padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

padinrose | Tips, Hobi dan Motivasi

JANGAN MARAH

/ January 25, 2010 /
sesungguhnya orang-orang yang keresahan, kesedihan, emosi dan amarah di dalam hati, baginya ada penawar yang telah di berikan oleh Nabi SAW. diantaranya :

1. Berusaha menghilangkan marah
2. Berwuduk.Marah adalah bara api, dan api hanya boleh di padamkan dengan air
3. jika seseorang marah dalam keadaan berdiri, maka hendaklah dia duduk, dan jika marah dalam keadaan duduk, maka hendaklah dia baring
4. jika sedang marah, hendaklah dia diam dan jangan berbicara
5. sebolehnya mengingat akan ganjaran yang di dapati bagi mereka yang mampu menahan amarahnya dan mereka yang suka memaafkan kesalahan orang lain

andai ku tahu....

/ January 8, 2010 /
hehe.. kenyang dah makan chicken chop tadi.. hangit pun kire boleh la.. umm, aku tulis ni bukan pasal nak cerita pasal ciken cop tu.. ha, ni aku nak cerita sket pasal senior2 aku kat opis..

cerita pasal apa? cerita pasal yang buruk2 ke? haha takde lah.. setakat ni ok je semua.. banyak yang diorang ajar pasal selok belok jadi seorang PLV nih.. senang cerita diorang ni tak lokek lah.. umm, aku rasa bukan ni isu yang aku nak bangkitkan.. heheh

isu yang aku cuba ke tengahkan, cabaran menguji minda.. ala, pendek kata, main teka teki la.. aku selalu gak mengajak diorang menguji minda yang kadang2 kita tak perasan, tak amik tahu perkara2 di sekeliling kita.. bukan bermakna apa2, cuma sekurang2nya dapat mendorong kita lebih peka dengan keadaan yang tak terduga..

ceh, apa aku melalut ni... haha.. bertubi2 la soalan aku tanya kat diorang, ada yang boleh jawab, ada yang suam2 n ada gak yang x berjawab.. hehehe... nak di pendekan lagi cite, tiba time aku plak kena soal.... soalan dia berbunyik "binatang apa yang boleh terbang dalam laut?"

ha? binatang terbang dalam laut? terkedu....... setahu aku term yang guna dalam laut/air ni berenang... puas gak la aku berpikir, susun semua binatang yang ada dalam laut...
tapi... hampeh.. xbetul...

last2, aku surrender.. malas nak pikir da.. sepanjang aku berkecimpung dalam dunia teka teki ni , aku xbole pikir langsung dah... so, dia bagitau jawapannya...

LALAT DALAM KAPAL SELAM...

cis... kena aku kali ni.. selalu aku kenakan diorang... hahahaha

tahun 2010

/ January 3, 2010 /
umm..sedar tak sedar dah masuk tahun 2010 dah.. rasa masa betul2 cepat berlalu sekarang nih.. umur makin meningkat, tanggungjawab pun makin meningkat..

tapi nak taknak kena lalui jugak.. samada kita suka atau pun tak suka.. ape yang aku merepek ni.. huhu xde idea sebenarnya tapi nak tulis gak.. aaa... berkaitan dengan tahun baru, soalan2 yang biasa kedengaran ape azam tahun baru, azam yang lepas dah tercapai ke..

umm, tipu lah kalau kita langsung tak target apa2, cuma bagi aku, aku tak menetapkan sesuatu sasaran tu, so pressure xmenyerang aku kalau aku tak dapat tunaikan.. bagi aku, yang penting kita tahu n perlu tahu apa yang kita perlu buat.. masalah yang selalu timbul bila kita tak tahu apa yang kita tak tahu... ape da aku tulis nih..

2010... aku harap dapat jumpa kawan lama aku yang skrg ni berada di semester terakhir kos medical, UM.. dengar2 bulan 3 atau 4 dia abes belajar.. mudah2an.. last jumpa pun thn 2004, mase amik spm.. hahahaha

aduh.. kedai ni nak tutup plak dah.. ok lah, lain masa aku tulih lagi.. babai..
 
Lifestyle BlogsReal Time Web Analytics
Copyright © 2009-2017 padinrose - Tips, Hobi dan Motivasi, All rights reserved | Disclaimer | Sitemap