padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

The Untold Truth About Supermokh

/ August 30, 2010 /
Selamat Datang ke padinno.com


Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Siapa yang tidak kenal Supermokh atau Datuk Mokhtar Dahari? Biarpun sudah 21 tahun Allahyarham meninggalkan kita, keunggulan Mokhtar dalam dalam sukan bola sepak negara tetap segar dalam ingatan semua - Metro 30 Ogos 2010


Sempena semarak sambutan kemerdekaan ni, masih ada pihak yang sanggup berkerjasama untuk mengenang salah seorang wira dalam negara kita ni. National Geographic Channel, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia dan Astro bergabung menghasilkan sebuah dokumentari tentang Lagenda Supermokh.


Aku dah pun menonton dokumentari tu, dan nyata segala paparan amat mengasyikkan, seolah - olah semangat beliau masih berada dengan kita. Segala komitmen yang di berikan dalam sukan ni amat tinggi nilainya. Sejarah yang terukir akan sentiasa terpahat selagi masih ada yang mendukungnya.


Benar, "sejarah itu adalah biografi orang terhebat". Kita lihat sejarah bola sepak negara kita tidak lari dengan pencapaian dan biografi Supermokh. Bermula dengan pemain biasa, di pilih menyertai Selangor seterusnya mewakili negara untuk berdepan dengan lawan yang lebih gah, termasuk menjaringkan 2 gol kemenangan ketika menentang Arsenal, dan menjaringkan gol penyamaan ketika menentang England B dengan larian solo sebelum merembat kencang ke gawang lawan.


Hehe aku bukan nak berleter panjang kat sini, cuma teringat kata - kata Supermokh pada isterinya, "Hidup mati saya dengan pasukan Selangor".. Begitu tegas, begitu angkuh tapi sebenarnya itulah komitmen yang di berikan beliau pada pasukan yang di wakilinya. Dan ada satu slot di mana sultan Selangor sempat bertanya pada beliau "adakah kita akan menang malam ini?" lantas Supermokh menjawab "Saya akan berikan kemenangan pada Tuanku"


Banyak lagi la perkara yang menarik perhatian termasuk penyakit sebenar Supermokh, dan kenapa isterinya merahsiakan perkara tu kepada umum, turut di dedahkan dalam dokumentari tu.. haha kalau nak listkan kat sini, panjang sangat pulak, ok kepada sesiapa yang terlepas, boleh tengok ulangan pada 4 dan 15 September, 9 malam di 553.


Haha bila aku membebel dah lari dari tajuk pun ada ni tapi tak kisah la, yang penting, aku nak highlight kan di sini komitmen kita dalam berbuat satu perkara. Tak kisah la apa pun, tapi yang penting, biarlah kata orang kita buat sepenuh hati, dan anggaplah ia peluang terakhir untuk kita. Mudah - mudahan hasilnya nanti amat memuaskan.





penyokong selangor
Hehe saja nak enter frame gambar ni, sebagai penyokong pasukan bola sepak selangor, alang - alang biar sepenuh hati kan, ekekee.. tu bendera belum berkibar tu, hehe Viva Forever la Selangor.. apa kata penyokong ??? Majuuu Selangoooorrrr... ekekee


Sekian, terima kasih ~ Datang Lagi

Minum Kopi Boleh Dapat Duit Raya?

/ August 28, 2010 /
Selamat Datang ke padinno.com


Alhamdulillah sudah selamat peperiksaan induksi yang agak..... mencabar jugak soalannya hehe tu la akibatnya kalau malas baca nota dan tidur masa ceramah hehe.. Umm, cuma apa yang aku harapkan, mudah - mudahan aku beroleh kejayaan



Jadi, sekarang ni masa untuk berkemas - kemas pulak nak balik ke IKM Johor Bahru, huhu minggu depan kena siapkan soalan untuk soalan peperiksaan akhir semester pulak, aadehh.. Seminggu lepas tu baru bercuti untuk meraikan Aidilfitri bersama keluarga di Perak



Sebelum aku melalut lebih jauh, blog entri kali ini aku umumkan pemenang kepada ke tiga - tiga contest yang aku anjurkan pada Pengopi Tegar. Contest ni berlangsung sebulan, dan akhirnya dah ada pemenang pun. Hehe minum kopi pun boleh dapat duit raya, so kalau siapa - siapa yang nak join contest akan datang, rajin - rajin la dapatkan update di Padinno Kopitiam.




