padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

SYAITAN PUN TAKUT

/ March 30, 2010 /


Ada seorang manusia yang bertemu dengan setan di waktu subuh. Entah bagaimana awalnya, akhirnya mereka berdua sepakat mengikat tali persahabatan. Ketika waktu subuh berakhir dan orang itu tidak mengerjakan solat, maka setan pun sambil tersenyum bergumam, "Orang ini memang pantas menjadi sahabatku..! "

Begitu juga ketika waktu zohor orang ini tidak mengerjakan solat, setan tersenyum lebar sambil berkata dalam hati, " Rupanya inilah bakal teman sejatiku di akhirat nanti..!"

Ketika waktu asar hampir habis tetapi temannya itu dilihatnya masih juga asyik dengan kegiatannya, setan mulai terdiam......

Kemudian ketika datang waktunya maghrib, temannya itu ternyata tidak solat juga, maka setan nampak mulai gelisah, senyumnya sudah berubah menjadi kecut. Dari wajahnya nampak bahwa ia seolah-olah sedang mengingat-ngingat sesuatu.

Dan akhirnya ketika dilihatnya sahabatnya itu tidak juga mengerjakan solat Isya, maka setan itu sangat panik.

Ia rupanya tidakbisa menahan diri lagi, dihampirinya sahabatnya yang manusia itu sambil berkata dengan penuh ketakutan, "Wahai sahabat, aku terpaksa memutuskanpersahaba tan kita !"

Dengan kehairanan manusia ini bertanya, "Kenapa engkau ingkar janji bukankah baru tadi pagi kita berjanji akan menjadi sahabat ?".

"Aku takut !", jawab setan dengan suara gementar.

"Nenek moyangku saja yang dulu hanya sekali membangkang pada perintah-Nya, iaitu ketika menolak disuruh sujud pada Adam, telah dilaknat-Nya; apalagi engkau yang hari ini saja kusaksikan telah lima kali membangkang untuk bersujud pada- Nya. Tidak terbayangkan olehku bagaimana besarnya murka Allah kepadamu !", kata setan sambil pergi.

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"

(Sabda Rasulullah SAW)

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."

(Surah Al-Ahzab:71)

wallahualam...

original from WANMENTALBOY

ANTARA CITA - CITA DAN KERJAYA

/ March 29, 2010 /
Untuk kali ini, aku nak mengupas sikit pasal cita - cita dan kerjaya.. Biasanya, kalau orang bertanya tentang cita - cita, minda kita akan terus menerawang tentang kerjaya pilihan, betol tak? kalau tak betol, ok, stop! tak perlu baca dah.. kalau jawapan anda betol, teruskan membaca..

Seingat aku la, masa aku darjah satu dulu, aku tak tahu apa bendanya cita - cita tu.. bila tanya cikgu, dia kata kerjaya pilihan.. hah? Kerjaya? Pilihan? cikgu.. cuba terangkan betul - betul kat saya... hee pastu dia cakaplah dalam bahasa mudah.. KO NAK JADI APA BILA BESAR NANTI? ohoh, cakap macam tu dari awal kan senang..

Memasang Impian Besar

ok.. mula - mula sekali, aku tulis kat buku biru tu, aku nak jadi 1. cikgu 2. polis 3. tukang rumah (tukang rumah ni pasal bapak aku pun tukang buat rumah, konon2 nak folo tapi haram bakat takde langsung).. bertukar tahun pon, cita - cita aku time tu lebih kurang je, tak polis bomba, tak cikgu, pensyarah..

pastu da masuk sekolah menengah, konon pemikiran da up sket, aku nak jadik engineer.. nak jadi engineer bahagian apa pun aku tak pasti, tapi aku prefer for engineering la.. nak amik medic? biologi selalu je kantoi.. huhu.. dah tingkatan 5, baru la aku nampak aku nak jadi apa.. masa tu, aku nak jadik jurutera formula-one pheww macam gempak je ek..

tapi bila da abes matrikulasi, baru lah aku sedar aku lebih ada umpph dalam chemistry.. nak taknak, aku amik la Kejuruteraan Kimia dan Gas Asli.. masa ni dah berkira2 nak jadi jurutera kimia, kontraktor gas, dan maybe kerja kat offshore nun..





tapi, akhirnya.. kerjaya aku sekarang patah balik kepada asal, iaitu menjadi seorang pendidik.. hee, tapi walaupun macam tu, aku tetap puas hati sebab aku minat kerja ni, berkisar tentang apa yang aku study dulu, dan itu da dianggap berbaloi.. hee

ok, sekian saja untuk kali ini, anda semua pulak macamana?

Industri Minyak dan Gas

/ March 26, 2010 /
Mari kita tengok beberapa gambar di bawah ni..


