padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

Sleeptalking

/ July 31, 2010 /
Selamat Datang ke padinno.blogspot.com


Hehe.. Selamat pagi korang semua, (kalau korang baca entri ni petang, selamat petang la, kalau malam, selamat malam la hahaha).. Pagi - pagi Sabtu ni aku bangun awal, biasalah buat apa lagi mengopi je la kat kedai kopi ekekee.. Borak - borak, baca paper, pekena roti canai 2 keping hehe.. Yang penting, minum kopi la, baru jadik frasa mengopi, kalau minum sirap, dah jadi menyirap plak, ekekee


Biasanya kalau dok mengopi ni, kadang - kadang bila berborak tu perkara yang terbaca kat paper, akan di bahaskan dengan kawan - kawan sekeliling, dengan pendapat peribadi yang canggih manggih ekekee.. Perbahasan tu mungkin akan meleret - leret sampai la topik tu langsung takde kena mengena dengan topik asal ekekee..


Hehe.. Salah satu topik yang aku nak kongsi ialah sleeptalking, atau bahasa mudahnya mengigau masa tidur hehee.. Aku ni taktau la jenis yang sleeptalking ke dak, tapi bila dengar atau lihat kawan - kawan ngigau, mesti gelak guling - guling punya hehee.. Tak tahan weh, kelakar..


Mengikut kefahaman aku, sleeptalking atau mengigau ni bolehlah di katakan sebagai vokalisasi masa tidur, mungkin bercakap secara jelas atau sekadar gumaman je, atau mungkin yang lebih heavy, melibatkan pergerakan ekekee.. Keadaan badan yang agak letih dan lesu selalunya mengakibatkan perkara ni berlaku.


Biasanya, perkara yang di sebut semasa mengigau adalah berkait rapat dengan mimpi yang di alami, ekekee.. Sebagai contoh, mimpi di kejar hantu ke, di kejar anjing ke, then mimpi la lari laju - laju, ekekee terlanggar lubang, jatuh dalam gaung, tapi dalam realitinya dah jatuh dari katil daa eekekee.. Nak yang lagi extreme, mimpi berlawan dengan penjahat. hak hak, tengah tidur boleh bersilat pulak, tak kelakar ke tu? he he he..
padin mengigau

Extreme tak aku mengigau?


Di sini aku nak kongsikan 2 cerita pasal sleeptalking ni hehe.. Yang pertama, masa sekolah dulu, asrama.. hehe budak junior form 3 (masa ni aku form 5) ni berjalan masa tidur.. Korang tau kan kalau asrama ni macamana, duduk dorm mengikut group masing - masing.. hehe yang mamat ni pukul 2 pagi masa tu kitorang tak tidur lagi, tengok dia berjalan selamba je masuk dorm kitorang, then terus landing baik punya.. Kitorang biar dia tidur sampai pagi, then bila dia bangun tidur, kitorang pakat gelak ramai - ramia miahahaaa.. Lepas gelak, ingatkan da settle, siap kena pukul lagi adoi sian pulak aku rasa.. huhu


Yang kedua, ada seorang minah ni mengigau tahap extreme jugak ekekee.. dia mimpi mengemas rumah agaknya, so dia bangun bukak lampu, then dia tanggalkan langsir umah dia ekekee sambil membebel pe ntah.. Mak bapak dia rasa heran je, napa la budak ni buang tebiat kemas rumah pukul 3 pagi.. miahahaha aku tibai gelak guling -guling ekekee..


Hehe udahle tu aku nyakat orang, ekekee sebenarnya mengigau ni bukan penyakit, jangan risau ye Si Pengigau, hehe cuma gangguan tidur mengikut kondisi semasa agaknya, kalau badan terlalu letih, minda terlalu murung hehe agaknye lah.. Aku tak pernah buat kajian pulak pasal mengigau ni hehe..


Ha, korang pulak cemana? Pernah alami ke kes mengigau ni? Pernah di tertawakan kan tak? Pernah mengetawakan orang tak? hehe hancur tatabahasa aku kali ni hehe.. Kongsi - kongsi le kat ruangan komen ekekee

note : Jom tengok MissXYZ membebel pasal sleeptalking jugak,

Terima Kasih ~ Datang Lagi

padinno Di Mata Blogger Lain

/ July 28, 2010 /

Selamat Datang ke padinno.blogspot.com


Emm amacam performance blog padinno? hehe ok dak? Boleh bersaing dengan blogger terkenal yang lain tak? hehe tak tau performance padinno macamana? hehe korang boleh tengok kat sini, kalau malas nak klik, korang tengok je entri sebelum ni, ekekee


ok, taklah mantap mana pun, ekekee entri kali ni saja aku suka - suka nak amik pandangan blogger lain tentang blog padinno ni hehe.. Nak tengok pandangan mata diorang samada blog padinno atau blogger Padin ekekee jom layan...


Mijie dan Xangonila


"ko memang suka blogwalking, merata - rata aku tengok, nama ko ada je kat kotak jerit blogger lain, tahniah!! Ko layak dapat Blogwalking Award!!"


Cik Jari


"Bila aku pandang banner ko masa mula - mula dulu, agak menyeramkan, tapi bila selalu pandang, ko ni macho-lah!! Nah, amik Macho Award!! "




Afiq


"hehe Cik Jari ni kipas lebih nampak, apa la yang macho nya si Padin ni? Jap aku gi tengok banner dia.. Wahhh!! Ko memang macho la Padin, Amik award Nih!!"



award macho

Fiezah91


"Emm, Padin, ko ni xsombong lah.. ekekee Then, aku rasa blog ko ni boleh pergi jauh, so aku rasa award ni sesuai untuk ko dan blog ko jugak!!"


great blog
Anna dan Shiyda


"hehe.. malas cakap banyak, ko ambik je award ni, ekekee.."


interesting blog
Aj dan Ritz


"Walaupun kita baru je kenal, tapi aku rasa ko ni seorang sahabat yang baik, amik nih!!"



award sahabat

Ana J


"Padin, ko selalu datang blog aku, so aku rasa nak bagi ko duit ler, hehe tapi ciput plak, ko amik award ni je la, ek? hehe"


award ramarama
hehe.. ha, tu lah serba sedikit pandangan dan kritikan dari mata rakan blogger kat prestasi blog padinno ni dan blogger, Padin ekekee.. Kritikan pun ada, tapi tak perlu la aku link kan jugak blog korang, eekekee biar aku simpan dalam hati je ekekee..


Apa - apa pun, thanx untuk kawan2 yang tak putus memberi award pada aku, ye lah kadang lambat aku nak siapkan, kadang tu terlepas pandang pun ada.. hehe sori mori ye ekekee ok la cukup sampai di sini saja untuk kali ini hehe..