Ok, contest pertama, Pengopi di kehendaki membuat blog entri bertajuk "Kisah dan Nostalgia Ramadhan". Err blog entri ni sebagai perkongsian diorang tentang nostalgia atau kenangan Ramadhan dulu. Memang menarik kisah diorang, dan sebab tu, aku bagi semua duit raya ekekee



1st : Anna (RM 30)
2nd : CikYuyu (RM 20)
3rd : Afiq dan MissXYZ (RM 10)


Contest kedua pulak, Pengopi di kehendaki membuat blog review terhadap beberapa blog yang telah di senarai pendekkan. Aku tak pulak menetapkan perkara - perkara yang perlu di ketengahkan, kreativiti diorang sepenuhnya menjadi ukuran utama untuk di kira sebagai pemenang.



1st : Zaer (RM30)
2nd : Afiq dan Anna (RM 20)
3rd : MissXYZ, Ellen dan Belalang (RM 10)



Contest yang terakhir untuk pusingan pertama ni, ialah Pengopi di kehendaki menyediakan satu blog entri yang bertajuk "Raya : Dulu dan Sekarang".. Yelah kan, aku tengok sekarang ni sambutan Aidilfitri dan Aidiladha banyak berbeza dengan zaman kita masa kecik dulu. so, blog entri ni dapat mengembalikan nostalgia saat itu, di samping berkongsi pengalaman masing - masing.



Selain tu jugak, diorang juga wajib melampirkan sekali header raya untuk padinno.com hehe, nanti bolehlah aku pasang di header aku ekekee umm senarai pemenang adalah seperti berikut

1st : MissXYZ (RM 30)
2nd : Cik Tom (RM 20)
3rd : Anna dan Rainbow (RM 10)



Hehe siapa kata dok melepak kedai kopi tu buang masa? ekekee.. Minum kopi pun boleh menang duit raya tau.. Untuk pusingan pertama ni, (macam ada pusingan lain je lagi ni hehe) Anna berjaya mendapat kutipan tertinggi iaitu RM 60, dan yang kedua MissXYZ RM 50.. tahniah aku ucapkan ekekee



oklah, sekian sahaja kali ini, kepada pemenang, jangan lupa hantarkan butir - butir diri anda, hehe dapatkan update di Padinno kopitiam kunjung selalu ya..



Terima Kasih ~ Datang Lagi

Jalan - Jalan Dapat Hadiah

/ August 25, 2010 /
Selamat Datang ke padinno.com


Pejam pelik dah hampir penghujung Ogos kan, hehe mesti ramai yang tertunggu - tunggu untuk menyambut 31 Ogos sempena Hari Kemerdekaan Negara Malaysia yang ke - 53, di mana tahun ni membawa tema "1 Malaysia Menjana Transformasi. Dan semestinya juga, tak sabar menyambut 1 Syawal hehe..


Tapi suka aku nyatakan di sini, blog entri kali ini bukanlah nak bercerita tentang Perjuang - Pejuang Kemerdekaan, juga bukan erti kemerdekaan, tentang raya pun jauh sekali. hehe cuma aku nak bagitahu yang kalau kita rajin berjalan, banyak la permandangan yang kita dapat hehe pengalaman, kenangan atau lain lain lagi.. Kalau dapat award lagi best, kan? hehe jom layan



Create your own banner at mybannermaker.com!





award padin



award padin



award padin


award padin


Hehe terima kasih la sudi bagi award nih, aku terima dengan hati yang cukup terharu ceeewaahhh ekekee.. Erm, dah lama aku tak tag pada orang lain, kali ni aku nak bagi pulak, check it out!!

Award 1 - Belalang


Award 2 - Red Linda


Award 3 - Kamaryeah


Award 4 - Zaer

Ok, hehe sudi - sudikan amik ye ekekee


Terima Kasih ~ Datang Lagi

Kursus Induksi Kumpulan 1

/ August 24, 2010 /
Selamat Datang ke padinno.com


Salam kepada semua pengunjung huhu.. seperti yang aku pernah bagitau dalam blog entri Tahniah Dr Hafidzah, aku sedang mengikuti Kursus Induksi Kumpulan 1 Siri 4/2010 di Institut Latihan Kecemerlangan MARA, Jawi Penang yang berlangsung sepanjang 16 - 26 Ogos.


Huhu kursus ni merupakan salah satu perkara wajib sebelum di sahkan jawatan dalam perkhidmatan awam. Siapa yang menjawat jawatan awam, mesti dah melalui kursus ni.. Aku baru je nak bertapak hehe..


Memang mencabar juga kalau nak di ikutkan, sesi ceramah yang padat, di tambah pula dalam mood puasa, tapi aku tetap positif yang puasa bukan penghalang untuk melakukan sebarang kerja kan, cuma biasalah, aku juga manusia biasa yang bayak kelemahan.


