padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

TOLONG TEGUR AKU...

/ May 31, 2010 /


Selamat Datang ke padinno.blogspot.com


Hari demi hari, dalam realiti mahupun alam maya ini, PERJALANAN INI mematangkan kita sebenarnya.. Pengalaman yang kita lalui sebenarnya mendewasakan kita, samada kita sedar atau tidak.. Banyak benda baru yang dapat kita pelajari, walaupun secebis, tetapi setiap yang memberi pengajaran kepada kita adalah di panggil ilmu.

Ilmu itu penting supaya kita tidak di perbodohkan kelak, jadi janganlah berasa segan atau malu menuntut ilmu.. Bukan sahaja ilmu formal, ilmu yang tidak formal juga tetap di katakan ilmu.. Berbalik pada tajuk entri aku kali ini, apakah perkaitan antara tolong tegur aku dan menimba ilmu?..



Ya, aku mengaku yang aku masih mentah dalam dunia blogging ni, so, secara jujurnya, aku minta tolong pada kawan - kawan di luar sana, tolong ajarkan aku tentang ilmu dan etika berblogging ni, jauh aku meronda - ronda, sedikit sebanyak aku dapat juga sedikit ilmu.. Tolong tegur aku tentang perkara - perkara yang tidak patut aku buat, dan sebagainya..

Aku pernah terbaca di satu blog sahabat ni, menyatakan tajuk entri gempak, tapi isi dalam sampah, sengaja mencari trafik murahan.. Err, sahabat tu tidak menyatakan dengan tepat kepada siapa di tujukan ucapan tu, tapi aku berasa terpanggil juga untuk memberi ulasan terhadap pernyataan tu..

Ulasan aku, jangan buruk sangka la kawan.. Aku pernah terdengar kata - kata, "biar buruk paras rupa, tapi jangan buruk sangka".. dan satu lagi "buruk sangka adalah penyakit hati yang paling bahaya" kita jangan merendah - rendahkan hak penulisan orang lain.. Itu adalah idea dia, pengolahan dia, kalau tengok iklan - iklan di tv pun, kita akan tengok ada WOW! factor di penghujung iklan.. tidak semestinya kita harus menulis secara kaku dan berprotokol..

Entri - entri aku juga menipu pembaca?? Di sini aku tunjukkan dua entri aku yang di anggap menipu pembaca,

http://padinno.blogspot.com/2010/05/kesan-kesan-berhutang.html

http://padinno.blogspot.com/2010/05/tips-menangani-tekanan-mental.html




tetapi realitinya, aku menggunakan info yang betul, cuma pengolahan aku berbeza.. Cuba la search kat
google, keyword ni, "tips menangani tekanan mental" dan "kesan berhutang".. Info yang sama, cuma pengolahan berbeza, itu dikatakan menipu?.. hehe fikir - fikir kan..

Jadi kawan - kawan, aku berharap entri ini dapat memberi sedikit idea tentang pentingnya perkongsian ilmu, pengwujudan komunikasi agar hubungan kita sesama blogger akan menjadi lebih akrab seperti di dunia nyata.. Justeru, tolong tegur andai aku telah menyinggung mana - mana pihak tanpa menyelidiki etika berblog, kerana aku masih hijau dalam dunia ini.. Tegurlah secara berhemah, agar semua pihak akan mendapat manfaat bersama.

Terima Kasih ~ Datang Lagi

KESAN - KESAN BERHUTANG

/ May 29, 2010 /


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Hai kawan - kawan, makcik pakcik, abang, akak dan adik - adik sekalian.. Terima kasih andai ada yang memuji, terima kasih juga andai ada yang mengeji bentuk penulisan PADIN.. Pujian dan kejian itulah yang menjadi pendorong untuk PADINNO.BLOGSPOT.COM terus bertahan dalam dunia blogging nih.. hehe