Terima Kasih ~ Datang Lagi

padinno : Performance

/ July 25, 2010 /

Selamat Datang ke padinno.blogspot.com


Salam kawan - kawan.. hehe entri kali ini aku nak bercerita tentang performance padinno ni ekekee, yelah memasing pun bila sampai satu masa, mesti diorang post tentang performance blog diorang, aku pun nak menceburkan diri la ekekee


padinno ni aku buat masa September tahun lepas hehe dah lama tu kan, tapi tu lah da hampir setahun baru nak bercerita pasal performance. Ekekee.. ada yang aku baca tu, baru sebulan berblog da berhasil ekeke, baguslah gitu.. Disiplin asas kecemerlangan, kan?


Emm, kalau da dekat setahun agaknye da beribu riban side income di cash-out ye tak? Betul ke? hehe.. Mungkin betul mungkin tidak. Tapi selagi ada usaha, semua tu tak mustahil, kan? hehe.. Blog padinno ni apa cita? Dah 10 bulan ni, ekekee..


Siapa yang kenal dan pernah berbual dengan aku, mungkin dah tahu performance padinno ni macamana. Secara jujurnya, aku berblog bukanlah mengejar tu sangat.. Tak percaya? hehe japgi korang boleh tengok performance padinno ni ekekee


Ok, berkenaan tentang Earning, hehe aku ada 5 buffered earning yang tengah running sekarang ni bergilir - gilir kat header, dan satu kempen dah jadi metered earning pun.. ekekee



buferr's performance
Berkenaan trafik, whoah xde derr sampai ribu riban, tengok tu 78 je sehari, ada sekali sekali spike sampai 200 ekekee..


traffic's performance


Berkenaan keyword, takde la keyword yang mesra SEO ke, hapa ke, tengok tu.. Keyword biasa je, tapi tetap ada orang nak cari, ekekee..




keyword's performance


Berkenaan ranking Alexa, 25/07/10 tu boleh tengok kat situ? Apa? tak boleh besarkan gambar? entahnye, aku pun tak tau nak setting cemane lagi miahahaa


alexa ranking

585,812 ( 3862)



Cemane tips nak dapatkan BE macam tu?.. tipsnya = Jangan ikut tips apa - apa, hehe tu la jadinya macam tu, pasal aku ni baca je tips orang, tapi tak pernah amal pun ekekee mungkin Nuffnang simpati dengan padinno kot huhu


Cemane nak dapat trafik macam aku? hehe mudah je.. Korang pun tahu kan? ekekee.. Tapi suka aku cakapkan kat sini, 78 UV tu time aku tak online langsung hehe, kiranya padinno ni dapat jugakla menarik pengunjung walaupun Padin takde.. Thanx ye kawan - kawan yang sudi jenguk tu time aku takde, senang cite tak berblogwalking ekekee Tipsnya : Beli lah jiwa readers anda, cewaaahh entah apa aku ngarut nih


Aku rasa ini je lah yang aku dapat tunjuk kat korang hehe.. rasa - rasa memang blog cikai je ni, saja nak tunjuk performance, tapi taknak la buat macam sorang blogger otai ni, boleh kata tiap entri dia pasal performance blog je, artikel lain jarang - jarang pulak nampak ekekee..


p/s : sejak berblog, aku dah reti la sikit - sikit bermain dengan coding HTML nih ekekee yelah budak basic kimia nak masuk pengkomputeran plak, ekekee


Terima Kasih ~ Datang Lagi

Nike Mercurial Victory Jadi Pilihan

/ July 24, 2010 /

Selamat Datang ke padinno.blogspot.com


Entri kali ini aku nak bercerita pasal kasut bola, miahahaa.. Kalau tengok kan, sekarang ni bermacam - macam rupa, jenama, model dan yang penting, bermacam harga kan kasut bola yang di jual di pasaran. Hehe ada yang popular, dan ada jugak yang mungkin kebanyakan orang memang tak pernah dengar jenama tu ekekee


Ok, 2 jenama yang terkenal mesti la
Nike dan Adidas, setuju tak? hehe.. Berlumba - lumba mengeluarkan kasut yang paling bermutu untuk kesesuaian dan keselesaan pemain. Hehe, tapi aku lebih berminat dengan model Nike.


Sebab apa aku lebih minat pada Nike? hehe entahnya, tapi kalau aku pergi kedai barangan sukan, aku mesti pandang Nike dulu hehe.. Kasutnya cantik, lebih kemas dan bestt!! Mungkin kaki aku meruncing, bukan melebar, dan kaki aku memang sesuai untuk Nike je, hehe.. Kalau korang perasan, Adidas pun dah mula nak tiru idea Nike.. hehe sori la kalau ada yang baca ni CEO Adidas ke hehe pasal aku tengok dulu design Adidas sesuai untuk orang yang berkaki melebar.


Kasut bola Nike ni ada macam - macam model pulak, yang aku tahu dan selalu nampak, 4 jenis ni, Tempo, Total90, Mercurial dan CTR. Nike Air ada ke untuk boot bola sepak? hehe rasa - rasa, untuk basketball je ada la, takpun kasut jalan - jalan.


Nike Tempo ni di reka khas untuk orang yang gemar melakukan simple touch. Kalau total90 ni, ia di reka untuk ketepatan hantaran, biasanya wing la, takpun midfielder, dan kalau CTR ni di reka untuk kawalan bola yang baik. Midfielder macam Fabregas tu memang sesuai sangat lew, ekekee..


Mercurial ni pulak banyak jenis. Yang aku tahu, binaan yang paling simple nama dia Mercurial Velocci, pastu pulak ada Mercurial Talaria, Steam FG, Vapor, Vaporfly, dan yang terbaru Mercurial victory.. hehe.. Cewah dan - dan tang Mercurial banyak je jenis yang aku tau kan hehe.. Memang lew, aku minat kasut model ni hehee.... Harga berbeza mengikut model dan spesifikasi bahan..

mercurial talaria

Nike Mercurial Talaria


mercurial vapor

Nike Mercurial Vapor Berry


mercurial vapor

Nike Mercurial Vapor



Dah 3 hari aku berjalan - jalan, singgah dari satu kedai ke kedai lain, nak cari kasut yang betul - betul sejiwa dengan aku hehe. Ada sekali tu aku try, Mercurial Talaria, memang best pakai, tapi... saiz takde pulak. Kaki saiz 6, tapi kasut tu paling kecik saiz 7, adehh.. Cari - cari lagi, jumpa Mercurial Steam, tapi aku tak minat la pasal dia bertutup plak, ehehehe