Bukan aku nak mensabotaj diri sendiri, tapi tu lah hakikatnya. Di sebabkan kekurangan air, dan tinggal di bilik yang berhawa dingin, menyebabkan kulit aku kering dan merekah umpama sisik ular lagaknya huhu


Apa pun, bukan itu tujuan aku menulis blog entri ni, cuma aku nak meminta jasa baik rakan - rakan pengunjung sekalian mendoakan aku supaya dapat menjawab dengan tenang soalan peperiksaan di hari terakhir program.


Mudah -mudahan, aku berjaya melepasi peringkat pertama ni, dan seterusnya, demi perjalanan karier yang baik untuk aku.. okeh la aku rasa sampai di sini saja, banyak perkara yang aku masih perlukan tumpuan.. sekian


Terima Kasih ~ Datang Lagi

Free Promotion

/ August 22, 2010 /
Selamat Datang ke padinno.com


Hehe blog entri yang ke - 100 dalam tahun 2010 ni aku mahu dedikasikan kepada seorang blogger yang aku cukup hormat, dari segi ilmunya, dari segi prihatinnya, pandangannya, dan juga dari segi perwatakannya..


Selama 11 bulan aku berblogging nih, aku banyak mintak tunjuk ajar dari dia, hehe dan yang pastinya dia tak pernah la merungut pulak mengajar aku hehe, walaupun perkara yang sama aku tanya berulang kali hehe tu namanya proses pembelajaran kan?


Selain aku belajar selok belok tentang blogging, aku ada juga belajar mengubah kod biasanya HTML la, hehe tapi yang simple je boleh la, kalau tahap nak buat autoslide macam KOTAK POT PET tu tak tercapai akal la jawabnya, aku basic dalam chemical engineering, hehe memang out la jawabnya..

header padin1

Selain tu kalau korang perasan, header blog ni akan bertukar bagi setiap kali perubahan atau pergantian bagi menunjukkan sesuatu musim atau peristiwa. Mulanya aku pakai header yang formal je, kemudian menggunakan header yang ini sempena Piala Dunia 2010

header padin2

Berakhir je Piala Dunia, aku naikkan header yang ini pulak. Sempena kedatangan Ramadhan yang mulia. Hehe..

header padin3

Dan, berbaki beberapa hari saja lagi, negara kita akan meraikan ulangtahun Hari Kemerdekaan Yang ke-53. Sempena itu aku aku naikkan header untuk hari kebangsaan tersebut, dan begitulah seterusnya hehe..

header padin4

Lepas ni, aku nak naikkan header sempena Perayaan Aidilfitri pulak, so sekarang tengah giat geng - geng pengopi membina dan mereka header untuk padinno.com, sebab ada ganjaran yang lumayan di sebalik binaan header itu hehe..


Selain itu juga, aku berpendapat yang banner aku dulu dah tak berapa relevan dengan blog sekarang, maka aku amik keputusan untuk menukar banner tu dengan badge yang baru ni (boleh tengok di sidebar).. So apa kaitan blogger yang aku sebutkan di atas tadi dengan header dan badge yang di sebutkan tadi?



Hehe, semua hasil header ni dan termasuk badge ni adalah hasil rekaan Jericho, www.stewardjohn.com hehe aku yakin semua orang kenal blogger ni, hehe.. Jadi, kepada siapa - siapa yang mahu header atau badge yang di reka oleh Jericho, sila berurusan terus dengan beliau hehe.. Ok, aku rasa sekian saja untuk blog entri kali ini


Terima Kasih ~ Datang Lagi

Tips Elak Ragut dan Seluk Saku

/ August 21, 2010 /
Selamat Datang ke padinno.com


Perlakuan jenayah ragut sering je kita lihat di paparan media massa, terutamanya televisyen dan dada akhbar. Saban hari, kes - kes jenayah ragut yang di laporkan semakin meningkat, justeru menggambarkan kehidupan kita semakin terancam.


Namun, adakah kita hanya terus menerus di cengkam dengan perasaan macam tu?.. Tidak di nafikan jenayah ragut memang tidak boleh di hentikan, tapi bagi aku, berwaspada adalah merupakan langkah awal untuk mengelakkan sebarang risiko.

