadi bagi lukisan. Semakin banyak garisan yang di bina, semakin bermakna lukisan tersebut. Garisan boleh di bina dengan ketebalan yang malar, dan mungkin juga boleh berubah – ubah. Ini yang di katakan keunikan sesebuah lukisan

  • Bentuk (shape)
    Bentuk merupakan gabungan antara satu atau lebih garisan. Bentuk ini boleh menggambarkan keterangan objek, samada tepat atau hampir menyamai objek sebenar. Gagal menggunakan bentuk yang betul menyebabkan lukisan kita “lari” dari objek asal.

  • Proportion
    Aku pun tak pasti apa takrif sebenar, Cuma yang aku tahu proportion ni lebih kurang macam “jari hantu merupakan jari terpanjang di antara 5 jari tangan”..ataupun kaki manusia lebih panjang dari tangan.. err lebih kurang la

  • Perspektif (perspective)
    Perspektif ini lebih kepada ilusi, yang mana semakin jauh objek tu, semakin kecil skala yang perlu kita bina.

  • Bayang dan Cahaya (Shadow and Light)
    Bagi menjadikan lukisan kelihatan realistik, penambahan cahaya dan bayang turut memainkan peranan. Ini kerana hidup kita sendiri di simbahi cahaya dan bayang. Tanpa bayang, lukisan akan jadi seperti 2 dimensi, dan tak realistik. Kehadiran cahaya dan bayang juga, dapat menentukan bahagian belakang atau depan objek.

Jadi, aku rasa cukup untuk setakat ini sahaja dulu, aku bercerita tentang asas dalam melukis. InsyaAllah, lain masa aku akan terangkan tentang measurement dalam melukis, serta panduan memulakan lukisan.


Terima Kasih ~ Datang Lagi

Ouhh Lebatnya Hujan

/ October 4, 2010 /

Selamat Datang Ke padinno.com


Emm.. tak sangka ada jugak yang menerima hasil lukisan tangan kidal aku ni, hehe.. Yelah, bukan senang benda yang kita buat tu di terima orang lain. Dan aku cuba untuk upload gambar beberapa teknik melukis yang pernah aku bukukan satu masa dulu.


Ralit sangat scan gambar - gambar tu, sedar - sedar jam dah 5.05 petang. Masa untuk pulang! Tapi, apakan daya, bila aku selak tabir jendela, ouhh lebatnya hujan!! Terbantut la hasrat nak balik awal.. Kenapa? hehe..



Ha, ini je yang aku ada. Kebetulan, baju hujan pun lupa pulak nak bawak. Lama jugak la aku melangut, termenung depan surau department aku.. Kot la hujan reda awal, boleh balik awal sikit. Alahai, makin lama, makin lebat pulak..


hujan lebat

Sambil aku termenung tuh, aku teringat 2 perkara. Perkara yang aku tak perasan langsung, tapi mungkin membuatkan aku berfikir dan terus berfikir, dan mengambil tindakan yang wajar. Adakah perkara itu berkaitan dengan hujan? Atau berkait rapat dengan balik awal? Ah.. asyik nak berteka teki je.

parking
Haha, kenapa kotak pos tu ada nama aku? Bila masa pulak aku beli tanah dan rumah? Dan, adakah kawasan parkir itu khas untuk Mitsubishi Lancer, Honda Civic FD atau Waja Iras Lancer? Banyaknya persoalan. Tanda tanya. Teka - teki.


Mungkin, dah tiba masa aku serius dalam memikirkan masa depan. Mungkin, aku perlukan sebuah kereta. Kereta untuk aku isi dalam ruang yang di kosongkan itu. Kereta untuk aku berlindung dari kebasahan, kereta untuk memudahkan aku bergerak.


Cett, dah 7 malam!! Ah, dari pening kepala pikir benda ni, baik aku balik rumah, pekena secawan kopi o, perghhhh....


Ouhh lebatnya hujan!!! Redah je lah...


Terima Kasih ~ Datang Lagi

Mari Belajar Melukis

/ October 3, 2010 /

Aippp mari belajar melukis? Lagak macam cikgu pendidikan seni je aku ni. Taklah. Sekadar mengisi masa terluang kan, kalau dah bosan tak tahu nak buat apa, aku selalu jugak la menconteng - conteng.

Sambil - sambil aku mengemas bilik tadi, terjumpa la fail aku masa dulu - dulu. Rupanya, rajin jugak aku buat buku tentang cara - cara nak melukis. Tapi selalunya apa yang aku lukis tu, mesti tak sama yang macam aku harapkan. Kenapa? Pasal, idea dan perlaksanaan tak seirama.