So, dah hari ketiga, aku nekad je, apa yang ada kat kedai tu, aku beli je. Akhirnya, aku beli la Mercurial Victory dengan harga RM279.. huhu saiz 6.5 (UK).. boleh la, walaupun aku tak berapa puas hati pasal saiz. Mesti ada yang kata, 279 tu kalau beli makanan dah kenyang, ye memang, tapi kalau asyik pikir macam tu, sampai bila - bila la tak merasa kehidupan yang berkualiti. So, ini dia kasut yang aku ceritakan tadi..

nike mercurial victory

nike mercurial victory

Nike Mercurial Victory



hehe, pencapaian peribadi aku, kat UTM dulu, 19 gol dalam 25 perlawanan, dan sekarang kat IKM JB ni tanpa gol dalam 12 perlawanan. huhu Agak - agak kasut ni boleh bawa tuah tak?hehe

mercurial

Nike Mercurial 1st Edition



Sekian saja, cuma nak meluahkan kepuasan je bila dapat memiliki apa yang sangat - sangat aku idamkan selama ni,


Terima Kasih ~ Datang Lagi

Aku Seorang PLV

/ July 22, 2010 /

Selamat Datang ke padinno.blogspot.com


haha taktau nak letak intro apa.. 2 - 3 hari ni tak meriah langsung padinno.blogspot.com nih.. Kenapa? hehe sebab aku bukan blogger terkenal.. jadi, tak ramai ler yang kenal dan datang singgah ekekekee.. Tapi, aku bersyukur masih ada member - member yang setia berkunjung ke sini, yang aku tengok dalam selang beberapa jam, datang dan bertanya pasal aku..


Ok, entri ni khas untuk kawan - kawan aku.. hehe, ramai gak kawan - kawan aku nih, 300 lebih ekeee.. ok, aku berkerja di bawah MARA, memegang jawatan sebagai Pegawai Latihan Vokasional (PLV). Apa tugas seorang PLV nih? hehe lebih kurangnya mengajar la. Dalam erti kata lain, seorang pensyarah. Tapi orang kata IKM ni tidak segah Politeknik, so ramai orang kata title cikgu je, takpelah mana - mana pun ok hehe.. apa ada pada gelaran, kan?


Ok, aku mengajar dalam dua genre, iaitu teori dan praktikal. hehe sebelum terlupa, aku nak tulis sekali lagi kat sini, aku mengajar untuk jurusan Diploma Teknologi Mekanikal Gas, di IKM Johor Bahru. So, sapa yang berminat boleh la mendaftar secara online di laman MARA atau pergi sendiri ke pejabat MARA berhampiran - isi borang, cewah promote plak..


Jumlah contact hours aku dengan pelatih hanya 12 jam per minggu, boleh kata yang paling sikit berbanding staff lain, tapi.... hehe aku menggalas tugas sebagai juruteknik juga.. Sebab, juruteknik belum ada, kui kui macam tamak je Pegawai nak jadik juruteknik.. hehe bukan macam tu, aku di arahkan, dan aku terima atas dasar mencari pengalaman, dan untuk kepentingan organisasi.


Sebagai juruteknik, aku bertindak sebagai menyelenggara dan mempersiapkan bahan latihan untuk pelatih, bukak pintu bengkel, sediakan peralatan, mesin, bahan latihan hehe.. So, bila di kira semula, jumlah contact hours aku dengan pelatih adalah... taraaa ... 40 jam per week!! Full House!!


Hehe jom layan gambar la.. Aku pun takde idea nak menulis pasal kerja aku ni.. Ni antara aktiviti gotong royong dengan pelatih.. Perbarisan pagi..

gotong royong

Gotong - Royong Mengemas Stor

mengecat

Aktiviti Mengecat Lantai Stor

perbarisan

Perbarisan Pagi

tidur


Ait.. orang sibuk keerja, ko tido? Jaga kau!!


Sekian saja untuk kali ini, dilema nak beli kasut bola apa hehe.. Ada Cadangan? Nike Mercurial Talaria, Mercurial Vaporfly ataupun Mercurial Steam?


Terima Kasih ~ Datang Lagi

Antara Minat dan Terpaksa

/ July 19, 2010 /
Selamat Datang ke padinno.blogspot.com


Salam mesra aku unjurkan pada rakan taulan sekalian, mudah - mudahan kita sentiasa berada di bawah naungan rahmatNya. Di samping menjalani kehidupan seharian, jangan sekali - kali kita alpa dengan perintah dan laranganNya.


Entri kali ini, aku ingin mengajak korang bercerita tentang Minat atau Terpaksa dalam sesuatu perkara. Sebelum tu kena paham la apa maksud untuk kedua dua terma ni hehe.. Pandangan aku, minat ni suatu perasaan suka yang lahir dengan sendiri dalam hati manakala terpaksa ni sesuatu yang berbeza dengan minat la hahahaha...


Perasaan minat dan terpaksa ni, aku yakin semua orang pun pernah rasa dan alami, tapi belum tentu kita dapat apa yang kita minat tu, dan belum tentu juga kita dapat mengelak dari perasaan terpaksa. Aku melihat, kedua - dua perasaan ni ada pro dan kontranya.. hehe.. Dah keluar statement macam ni, kena la bagi contoh, kan?..


Ok, contoh mudah yang aku bagi kat korang pikirkan, keadaan semasa memilih kursus untuk melanjutkan pelajaran, tak kisah la apa jenis peringkat pengajian pun. Ada yang minat bidang kejuruteraan, sains, pendidikan, perakaunan dan lain - lain. Okeh, itu minat! Tapi tak semua dapat memenuhi apa yang di hajatkan, dek kerana beberapa halangan, contoh mudah kelayakan minimum la kan.. Jadi terpaksa la memilih kursus yang sepadan dengan kelayakan. Okeh, itu terpaksa!


Tapi, ada juga terpaksa memilih kursus yang kurang di minati atas dasar menjaga hati sesetengah pihak. contohnya, mak bapak suruh amik kursus kedoktoran, sedangkan si anak minatkan seni tari. Demi menjaga hati orang tua, si anak terpaksa pulun study, ekekee.. Bila dah berjaya jadi seorang doktor, ha... kan bermanfaat tu.. Tapi, dari segi sudut negatifnya, takut anak tu jadi hancur je, hehe akibat desakan family, last - last dia jadik doktor sendiri plak, ahaks.. Mintak jauh ye..


Bagi pengalaman diri aku, aku memang agak cerewet sikit hal makanan nih, hehe.. Contoh, aku minat pizza hut, tapi aku tak minat seafood. Tapi dek kerana menjaga hati kawan - kawan yang selalu ajak aku makan seafood, aku follow je la hehe.. Memang macam ayam masuk pekan la, tercangak bangak tengok orang berebut - rebut memilih makanan yang nak di makan, dah aku tak minat, aku tengok je la dari tepi, ekekeke..