Memetik kata - kata En. Kamal Affendi Hashim, Penyiasat Jenayah,
"kita harus berwaspada dalam setiap gerak-geri kita, dan berfikir bahawa kita mungkin mangsa seterusnya kepada sebarang kejadian jenayah"


Jadi, untuk blog entri kali ini, aku nak kongsikan beberapa tips atau kaedah untuk mengelakkan jenayah ragut dan seluk saku. Mudah - mudahan anda semua mendapat manfaatnya.


jenayah ragut

Elak Pakai Barang Kemas di Tempat Awam

Tak di nafikan perempuan gemar berhias ketika berada di luar, seperti memakai pakaian yang cantik, dan memakai barang kemas untuk kelihatan lebih menarik. Tapi anda perlu peka dan tahu ke mana tempat yang anda mahu pergi tu, elakkan memakai barang kemas kalau anda mahu bersantai di tempat awam yang sesak dengan lautan manusia

Elakkan Tertidur Ketika Menaiki Kenderaan Awam

Perjalanan yang jauh memang agak memenatkan, tambahan pula yang menaiki bas ekspress. Mungkin tidak dapat tidak kita akan terlena juga. Tapi kalau perjalanan yang memakan masa sebentar sahaja, elakkan anda tertidur. Penjenayah bergerak terlalu pantas, dan mungkin anda merupakan masa ragut ketika anda tertidur!! hehe

Periksa Dompet/Beg Duit Sekiranya Di Sentuh

Biasanya kalau kita berada di tempat awam, memang tidak boleh lari dari bersentuhan dengan orang yang di sekeliling kita. Contohnya, konsert JomHeboh, atau apa - apa majlis keramaian lagi. Bukan sebab kurang percaya sikap orang lain, tapi lebih baik berwaspada jika di asak atau di sentuh.

Jangan Lalai

hehe lalai ni lawan bagi perkataan waspada la kan, ok jangan lalai dalam erti kata lain memegang beg tangan bersahaja, meletakkan beg tangan berjauhan dengan diri, cuai ketika menjawab telefon dan bermacam - macam lagi kelalaian yang mungkin menghidupkan peluang untuk si peragut


Ok, aku rasa cukup 4 sahaja tips yang aku kongsikan, aku rasa masih banyak lagi tips di luar sana, kalau anda rasa ada tips lain, boleh lah kongsikan di ruangan komen, mudah - mudahan kita akan terhindar dari segala kegiatan jenayah, seterusnya dapat menurunkan statistik jenayah di negara kita yang tercinta ini.

Terima Kasih ~ Datang Lagi

Penghayatan Ramadhan

/ August 20, 2010 /
Selamat Datang ke padinno.com


Menyelusuri hari - hari yang mendatang, pejam pelik dah masuk hari ke-10 kita, umat Islam menunaikan ibadah puasa. Ibadah yang di tuntut dan menjadi salah satu rukun dalam Rukun Islam.


Pastinya kita berlumba - lumba untuk mendapatkan segala nikmat Ramadhan, yang kita tidak tahu adakah kita masih berkesempatan menemuinya sekali lagi akan datang. Manfaatkanlah selagi nyawa di kandung badan.


Aku bukanlah nak bercerita panjang mengenai fadhilat Ramadhan ni, ataupun kelebihan berpuasa menerusi perspektif sains, cuma aku nak menyentuh tentang isu menu berbuka, atau lebih mudah di katakan juadah berbuka puasa.


Biasa kita lihat, orang - orang kita ni mewah dalam berbuka puasa. Mewah dalam erti kata lain pelbagai jenis makanan, aneka lauk pauk, aneka pencuci mulut. Di ibaratkan seperti membalas dendam terhadap waktu siang, sejak bermula je azan Maghrib, perut terus di asak bertubi - tubi dengan segala jenis makanan yang terhidang.

menu berbuka puasa

Itulah yang di katakan mewah dalam berpuasa.. Sebenarnya, kalau kita hayati semula konsep berpuasa ni, bukan hanya menahan lapar dahaga di waktu siang, tapi sebenarnya penghayatan yang lebih mendalam lagi. Kita di ajak untuk menghayati bagaimana keadaan rakan - rakan lain yang kurang bernasib baik dari kita, yang entah makan atau tidak........ ahh sori xdapat nak sambung ayat ni huhu...


Jadi berbalik kepada tajuk, penghayatan Ramadhan ni besar ertinya dalam kehidupan, memberikan kita lebih bersyukur dengan nikmat yang di berikan, memberikan kita lebih berfikir dari menggunakan nafsu semata - mata.


Aku takde apa nak kongsikan sangat pun, cuma semasa berkursus ni, aku berbuka ala kadar je, macamana la Jabatan yang berpengaruh pun menyediakan makanan yang agak kurang memuaskan, makanan tidak cukup untuk semua peserta, paling menyentuh hati, ada yang hanya makan nasi berkuahkan air sarsi sejuk? huhu..


Tapi aku masih bersyukur masih dapat menyuap nasi, masih bertenaga untuk terus hidup, masih bersemangat untuk meneruskan kursus ni hehe, ok da nak waktu berbuka puasa ni, aku gerak dulu ya?

Terima Kasih ~ Datang Lagi

Andainya Aku ...