Ok, berbalik pada tajuk entri ini, PADIN cuba menyingkap apakah kesan apabila kita berhutang.. tidak kira samada berhutang dengan Tuhan atau sesama manusia sendiri.. Yang jelas, apabila kita berhutang :

[1] Hidup akan tidak tenteram
Apabila hutang mengelilingi kita, pastinya ia amat merunsingkan.. Bagaimana cara untuk melunaskannya, asyik terbayang - bayang hingga satu ketika hidup ini ibarat kosong, kerana jiwa asyik memikirkan hal hutang

[2] Bebanan bertambah
Jika sekiranya hutang terdahulu tidak di langsaikan dengan segera, hutang yang mendatang akan menambah kadar beban hutang yang sedia ada.. wah!! bila beban bertambah, makin runsing la kepala otak kau!! ekeke jangan main - main dengan hutang ya.. Seeloknya, langsaikan lah segera, tanpa perlu di ungkit banyak kali oleh si pemiutang..

Hehe, PADIN pun sebenarnya banyak hutang.. Bukan taknak langsaikan segera, tapi belum cukup kekuatan untuk langsaikan.. Ini pun yang termampu je, yang belum langsai tu, mintak maaf sangat - sangat ya..


HUTANG 1 : M-i-e-r-a


m-i-e-r-a ni minta PADIN sertai "contest senyuman paling menawan", hehe m-i-e-r-a, bukan taknak masuk, tapi PADIN ni tak pandai senyum, hehe demi taknak menghampakan kawan, godek punya godek gambar ni je yang ada.. hak hak, menawan ke??


HUTANG 2 : cheqppjoy dan Zilajai
http://cheqppjoy.blogspot.com/2010/05/award-from-izzi-daisy-and-ainatiqa.html
http://zilajaizone.blogspot.com/ : TAG oh TAG

terima kasih kamu berdua.. Cuma, PADIN dah pernah jawab soalan ini, semak entri terdahulu ya..




HUTANG 3 : TaibWahiD
http://taibwahid.blogspot.com/ : Buku dan ceritanya

En. Taib, maaf sangat- sangat lama menunggu hehe .. ok di sini PADIN kemukakan satu sahaja buku, yang rasanya memang popular.. La Tahzan.. Buku ini mempunyai pengisian yang menarik, berkisar tentang penyakit hati.. hehe mana manusia yang banyak masalah hati tu, boleh la berjinak - jinak dengan buku ini..

HUTANG 4 : Qasih Nadira


[1]Apa tindakan anda bila dengar bunyi kilat dan petir?
-----menunduk, konon - konon jangan bagi kilat kena kui kui

[2]Reaksi anda bila ada orang mengutuk anda?
-----tak terkejut.. memang sikap manusia macam tu kan

[3]eaksi anda bila terjumpa dengan artis kegemaran anda?
-----teruja agaknya..

[4]Maxis or celcom.Which one ur prefer?
-----Entah, dua - dua pakai

Qasih, PADIN jawab 4 soalan je, boleh tak? hehe kalau nak tengok soalan original klik pautan di atas..







[1]suka melukis tak?
-----suka


[2]bosan bosan suka buat apa?
-----tidur
-----makan
-----berbual dengan seseorang


[3]kenapa siput babi jalan lambat?
-----'dia' confuse samada 'dia' siput atau babi...


[4]cute tak orang yang bagi award ni?
-----
cute




HUTANG 5 : Aisya
http://nuraisyyah.blogspot.com/2010/05/1-2-3-4-5-6.html

~LENGKAPKAN PANTUN PEMBAYANG DI BAWAH~
...............................................
..............................................
memang aku rasa blog aku comel;
kenapa korang jeles ke?

~JAWAPAN PADIN~

Anak Pak Harun bernama Comel;
Anak Hj Dollah bernama Ke;
Memang, aku rasa blog aku comel;
Kenapa, korang jeles ke?