Tapi kalau korang bawak aku gi tempat makan yang aku minat, siap!! haha memang tak bagi peluang la.. Aku order untuk aku sorang - sorang, no share!! hehe.. Jadi, tu la sedikit sebanyak yang aku nak kongsikan dalam entri nih.. samada minat atau terpaksa, masing - masing ada pro dan kontra. Itu pendapat aku, dan kat atas ni contoh hujah aku. Korang pulak macamana? ada nak kongsi pengalaman tentang minat dan terpaksa ni?..



Terima Kasih ~ Datang Lagi

Sarapan

/ July 17, 2010 /
Selamat Datang ke padinno.blogspot.com


Hari ini hari sabtu, ekeke.. rasa malas je nak bangun awal pagi, yelah kan cuti.. Kalau waktu belajar dulu, aku lebih gemar menghabiskan masa cuti, yakni awal pagi sabtu dengan aktiviti tidur hehe.. Tapi sejak berkerja ni, aku dah ubah disiplin aku. Aku bangun pagi - pagi, keluar cari sarapan dulu, then kemas rumah sikit hehe.. Baru la ngadap kawan - kawan ni hehe


Ye.. Aku dah terbiasa bangun pagi dan mengambil sarapan. Dan, aku sendiri dah rasa ada perbezaan kalau aku ambil atau tak sarapan ni. Di sini aku nak kongsikan sikit hal - hal berkaitan sarapan.


Yang pertamanya, sarapan ni ialah makanan pertama yang kita makan, di waktu pagi.. ingat ye pelajar sekalian, cewah macam nak ajar budak jawab soalan peksa guna keyword pulak ekekee..


Secara umum, sarapan ini adalah penyumbang pertama tenaga untuk memulakan kerja dengan lebih baik. Banyak manfaat yang boleh kita ambil melalui sarapan hehe.. Nak tau apa manfaat bersarapan? he he he... korang boleh cari info yang lebih tepat (berdasarkan kajian) la, tapi info dalam padinno ni info berdasarkan pengalaman dan pendapat aku je hehe..


sarapan padin


Pandangan aku, orang yang mengambil sarapan ni akan memiliki daya tumpuan yang lebih baik. Sebab apa, sarapan adalah berkait rapat dengan kecerdasan mental, seterusnya membantu otak lebih peka, fokus dan cergas. Tu sebab orang kata, belajar di waktu pagi adalah jauh lebih baik berbanding di waktu petang atau malam.


Selain itu, faktor sarapan juga boleh memberi impak kepada mutu kerja kita. Contoh yang paling hampir la, kerjaya seorang pengajar hehe contoh aku le tu, kalau tak ambil sarapan, dalam pukul 10 pagi aku dah rasa tak bermaya dah nak membebel dalam kelas tu, dan bila perut rasa lapar, tambah pulak student yang tak reti bahasa, memang mudah je aku bahasakan diorang on the spot!! Senang cerita, kalau dah sarapan, perut kenyang, hati pun senang.. lalala..


Contoh yang aku bagi tu berkaitan dengan kerjaya pengajar. Kalau kerjaya lain? Yang memerlukan kerja - kerja yang lebih fizikal? .. ha, kan penting tu hehe.. Bila ada tenaga nak berkerja, banyak la kerja yang boleh di buat. semakin banyak kerja yang dapat di siapkan, semakin baik la reputasi korang di mata Boss!! ekekee.. Bila reputasi dah baik.. ehemm paham - paham je la heh,


Satu lagi, yang aku nampak, sarapan ni boleh jadi pengikat kasih sayang, ekeke.. Hujahnya? heh, yelah, bila suami atau anak - anak makan sarapan tu, mesti la dia berfikir nasib baik la ada makanan pagi - pagi ni, kalau tak kebulur jawabnya. Ni yang makin sayang nih, ekeke.. Teori ni aku hentam je, betol ke tak, entah la..


hehe so, aku rasa setakat ni je la aku membebel pasal sarapan ni, aku harap info yang aku tulis ni, kalau tak banyak, sikit pun jadilah untuk membuka mata tentang pentingnya sarapan. Apa yang penting di sini, makanan yang pertama adalah penentu kualiti kehidupan untuk 12 jam berikutnya.. hehe, renung- renungkan.


Terima Kasih ~ Datang Lagi

Favourite Quote

/ July 15, 2010 /
Selamat Datang ke padinno.blogspot.com


Salam ceria aku hulurkan pada rakan - rakan yang singgah ke blog ni, khususnya bila membaca entri ni hehe.. Err entri lain pun, bacalah dengan hati riang ria ekekek.. tapi ni bukan blog taman hiburan ye, heh..


Emm, aku ingatkan bila dah jadi pengajar ni, aku je yang boleh bagi assignment, tapi rupanya aku pun tak terlepas.. Setiap hari ada je tugasan yang menanti, so jangan ingat menjadi seorang pengajar ni kerja mudah ya.. Hehe entri ni takde kaitan pun dengan tugasan tu, cuma kat sini aku nak menyelesaikan satu tugasan yang telah di beri oleh seorang rakan blogger ni..


Apa tugasan yang perlu aku buat? ha, "BERIKAN KATA-KATA SEMANGAT PADA DIRI SENDIRI DAN PEMBERI AWARD" huhu susah jugak tu nak paham ape kehendaknya, takpe, aku try macam ni je la hehe..



"Unhappiness is the best defined as the difference between our talents and our expectations." - Edward de Bono


Aku boleh katakan ini antara kata - kata semangat yang paling baik, bukan saja untuk aku, atau pemberi award, malah seluruh manusia sekalian. Seperti yang aku karangkan di sini, kebahagiaan tu akan wujud bila kita berjaya mencapai sasaran kita berdasarkan keupayaan kita..


So, apa saja yang kita buat, perlu ada sasaran. Dan, yang penting, sasaran tu kalau boleh biarlah menepati keupayaan kita. Sebagai contoh, pasukan bolasepak Korea Utara, mereka amat berbangga apabila dapat mengekang Brazil untuk berkenduri gol semasa pusingan awal Piala Dunia lalu. Itu sebenarnya kemenangan moral buat mereka, walaupun secara hakiki terbukti Brazil bukan tandingan mereka.


Satu lagi contoh, bagi diri aku sendiri, hajat nak melukis tapi kurang berbakat. Tapi, aku puas hati sebab aku hapuskan jurang yang ada di antara bakat dan sasaran aku hehe.. korang boleh tengok lukisan aku kat entri
ini, ini dan ini hehe..


Hahaha, panjang pulak ye.. Tu la, ingat aku tak boleh membebel ke? hehe.. ok la, cukup la aku bersyarah dalam kelas je, jangan di bawa sampai ke sini hehe.. Sebenarnya, aku boleh dapat award bile selesaikan tugasan ni.. hehe, ok ni awardnya, datang dari
AJ.. terima kasih ya..