/ August 19, 2010 /
Selamat Datang ke padinno.com



Susah juga nak lelapkan mata ni, entah apa yang aku fikir sekarang pun, aku tak pasti la, bermacam - macam agaknya huhu.. Sambil melayan mata nih, teringat pulak slot cerita P Ramlee tentang kisah Si Labu Labi.. Berangan, mimpi jadi macam - macam memang menghiburkan hati la..



Aku pun dah terpikir nak jadi macam - macam ni ha, hehe.. Andainya aku di beri pilihan nak merasa menjadi sesuatu, banyak je benda yang aku nak jadi. Bukan tak bersyukur jadi manusia tapi berangan je nak jadi selain manusia hehe..



Mula - mula, kalau boleh aku nak jadik duit ekekee.. Yelah ramai orang sayangkan duit. Semua orang perlukan duit. Kalau dah ada duit, pandai la nak menjaga duit kan, samalah macam aku hehe nak merasa di sayangi, nak merasa di hargai.. Sentiasa rasa di perlukan dalam kehidupan manusia.. wahh bestnya andai aku adalah duit. Tapi, kadang - kadang pasal duit pun boleh menimbulkan perbalahan, permasalahan.. err aku tak mahu la kehadiran aku sebagai punca permasalahan. Tak best la jadi duit.



Ha, apa kata aku menjadi sebuah laptop? hehe kalau tuan punya laptop adalah blogger tegar, ataupun pengguna internet, atau memang kerja sebagai guru komputer, pasti dia akan menghadap aku sepanjang kehidupannya. Siang malam, pagi petang.. Wah setianya.. Best kan bila ada orang sentiasa mendampingi kita. Tapi yelah, bila dah guna setiap masa, sampai satu tahap performance akan berkurang, dan tuan punya akan beralih hati.. huhu aku takmahu juga jadi begitu..

kucing padin




Apa kata aku menjadi binatang peliharaan? Jadi kucing ke, arnab tak pun iguana? hehe mesti di manja, di belai, di bagi makan, di sediakan tempat tidur hehe.. Tapi kalau tuan rumah takde, gi jalan - jalan, kebulur la jawabnya, yelah sejak lahir di manja, mana tahu nak buat apa - apa, adehh takmahu la jugak jadi kucing.



Pusing punya pusing, jam pun dah pukul 2 pagi, senang - senang baik aku jadi manusia je hehe, berdiri atas kaki sendiri hehe, tak payah pikir - pikir lagi.. Boleh gunakan duit, laptop dan kucing untuk kelangsungan hidup.. Duit untuk membeli makanan, mengunakan laptop untuk menimba ilmu, dan menjadikan kucing sebagai teman.. Kan bahagia hidup?



Untungnya bila kita menjadi manusia, manusia yang berakal fikiran, mengawal segala tindakan. Mencipta bahagia dengan jalan tersendiri, mencari penawar untuk segala rajuk duka, dan elakkan menjadi manusia yang sepertinya binatang, duit dan laptop yang hanya di manipulasikan oleh orang lain demi menyempurnakan kepentingan diri semata - mata.



Sekian saja, blog entri kali ini, andainya aku ... Kalau korang, nak jadi apa?



Terima Kasih ~ Datang Lagi

Tahniah Dr Hafidzah

/ August 17, 2010 /
Selamat Datang ke padinno.com



Ehemm Salam buat pengunjung yang masih dan terus setia bersama padinno.com. Salam Ramadhan juga aku ucapkan, mudah mudahan kita terus dapat menghayati perjuangan Ramadhan.. Agak jelas untuk bulan ini, aku kurang mempersembahkan artikel atau nota terbaru untuk kalian.



Namun, di kesempatan ini aku ingin mengucapkan sekalung tahniah dan penghargaan pada Dr Nur Hafidzah Abd Rauf kerana telah berjaya menamatkan pengajian sekaligus menjadi seorang doktor di salah sebuah hospital di negara ini.

Dr Hafidzah

Segala perit jerih yang di lalui, cabaran pembelajaran yang di tempuhi sedikit sebanyak telah terbayar dengan kejayaan ini. Sebagai seorang kawan yang pernah bersekolah dengan Dr, seharusnya aku turut berasa bangga dengan kejayaan Dr.



Sebagai nota ringkas, aku ingin dedikasikan blog entri yang ke enam bulan Ogos ni untuk beliau. Pada sesiapa yang belum kenal siapa gerangan wanita hebat ini, boleh rujuk artikel ini.