HUTANG 6 : Seni Itu Indah


1.kenapa follow blog SeNi Itu InDaH?
-----penulisan engkau menarik hati nurani aku, ekeke

2. apa yang anda impikan dalam hidup anda?
-----kebahagiaan.. istilah yang punya banyak maksud tersirat

3. siapa yang bermakna dalam hidup anda?
-----family, kawan - kawan, rakan sekerja

4. apa aktiviti masa lapang anda dan mengapa?
-----melukis.. menghiburkan hati hehe

5. Apa anda buat jika susah nak tidur?
-----Entahla..Aku senang tidur ekeke

6. Apa perkara yang anda buat sebelum tidur & selepas terjaga dari tidur?
-----baca Doa sebelum dan selepas tidur la..

7. apa pandangan anda terhadap orang yang suka mengikut emosi, hawa nafsu (amarah) dari akal fikiran?
-----bagus.. dia menggunakan kepakarannya..

8. bagaimana caranya anda atasi stress?
-----err rujuk entri terdahulu..

9. siapa orang yang anda kagumi dalam dunia ni?
-----diri sendiri

10. Apa yang anda harapkan dari blog SENI itu INDAH & penulisnya?
-----"jangan INDAH khabar dari rupa".. hehe

HUTANG 7 : miera
http://sweetinluve.blogspot.com/2010/05/tag-lagi_28.html

i) 5 fakta tentang PADIN
--- lelaki
--- kidal
--- kelima dari lima orang beradik
--- berambut kerinting
--- tak makan seafood


ii) 5 perkara menakutkan PADIN
--- tiada orang mahu berkawan
--- tiada daya meneruskan kehidupan
--- hilang kepercayaan orang lain
--- hilang kewarasan fikiran
--- hilang keyakinan diri


iii) 5 perkara yang selalu PADIN sebut
--- entah

--- uit
--- weh
--- haishh
--- hai

iv) 5 perkara yang amat bernilai bagi PADIN
--- diri sendiri

--- masa
--- Iman
--- kesihatan
--- kemewahan harta, jiwa

v) 5“pertama kali” dalam hidup PADIN

--- pergi Singapura 14/02/2009
--- dapat gaji 17/12/2009
--- ada motor sendiri 22/01/2008
--- ada laptop sendiri 22/12/2009
---dapat tag ni, 28/05/2010

HUTANG 8 : Kachang
http://kachangdewa.blogspot.com/2010/05/cerpen-pautan-aku-anak-derhaka.html

Kachang, cerpen ni nanti aku buat ya.. Maaf tertunggu - tunggu..



Okey la, rasa tenang sikit da langsai hutang - hutang ni.. err kepada siapa - siapa yang bagi award/tag tapi PADIN tak terima, tolong jerit kuat - kuat ya, sekian..



PETUA MELEMBUTKAN KULIT KAKI

/ May 27, 2010 /
Hehe.. kawan - kawan, kali ini aku ingin berkongsi dengan kalian pasal tatacara atau panduan melembutkan kulit terutama kulit kaki.. ekekeke wah blog ni dah jadi blog pandu memandu ke.. tips-petua bagai semua keluar ni hehe.. Takdelah, aku cuma ingin berkongsi je.. Setiap yang berlaku dalam perjalanan hidup aku, apa salahnya berkongsi kan, mana tahu korang pun ada persamaan, penjelasan, perkongsian cerita dengan aku.. ok, jom tengok kalau siapa nak tau apa cara - caranya..

Kita ni memang di tuntut untuk menjaga kebersihan diri, dan termasuk juga kulit kaki.. hehe jangan la pulak kulit muka licin, halus mulus, tapi kulit kaki, MasyaAllah.. Tapi jangan la berasa segan silu bila kulit kita memang tak cantik.. berkedut, bersisik dan sebagainya, ada cara untuk mengatasinya.. Kan kita ni di galakkan berusaha, selagi terdaya melainkan tiada jalan, hanya redha adalah jalan terbaik..