Di kesempatan ni jugak, aku nak tunjuk beberapa award yang aku dapat lagi dari teman maya ni, thanx ya!!



Award dari Mak





Award dari Munge dan Ifa


Ok, sampai di sini saja.. tengah berfikir apa pulak header yang patut aku letak untuk bulan ni, hehe..Ada Cadangan?


Terima Kasih ~ Datang Lagi

Aku Ada Satu Cerita [PART III]

/ July 13, 2010 /

Selamat Datang ke padinno.blogspot.com


Emm, sedar tak sedar dah part 3 dah aku bercerita.. hehe kepada korang yang terlepas part 1 dan 2, boleh tengok entri ini dan entri ini jugak.. ok, tapi part 3 ni, aku nak bercerita pasal padinno.blogspot.com ni, heh.. takde idea ke, tulis pasal blog sendiri ni? Hehe Bukan macam tu.. baca dulu ya...


Ok, pertamanya, blog ni da kaler kuning hehe.. dulu – dulu hitam.. siapa – siapa yang sempat tengok blog aku dulu, boleh tau la segelap mana padinno time dulu hehe.. Bak kata orang, baru nak bukak mata, masih kabur – kabur lagi. Sekarang, da cerah ekeke.. tapi ada yang masih merungut silau bijik mata, huhu sori ye, tak dapat nak puaskan hati semua orang..

Nak mencari identiti sendiri susah juga, tambah pulak nak meraih penerimaan orang ramai hehe. Niat nak glamour tu jauh sekali, cuma bak kata orang, sekali klik, dah tau siapa empunya blog, hehe.. Sama la macam identiti sesebuah pasukan bolasepak, kalau sebut je pasukan Brazil, kita memang dah tau corak samba kan.. lebih kurang gitu lah maksud aku..

Ok, lupakan identiti tu, meh aku cerita sikit apa yang ada dalam blog ni. Biasalah, ada blog, mesti ada kandungan kan.. So, macam yang aku catat kat SEPATAH DUA KATA tu, secara umum, aku jadikan blog sebagai catatan perjalanan hidup aku, visi dan mungkin juga berkongsi sikit pedapat dan pengalaman.

Berkenaan konsep dan susun atur blog ni, aku sukakan kekemasan.. Ye, aku mengaku awal – awal dulu memang agak serabut sikit, sidebar lintang pukang, gambar sana sini, tulisan warna warni hehe tapi aku cuba improve yang terbaik, untuk aku, dan untuk pembaca jugak.. Harap – harap korang selesa dengan konsep baru aku ni.
Artikel yang di lingkari dengan scroll box, aku harap ia memudahkan korang untuk baca, tanpa perlu loading sekali lagi, yelah kadang – kadang perkhidmatan internet yang kureng, boleh membunuh mood pembaca. Dan, korang boleh juga jenguk artikel – artikel terdahulu, tanpa loading sekali lagi. Fungsi READ MORE pun bagus, tapi tulah, aku tak minat.






Sidebar pulak, aku cuba juga konsep mengkotakkan content. Aku rasa lebih kemas macam tu, hehe itu yang aku rasa. Dan, untuk mengelakkan terlalu panjang, aku gunakan konsep sorok content, ekeke.. Tapi mudah je kalau nak akses, klik je, automatik loading. Mana – mana yang jarang datang akan kata blog ni takde shoutmix, hehe ada je.. Cuma tersorok je skit..




Hehe dah panjang ni aku bercerita.. tulis panjang – panjang kang takde orang pulak nak baca, ok harap – harap korang selesa la dengan padinno.blogspot.com ni. Nak datang hari – hari pun boleh, nak baca hari – hari pun boleh, tapi itulah, aku ni jarang update artikel baru. Karier lebih utama, kan. Sekian saja..

Nota kaki : Aku suka identiti blog tehr, semua berkenaan teh hehe.. jumlah orang sedang minum, jam teh, teh import, teh kedai sebelah dan macam – macam lagi…Err korang pulak, suka tak identiti blog aku? Hehe..

Terima kasih ~ Datang Lagi

Bahaya Cemburu

/ July 11, 2010 /


Selamat Datang ke padinno.blogspot.com

Salam Ahad buat teman - teman, semoga kalian gembira dengan aktiviti yang akan atau telah di rancang. Kepada yang berkeluarga, ajaklah anak - anak bersukaria, kepada yang berpasangan, keluarlah melepas rindu hehe.. Tapi berwaspadalah, takut nanti duit dalam poket tu kering plak, korang gi belasah shopping nanti ekekeke!!


Emm, kalau tengok title tu, nampak macam isu berat je kan, hehe tapi sebenarnya tak berat mana pun kalau kita ada cara untuk mengatasinya.. Umum, sifat cemburu ni adalah sifat terpuji. Tetapi cemburu yang berlebihan akan menjadikan sifat yang tidak terpuji.


Menyorot kata - kata penyair Maya Angelou,

"...cemburu umpama garam dalam masakan; sedikit menambah rasa, terlalu banyak merosakkan selera, dan pengambilan yang banyak dan selalu mungkin hingga meragut nyawa..."


hehe sedap ayat nih.. berkali - kali aku baca dan cuba fahami maksud tersiratnya.. heh, aku harap korang pun boleh paham kan.. Cemburu kat sini, aku taknak highlight kan pada perhubungan saja, cuba kita renung dengan skop yang lebih luas.


Kita ambil satu contoh yang kita sering hadapi, keputusan peperiksaan. Cemburu melihat keputusan rakan lain yang lebih baik, itu cemburu yang terpuji.. Bagi yang mahu berubah, dia akan jadikan keadaan itu sebagai motivasi supaya dia akan menjadi lebih baik.


Contoh lain, cemburu melihat blog orang lain lebih cantik, popular berbanding blog sendiri. Itu cemburu yang terpuji.. Dengan akal yang ada, berfikir dan bertindak positif supaya blog sendiri sama hebat dengan blog yang dah sedia hebat, haha merapu apa aku nih..


Demikian juga hal dengan cemburu dalam perhubungan.Setiap jiwa yang bercinta tentu pernah merasa cemburu, takut kekasih diambil orang, rungsing tumpuan kasih sayang beralih arah. Tidak salah berperasaan cemburu namun tahap kecemburuan perlu dikawal dalam perhubungan supaya pasangan kekal selesa.


Aku? Cemburu? haha, semestinya ada perasaan macam tu.. Aku cemburu apa? haha aku cemburu tak terpilih jadi penyerang utama
sukan bolasepak MARA bulan lepas, tapi aku positif, peluang untuk aku akan muncul jua, ekekeke..


Jadi, bagi aku.. Cemburu tu ada baiknya.. Sebagai suatu motivasi untuk kita meningkatkan prestasi diri.. Tapi jangan biarkan emosi yang mengawal fikiran kita, sebaliknya biarlah fikiran yang menjadi rujukan utama.Pandai-pandai bermain cemburu, jangan sampai merosakkan diri sendiri hehe..