Mengimbau kenangan di bangku sekolah dulu, banyak juga kenangan manis yang kami ciptakan bersama, antaranya menjadi ikon pelajar cemerlang, hehe dan juga di kaitkan dengan satu skandal hehe ape da skandal masa sekolah menengah.. Tak lupa juga, kami sering berutus surat hehe (zaman bila ni berutus - utus surat nihh) hahaha



Tapi tu lah, dek mengejar kerjaya, kami masing - masing membawa haluan sendiri dan sekarang ni dia dah jadi doktor pun ekekee.. Masa SPM, Hafidzah di umumkan sebagai pelajar terbaik dengan keputusan 11A.. Full House tuh!! ekekee.. Aku? hehe Rujuk sini derr..



Emm, aku rasa cukup setakat ni je kot.. Dalam hati, aku masih berharap dapat berjumpa kenalan lama aku ni hehe mesti banyak je cerita yang nak di kongsikan.. Haha mana lah tahu masih single ke, boleh la mengulang sejarah lampau... hehe



OK, aku rasa itu je, sekian dari aku - sedang berkursus di ILKM, Jawi, Penang selama 2 minggu

korang doakan aku lulus untuk peperiksaan di akhir kursus ni hehe..


Terima Kasih ~ Datang Lagi

padinno.com

/ August 14, 2010 /
Selamat Datang ke padinno.com


Masih belum terlewat untuk aku mengucapkan Salam Ramadhan kepada semua umat Islam, terutamanya pengunjung padinno.com tidak kira di mana korang berada. Eh, jap!! padinno.com?
hehe.. Betul ke ni?..


Hehe.. Blog entry yang ringkas je ni.. Sebagai pengumuman atau mewar -warkan padinno.com ekekee.. Takde apa sangat yang berbeza, cuma URL je dah jadi pendek sikit tanpa blogspot. Umm, di harapkan korang semua akan terus memberi sokongan pada padinno.com.


"misteps are all the water under bridge.. looking backward when you're trying to go forward is a recipe for disaster" hehe... Salah!! Kalau nak melintas ke depan melalui simpang empat, kena pandan kiri dan kanan juga.. fikir - fikirkan lah..

Terima Kasih ~ Datang Lagi

Perjuangan Ramadhan

/ August 11, 2010 /
Selamat Datang ke padinno.blogspot.com


Umum mengetahui Bulan Ramadhan merupakan bulan yang menguji kita, dari segala aspek, termasuklah rohani dan jasmani. Banyak manfaat yang boleh di peroleh menerusi penghayatan Ramadhan, antaranya penyucian jiwa, pemantapan rohani selain menjadikan hidup lebih berkualiti.


Pengertian puasa sebenarnya bukanlah semata - mata menahan diri dari lapar dan dahaga, tetapi juga merangkumi segala aspek kehidupan.. hehe da macam karangan SPM derr.. Ok, apa yang aku cuba tekankan di sini, puasa juga boleh melatih untuk perokok di luar sana menghentikan tabiat merokok, yang mana rokok memang menjanjikan pelbagai kesan sampingan pada tubuh badan dan kehidupan.


Bak kata pepatah, 1000 langkah kejayaan di mulakan dengan langkahan pertama.. Kalau merokok ni pun, sama la, kalau takde usaha atau langkah awal nak berhenti, memang la susah..So, bagi sesiapa yang berhajat nak berhenti, Ramadhan ni lah perjuangan terbaik.



puasa rokok


Memang, kalau kita tengok kat media penyiaran macam televisyen, radio atau akhbar, banyak produk yang di hasilkan untuk menghilang ketagihan merokok, tapi adakah berjaya 100%? Sebenarnya, aku rasa ubat tu hanyalah pemangkin je, bukan penyebab utama kejayaan.


Yang menjadi nadi kejayaan tu, sebenarnya niat dan keinginan. Kalau keinginan tu tinggi nak berhenti, lama - lama akan berjaya jugak. Memang, bukan mudah untuk berjaya dalam tempoh singkat, tapi sekurang - kurangnya ada perubahan dari masa ke semasa..


Jadi, bagi aku, pada siapa yang nak cuba berhenti tu, tanamkan tekad, sempena Ramadhan ni, manalah tau berkat bulan mulia ni kan, terus hilang keinginan untuk merokok lagi. Banyakkan doa, perhebatkan keazaman, mudah - mudahan berjaya hendaknya.


Bukan apa, merokok ni memang membahayakan. Tak percaya, rujuk artikel ni, hehe .. Beralih la kepada kehidupan yang lebih sihat, mudah - mudahan kita menjadi salah seorang manusia yang bertanggungjawab pada diri sendiri, masyarakat dan alam sekitarnya.


Note : Salam Ramadhan dari padinno


Terima Kasih ~ Datang Lagi

Kisah dan Nostalgia Ramadhan

/ August 8, 2010 /
Selamat Datang ke padinno.blogspot.com


Tinggal berbaki sehari dua sahaja lagi, seluruh umat Islam di dunia ini akan menyambut kedatangan Ramadhan, bulan yang menjanjikan beribu baraqah dan rahmat. Semua umat Islam akan berpuasa, menyahut seruan Rukun Islam dan pastinya berlumba - lumba mencari pahala berlipat kali ganda seperti yang di janjikan.