Okey, petuanya ialah gunakan lah produk - produk yang bersesuaian.. ekeke, HOT tak bila baca petua tu? hehehe jangan marah, ala semua orang pun dah tahu kan, gunakan lah produk yang betul.. Takkan nak guna ubat pencerah mata nak letak kat kulit kaki pulak.. Sebelum aku melalut lebih panjang, jom tengok produk ni..



Produk ni BUKAN aku beli, tapi sebenarnya adalah pemberian daripada seseorang.. Siapa seseorang tu? Ha, seseorang itu ialah KAK CABAI kita ni.. ada sesiapa yang kenal ke akak kita ni? ok, pada yang belum kenal jom singgah teratak dia kejap, http://terataksariistana.blogspot.com [dah terjah, jangan lupa jalan pulang ya, cerita ni tak habis lagi]..

Persoalan akan timbul, mengapa Kak Cabai bagi aku produk ni? hehe saja je Kak Cabai nak bersedekah.. Hehe di samping mengeratkan hubungan perkenalan.. Err, siapa - siapa yang nak bagi sesuatu lagi tu, di alu - alukan lah ye.. Buat - buat tak malu je.. Bak kata orang, "kalau pergi kenduri segan - segan nak amik makanan, lapar la engkau".. kalau malu, tak dapat apa - apa la jawabnya ekeke.. okeh, mengantuk sudah.. kaki pon dah berlosyen, dah boleh tidur hehe.. Kira petua jugak lah ni kan???

TIDUR DAN ANDA

/ May 24, 2010 /

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


hehe.. Pagi - pagi ni nak membebel, kelas dah takde pulak.. Terpaksa la membebel kat sini je, hehe.. apa pula kali ni, ya?.. ha, hari ini aku nak bercerita pasal jenis - jenis [atau lebih tepat CARA] kita tidur.. hehe memang sebelum tidur, kita bersopan abes, tapi kalau dah tidur, sedar ke posisi kita camne? hehe, ok.. jom kita tengok, ulasan bagi setiap posisi tidur tu, hehehe


[1] Berselubung penuh
Anda sebenarnya penuh gaya di hadapan public, tetapi jauh di sudut hati, anda ini seorang yang pemalu, ekekee.. pemalu rupanya.. Lebih gemar menyimpan banyak rahsia, dan jika berlaku sesuatu kesukaran, anda lebih suka menyorokkannya daripada pengetahuan orang lain.. ooo, patutla suka berselubung.. selubung = menyorok, kui kui..


[2] Terlentang, sambil tangan support kepala
Anda sebenarnya seorang yang sangat intelligent dan enthusiastic terhadap ilmu pengetahuan.. anda mempunyai idea yang gila- gila, dan ramai orang sukar mengikuti anda.. Anda bagus dalam hubungan kekeluargaan, tapi amat sukar dalam percintaan.. terlalu memilih? huh!


[3] tidur lesak abes.. hahaha
Anda berasa keseorangan, tertekan sebab asyik terkenang kegagalan lepas.. udah - udah la tu, yang lepas biar je lepas, hehehe..


[4] Mengiring sambil mengerikut
Pentingkan diri, cemburu buta!! nah itu deskripsi yang sesuai bagi kamu yang suka tidur bagi jenis ke empat neh, ngee~


[5] Mengiring dan satu lutut di bengkokkan
Anda sinonim dengan mengkritik.. Nervousness adalah nama kedua bagi anda.. hehe anda juga mudah naik angin tentang perkara remeh sahaja.. errkk, aku ni selalu tidur membengkokkan lutut ke? kes kes kes..


[6] Terlentang a.k.a terbongkang
Wah, sila panggung korang tidur macam ni ekekek.. Memperlihatkan keceriaan jiwa, kesucian rohani, hehe anda bebas, comfort-lover dan beauty worshipper.. anda suka bergosip.. ehemm, ada dengar tak pape cerita pasal korang sehari dua ni?