Korang? Apa pulak pandangan korang pasal cemburu ni? hehe.. Jangan jeles ya, aku umur 24 da pakai Mitsubishi Lancer Evolution VIII.. hehe... Tengok entri nih : Evo Dalam Genggaman


Terima Kasih ~ Datang Lagi

Kenapa Aku Botak

/ July 10, 2010 /

Selamat Datang ke padinno.blogspot.com


hai hai hai hehe..mood tengah rajin nak menulis lagi hehe.. Cuti kan, apa lagi yang nak di buat, bersantai je la heh.. Kalau entri sebelum ni aku usulkan kaedah menghadapi temuduga, tapi kali ni aku nak menjawab pulak satu soalan yang selalu gak aku kena soal.. hehe..


Soalan : Kenapa Aku Suka Botak?

Jawapan : Saje suka.... ~ Kelepok ~ kena sekeh miahahaha adehh ok, kali ni aku jawab betol - betol hehe...


Haha layan gambar dulu.. Cewah bajet artis tayang muka banyak - banyak.. hehe.. takpe, aku bangga dengan muka aku, biar tak kacak pun, asalkan sempurna.. hehe..



Gambar dalam kelas pun ada, hai bila pulak la Prof ni rakam ek, nasib baik time ni aku datang kuliah hehe..




umm, ok.. kalau aku tak botak, ni la jadinya.....






hehe aku pernah simpan, kembang sama macam Alleycays tu, pastu masa balik kampung, abah aku sound tepat tepi telinga aku, "ko ni kenapa? takde duit ke nak potong rambut?" adehh pedih ulu hati jap... Haha start dari tu la, aku tak simpan rambut panjang dah, balik kampung mesti kena segak, kemas dan rapi, kan abah, kan?


Lagi satu, kalau ada tournament futsal kat UTM dulu, mesti aku botakkan kepala.. Heh, konon - konon nak tiru gaya Ronaldo la, tu yang gambar profile tu aku pakai jersi no 9!! Sapa2 pun xboleh amik no 9 ekeke..





macam ni kemas tak? hehe sesuai la kan dengan title pengajar ekekeke.. Bagi aku sendiri, aku suka tengok muka aku time botak.. Time afro pon suka gak, tapi nak tunggu jadi afro, aku tak boleh tengok cermin selama 4 bulan la, huhu...





haha aku rasa itu je sebab aku botakkan kepala.. Aku suka, dan aku buat.. Peduli hapa cakap orang lain.. ekekeke.. ok, sekian saja..


Terima Kasih ~ Datang Lagi

Bersediakah Kita?

/ July 9, 2010 /
Salam buat pengunjung blog padinno ni hehe.. Sori le, 2 3 hari datang pon tengok artikel sama je kan, biasalah.. kerja mesti di utamakan.. Tambah pulak sekarang kan dah masuk sesi baru.. oh ye, sebelum terlambat, di kesempatan ni aku nak mengucapkan selamat menyambung pelajaran la pada adik - adik yang dah masuk tempat belajar masing - masing..

hehe.. Sempurnakan lah impian adik - adik, dan mungkin ibubapa korang jugak.. Kepada Sofia, selamat menempuhi alam IPT.. hehe semoga enjoy dengan life di sana.. dunia baru buat anda, ekeke.. Mana - mana yang dah menamatkan pengajian, aku jugak nak ucapkan sekalung tahniah.. Hehe, dah tiba masa untuk korang mencari kerja pulak..

Berkaitan mencari kerja ni, memang takkan lari dari istilah resume, CV, temuduga dan kelayakan. So, jangan la buat - buat pening plak bila orang bercakap pasal CV and so on.. wah dah gaya mengajar dalam kelas pulak.. ekekeke

Emm, aku taknak menulis panjang, cukuplah aku nak berkongsi pasal persediaan menghadapi temuduga. Secara jujurnya, aku pernah menghadiri 2 temuduga je.. hehe dan kedua - dua temuduga tu aku berjaya. Err, bukan nak kata kalau ada 10, aku berjaya 10, yang itu aku pun tak pasti, cuma aku nak berkongsi pengalaman 2 kali di temuduga sebelum ni.



Bersederhana

Maksud aku mudah je, walaupun korang terer gile, tiap semester dapat 4.00, tapi elakkan la berkata seakan - akan korang tahu semua.. hehe Penemuduga tu nak menguji korang je.. Penemuduga ni selalunya mesti terdiri dari otai, kadang - kadang dia selalu bertanyakan hal yang macam di bawah level dia.. Paham ke tak nih? Ulang baca balik ayat pertama aku tu hehe..

Ok la, contohnya kalau penemuduga tu suruh explain pasal operasi distillation column, jangan pulak korang tibai masuk semua macamana nak setting P-bubble, P-dew, nak setting P-feed, berapa banyak heat exchanger kena letak, apa jenis coolant dia, bape tinggi column, tray yang ke berapa feedstream perlu di letak, ha kan dah melebih - lebih tu.. Dengar dan pahamkan kehendak soalan.. hehe

Jujur

hehe yelah, kita kena la jujur kan, bak pepatah, berkata benar biarpun pahit hehe tapi korang cubalah yakinkan pada panel yang korang bersedia bila - bila masa untuk memperbaiki kelemahan tu..

Aku dulu, panel tanya : "Masa di UTM, awak tak pernah pun kan buat kerja - kerja praktikal macam ni? Boleh ke awak mengajar diorang (Student) nanti? "

Then aku jawab "Ya, tak pernah buat. Cuma, dengan pengetahuan teori yang ada, tidak jadi masalah kalau saya belajar sedikit demi sedikit...kita pun di tuntut untuk memperbaiki selagi terdaya" hehe..

Keyakinan

Bagi aku, keyakinan amat penting. Bertutur dengan yakin, berjalan dengan yakin, mengolah pendapat dengan yakin dan posisi tubuh juga kena yakin.. Itu menunjukkan attitude kita sebenarnya. Penemuduga selalunya menilai dari segi ini juga. Tapi jangan terlalu yakin setiap perkara. Berwaspadalah dengan kata -kata korang, sebab setiap tuturan korang mungkin akan di bidas semula.. Jadi, berhati - hati juga ya.

Huhu, aku rasa itu lah basic need untuk menghadapi temuduga. Of course la pengetahuan tentang bidang yang korang apply tu korang da superb, kalau tercangak bangak lagi, mata terkebil - kebil, ada konfiden pun tak guna juga hehe.. ok, macam biasa, kalau ada keraguan ke apa ke, boleh jerit kat ruangan komen, aku menunggu maklum balas korang.. Persoalannya, bersediakah kita dengan perkara - perkara sebegitu..