Namun, dalam menyambut kegembiraan itu, mungkin ada segelintir antara kita mempunyai kisah dan nostalgia tentang Ramadhan. Mungkin sama sekali seperti kenangan yang tak dapat di lupakan, menggamit memori ketika mula berpuasa, pengalaman berpuasa bersama keluarga, dan sebagainya.


Bagi aku, memang terlalu banyak nostalgia Ramadhan ni, tapi kat sini, aku bukanlah nak bercerita tentang kisah aku, cuma aku nak mengajak korang berkongsi pengalaman bersama 4 Pengopi Tegar nih.. jom sama - sama menghayati kisah dan nostalgia Ramadhan diorang..

puasa




"Kisah Ramadhan ni dah agak lama berlalu, namun masih kukuh terpahat dalam memori. Pengalaman yang sangat berbeza dirasakan kerana ianya sesuatu yang baru dalam diri Anna pada ketika itu. Menyingkap semula pengalaman berpuasa bersama teman-teman seperjuangan... " - baca lagi

Anna


"Pada Ramadhan yang lepas aku hampir hampir di jual oleh kawan aku sendiri. aku bukan tulang lembu untuk di jual dan di buat sup tulang seterusnya di makan ketika berbuka puasa beramai ramai. aku juga bukan ayam daging untuk di buat percik ayam. Tapi..." - baca lagi

CikYuYu


"First time aku berpuasa, aku tertanya-tanya kenapa aku xleh makan ngn minum di siang hari? aku tengok member2 sebaya aku boleh je minum air. kenapa jadi begitu? adakah aku disabotaj oleh kedua ibu bapaku sendiri? oh tidak~!..." -baca lagi

Afiq


"Dipendekkan cite kawan-kawan aku ni may be kurang kesah.... kebetulan aku ni nakal... aku pi la kabo kat kawan-kawan aku... "wei korang tak buka ke? tu kan dah azan..." pastu kawan-kawan aku tanye... "hari tak gelap lagi..." aku pun jawab la..." - baca lagi

MissXYZ


Ok, itu antara kisah dan nostalgia Ramadhan diorang, korang pulak macamana? Ada yang sudi nak berkongsi kisah? hehe... Kisah aku?emm.. tak menarik kot, ekekee..


note : No1 : Anna No2 : Yuyu No3 : Afiq dan MissXYZ

Terima Kasih ~ Datang Lagi

Surat Untuk Mak

/ August 5, 2010 /
Kepada Mak,


Kepada Mak yang berada jauh di kampung, harap - harap Mak sihat, di samping buat kerja rutin Mak tu hehe.. Kalau penat, rehat - rehat la kejap. Kang kaki tu sakit, kepala tu pening, siapa yang susah? hehe takde siapa yang susahla Mak, Mak tepon je, serta merta aku mintak cuti kat Bos hehe..

Mak, kalau boleh memang aku nak dok sama - sama dengan Mak, makan sarapan yang Mak masak, minum air teh Mak.. Walaupun kadang - kadang tawar, kadang tu macam lori gula terbalik dalam jag, hehe kalau boleh aku nak tidur sebelah Mak..bangun je tidur, tengok Mak.. hehe tapi tak boleh Mak..

padin mak



Memang aku yang nak masuk asrama masa Tingkatan 1 dulu, memang aku yang pilih nak belajar jauh - jauh Mak.. Memang aku yang nak merantau.. Bukan aku kecik hati pada sesiapa, tapi itu memang cita - cita aku.. hehe


Tak sangka, rezeki aku bekerja pun di tempat orang juga Mak.. Jauh dengan Mak.. tapi tu lah, aku nak belajar berdikari Mak.. Nak belajar sendiri macamana Abah mencari rezeki juga waktu dulu.. hehe.. Aku nak keluar dari kehidupan kita yang dulu..


Bangun pagi, alangkah bestnya kalau sarapan dah terhidang, baju dah bergosok, huhu tapi semua tu aku kena buat sendiri hehe Aitt kahwin? Nanti la dulu Mak, baru je nak berjinak - jinak kerja ni hehe.. Tunggu le aku buat suprise nanti hehe..


Hehe agaknya mesti tension je Mak nak besarkan aku dulu ye lah, degil ya amat, miahaha bukan pe Mak, masa kecik dulu bukan apa, pikir nak seronok je, hehe tu yang mancing pun terpancingkan ular tu ekekee mesti Mak taktau cerita ni hehee..