Metering Station (Stesen Memeter)


Natural gas pipeline (talian paip gas asli)


LPG bulk tank (tangki pukal Gas Petroleum Cecair)


Gas Processing Plant (Loji pemprosesan gas)

Ha.. sebentar tadi anda telah di bawa sekejap berada dalam dunia minyak dan gas.. Ala, apa yang orang selalu sebut tu.. Oil & Gas.. Okeh, di sini aku nak ceritakan sikit pasal industri minyak dan gas ni.. Seperti yang kita tahu, Malaysia adalah salah sebuah negara pengeluar minyak dan gas.

Permintaan terhadap penggunaan gas semakin meningkat tahun demi tahun.. (Gas yang di maksudkan di sini ialah gas asli dan gas cecair petroleum). Hal ini kerana gas merupakan sumber bahan bakar alternatif selain penggunaan petroleum dan diesel, yang menjanjikan pembakaran yang lebih bersih - mengurangkan masalah pencemaran, harga yang jauh lebih murah dan banyak faedah - faedah lain..

Aku bukanlah nak bercerita panjang lebar sangat pasal ni, hee cuma aku nak kongsikan yang industri gas ni merupakan salah satu prospek kerjaya.. Yelah, kita tengok sekarang ramai siswazah yang hebat - hebat tetapi menganggur.. Sebab apa? Sebab kebanjiran produk tidak setimpal dengan kekosongan yang ada.. Jadi apa salahnya kita beralih ke bidang baru, yang mana menjanjikan prospek kerjaya yang luas..

Jangan tak tahu pulak ye, di Malaysia ni, IPT yang menawarkan kursus gas asli dan petroleum adalah UTM Institut Kemahiran MARA Johor Bahru dan Kolej Antarabangsa Teknologi Profesional Perlis. Dapatkan maklumat tambahan di pusat pendidikan tersebut. Sekian.

KERETA IDAMAN

/ March 25, 2010 /
okeh.. untuk entry kali ini, aku nak kongsikan pada kengkawan pasal kereta idaman aku.. Dah bekerjaya nih baru la boleh berkira - kira nak memiliki kereta sendiri.. cewah..!!





semestinya setiap orang pun mesti ada kereta idaman sendiri.. termasuklah aku.. umm, ok.. dalam kepala hotak aku ni, ada dua bijik kereta je yang aku minat.. 1. Honda Civic FD2R dan 2. Mitsubishi Lancer Evolution X..




Tapi harga melampau tak ingat punya.. wakakaka.. tengok ni.. 9 tahun bayar..

huhu macam tak tercapai je kan impian tu.. tapi rezeki ni kita taktau kan.. kadang - kadang dari sumber yang tak terjangka, asalkan kita ada usaha.. okey.. pada siapa - siapa yang menatap ke'macho'an Type R ni, jom tengok kat Kereta Jepun.. Cair betul...


ANUGERAH TERHORMAT BLOGGER 2010

/ /
Dalam mengharungi sehari - hari yang kunjung tiba nih.. bermacam - macam perkara yang kadang - kadang merimaskan kepala otak nih.. Mengikut rahsia tarikh lahir yang di singkap oleh abang sharimi, aku nih dalam kategori orang yang suka buat kerja, tapi lebih sukakan masa rehat yang lama.. kiki.. tapi tu lah, sebenarnya kerja apa pun yang kita kerjakan, mesti ada stress.. yang penting, bagaimana kita menghadapinya..

Dalam dok tension je.. sambil godek - godek blog yang bersalji nih.. ada jugak yang meng'hepi'kan aku..

ei sekali dapat 'anugerah terhormat Top blogger 2010' tu.. Happy bangat gue.. Terima kaseh Red Linda.. haha
Sebagai tanda gembira.. aku pun nak berkongsi kegembiraan aku dengan kawan - kawan lain.. nah, ambik award nih..
LadyGigi
Qistinanur.blogspot.com
umm.. terimalah award ni dengan hati yang gembira seadanya.. hehe

365 HARI

/ March 22, 2010 /
umm.. hari ini genap setahun Yong meninggal dunia.. Rasa macam cepat sangat masa berlalu.. Rasa macam majlis pengebumian tu baru semalam je.. tapi hakikatnya tu lah.. Dah setahun.. Duranni Haziq pun da besar.. Setahun lebih.. tapi sayang dia tak sempat pun nak bermanja dengan uminya..



AL - FATIHAH

MITSUBISHI EVOLUTION VIII

/ March 20, 2010 /
Huhu.. Memang mengancam la kereta keluaran mitsubishi nih.. Putih.. elegan..
Enjin tip top punya...





TAPI jangan tertipu.. ni hanya model sahaja berskala 1:18... kat mane nak cari kereta mainan ni kat pasaran Malaysia? Sape sape ada maklumat bagitau ye..