Ini lukisan dalam entri "Penangan Kena Penampor"
penampar


Ini lukisan dalam entri "Bila Masa Terluang"

seni padin

Ini lukisan dalam buku "Cara Membina Karakter"

bina karakter

Ini lukisan dalam salah satu episod "Once upon a Time"

komik

Aku jadikan melukis ni sebagai satu cara aku menghabiskan masa jugak. Jadi kalau korang yang baru nak belajar melukis dan nak menghabiskan masa, bolehlah dapatkan buku berjudul "Cara Melukis Dengan Betul" di pasaran sekarang, cewahh.. Aku tipu je tu..

Nantilah, ada masa, aku upload gambar dan teknik - teknik yang aku tuliskan dalam buku tu, kalau takde masa, nak buat macamana, ye tak.. haha udah la tu, setakat ni saja.


Terima Kasih ~ Datang Lagi

Perjumpaan Pengopi

/ October 1, 2010 /

Selamat Datang Ke padinno.com


Alhamdulillah, aku dah sampai ke JB semula, menyambung kerja hakiki aku sebagai PLV. Namun ketibaan aku di sambut dengan kejutan, di mana kedua - dua teman serumah aku di panggil untuk menyertai Kursus Pedagogi, CIAST, Shah Alam (diorang pun sejawatan aku) selama 3 bulan. Makanya, aku terpaksa seorang diri di rumah ni selama 3 bulan jugak, bermula 4 Oktober sehingga hujung Disember. Huuuhh..


Sepanjang di Jawi, ramai juga yang bertanyakan aku tentang perjumpaan pengopi yang pernah aku dan Miss war - warkan. Jadi, untuk kepastian, aku tuliskan sekali lagi hal berkenaan perjumpaan ni.

Create your own banner at mybannermaker.com!



Perkara : Perjumpaan Pengopi
Tarikh : 16 Oktober 2010
Tempat : Kuala Lumpur @ Selangor
Masa : 10 pagi - 8 malam


  • Perkara : Perjumpaan Pengopi

Umum, idea asal perjumpaan ni antara Pengopi je, tapi kalau sesiapa yang free pada masa yang aku sebutkan tu, boleh je datang. Aku tak pulak menghadkan kepada sesiapa. Cuma perjumpaan ni kecil - kecilan je, sponsor pun ciput, lagipun ni first time, jadi mungkin banyak kekurangan, tapi aku akan cuba buat yang terbaik.


  • Tarikh : 16 Oktober

Tarikh ni dah confirm, jadi sesiapa yang confirm boleh datang, aku mintak sangat tinggalkan jeritan anda di kotak komen, di thread yang di sediakan, supaya senang aku nak anggarkan jumlah kehadiran. Aku agak dalam 15 - 20 orang je rasanya.


  • Tempat : Kuala Lumpur @ Selangor

Berkenaan tempat, aku belum dapat tempat yang sesuai lagi, setakat ni ada 2 atau 3 cadangan, dan mungkin dalam masa terdekat aku akan decide lah, bukan apa, kena fikir juga, bagi yang datang jauh, mungkin hal pengangkutan, penginapan dan lain - lain lah perlu di ambil kira.


  • Masa : 10 pagi - 8 malam

aku rasa sesuai dah kot masa tu, jadi mana - mana yang nak balik awal atau pergi tempat lain, mudah la kan, tapi kalau sesiapa nak stay lagi pun takde masalah rasanya.. Ini hanya cadangan,


  • Aktiviti

Tentang aktiviti yang nak di buat nanti, aku pun tak pasti haha.. Tema perjumpaan ni aku nak berjumpa je dengan blogger lain, so takde istilah paksaan ke, menghabiskan beras ke, buang masa ke, dan lain - lain lah.


Tapi, aku ada juga memikirkan beberapa perkara tentang aktiviti. Tapi aktiviti ringan je, tak perlu sampai nak berpeluh - peluh, dan mungkin juga aku selitkan slot cabutan bertuah, hehe mane tau boleh menang hadiah tv LCD 32 inci kan? ngeh ngeh...


Aku rasa itu je lah yang boleh aku sampaikan untuk setakat ini, apa - apa update terkini, aku akan bagitahu kemudian. Terima kasih atas sokongan korang, adios


Terima Kasih ~ Datang Lagi

Archives

Facebook Pages

 
Lifestyle BlogsReal Time Web Analytics
Copyright © 2009-2017 padinrose - Tips, Hobi dan Motivasi, All rights reserved | Disclaimer | Sitemap