Ole - Ole Untuk Assoyfinger67

/ July 6, 2010 /

Selamat Datang ke padinno.blogspot.com


Salam hehe.. entri ni khas aku buat untuk Abang kita ni.. Siapa? ekekeke abang Assoy le.. Mesti korang pun kenal abang kita nih.. ekekeke



Aku suka Assoyfinger67.blogspot.com. Segalanya.. Persembahan blog dia, kaler biru.. pastu kat shoutmix dia tulisan kaler pink, aku suka la Assoy, nasib baik dia xbagi aku buat blog aku kaler pink.. Nanti sama macam imesra.com plak ekeke..



Pastu kandungan entri dia.. hehe seronok baca.. Walaupun pendek, tapi boleh buat aku gelak.. Contohnye entri dia pasal cara menghilangkan ngantuk, memang gelak abes aku hehe.. Aritu dia tanya aku kat shoutmix, "ko teka Padin, aku kat mane?" hehe aku jawab mana lah tau, bukan nampak pun, pastu.. dia reply balik " kao tunggu Padin, aku jawab eksklusif lagi.." Sekali dia buat entri pasal mee goreng tu.. gi la tengok, ekekeke..



Mengimbas balik cemana aku kenal Assoy ni, satu malam tu aku nampak Assoy ni sembang - sembang dengan Kak Zilajai, pastu dia post entri khas gambar nasik je.. khas untuk zilajai, betol tak Assoy? hehe.. Sweet betol.. Pastu siasat punye siasat, Assoy ni kelakar orangnye.. hehe



Dia letak gambo muda - muda, suruh aku teka.. Pastu dia tunjuk gambar sekarang, gelak guling - guling aku, Assoy.. huhu sori ler, tapi memang x percaya.. Cute abang Assoy nih, ala - ala penyanyi kumpulan Kuman tu.. hehe ---> aku pon da ke arah macam tu la Assoy. Tu la, apa yang aku nampak, Assoy ni bila di samakan dengan makanan, Assoy + Makanan = Happy!! Bagusle gitu hehe



Ok, sebagai rasa best aku kat Assoy ni, nah Assoy aku bagi ko special punya.. hahaha nak edit lawa - lawa tak retila Assoy.. sudi le ambik ye.. hehe Jom tengok pelbagai makanan kat blog Assoy ni hehe





Terima Kasih ~ Datang Lagi

Berwaspadalah

/ July 4, 2010 /
Selamat Datang ke padinno.blogspot.com


Salam buat rakan, sahabat, dan teman di luar sana.. hehe, Semoga berbahagia di hujung minggu bersama aktiviti yang telah di rancangkan. Aku bersantai di rumah je arini, esok da mula mengajar untuk semester baru pulak. hehe.. Bercerita pasal mengajar nih, Semester ni aku mengajar subjek baru, Metering and Regulating Station, dan dua lagi subjek lama, Gas Distribution System dan Project Management.


Artikel kali ini, aku cuba nak berkongsi sesuatu yang aku rasa memang nak tulis lama dah, cuma kali ini je baru berkesempatan hehe.. tengok pada title tu, nampak macam nada amaran je, tapi jangan risau, itu bukan amaran, cuma lebih tepat di katakan memperingati. Ye lah, kita ni tak lepas dari terpesong, termasuk diri aku sendiri. Cuma, sebagai manusia yang di beri akal, cubalah sebaiknya untuk menjadi yang terbaik ekeke.


Ok, tidak di nafikan memang banyak dah laman - laman sosial di bina, termasuklah platform blog nih. Tambah pulak blogspot ni free kan, aku pun turut serta memeriahkan dunia blogspot ni hehe.. So, bila banyak yang turut serta, banyak jugaklah variasi persembahan blog tu, maskudnya dari segi penulisan, gambar - gambar dan perkara lain.


Pelbagai jenis penulisan kita dapat tengok kan, kalau aku nak list semua, panjang la weh, aku harap korang pun paham le ye apa maksud jenis penulisan tu. Contohnya, penulisan pasal personal journey ke, masak - masak ke, jual tudung ke, atau apa - apa pun boleh.. hehe Apa - apa pun boleh? biar betul? hehe...


Memang, kita memang berkuasa sepenuhnya untuk menulis apa sahaja. Sebab, "blog aku, ikut suka aku la nak tulis apa" hehe.. Tu memang betul, tapi sebenarnya, berwaspadalah dengan penulisan korang. Berwaspada dengan kandungan yang korang nak kongsikan tu. Sebab apa aku cakap macam tu? ..hehe sabar, baca bagi abis dulu ye..


Ok, dari pandangan mata aku yang kabur ni,rata - rata la orang yang buat blog ni atau laman web ni mesti nak pulangan jugak dari dia berblog, hehe.. Kalau tak, buat apa nak bina blog, menulis, bersengkang mata, bayar bil bulan - bulan.. hehe tolong betolkan aku kalau ada salah apa apa ya.. Pulangan tu dari segi apa? hehe mesti la duit kan. Jadi, macamana nak dapatkan pulangan tu?..


sekali lagi, ini dari pandangan mata aku yang kabur ni, nak dapat ganjaran, try la join mana - mana program yang boleh mendatangkan duit. Ye, Nuffnang adalah yang terpopular agaknye bagi blogger Malaysia ni hehe -- aku pun join -- Tapi jangan ingat senang - senang je nak dapat ganjaran tu, kena banyak usaha. Siap ada tips tu hehe.. Bermacam - macam tips, lepas sorang, sorang buat tips.. bagusla kan berkongsi.. aku setuju cara tu..


Tapi, yang aku rasa agak tak kena bila orang nak mengamalkan tips tu.. Banyak la, tapi aku cuba nak sentuh satu je.. aihh panjang nih bila nak abes karang ni.. huhu...ok aku cut sket.. tengok siri ini EARNING >> VISITOR >> >>>>>ENTRY paham ke tu? Tu la, aku nak tulis panjang - panjang korang tak nak baca pulak.. Ni salah satu tips. Nak dapat earning banyak , kena ada ramai visitor.. dahtu cemane nak ramaikan visitor? ... >>> antaranya ialah kandungan entri yang berkualiti..





Aku setuju kandungan entri yang berkualiti boleh menarik pengunjung, tapi korang jangan anggap keyword yang lucah tu kandungan berkualiti.. Cuba korang bayangkan, meraih visitor daripada keyword "video lucah Ariel", takpun "tips malam pertama", then visitor tu klik iklan, dan dapat earning, so apa maknanya kat situ? ----> takde maknanya ...