Emm melalut dah ni, hehe saja je Mak, tanya khabar je, eh baju raya Mak dah beli ke? hehe ha, tahun ni biar aku pulak yang sponsor ekekee.. kita beli colour biru slow, nak tak? hehe tapi bab memilih baju ni, aku kureng sikit lew, nanti le aku balik kampung, kita cari sama- sama..


Emm ok lah Mak, mata pun dah ngantuk ni, esok kerja.. hehe kalau tak kerja pun kena tidur juga hehe.. Hari demi hari pun, macam ni la Mak, tengoklah kot - kot ada rezeki dapat kerja kat kampung, bolehla jenguk Mak tiap - tiap hari.. Mak nak ke mana, sebut je, aku bawak hehe..


Sebelum tu, Mak mesti da lama tak tak tengok aku senyum, ha nah tengok ni Mak, hehe smart ke anak Mak nih? hehe masa kecik gigi pun tak cukup, dah besar ni, gigi aku cantik Mak hehe..

gigi rongak



Ok la, nanti kalau aku ada masa, aku telefon Mak pulak ye? hehe harap - harap Mak ceria selalu hehe, jangan asyik nak marah je, ekekee.. Tak larat nak dengar Mak membebel. Lagipun kalau Mak membebel, separuh tenaga Mak akan hilang, ha kesimpulannya Mak senyum selalu ya?


Sekian, salam sayang dari aku,
Padin

Padinno Kopitiam Opening Ceremony

/ August 1, 2010 /
Selamat Datang ke padinno.blogspot.com

Selamat Hari ahad, hehe bersamaan 1 Ogos 2010 cewaahh.. Hari yang di tunggu - tunggu telah kunjung tiba, straight to the point, hari ini ialah "Opening Ceremony padinno Kopitiam" ekekee.. Akhirnya setelah hampir setahun, aku berjaya jugak bukak kedai kopi sendiri hehe.. Kredit untuk
Enche Cha'on sebab sebab sebelum ni aku menumpang kedai kopi dia hehe..


padinno Kopitiam ni aku bina atas cadangan beberapa kawan terdekat aku, yang mana lebih mudah untuk bertegur sapa, di sambing merehatkan lelah setelah seharian berjalan, sambil - sambil menghirup kopi, bolehlah bertukar - tukar pandangan atau pun sesi "tunjuk ajarku sifu" ekekee...
padinno kopitiam


Credit to Google


Lokasi padinno Kopitiam ni korang boleh akses melalui alamat http://padinno.blogspot.com eh ni alamat blog ni la ekekee.. haha ok, dan korang boleh ke bawah sekali..
Senang kan? Tak jumpa apa - apa? Tunggu la kejap, pintu pun belum bukak, senang - senang gi la jenguk MENU UTAMA dan MENU TAMBAH dulu hehee.. Ok, pintu dah terbukak, so korang enjoy la.. hehehe...


Apa yang menarik dalam padinno Kopitiam ni? aku tak mahu perjelas di sini, pasal apa - apa update aku akan bagitau pada pengopi tegar la, update macam aku nak buat contest ke, dan lain lain la hehehe.. Itu akan di bincangkan dari semasa ke semasa..


Bercakap hal "Pengopi Tegar" ni, aku cadangkan korang amik la banner padinno Kopitiam ni, pastu letak kat blog korang, tu tandanya korang join ahli pengopi ekekee.. Manfaatnye? Nanti aku letak la link korang dalam pages "Pengopi Tegar" macam yang ada dalam "Empayar Hitam" tu.. Ala - ala exchange link la, korang suka tak?
Create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!



Bagi sesiapa yang join minum kopi tapi bukan Pengopi Tegar, boleh je, aku alu - alukan tapi suka aku ceritakan kat sini, korang kena bayar harga lebih ekekee. Pasal, aku da janji pada Pengopi Tegar, diorang akan dapat harga istimewa ekekee..


Oklah, melalut panjang pun tak guna, nanti ada je yang mengata bajet bagus la kau Padin, ekekee hehe memang tak bagus pun, tu pasal aku buat camni, nak meningkatkan mutu padinno nih, nak menarik trafik, nak belajar lebih dalam ilmu blogging..

padinno kopitiam



Ok, siapa yang berminat bolehlah amik banner ni, dan tolong sound aku kalau korang da ambik ye, insyaAllah aku akan update juga list "Pengopi Tegar"..


note1 : Sila baca dan pahamkan dalam bahasa blogging ya

note2 : thanks support aku, padinno.blogspot.com


Terima Kasih ~ Datang Lagi

Archives

 
Lifestyle BlogsReal Time Web Analytics
Copyright © 2009-2017 padinrose - Tips, Hobi dan Motivasi, All rights reserved | Disclaimer | Sitemap