[7] Meniarap
Err, betul ke ni? Orang yang tidur macam ni adalah tergolong dalam orang berminda sempit.. ekeke.. Self-centered, dan suka memaksa orang lain mengikut kehendaknya.. Haih, cepat ubah cara tidur kamu, kalau tak, aku ketok kepala kau kuat - kuat ekekek...


Ok, abes dah cara tidur yang biasa di temui.. Cara tidur aku? Entahla, awal - awal nak tidur, berselubung baik je, bangun pagi, da macam - macam posisi.. maknanya.. err.. maknanya.. AH takde maknanya.. ok, maknanya aku ni jenis yang fleksibel, mudah bertukar - tukar personaliti mengikut persekitaran.. hehe.. Korang pulak macamana?..



KHAS BUAT SEM5 DTM GAS

/ May 23, 2010 /

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



Final exam akan bermula esok [24 May 10], jadi kepada semua pelajar DTM Gas amnya, dan kepada pelajar Semester 5 Khususnya, selamat menghadapi peperiksaan..



Korang jawab, jangan tak jawab, hehe.. Ni semester pertama aku mengajar ni, gugup gak ni, [ada ke patot aku yang gugup]




ok, di kesempatan ini, aku nak mintak maaf kalau apa yang aku cakap kat korang, ada yang terasa hati.. kalau ada yang tak senang aku mintak tolong apa - apa, percayalah aku amat menghargai pertolongan kalian.. kemas stor, kemas bilik boiler, buat tempat parking motor.. tapi itu semua untuk kebaikan bersama.. he he aku tak boleh buat seorang diri semua tu..




ok, ari Isnin PROJECT MANAGEMENT, Selasa ~ Application & Operation Gas Appliances dan Gas Distribution System, Rabu - amali Gas Appliances.. Hope, korang buat yang terbaik untuk final exam ya..


~Bro, Syuk, PC, O'o, Deris, Atuk, Wan, Mizi, Panjang, Mus, Uncle, Que, Pezal, Ketong & Hapiz~



TIPS MENANGANI TEKANAN MENTAL

/ May 18, 2010 /

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera





Hai.. terima kasih kawan - kawan yang tak jemu - jemu datang ke sini, dan terima kasih juga kepada sesiapa yang memberi komen pada penulisan aku ni.. he he he.. Tidak sangka blog yang kerdil ni dah nak mencapai 200 orang pengikut, dan mencecah angka ke 10,000 pengunjung, tak lama lagi.. kepada sesiapa yang istimewa tu, tolong jerit pada aku ya..


Okeh TIGA entry sebelum ini aku paparkan tentang TIGA insan yang berbeza makna dalam hidup aku, Mak, Hafidzah dan Hana.. Rasanya cukuplah kot aku memperkenalkan pada kawan - kawan siapa insan - insan itu ya..

Okeh, isu berkaitan entri kali ini ialah cara - cara menangani tekanan mental versi aku, hehehe kesinambungan dari entri aku yang lepas..




Di sini aku cadangkan 7 langkah.. Cuba amalkan, kalau tak berjaya.. err.. entahla haha



[1] Bersikap Realistik Terhadap Pekerjaan
ha, ini yang paling penting.. Cuba bersikap realistik terhadap kemampuan anda, bersikap positif, merasa seronok bekerja dan ini akan mendorong anda untuk melakukan yang terbaik dalam setiap perlakuan atau pekerjaan



[2] Rancang Kerja Anda
Semestinya!! Gagal merancang adalah merancang umtuk gagal.. Jadi, suka di ingatkan di sini, kendalikan masa anda dengan bijak, kendalikan kerja dengan teratur dan yang paling penting, jangan bawa kerja anda sampai ke rumah hehe sebab apa? Di luar waktu kerja = waktu untuk kita bersosial muehehe.. opps tergelak pulak..



[3] Tingkatkan Kemahiran Penyelesaian Masalah
err, tips ini hanya sesuai kepada individu yang mahukan perubahan.. Kombinasi antara analisa dan penyelesaian amat di perlukan supaya setiap tindakan atau keputusan yang di ambil adalah wajar..