80 - 90'an

/ March 19, 2010 /
hahaha.. bila belek - belek kalendar dah 2010 dah rupanya.. Rasa cepat je masa berlalu.. Boleh kata dalam tempoh 20 tahun ni.. (lebih kurang umur aku je) banyak perkara yang berubah.. Ada yang menjadi lebih baik dan ada yang sebaliknya.. Malas la nak kupas banyak2, tengok je lah kat berita ye tak.. hehe..


Di sini aku bukanlah nak bercerita kompleks sangat pasal perubahan tu, cuma nak mengimbau memori geng - geng gaban, suria perkasa hitam [maybe ada nama lain, aku pun tak pasti] masa lewat 80'an dan awal 90'an dulu..


Yang sebenarnya, aku tau gaban tu ada, tapi aku tak pernah tengok la pulak ceritanya.. aku cuma sempat tengok suria perkasa hitam dan hero2 selepasnya.. seingat aku la, suria perkasa hitam tu mase aku darjah 2, yakni tahun 1994.. pukul 4.30 petang.. ha, time ni apa yang di tonjolkan dalam tv akan menjadi ikutan pulak pada kanak-kanak ribena termasoklah aku.. hehe.. paling jelas, tumbukan dan tendangan maut la.. kalau bergaduh ke, bergurau ke, keluar la hikmat tuh.. pastu da agak2 nak klimaks baru la guna 'tendangan padu maut'.. hehee.. pastu trend basikal mesti ada mata belalang dan dua sesungut tu.. sighhh.. kelakar je


selepas je abis cerita suria perkasa hitam tu, muncul pulak wira 5 bersaudara, FLASHMAN.. ketua dia warna merah.. pastu muncul plak MASKMAN.. JETMAN dan yang terakhir aku follow ialah GO GO POWER RANGERS.. flashman ari selasa dan maskman ari rabu pukul 4.30 petang.. pastu jetman ari sabtu.. power rangers pun sama..



kisah wira -wira ni sama je, menegakkan keadilan.. orang jahat datang dari planet mane ntah.. ketua dia akan keluarkan raksasa baru, untuk musnahkan wira2 ni.. lawan manual dulu.. pastu agak2da xboleh blah bom raksasa tu.. tapi orang jahat ni xpuas hati, create raksasa tu jadi lagi besar.. so terpaksa la wira2 ni keluarkan kenderaan masing2 - bercantum jadi robot yang hebat.. ha3 walaupun da tau jalan cerita tapi tetap tegar gak nak tengok tiap minggu..
Selain tu, ada gak pasal ultraman Ace.. huu legend seh ultraman nih.. pasal kalau nak jadi ultraman kena cantum Hakuto - Minami. heheh..
Banyak lagi nak cerita nih.. tapi untuk post yang lain lah..
Siri mengenang cerita menarik zaman 80-90 an

Milik Siapakah Gadis Ini..

/ March 16, 2010 /

2009 (mechanical pencil)


Menyorot Zaman Dedulu

/ /
Zaman kanak2 memang menyeronokkan.. bertambah seronok bila kita dapat menikmatinya tanpa rasa takut- kena baling ranting kayu, libasan tali pinggang yang sungguh dahsyat...





betapa bahagianya dapat mandi hujan bersama kawan - kawan tanpa rasa takut di marahi mak abah.. alangkah seronoknya dapat menyusur di kawasan takungan dll... bila dah besar ni baru lah dapat menikmati semua tu dengan perasaan yang bebas.. tapi kenikmatan tu pasti berbeza..

kanak - kanak hanya ada satu dalam fikiran.. bermain.. apa saja yang berlaku, bermain adalah perkara utama.. tak hairanlah masa dulu aku selalu bergaduh dengan abang aku siap main parang tebas lalang tuh.. kanak - kanak masih belum mampu mengukur tahap bahaya sesuatu permainan.. akibatnya? zass... lima jari hinggap di pipi yang ala2 mulus nih..tebal je rasa 2 -3 hari.. huhu..ntahla, ngantuk dah..

aku terkenang....

KEMBALI KE TAHUN 1993

/ March 1, 2010 /
SYARIFAH SYAHIDATUL NURAIN
1993
huhu sekarang dah 2010
dah 17 tahun berlalu
kalau aku dapat ingat semula gerangan individu ni
kiranya ni kawan lama yang terpisah
dapat berhubung semula
aku makin percaya
DUNIA ini KECIL sahaja

Archives

Facebook Pages

 
Lifestyle BlogsReal Time Web Analytics
Copyright © 2009-2017 padinrose - Tips, Hobi dan Motivasi, All rights reserved | Disclaimer | Sitemap