padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

ULANGAN ADALAH PEMBELAJARAN

/ February 9, 2010 /
umum mengetahui, ulangan adalah suatu perkara yang berulang.. hahaha.. ulangan terbahagi kepada beberapa kategori yang boleh menunjukkan permaknaan yang berbeza.

secara mudahnya, ulangan boleh memberi kita banyak pilihan.. samada kesan yang lebih teruk, pengulangan yang sama atau yang lebih baik.. kesemuanya bergantung pada kesedaran kita untuk memanfaatkan pengulangan tersebut...

akan tetapi, adakah setiap perkara memerlukan pengulangan?.. soalan ni pun kena ulang lagi sekali ke? hahaha... setiap perkara atau keadaan yang berlaku tidak semestinya perlu berlaku pengulangan, sebagai contoh kematian, suatu yang pasti tidak ada pengulangan.. secara amnya, ada beberapa perkara yang memerlukan pengulangan dan begitulah sebaliknya...

kita lihat anak kecil, yang mula untuk berdiri dan berjalan... pasti si anak jatuh dan bangun berulang kali.. namun, dengan keinginan untuk berjaya sangat kuat, lalu belajar setiap kali jatuh.. sehingga teguh berdiri... dan ada yang berdiri di tempat yang paling tinggi antara rakan -rakannya... inilah yang di katakan sebaik - baik pengulangan.. ia menjadikan pengulangan itu sebagai satu batu loncatan untuk manfaat dirinya...

jika di luaskan pemikiran kita, cuba kita sorotkan pada kelibat si pemain bola.. dia perlu melihat ulang tayang(rakaman), supaya dapat memperbaiki kelemahan dan kesilapan yang ada.. supaya peluang yang di cipta dapat di manfaatkan sepenuhnya...

hindarilah kategori yang kedua dan jangan singgah pada kategori yang pertama.. peganglah pada satu prinsip.. ulangan membuka banyak pilihan.. ulangan adalah guru yang terbaik.. ulangan adalah pembelajaran..

: berapa banyak kali da ulang perkataan ulang...

Nasib baik bukan buah labu

/ February 5, 2010 /
pada suatu masa, Abu Nawas telah bersiar-siar dan kepenatan lalu berehat di bawah sepohon pokok badam dan di hadapannya pokok labu yang tumbuh menjalar..

Melihat saiz kedua-dua buah itu, terdetik di hatinya, "Maha suci Allah, Engkau ciptakan labu yang besar ini dari pokok yang kecil dan menjalar di bumi dan Engkau jadikan badam ini dari pohon yang besar.."

sedang memikirkan, tiba-tiba sebiji badam jatuh di kepalanya, seraya Abu Nawas menjerit dan terkejut.. "Aduh..."

Abu Nawas terus menggeletar dan bermunajat kepada Allah.. "Ya Allah, aku bertaubat kepadaMu..sesungguhnya aku tidak mahu mencampuri urusanMu..."

"Kalaulah Engkau jadikan buah labu itu di atas pokok yang besar dan yang jatuh ke kepalaku, maka sudah pasti aku sekarang di ambang maut..."
 
Lifestyle BlogsReal Time Web Analytics
Copyright © 2009-2017 padinrose - Tips, Hobi dan Motivasi, All rights reserved | Disclaimer | Sitemap