[4] Amalkan Komunikasi Berkesan
Aku rasa ini yang paling penting sebenarnya, tu sebab aku besarkan tulisan komunikasi berkesan tuh.. Kita ni bukan hidup bersendirian, ya memang tidak di nafikan kadang - kadang kita memang sendiri, dalam kubur pun bersendirian, tapi aku sekarang ni bercerita pasal komunikasi di tempat kerja, bukan di kubur, ada paham?? tingkatkan kemahiran berkomunikasi, hormati pandangan rakan sekerja, menegur secara berhemah, mudah -mudahan ia membantu..



[5] Tingkatkan Sokongan Sosial
Komunikasi memang tak lari dengan hubungan sosial.. wujudkan ikatan persahabatan di kalangan rakan sekerja, berkongsi masalah pada siapa yang nak mendengar, dan bersedia luangkan masa untuk membantu rakan yang menghadapi masalah..



[7]Amalkan Cara hidup Sihat
tips yang terakhir ni penting juga untuk kita amalkan.. Badan yang cergas menjana minda yang cerdas.. Ayuh!! Ayuh kawan - kawan kita beriadah, melakukan aktiviti yang menyeronokkan, amalkan nilai - nilai murni, kelak hidup kita akan lebih tenang, dan yang terakhir, DAPATKAN TIDUR YANG MENCUKUPI.. ait, da pukul 2:22 pagi nih, aiseyman kena tidur la nih..



Okeh, Sekian sahaja tips menangani tekanan mental versi Padin untuk kali ini, jumpa lagi di lain masa.. Eh, baru perasan Tips no [6] tertinggal, ekekeke ah malas dah aku nak patah balik, ha apa kata korang senaraikan pulak apa tips korang untuk menangani tekanan [selain dari ini], untuk menyempurnakan "7 Tips Menangani Tekanan Mental Di Tempat Kerja Versi Padin"..



Entry baru dah siap, boleh la tidur lena.. ZZzzz...


GADIS DESA

/ May 15, 2010 /
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Emm, di malam hari yang dingin nih, tatkala angin menggigit lembut pipi ini, cewahhh ayat bermetafora pulak... aku cuba lelapkan mata tapi tidak berdaya... kerana, aku asyik terfikirkan si dia..


Erkk.. gambar siapa pulak ni ya?.. he he.. Ini bukan artis, okey?.. Dan juga bukan model tempatan, dia ini adalah seorang Doktor, eh bakal Doktor.. he he.. Apa kena mengena dengan entry ni?.. Ei mestilah ada kena mengena, sebab aku asyik terfikirkan dia, hokey!!hahahaha..


Tapi, jodoh pertemuan ini di tangan Tuhan Yang Maha Kuasa. Aku hanya boleh berusaha dan berharap akan ada jodoh antara aku dan si dia... ["mungkinkah si dia akan menjadi milikku?"] he he err, suka juga aku nyatakan di sini, semoga kalian mendapat jodoh yang kalian inginkan... Amiiin..


MILIK SIAPAKAH GADIS INI 2

/ May 12, 2010 /
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

emm.. kali ini baru ada berkesempatan nak menulis di halaman sendiri.. he he.. [kalau tak, sibuk membaca penulisan orang je..] kui kui.. gelak untuk diri sendiri..

Okey, entry kali ini bersifat santai je.. Kalau entry lepas, aku cuma letakkan gambar lukisan je.. kali ini aku nak letak gambar yang betul, tuan punya dah bagi izin he he...


Lukisan ni taklah secantik hasil dari ESTHER.. lukisan dia lebih teliti dan kemas.. tapi Tuan Punya cakap rating gambar nih 9/10.. kira A la tu kan.. hehehe..