Merujuk kepada ulasan
Taib pasal dalam artikelnya,


“..Melalui iklan, blog mampu menjana pendapatan yang lumayan tetapi berhati-hatilah kerana ia mampu mengubah hukum pendapatan itu dari halal yang sepatutnya menjadi syubhah dan mungkin sekali sehingga haram..." -
baca lagi

ahah,aku pun bukan pandai sangat nak mengajar orang nih, aku cuma berkongsi apa yang aku tahu je.. Terima atau tak, terpulang.. ekeke.. Cukuplah aku memperingatkan, berwaspadalah!! hehe nak komen ke, apa ke.. silalah ye, aku tunggu hehe..

Terima Kasih ~ Datang Lagi

Pilihan Terbaik

/ July 2, 2010 /

elamat Datang ke padinno.blogspot.com



Salam dari Padin.. hehe apa khabar anda semua?.. harap kawan - kawan sekalian sihat hendaknya, di samping mengerjakan kerja - kerja seharian dan menunaikan tanggungjawab kita sebagai hamba di muka bumi ini.. Semoga, kita sentiasa di beri kesihatan yang terbaik, Amiin~



Umm, kenapa kita di beri pilihan ya? hehe Pilihan wujud supaya kita mudah untuk memilih ekeke, sesiapa pun boleh jawab macam ni.. ape da.. hehe ok, bagi aku sendiri, banyak manfaat tentang kewujudan pilihan.. Korang semua juga mesti pernah membuat pilihan kan.. Nak cari calon laki/bini.. Nak cari tempat pengajian terbaik.. Dan yang pasti, mesti pilihan tu adalah terbaik..



Secara mudahnya, pilihan ini menyebabkan wujudnya variasi.. Kita lihat masyarakat kita sendiri terdiri daripada berbilang pangkat dan kedudukan. Pilihan kerjaya juga boleh di jadi kan contoh.. Tapi jangan cepat melatah.. Janganlah di hina atau memandang rendah pada si nelayan, ataupun si tukang rumah kerana kerjaya itulah yang memberi orang - orang di atas menikmati makanan, berteduh di mahligai indah hehe ini boleh di katakan konsep saling bersandaran.



Untuk membuat pilihan tebaik pastinya sukar. Cuma, bagi orang yang sedar dengan kemampuan diri, akan merasa lebih mudah membuat keputusan. Samada pilihan itu betul - betul yang terbaik, tidak perlu di risaukan sangat, asalkan memberi manfaat kepada diri sendiri semula.. Contoh terdekat, aku memilih untuk menjadi tenaga pengajar berbanding menjadi seorang jurutera. Kenapa? hehe aku sedar kemampuan diri aku, dan aku rasa ini pilihan yang terbaik untuk diri aku.



Hal pilih memilih ni kalau di panjangkan, memang banyak.. Memilih template blog, tema, warna, pengisian blog juga memainkan peranan. Kepelbagaian ini lah yang mewujudkan keharmonian. Setuju tak?.. haha entri apa entah ni, sebenarnya aku susah nak buat pilihan yang mana menang malam ni antara Brazil dan Belanda pada pertemuan Suku Akhir Piala Dunia 2010. Aku sememangnya peminat pasukan bolasepak Brazil, tapi tahun ni aku beli jersi Belanda ekeke..



oklah setakat ni jelah rasanya. Korang pulak macamana? Pilihan apa yang paling sukar nak di buat? dan.... cuba bayangkan dunia ni takde pilihan, apa jadi? hehe contoh yang aku nampak, kalau tiada pilihan, semua blog gunakan satu template je.. macamana nak tentukan identiti pemilik blog tu? hehe... -----------------> larikkkk



Terima kasih ~ Datang Lagi

Angin Perubahan

/ July 1, 2010 /
Selamat Datang ke padinno.blogspot.com


yuhuu dah 1 Julai, maka berkurang lah umur kita sebenarnya sehari demi hari menuju ke hari kematian. Wah, seram intro nih.. Jadi segeralah tingkatkan amalan kita sementara masih ada masa nih.. timbalah sebanyak mana pengalaman, sebanyak mana ilmu, untuk di bawa ke hari pengadilan nanti hehe..


Ok, apa kaitan intro nih dengan tajuk artikel aku kali ini, hehe ye ni lah baru nak bagitau.. Seperti yang dah aku maklumkan, aku dah hampir setahun berblogging, dah lama jugak tu rasanya kalau ikutkan bilangan hari.. So tetiba nak ubah angin plak..


Hehe, tengok la padinno.blogspot.com sekarang? makin cantik ke, atau yang dulu cantik lagi?.. of course la sekarang lagi cantik, sebab yang dulu aku yang buat sendiri.. Skill hapa pun takde, template pakai belasah je.. Yang baru ni ada orang yang tolong designkan..


Siapa insan mulia yang sudi menolong aku ni? hehe, tak reti la pulak nak buat - buat suprise ni.. ok, kalau korang nak tau, korang scroll bawah sekali blog ni, ada nama designer kan.. tu la dia gerangannya.. hehe.. Baik hati dia ni weh, ikhlas dia nak tolong aku cantikkan padinno.blogspot.com nih. Sejak aku post pasal Apa Pendapat korang tu, dia asyik follow-up dan ternyata dia memang nak bantu aku.. hehe


So, siapa dia yang aku maksudkan? Tadaaa... Terima kasih yang tidak terhingga buat
En RedBoy.. hehe, blog dia lagi cantik dari aku.. mesti la design untuk diri sendiri lagi cantik.. Tak percaya, sila terjah blog dia kat sini.. Merah gitu, pencinta merah la katakan ekekeke... Tapi, berbeza pulak pandangan dia..



"...aku rasa blog ko lg cantik....aku pon sampai jeles tgk blog ko tuh.. "
- RedBoy


Entri ni khas aku karangkan sebagai tanda penghargaan kepada RedBoy.. Apa yang dapat aku simpulkan, RedBoy ni tak kedekut ilmu. Banyak juga aku belajar dengan dia dua tiga hari ni ekeke, dan di akhir perbualan aku, sempat juga RedBoy meninggalkan pesan,


"..siapa yang berminat nak mencuba template yang di bangunkan sendiri oleh RedBoy, bolehlah berurusan terus dengan saya di alamat hanbroz@gmail.com. ..."

- RedBoy


Ha, korang bolehla customize sendiri template korang, cuma bagitau kat RedBoy je.. Dan mungkinlah di kenakan bayaran, tapi taklah semahal mana pun.. Ok sesiapa yang berminat, cubalah ye.. Bagi aku, jujur.. template ni memang menarik, nampak kemas berbanding template yang aku buat dulu hehe...


Okeylah, sekian sahaja kali ni.


Terima Kasih ~ Datang Lagi

Archives

Facebook Pages

 
Lifestyle BlogsReal Time Web Analytics
Copyright © 2009-2017 padinrose - Tips, Hobi dan Motivasi, All rights reserved | Disclaimer | Sitemap