Ok, gambar siapa ni ya? Nama dia Nur Hafidzah Abd Rauf, hehe ada siapa - siapa kenal ke? Nak kenal ke? He He He, Hafidzah ni aku kenal sebab dia ni satu sekolah menengah dengan aku dulu.. Konon - konon skandal la dulu time sekolah, wah!!kecik - kecik lagi da pandai skandal ek? Err, kisah lama tuh.. Sekarang ni?.. Kami masih berhubung, bertanya khabar.. Cuma, tarikh last aku jumpa Hafidzah ni masa amik result SPM 2003.. Entah bila pulak boleh berjumpa lagi..

Okey, dah siap entri nih.. takde apa sangat nak di terangkan berkenaan pemilik gambar tu.. saja nak tunjuk gambar sebenar Tuan Punya.. he he he..

*Masih berhutang dengan Kachang, Aisyya, Taibwahid, Miera.. Nanti aku siapkan ya


SELAMAT HARI IBU

/ May 9, 2010 /
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera





Selamat Hari Ibu Mak!!!! 30hb aku balik, awak masak sedap - sedap ya, mak!!


TEKANAN MENTAL DAN PEKERJAAN [PART A]

/ May 8, 2010 /

A. Anda Mangsa Tekanan Mental?


Tanda - tanda Tekanan Mental :
Bersikap Ganas (panas baran) - Gelisah - Gangguan Selera Makan - Gangguan Tidur - hilang Tumpuan - Kemurungan - Perasaan Bersalah

Tekanan Kerja :
Setiap dari kita mempunyai tekanan kerja. Suasana tempat kerja yang selesa dan selamat meningkatkan kecekapan mutu kerja dan keseronokan bekerja. Suasana tempat kerja yang kurang memuaskan boleh mendatangkan tekanan mental.

Tekanan kerja yang sedikit adalah perlu untuk meningkatkan daya produktiviti. Jika tekanan di tempat kerja berlebihan, ia boleh memberi kesan negatif. Masalah peribadi dan keluarga akan merumitkan lagi kesihatan mental pekerja.

Punca - punca Tekanan Mental di Tempat Kerja :
1. Jenis pekerjaan ~ suasana dan cara pengendalian kerja
2. Kerjaya ~ kurang insentif dan penghargaan dari majikan
3. Peranan ~ sering berubah - ubah
4. Perhubungan ~ konflik sesama rakan sekerja
5. Perubahan dalam Organisasi ~ meningkatkan kekeliruan
~ Nantikan "7 Langkah Menangani Tekanan Mental" ~

AKU ADA SATU CERITA [PART II]

/ May 2, 2010 /
Assalamualaikum dan Salam sejahtera

okey.. kesinambungan daripada entry AKU ADA SATU CERITA, kali ini aku nak membebel untuk part II pulak.. he he.. err, jap aku nak buat notis amaran jap

[amaran : entry ni panjang, kalau malas baca, anda boleh terus klik post comment kemudian tulis enrty kau best/xbest]


hokey, amaran pun sudah siap pasang, masa untuk membebel la.. kiki


kalau korang tengok, akhir - akhir ni entry aku berkaitan dengan menjawab tag takpon terima award je.. bermula dengan Aishah, pastu Miza, Cik Kiah & Kech, Panadol, Snow White, Jericho, Erika, ibuhakimhaikal & MissXYZ.. dan sehingga aku membebel ni, aku masih ada berhutang dengan TaibwahiD dan PUPUT.. he he thanx kawan - kawan yang sudi memberi award dan soalan - soalan pada aku..


Huhu, ok.. lepas je aku siapkan entry AKU ADA SATU CERITA tu, aku terus buat EMPAYAR HITAM.. apa bendanya EMPAYAR HITAM tu? Kumpulan kongsi gelap ke?.. taklah.. he he pergi la tengok kat pages tu.. [sinopsis : kenalan yang sangat sempoi].. hehe aku bagitau diorang ni bukan geng- geng untuk klik hokey? join EMPAYAR HITAM ni kena berhati tegar la.. ngeh ngeh.. ok tamat di sini kesah EMPAYAR HITAM..

Jadi bila melepak kat rumah geng - geng nih, mesti la diorang pun ada geng diorang sendiri juga, Contoh? ok, Chaon dengan teman - teman dia [tuan mario, naomei, nina, effie], [cik kiah-p3perak - cute - TTT], secara tak langsung aku pun boleh kenal antara geng - geng diorang nih.. Jadi di sebabkan makin lama makin ramai geng yang da kenal, so aku melepak je la kat rumah chaon tu.. kat situ ada bilik bersembang yang lebih luas dari kotak jerit..


memang ramai la kat situ, tapi tak semua datang serentak la.. kalau serentak, agaknya hiruk pikuk la.. jenuh chaon nak order milo bagi tetamu minum kan.. he he.. disebabkan chaon selalu je busy, orang berkunjung dia takde pulak, so dia bagi kunci umah dia kat aku.. and assigned as "penyambut tetamu".. miahahahaha.. wah dah di beri jawatan macam tu, aku gunakan la sepenuhnya.. hehe, tiap ari boleh kata ada je pengunjung baru yang datang.. contohnya, fadzihani, snow white, fizza, yatie.. tu semua muka baru tu.. bila muka baru ni, aku sebagai penyambut tetamu kena la interview, hehe bukan apa senang nak promote kat kengkawan lain je..


ha, kan aku dah kata.. panjang weh... dalam meronda - ronda tu jugak, sempat la berkenalan dengan kachang.. hee, memula kenal pon pasal aku terbaca entri dia pasal aku terlewat masuk exam, aduyai.. jangan buat macam tu ya kawan - kawan. bertitik tolak dari itu la aku geng dengan kachang, pasal aku pun ada kisah di sebalik keywords "terlewat" nih.. ok kachang, nama kau da ada kat sini..



Selain daripada ni, aku pernah jugak berjumpa dengan blogger lain, contohnya Ameera.. dia student UTM yang sedang menjalani Latihan Industri kat Kajang..
Dan yang kedua, TaibwahiD la.. mesti jumpa punya, pasal dia ni cosmate aku masa kat UTM dulu.. Cekal brother kita ni weh, bisnesman muda yang kian menempa nama.. gambar ni aku korek kat blog dia miahahaha abaikan manusia yang memakai topi itu, hehe.. eit, Taib, TTT takot dengan engkau, apa yang dia takutkan, kau siasat sendiri ya? miahahaha





okey, cukup sampai sini dulu.. mana - mana nama geng yang tak tertulis tolong sound kat tepi telinga aku nih kuat-kuat hokey?.. hehehe biar aku ketok balik dengan spanar kepala korang tuh!! hehe sebagai ujian untuk geng berhati tegar..

Sekian..


Idea from : ReD LindA


MITSUBISHI EVOLUTION VIII DALAM GENGGAMAN

/ /
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

MOOD : HAPPY


wah, beriya - iya je mood happy ni kenapa? he he.. Tengok title post la weh.. he he.. Akhirnya, benda yang jadi impian telah menjadi kenyataan.. ya, Mitsubishi Evolution VIII yang selama ini menjadi idaman telah berada dalam genggaman aku.. Nekad je benda - benda yang kita nak beli ni, HAPPY tak terkata nih.. he he he


Amacam geng? Smart tak? he he dah lama mengidam weh.. dah.. jom layan gambar - gambar Evo. baru aku nih..




*Encik Harith sedang bertungkus lumus memasang Evo. aku he he*

wakakakaka.... Sejam baru siap pasang sempurna jadi macam ini.. Sori le Encik Robot.. engkau telah di sumpah menjadi kereta selama - lamanya..
*ok sila ketok kepala aku sekarang.. he he


Archives

Facebook Pages

 
Lifestyle BlogsReal Time Web Analytics
Copyright © 2009-2017 padinrose - Tips, Hobi dan Motivasi, All rights reserved | Disclaimer | Sitemap